Senarai idea hadiah untuk wanita untuk membantu anda membuat pilihan!
Harijadi buah hati anda sudah dekat?
Buntu memikirkan apakah hadiah terbaik yang patut anda berikan?
Dalam post ini, terdapat lebih 30 cadangan hadiah untuk wanita.
Anda boleh gunakan idea ini untuk memberikan hadiah kejutan pada para wanita (isteri, kekasih perempuan, girlfriend, guru perempuan, sahabat perempuan…).
Idea ini juga sesuai untuk semua jenis sambutan (majlis).
Seperti harijadi, ulang tahun perkahwinan @ pernikahan, ulang tahun perkenalan, hari kekasih (valentine) dan mungkin juga ulang tahun pertemuan anda?
Ia disusun dari yang jenis umum & klasik sehinggalah jenis yang unik.
Teruskan membaca untuk info lanjut.
Semoga anda jumpa idea hadiah yang terbaik!
Jangan lupa kongsikan post ini jika ia membantu anda!
Baca juga: 50+ Hadiah untuk Ibu Tersayang
1 Cincin
*harga : RM10++
Selain daripada sebagai perhiasan, cincin yang anda berikan akan menyimpan kisah anda berdua.
Anda beri sebagai tanda dia menerima anda sebagai buah hati? Sebagai lamaran? Atau ulang tahun perkhawinan?
2 Bracelet
*harga : RM30+
Bracelets atau gelang tangan dipakai untuk menjadikan wanita kelihatan lebih menawan.
Bracelets tidak semestinya yang jenis emas. Ikut dompet sendiri.
Terdapat banyak jenis bracelet yang cantik dan molek sekarang ini.
3 Necklace
*harga : RM50+
Untuk lebih menyerlahkan kecantikkan para wanita. Menjadikan dia lebih yakin dengan penampilanya.
4 Earring
*harga : RM30+
Earring atau anting-anting memberikan identiti unik pada wanita.
Aksesori tambahan ini akan lebih menyerlahkan kecantikkan, tampak lebih elegen dan membuatkan dirinya lebih menonjol.
5 Kasut
*harga : RM30++
Wanita sukakan kasut, pelbagai jenis kasut.
Adalah menjadi idaman setiap wanita untuk mempunyai koleksi kasut yang besar.
Hadiahkan mereka kasut. Tak kira apa jua jenis kasut.
6 Beg tangan
*harga : RM50++
Kebanyakkan wanita merasakan penampilannya tidak lengkap tanpa beg tangan.
Selain sebagai fesyen, ia memudahkan para wanita (tempat peyimpanan barang).
Beg tangan juga secara simboliknya (dalam diam-diam) menyatakan status seseorang wanita dan taraf pendapatannya.
7 Dompet
*harga : RM15+
Khas untuk lelaki, tips untuk beli purse untuk wanita.
Perhatikan rekabentuk dompet yang digunakanya sekarang.
Selalunya untuk dompet wanita mahukan yang simple, warna kegemarannya, tak berat dan bersaiz sederhana.
Kalau boleh dompet haruslah yang mempunyai zip, kalis air dan mungkin mempunyai penyangkut atau tali pemegang.
8 Tudung
*harga : RM15+
Bentuk wajah wanita tak sama, untuk lebih menyerlahkan keanggunannya kena pilih jenis yang sesuai.
Bagai para lelaki, jika anda nak tips bolehlah rujuk post ini: Cara pilih tudung ikut bentuk muka.
9 Cermin mata hitam
*harga : RM10+
Sedikit tips untuk memilih, trend cermin mata hitam terkini adalah minimal dan juga oversize.
Jenis lensa terbaik pula adalah yang diperbuat daripada polycarbonate kerana ianya lebih ringan dan tak mudah rosak/retak jika terjatuh jika dibandingkan dengan jenis lain.
10 Set Makeup
*harga : RM20+
Wanita mahu dirinya lebih menonjol dan kelihatan lebih menarik dan make-up digunakan untuk mencapai tujuan tersebut.
Dengan make-up wanita akan berasa lebih yakin dengan diri mereka. OLeh itu hadiah make-up tak pernah salah untuk wanita.
11 Set Berus Solek
*harga : RM5+
Setiap berus mempunyai nama. Disertakan dengan beg penyimpanan khas yang mana mempunyai petak untuk setiap berus tersebut.
12 Rak Barangan Kosmetik
*harga : RM10+
Rak penyimpanan barangan kosmestik jenis acrylic dengan kebolehan berpusing 360 darjah. Sesuai untuk penyimpanan barangan kosmetik(makeup) dan juga aksesori lain.
13 Minyak wangi
*harga : RM50+
Siapa wanita tak suka hadiah minyak wangi?
Anda boleh lihat juga post ini untuk senarai minyak wangi keminatan wanita terkini: Minyak Wangi Wanita paling Popular.
14 Jubah Mandian
*harga : RM10+
Jangan ambil mudah masa mandi perempuan. Tambahkan “mood” wanita kesayangan anda dengan jubah mandi yang selesa dan pink (atau warna lain kegemaranya).
15 Baju Tidur
*harga : RM15+
Agar tidur si dia lebih selesa dan bergaya!
16 Selipar rumah
*harga : RM10+
Jangan perkecilkan kebaikan alas kaki atau selipar dalam rumah. Kalau nak beli pilih yang macam ini – lembut, comel, selesa dan melindungi tapak kaki sepenuhnya.
17 Botol air
*harga : RM10+
Ini mungkin kelihatan seperti barang biasa, barangan kegunaan setiap hari, tetapi botol air kini telah mengupgradekan diri menjadi aksesori khusus yang memudahkan, keselesaan dan juga sebagai fesyen.
18 Payung
*harga : RM10+
Untuk kemudahan, keselesaan dan kesihatan. Pilih yang bersesuaian dengan wanita, contohnya ringan, mudah disimpan…
19 Safety alarm
*harga : RM10+
Alat pertahanan dan pelindung diri daripada ancaman luar. Mengeluarkan bunyi nyaring untuk menarik perhatian ramai di kala kecemasan.
20 Jam Kesihatan
*harga : RM50++
Hadiah terbaik jika anda betul-betul ambil berat terhadapnya. Untuk menjaga kadar degupan jantung, sport tracking dan GPS, notifikasi panggilan, sms dan kalendar, mengira kadar kecergasan fizikal dan juga panduan pernafasan.
21 Penimbang Pintar Xiaomi
*harga : RM58
Kalau nak hadiahkan yang ini kena fikir baik-baik dulu. Nanti tujuan baik disangkanya buruk pula.
Alat ini boleh disambungkan pada smartphone untuk menyimpan maklumat berat anda. Siap terus dengan laporan graf dan carta. Kalau berat naik, dia akan bagi warning.
22 Pembersih Muka Ultrasonik
*harga : RM20++
Kalau wanita yang jenis selalu berkunjung ke salon kecantikkan untuk rawatan muka belikan dia yang ini. Sebiji sama atau sekurang-kurangnya fungsi yang sama dan mungkin lebih baik.
Pembersih muka ulrasonik ini digunakan untuk membuang sel mati dan juga black head pada kulit muka. Lagi baik, tak perlu kongsi dengan banyak orang seperti dalam salon.
23 UV nail dryer
*harga : RM10+
Beli satu untuk kemudahan si dia. Tak perlu ke kedai bila nak uruskan kuku. Buat dekat rumah sahaja.
24 Tweezer Set
*harga : RM10+
Set penjagaan kulit muka termasuk bulu mata.
25 Set Sisir Kayu
*harga : RM21
Set sisir kayu custom made yang unik, selesa dan selamat digunakan untuk semua peringkat umur. Tak menghasilkan cas elektrik statik.
26 Wireless Earphone
*harga : RM20+
Untuk si dia yang “techie”. Boleh disambungkan pada handphone untuk menjawab panggilan dan juga mendengar muzik. Kualiti bunyi yang baik.
Anda boleh juga lihat senarai ini: Senarai Earphone Bluetooth terbaik di Malaysia.
27 Portable Speaker
*harga : RM50+
Ini pula untuk si dia yang sukakan muzik. Boleh disambungkan kepada smartphone. Kecil tetapi kualiti bunyi yang baik. Senang dibawah kemana-mana.
28 Smartphone Sanitizer
*harga : RM80+
Tahukah anda handphone berkemungkin tinggi untuk mempunyai banyak kuman? Hadiah ini membolehkan si dia bergaya dengan selamat.
Penyahkuman untuk handphone. Menggunakan UV light. Juga boleh digunakan untuk membunuh kuman pada jam dan juga barang aksesori lain.
29 Fancy Phone Case
Kerana wanita gemarkan smartphone case yang comel-comel dan bergaya.
30 Mixer
*harga : RM100+
Kasihan si dia asyik-asyik guna tangan…nanti tambah besar otot tangannya. Belikan saja pengadun elektrik, senang cerita.
31 Yogurt maker
*harga : RM20+
Kalau nampak si dia selalu beli yogurt dekat kedai, belikan terus yang ini. Yogurt kini menjadi pilihan utama para wanita untuk kesihatan. Lebih mudah untuk diserap dan mengandungi khasiat yang sama dengan susu.
32 Waffle maker
*harga : RM30+
Dengan adanya alat ini tidak perlu lagi si dia tunggu lama-lama dekat gerai waffle. Boleh buat banyak-banyak dan makan sampai puas. Silap-silap boleh buka kedai jadinya.
33 Set Pisau Dapur
Tidak lupa juga untuk mereka yang gemar memasak. Ini merupakan hadiah yang paling dinanti-nantikan.
34 Electric Multi Cooker
Penggunaan electrik multi cooker menjadi trend terkini yang menjadi sensasi. Ia lebih selamat dan memudahkan.
Sering dibualkan oleh blogger – blogger makanan / masakan. Harga mungkin agak mahal, tapi jika anda mampu apa salahnya? Untuk kegembiraan si dia.
35 Set Tea Porselin
*harga : RM100+
Teman wanita anda sukakan benda istimewa dan unik? Berikan ia set porselin ini. Biar dia lebih yakin menghidang teh di kemudian hari.
36 Car Air Purifier
Untuk kulit yang cantik, badan mesti sihat. Untuk badan sihat sekeliling mesti bersih. Untuk sekeliling bersih cubalah Ion Purifier.
Kerana selalunnya masa akan dihabiskan dalam kereta driving atau di pejabat, belilah yang jenis portable dan boleh digunakan didalam kereta.
37 Baju custom made
*harga : RM15+
Boleh rujuk pilihan ini: Senarai servis print baju murah berkualiti di Malaysia.
Baju custom ini istimewa kerana ia dibuat khas hanya untuk si penerima.
Tidak ada lain yang sama.
Kita boleh masukkan mesej yang nak disampaikan dalam baju tersebut.
38 Bunga & Coklat
Asal saja bergelar wanita tidak akan lari mesti akan suka juga dengan bunga-bungaan. Mungkin coklat adalah pilihan.
Boleh pertimbangkan untuk hadiahkan bunga sebagai pendamping hadiah yang lain.
Untuk hadiah coklat boleh cuba rujuk: Hadiah Coklat dalam Kotak
39 Sejadah Naelofar
*harga : RM199+
Dengan rekacipta berinspirasikan ‘Bintang’ dalam bentuk geometri.
Dengan ketebalan 13mm menjanjikan keselesaan terunggul ketika menunaikan solat.
40 Lazada Gift Card!
*harga : RM50+
Hanya si dia yang tahu apa yang betul-betul disukainya. Senang cerita? Hadiahkan saja gift card ini. Boleh digunakan untuk shopping online di lazada.
Dia pasti senyum lebar…
Selamat memilih hadiah yang terbaik untuk wanita yang bertuah!
Kongsikan post ini jika ia membantu ya!
kalau mau beli penimbang badan harus ekstra hati-hati, karena bisa berakibat buruk 😀
Terima kasih atas idea. Mudah nak pilih apa nak beli untuk birthday
sama-sama.. gembira dapat membantu.