10 Alat Untuk Tarik Line Internet Terbaik Malaysia 2024

Alat untuk tarik line internet terbaik dan terlaris di Malaysia kemaskini 2023.

Sangat sesuai untuk anda jika alami masalah liputan internet 4g kurang stabil di dalam rumah!

Masalah liputan internet yang lemah di dalam rumah ?

Bukan sahaja anda, ramai pengguna lain yang mengalami masalah yang sama.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergantung penuh kepada internet daripada telefon pintar semata-mata.

Jika berada di luar kawasan rumah, line clear..siap isyarat “4G”!

Apabila masuk dalam rumah pula, rangkaian bertukar jadi H† , lebih teruk lagi “Edge”!

Sebenarnya ianya disebabkan oleh gelombang “internet” yang tidak dapat menembusi dinding rumah anda.

Apatah lagi jika terdapat banyak barangan elektronik di dalam rumah anda yang memancarkan gelombang apabila sedang digunakan!

Masalah ini hanya boleh diselesaikan dengan adanya repeater ini.

Hanya letakkan antena outdoor di lokasi yang mempunyai rangkaian internet terbaik, sama ada di atas pokok atau bukit dan sebagainya, maka masalah anda mungkin boleh diselesaikan.

Tidak kira dalam bilik, tandas atau mana-mana ruang dalam rumah, anda kini boleh “mengakses” internet terbaik.

Bagaimana nak dapatkan alat “tarik line internet” ini?

Anda boleh sahaja dapatkan alat tarik line di kedai-kedai telekomunikasi berdekatan anda.

Cuma harga yang ditawarkan mungkin agak mahal disebabkan alat ini memang agak “high demand“!

Cara terbaik adalah dengan mendapatkanya secara online!

Jika anda membelinya secara dalam talian, pasti anda boleh dapatkan tawaran harga yang terbaik!

Lagipun banyak pilihan yang ada!

Pastikan anda dapatkan barangan yang sah di Malaysia.

Bagaimana nak tahu peranti “tarik line” yang bagus?

Anda tidak perlu bersusah payah mencari!

Kami telah sediakan senarai “repeater” yang terbaik untuk anda.

Alat untuk memaksimumkan isyarat “line” di dalam rumah anda yang terbukti berkualiti dan yang penting telah dicuba dan banyak digunakan di luar sana!

Kami hanya mengutamakan peranti yang mendapat “rating” tertinggi oleh pengguna atau pembeli terdahulu!

Ianya juga berfungsi untuk “modem bersimkad” di rumah anda!

Walaubagaimanapun, sebelum membuat pembelian anda perlu memeriksa frekuensi atau “band” telefon pintar anda dahulu.

Cara periksa frekuensi@band telefon pintar anda

Pengguna telefon pintar Android:

  1. Muat turun aplikasi “Network Cell Info Lite” dari google play.
  2. Kemudian install
  3. Periksa jenis “Band” telefon pintar anda.
  4. Dalam gambar berikut, frekuensi telefon pintar saya adalah Band 3.
  5. Oleh itu, saya perlu menggunakan alat tarik line internet jenis Band 3.

Pengguna telefon pintar iPhone:

  1. Dail: *3001#12345#* → Serving Cell Info → Freq Band Indicator

Rujukan Julat Frekuensi:

  • CDMA: 824~849/869~894MHz (Band 5)
  • DCS: 1710~1785/1805~1880MHz (Band 3)
  • WCDMA: 1920~1980/2110~2170MHz (Band 1)
  • LTE26: 2500~2570/2620~2690MHz (Band 7)

Anda sudah tahu “band” telefon pintar anda?

Penting!

  • Alat ini hanya sesuai untuk telefon pintar ataupun modem yang menggunakan kad sim sebagai sumber capaian internet.

Cara Pemasangan Penguat Internet

Apabila anda membuat pembelian repeater isyarat line telefon atau internet ini, ada akan menerima 3 komponen utama:

  • Antenna Luaran (outdoor)
  • Repeater
  • Antenna Dalam (indoorr)

Komponen lain ialah kabel sambungan daripada antenna luar ke repeater dan daripada repeater ke antenna dalam rumah.

Rujuk gambar berikut untuk visual yang lebih jelas:

Langkah pemasangan adalah seperti berikut:

  • Outdoor Antenna ( 1) dipasang di luar atau kawasan yang mempunyai rangkaian internet paling kuat (3G, H+ dan 4G)
  • Repeater diletakkan di dalam rumah dan perlu disambungkan ke bekalan kuasa elektrik.
  • Indoor Antenna pula diletakkan di mana-mana ruang dalam rumah anda.

Anda perlu sambungkan outdoor antenna dengan kabel khas ke repeater dan juga dari repeater ke antenna indoor.

Jangan lupa sambungkan repeater ke bekalan kuasa ke soket elektrik terdekat dalam rumah anda.

Bagimana alat ini berfungsi?

Apabila anda “switch on” bekalan kuasa pada repeater, outdoor antenna akan mengesan line internet di luar rumah.

Pastikan anda letakkan outdoor antenna ini di lokasi yang mempunyai liputan internet terbaik di sekitar luar rumah anda.

Kemudian, outdoor antenna akan menghantar isyarat ke repeater.

Akhirnya repeater akan menguatkan kembali isyarat dan menyebarkan ke dalam rumah anda melalui antenna indoor.

Alat tarik line ini Mungkin tidak Sah?

Ramai yang tersalah tafsir mengenai alat ni.

Mungkin disebabkan ianya dinamakan “alat untuk tarik line?”

Sebenarnya alat ini tidak menjejaskan line di luar rumah anda dan seterusnya menjejaskan pengguna lain di sekitar rumah anda.

Ianya tidak “menyedut” coverage di luar rumah.

Alat ini cuma bertindak “memanjangkan” atau “menghantar” isyarat dari luar rumah ke dalam rumah menggunakan repeater agar anda boleh akses internet atau membuat panggilan dengan mudah.

Perlu diingat, disebabkan peralatan yang mengeluarkan gelombang, dinding rumah yang tebal sedikit sebanyak menghalang gelombang “cellular” daripada menembusi rumah anda.

Ini menyebabkan amat sukar untuk anda membuat panggilan atau mengakses internet dari dalam rumah.

Alat ini berfungsi untuk sebarkan line ke dalam rumah anda sahaja..

Ataupun dari atas pokok ke rumah atau pondok belajar berdekatan!

Senarai Alat Tarik Line Internet Terbaik 2023

Anda sudah faham bagaimana alat ini berfungsi?

Jangan lupa memeriksa jenis Band telefon anda terlebih dahulu agar anda membeli alat yang betul.

Jom lihat senarai alat untuk tarik line internet terbaik di Malaysia 2023 berikut:

1. 4G Band 1, 3 & 8 Signal Booster (Recommended)

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA
Merupakan satu alat untuk tarik line internet di rumah anda yang kami sarankan!

Boleh menyokong frekuensi@band 1,3 & 8!

Alat ini sememangnya terbukti dan membantu anda agar mendapatkan rangkaian internet terbaik di rumah.

Boleh menguatkan signal 2G, 3G dan 4G!

Cara pemasangan:

  • Halakan “outdoor atena” ke luar tingkap, atap rumah atau kawasan yang mempunyai liputan internet terbaik.
  • Sambungkan kabel atena ke “BTS” port pada repeater.
  • Sambungkan bekalan kuasa AC pasa soket 3 pin di rumah anda.
  • Cuba laraskan atena anda sehingga petunjuk signal pada skrin repeater menunjukkan “bar penuh”
  • Selepas itu, sambungkan repeater dengan “indoor atena”
  • Pastikan jarak antara atena luar dan atena dalaman adalah lebih kurang 10 meter jarak antara satu sama lain dan dipisahkan oleh dinding rumah.

Gambar diatas merupakan diagram cara sambungan kabel booster signal anda.

Pihak penjual juga menyediakan “manual” lengkap untuk rujukan anda.

Anda juga boleh menghubungi mereka melalui ruangan “chat” pada aplikasi shopee.

2. Premium Band 3 4G LTE DCS

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA
Alat mengesan line 4G terbaik!

Spesifikasi:

  • Sesuai untuk frekuensi Band 3.
  • Menggunakan atena jenis log periodic!
  • Atena jenis log periodic yang lebih berkualiti dan lebih baik daripada Atena jenis Yagi!

Jika luar rumah anda mempunyai line 4G yang bagus tetapi tidak di dalam rumah, maka peranti ini sesuai untuk anda!

Cara pemasangan juga sama dengan senarai pertama diatas.

3. Band 3 2G & 4G Booster

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA
Jangan tersilap untuk membuat pembelian!

Booster ini hanya untuk tarik line internet frekuensi Band 3, 2G dan 4G DCS LTE sahaja.

Harga yang ditawarkan lebih murah lengkap dengan atenna luar, atenna dalam dan juga kabel penyambung.

Oleh itu, jika anda ingin mendapatkan alat ini, pastikan luar rumah anda mempunyai line 4G!

Kaedah pemasangan juga sama dengan senarai pertama diatas.

4. 4G lite Band 3 Signal Boost

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA

Jikan anda mempunyai bajet yang terhad, mungkin alat ini sesuai untuk rumah anda.

Spesifikasi:

  • Sesuai untuk Band 3

Namun peranti yang boleh ditampung oleh booster ini maksimum 20 telefon pintar sahaja.

Harga agak murah iaitu RM 89.00!

Cara pemasangan lebih kurang sama dengan senarai diatas, cuma jenis atenna sahaja yang berlainan.

5. Band 3

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA
Alat set khas untuk tarik line internet jenis ini dijual secara berasingan.

Sebelum membuat pembelian, anda perlu periksa “Band” pengguna telefon pintar di rumah anda terlebih dahulu.

Spesifikasi:

  • Sesuai untuk Band 3 sahaja.

Jika kesemua menggunakan “Band 3” maka anda perlu memilih untuk membeli jenis Band 3 DCS 1800mhz pada “seller” ini.

6. Band 3, 7 & 8 Signal Booster

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA
Merupakan peranti yang boleh menguatkan “coverage” 2G, 4G dan 4G lite di rumah anda!

Sesuai untuk peranti telefon berikut:

  • Band 1
  • Band 3
  • Band 8

Lebih moden, lebih baik daripada senarai pertama!

7. Four Band Booster

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA
Alat untuk tarik line “multiple band”!

Peranti ini boleh menyokong telefon pintar ataupun modem bersimkad dengan band berikut:

  • Band 8: 900MHZ
  • Band 3: 1800MHZ
  • Band 1: 2100MHZ
  • Band 7: 2600mhz LTE

8. Quad Band Booster

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA
Ini pula alat untuk tarik lain CDMA, GSM, 4G, WCDMA dan 4 LTE.

Sesuai untuk Digi, Celcom, Maxis dan UMobile!

Jika anda terus mendapatkan alat ini, anda tidak perlu tahu apakah band rangkaian telefon anda!

Booster khas untuk semua band iaitu:

  • Band 8: 900MHZ
  • Band 3: 1800MHZ
  • Band 1: 2100MHZ
  • Band 7: 2600mhz LTE

Mudah dan tak perlu pening kepala!

Juga lengkap dengan atenna luaran dan dalaman.

9. 4G Triband

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA
4G signal Booster ini agak sesuai untuk pengguna digi, celcom, maxis dan telco lain.

Bagaimanapun anda perlu berhubung dengan penjual untuk dapatkan informasi dan kesesuaian alat ini dengan keperluan anda.

Alat terbaru dan agak laris di pasaran online Malaysia 2023!

Pakej termasuk:

  • Alat Booster utama
  • Kabel 15 meter (untuk antenna luaran)
  • Outdoor Antenna
  • Indoor Antenna
  • Power supply

10. Dual 5 Band

 

 

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

Pengenalan

Produk ini digunakan untuk meningkatkan rangkaian suara dan isyarat mudah alih,

Penggunaan utama untuk menyelesaikan masalah kualiti komunikasi telefon bimbit dalaman dan kelajuan internet tanpa wayar.

Ia adalah pintar untuk memaparkan kekuatan isyarat luar sebenar dan mengesan secara automatik.

Di mana digunakan?

Produk ini meliputi pelbagai penggunaan untuk Rumah, pangsapuri, pejabat, basement. tempat letak kereta.

Pusat membeli-belah..dan sebagainya.

Kelebihan

  • Paparan LCD !!!
  • Penguat Isyarat Telefon Bimbit Band Empat, Dwi Band
  • Adapter Kuasa
  • Meningkatkan: 2G 3G 4G Suara + Rangkaian 3G 4G,
  • Menyokong pelbagai pengendali yang mempunyai jalur frekuensi yang sama, dan menyokong pengguna telefon pelbagai.
  • Gain Tinggi: 65dB / 70dB
  • Kuasa Keluar Maksimum: 23dBm.
  • Impedans: 50 ohm
  • Reka bentuk kes logam yang kukuh dan tahan lama. Reka bentuk penyejukan benturan untuk penyejukan yang lebih baik
  • 1 tahun warranti

5 Jalur Frekuensi:

  • [Band 8] 2G GSM 900MHz (Uplink: 890-915MHz, Downlink: 935-960MHz)
  • [Band 1] 3G UMTS W-CDMA 2100MHz (Uplink:1920-1990MHz, Downlink:2110-2180MHz)
  • [Band 3] 2G 4G LTE DCS 1800MHz (Uplink:1710-1785MHz, Downlink:1805-1880MHz)
  • [Band 5] 3G 4G CDMA LTE 850MHz (Uplink: 824-849MHz, Downlink: 869-894MHz)
  • [Band 7] 4G LTE IMT-E 2600MHz (Uplink:2500MHz–2570MHz, Downlink:2620MHz–2690MHz)

Kandungan Pakej

  • 1 x Penguat Isyarat. (Sila pilih salah satu daripada mereka yang anda perlukan.)
  • 1 x Adapter Kuasa

Nota:

  1. Model ini tidak dilengkapi dengan aksesori seperti kabel, kepala, antena, dan lain-lain, Hanya ada adapter kuasa.
  2. Tanpa antena dan kabel, penguat isyarat tidak dapat berfungsi, jika anda memerlukan mereka, sila dapatkan secara tambahan.
  3. Penguat isyarat telefon bimbit ini hanya boleh membuat isyarat yang lemah menjadi lebih kuat, ia tidak boleh mencipta isyarat, ini bermakna ia tidak akan memberi anda sebarang bantuan di kawasan di mana tiada isyarat sama sekali.

Adakah informasi ini membantu anda?

Sila kongsikan maklumat ini kepada rakan-rakan anda!

Terima kasih!

 

48 thoughts on “10 Alat Untuk Tarik Line Internet Terbaik Malaysia 2024”

  1. Slmt pagi tuan, hp sy dah try cek band. Tp semua tulis unavailable. Sy pakai hp jenis iphone. Luar rumah 3g. Tpi bila masuk rumah. Connection selalu lost.

  2. Sy duduk flat, kalau awal pagi mcm pkul 7pg mmg line laju, tp stiap malam pkul 7mlm ke atas mesti line slow gila… Jarang sgt line ok (skali skala je ok)

    Mmg sy kena beli repeater ke? Sy pakai modem simkad Unifi Bebas dgn Celcom (selalu tukar2 ikut keadaan)

  3. TUAN SAYA NAK TANYA..TEMPAT KEJE SY BERADA DI KAWASAN KELAPA SAWIT..SO BILA KAT LUAR LINE 4G. TP BILA MASUK DLM OPIS/STORE DIA KADANG2 ADA LINE n kadanng2 xde..SO store tempat keje SY PAKAI MODEM TP link model tl-mr6400. SO ALAT YANG MANA SESUAI UNTUK STORE SAYA. PAKAI SIMCARD LINE CELCOM

    1. Pertama, tuan perlu “check” berapa band kat luar tu.
      Sila baca tutorial yang saya berikan.
      Rasanya dah lengkap.
      Lepas check band, barulah tuan kena beli repeater yang sesuai dengan line 4g kat luar tu.

      Sebagai contoh, band kat luar yang ada 4g tu ialah band 3
      Tuan perlu gunakan repeater band 3.
      Apabila tuan membeli repeater band 3, alat ini mempunyai 2 atenna iaitu atena luar dan atena dalam.
      Antenna luar tuan perlu letakkan di luar rumah, kawasan band 3 (liputan 4g) tadi.
      Kalau boleh gunakan tiang agar antenna ini diletakkan lebih tinggi.
      Lagi tinggi, biasanya coverage lebih bagus.

      1. so kalau sy gunakan modem pun still boleh dapat internet? kiranya simcard ni sy letak dlm modem. and just nak pakai wifi..sbb sy ada deal ngan dealer n dia org cakap yg benda ni hanya untuk handphone..kalau pakai modem x boleh..tu yg sy nak tnya dengan tuan..model yg mana satu sesuai untuk modem dan hanphone. terima kasih

      2. Boleh, yang penting anda kena letakkan simkad dalam modem tu. Yang penting antena dalaman sudah dipasang dalam rumah.
        pastikan simkad yang digunakan ialah simkad yang sama anda gunakan untuk periksa “band” kat lokasi dengan internet terkuat di kawasan rumah anda.

  4. Di luar rumah line bagus 4g, band 3. Bila masuk rumah aja, terus band 1. Jadi saya kena pilih yang mana tuan? Band 1 atau 3?

      1. Saya masih belum beli lagi tuan, masih buat pemerhatian. Sekarang ini di luar rumah, lepas hujan atau tengahari band 3, tapi bila malam selalu jadi band 1. Apa pandangan tuan?

      2. Tuan perlu gunakan repeater band 3.
        Apabila tuan membeli repeater band 3, alat ini mempunyai 2 atenna iaitu atena luar dan atena dalam.
        Antenna luar tuan perlu letakkan di luar rumah, kawasan band 3 tadi.
        Kalau boleh gunakan tiang agar antenna ini diletakkan lebih tinggi.
        Lagi tinggi, biasanya coverage lebih bagus.

  5. Salam tuan,
    Line telefon elok, tapi isyarat internet hampir kebanyakan masa hilang. Cuma waktu malam masa org lain tidur line internet agak baik. Sudah check band 1. Alat yg mana sesuai? Antenna log periodic atau omni yang lagi baik?

  6. Saya nak tanya setiap peranti band berlainan? Ataupun tempat yang sama hanya pakai band yang sama?

    1. bergantung dengan frekuensi telefon yang tuan, kena periksa dulu frekuensi telefon kemudian barulah tuan dapatkan repeater yang sesuai..

      1. tuan saya tggl dekat sarawak dekat tempat saya susah nak dapatkan libe telefon dan line internet mana satu yang bagus line telefon ada pun cuma 1 n 2 line saja dan line internet pun Edge

      2. Ini agak susah tuan, syaratnya, kena ada satu lokasi internet sekurang-kurangnya H+ untuk anda letakkan outdoor atenna kat lokasi tu.

  7. syaa ada beli booter . tapi antena dalaman dan repeater sya pasang di luar rumah juga bersama antena luar. adakah sebab itu booster sya tidak berfungsi? mohon pencerahan .

  8. Saya ni duduk pendalam. Lain kt rmh langsung tk ada…kalau kat luar pula ada lien.tpi tk full la…1 2 lien je yg naik…….ada tk cadangan untuk saya sni……

  9. Tuan kenapa band sentiasa brubah.. Sekejup band 7 Sekejup band 1.. Dan band 5..apa boster yg sesuai ye

    1. Cara terbaik:
      1.cari point coverage internet terkuat
      2. check band
      3. Pilih alat yang sesuai dengan band terkuat.
      4. Outlet antena kena letakkan di lokasi point internet terkuat tu.

  10. Assalamualaikum sy menggunakan Unifi Faber 30mps..band8..blh kah sy membeli nye?kalau blh..apa yg patut sy beli? Terima kasih

  11. Assalamualaikum sy menggunakan Unifi Faber 30mps blh ke sy menggunakan nye??kalau blh..apa yg patut sy beli??band8

  12. hp saya guna 2 simkad. Simkad 1 band 1 dan simkad 2 band 38. sy minta rekomen alat mana yg sesuai.
    sim 1 Maxis
    sim 2 Yes 4G

      1. Assalamualaikum..
        Saya mahu taye kata rumah pakai modem wifi, line tune talk boleh tahu band mana2 ke? Dan repeater mana yg sesuai?

Leave a Reply