Senarai contoh hadiah untuk lelaki yang terbaik mengikut trend terkini untuk rujukan anda.
Senarai ini terbina hasil daripada kaji selidik laman jual beli online dan juga post-post netizen (warganet) dalam media sosial.
Mungkin ada sedang mencari hadiah sebab nak buat kejutan hari jadi untuk suami?
Mungkin juga hadiah untuk ayah?
Hadiah kahwin untuk lelaki?
Hadiah untuk lelaki remaja?
Hadiah untuk bos lelaki?
Boyfriend?
Baca juga: Hadiah untuk teman lelaki.
lelaki ini? lelaki itu?
Atau mungkin anda nak cari hadiah untuk lelaki merajuk?
Asal namanya lelaki akan pasti suka mana-mana hadiah dalam senarai ini.
Kita mulakan dengan senarai hadiah jenis yang ‘sentiasa hijau’ (evergreen) aka sentiasa popular dan seterusnya ke hadiah yang lebih spesifik mengikut hobi, jenis elektronik dan trend semasa.
Lihat senarai dan tentukan mana satu yang paling sesuai:
Bacaan tambahan: Cadangan Hadiah Anniversary untuk Suami
1Baju Kemeja
*HARGA : RM12++
Anda tidak pernah silap dengan memberi hadiah baju kemeja. Mungkin anda perlukan sedikit maklumat seperti saiz dan warna kegemarannya.
2Baju melayu
*HARGA : RM40++
Begitu juga dengan hadiah baju melayu. Hadiah jenis ini sentiasa diterima dengan komen yang baik.
3Dompet
*HARGA : RM10++
Jika pernah terlihat dompetnya sudah agak lusuh hadiahkan dompet yang baru.
4Buku
Untuk lelaki yang gemar membaca. Pergi ke mana-mana kedai buku, kemudian lihat bahagian best seller. Dia pasti gembira menerimanya.
5Planner Book
*HARGA : RM20++
Hadiah ini sesuai diberikan menjelang tahun baru atau ketika awal tahun.
6Tali pinggang
*HARGA : RM10++
Kalau lihat dia asyik guna tali pinggang yang sama je, belikan tali pinggang baru.
7Tali Leher
*HARGA : RM5++
Untuk lelaki yang tiap hari kena guna tali leher. Beli baru untuk tambah koleksinya. Biar banyak pilihan untuk dipadankan dengan pakaian hariannya.
8Stokin
*HARGA : RM10++
Jangan pandang rendah pada hadiah stokin. Disebalik kerapian pemakaian si dia tersembunyi stokin yang berlubang. Siapa tahu?
Bila hadiahkan stokin jangan beri sepasang sahaja. Berikan 7 pasang untuk pemakaian selama seminggu.
9Kasut
*HARGA : RM20++
Tak kiralah dia dah ada berapa pasang kasut. Dia pasti gembira menerima kasut yang baru.
10Boxer
*HARGA : RM10++
Untuk yang nak beri hadiah pada suami, tunang atau boyfriend. Berikan terus beberapa pasang. Siapa tahu mungkin yang sedang digunakan sekarang tu dah berlubang?
11Sapu tangan
*HARGA : RM10++
Sapu tangan bukan sahaja digunakan untuk tujuan mengelap sesuatu tetapi juga sebagai fesyen, koleksi dan juga cenderahati.
12Beg Backpack
*HARGA : RM30++
Untuk lelaki yang sentiasa bergerak kesana kemari dan juga sentiasa membawa barang bersamanya, hadiahkanlah beg.
13Kacamata Hitam
*HARGA : RM16++
Berguna, menarik dan fesyen. Tidak seperti baju (yang mana mungkin akan tersilap pilih saiz), kaca mata hitam tak pernah tidak disukai.
14Topi
*HARGA : RM10++
Topi diterima tak kira usia penerima. Pilihan yang baik.
15Pencukur Elektrik
*HARGA : RM10++
Lagi klasik tapi disukai.
16Minyak Wangi
*HARGA : RM50++
Klasik tapi masih lagi menjadi hadiah yang diminati.
Untuk melihat lebih banyak pilihan sila rujuk post ini: Minyak Wangi Lelaki Kegemaran Jejaka Malaysia
17Jam tangan
*HARGA : RM35++
Sejak ia mula dicipta, jam tangan sering diberikan sebagai hadiah.
Anda boleh rujuk juga senarai ini: 25+ Jam Tangan Casio Terbaru Popular
18Koleksi CD/DVD
Mungkin anda tahu filem, drama atau penyanyi kegemarannya?
19Set Penjagaan Lelaki
*HARGA : RM50++
Lelaki juga sukakan set penjagaan kulit cuma mereka malas nak cari benda sebegini.
20Power Tools
*HARGA : RM80++
Cordless powertool screwdriver wireless Drill. Lihat bagaimana si dia tersenyum lebar mendapat alat ini. Hadiah terbaik untuk hampir semua jenis lelaki!
21Coffee Maker
*HARGA : RM124+
Coffee Maker, pilihan terbaik menceriakan pagi si dia.
22Pembakar Roti
*HARGA : RM39++
Ringkas dan berguna.
23Peti Sejuk Mini Mudah Alih
*HARGA : RM190
Boleh guna di rumah dan dalam kereta. Boleh guna untuk menyejukkan dan juga memanaskan minuman.
24Penghawa Dingin Mini Peribadi
*HARGA : RM30++
Reka bentuk yang menarik, mantap dan mudah untuk dibawah kemana-mana. Sesuai untuk negara kita yang beriklim panas dan lembab sepanjang tahun. Si dia pasti menyukainya.
25Hammock + Kelambu
*HARGA : RM38+
Buaian dilengkapi dengan kelambu. Senang dipasang, senang dikemas. Sangat sesuai untuk mereka yang gemar berkemah & aktiviti luar.
26Set BBQ Portable
*HARGA : RM25+
Boleh dilipat, senang dibawah dan sesuai untuk aktiviti luar seperti berkhemah, berkelah. Pemberian anda pasti dihargai oleh lelaki yang gemar aktiviti luar.
27SmartWatch
Berkebolehan untuk memantau kadar degupan jantung, tekanan darah, kandungan oksigen dalam darah, memantau latihan kecergasan…pendek kata ia bukan ia adalah jam tangan kesihatan.
Jenama Fitbit mungkin sedikit mahal, tetapi anda boleh memilih jenama lain yang mempunyai fungsi yang sama.
28Earphone
*HARGA : RM25+
Ringkas tapi sangat berguna. Beli biar yang kualitinya baik.
Jika berminat boleh juga lihat lebih banyak pilihan sini: Senarai Earphone Bluetooth Terbaik
29Wireless Headphone
*HARGA : RM30+
Produk ini sesuai untuk lelaki yang meminati muzik dan up-to-date dengan trend /fesyen semasa. Boleh disambungkan dengan semua smartphone yang mempunyai fungsi bluetooth.
30Wireless Speaker
*HARGA : RM20+
Wireless Speaker hadiah terbaik untuk para lelaki yang minat mendengar muzik. Kualiti bunyi terbaik, rekabentuk menarik dan senang dibawah. Masukkan dalam senarai anda.
31Teleskop Kamera Handphone
*HARGA : RM10+
Sesuai untuk mereka yang aktif dengan aktiviti luar. Gabungkan teropong ini dengan handphone untuk menangkap gambar.
32PowerBank
*HARGA : RM30+
Trend terkini bagi power bank sebagai hadiah. Mungkin sebab semua orang perlukannya untuk smartphone.
33Drone
*HARGA : RM100+
Hadiah terbaik untuk lelaki yang minat dengan teknologi terkini. Boleh ambil video canggih sikit.
Jika nak beli drone bajet terbaik bolehlah lihat senarai ini: 10 Drone Murah terbaik di Malaysia.
34GoPro
*HARGA : RM1.6K
Untuk lelaki yang minat dengan aktiviti luar @ lasak seperti hiking, cycling, diving, kayak dan sebagainya.
35LED Smart Alarm Clock
*HARGA : RM20++
Alarm clock moden bersesuaian dengan trend semasa.
36Portable External drive
*HARGA : RM180+
Lagi besar kapasitinya lagi baik. Siapa lelaki moden yang tak mahu external drive sebagai hadiah?
37Flip Down Clock
*HARGA : RM100+
Penjaga masa dan juga hiasan meja. Si dia lebih kerap melihat masa. Jam yang unik.
38Lampu Malam + Speaker
*HARGA : RM34+
Lampu malam + Speaker. Kalis air dan juga dilengkapi dengan mod warna berbeza. Sesuai untuk aktiviti luar seperti berkhemah atau berkelah. Sesuai juga untuk kegunaan dalam rumah.
39Lampu Malam Kapal Layar
*HARGA : RM33++
7 mod warna dan boleh bertukar secara automatik. Pilihan hadiah yang unik pasti menjadi kegemaran.
40Lampu + Kamera CCTV
*HARGA : RM55
Untuk meningkatkan sekuriti rumah, kedai, pejabat atau mana-mana tempat yang perlu.
Senang dipasang, boleh disambungkan pada handphone, boleh merakam suara juga boleh berfungsi sebagai interkom 2 hala.
41Lampu Garam Kristal Himalayan
*HARGA : RM22++
Selain daripada berfungsi sebagai lampu produk ini juga boleh menyerap kelembapan berlebihan. Bentuk cantik juga sesuai untuk hiasan.
42Bamboo Keyboard + Mouse Wireless
*HARGA : RM112+
Wireless keyboard dan mouse, menaip tanpa bunyi, unik…diperbuat daripada bambu. Saya sangat berharap mendapat hadiah seperti ini..
43Metal Wire Puzzle
*HARGA : RM7+
Baik untuk mengisi masa lapang seterusnya meningkatkan cara berfikir kreatif dan IQ.
44Klip Duit
*HARGA : RM17
Lagi satu jenis hadiah yang diminati ramai. Bukan dompet tetapi ‘Klip’. Trend terbaru, ringkas dan praktikal.
45Wallet Ninja
*HARGA : RM6
Kad serba boleh yang muat dalam dompet. Kebolehan termasuk pembuka bolt & nut, pembuka tin, pembuka botol, pembaris, pemegang handphone, pemutar screw…terbaik!
46Flint Stone Fire Starter
*HARGA : RM8++
Penting untuk kegunaan kecemasan. Sesuai untuk lelaki yang sukakan aktiviti luar seperti hiking, camping dan sebagainya.
47Aksesori Kereta
Kalau sudah namanya sayang kereta apa-apa aksesori yang anda bagi pun pasti diterima dengan baik.
48Pelebat Jambang
*HARGA : RM6+
Untuk si dia yang suka simpan jambang tapi malangnya jambangnya jarang-jarang. Beri sokongan padanya.
49Punching Bag
*HARGA : RM85+
Sesuai untuk latihan kecergasan, persediaan menyertai MMA atau tempat melepaskan geram.
50Papan Push-up
*HARGA : RM44+
Untuk membidangkan lagi dada si dia, membina otot, menjadi lebih sihat dan lebih yakin pada diri.
51Permainan Dadu
*HARGA : RM1+
Hadiahkan untuk si dia dan selanjutnya gunakannya untuk meringankan tugasan anda.
52Pembuat jus
*HARGA : RM20
Pembuat jus mini terbaik. Saiz mini 380ml.
53Custom T-shirt
*HARGA : RM15
Boleh rujuk pilihan disini: Lubuk servis print baju murah berkualiti di Malaysia.
Boleh buat design baju sendiri, agar lebih mengena pada penemrima hadiah.
Baju custom ini membawa keistimewaannya tersendiri. Lagi-lagi cuma satu yang ada dan dibuat khas untuk si penerima.
54Bullet Pendant
*HARGA : RM59
Kalung berbentuk kelonsong peluru dengan ruangan simpanan rahsia.
55Fenix T5 Aluminium Alloy Tactical Pen
*HARGA : RM129
Pen serba boleh. Boleh guna untuk menulis dan juga untuk mempertahankan diri. Rekabentuknya juga sangat sesuai untuk lelaki.
56Portable 3D VR
*HARGA : RM64
Virtual Reality headset terbaik dengan harga yang murah! Guna untuk lihat movie, 3D movie dan juga VR Games. Boleh dilipat dan senang dibawah kemana-mana.
57Gitar akustik
*HARGA : RM369
Untuk lelaki pemuzik, yang gemarkan muzik. Hadiah gitar tak pernah lapuk.
58robot vacuum cleaner
*HARGA : RM100++
Hadiah berguna untuk lelaki. Tak perlu nak menyapu atau tersorong-sorong vacuum. Belikan robot vacuum automatik.
59Smartphone
Jika anda lihat hpnya dah tiba masa untuk di upgrade.
Jika anda nak belikan hp yang bajet tetapi tak kurang hebatnya boleh tengok ini:
Smartphone Murah Terbaik bawah RM500
Jika dia minat ambil gambar guna hp boleh tengok yang ini:
8 Smartphone Kamera Terbaik di Malaysia
60Stepper Home Gym
*HARGA : RM88
Hadiah yang sesuai untuk semua peringkat umur. Baik untuk kesihatan.
61Outdoor survival kit
*HARGA : RM35
sangat sesuai untuk lelaki yang sukakan aktiviti luar seperti berkhemah, hiking dan sebagainya.
62Marantz TT5005 Turntable
*HARGA : RM999
Pemain muzik klasik. Juga sangat sesuai sebagai hiasan rumah.
63Lazy Glasses
*HARGA : RM19
Membolehkan si lelaki baring dengan selesa, tak perlu angkat leher untuk tengok hp, tonton tv atau baca buku.
Sesuai untuk yang mempunyai masalah sakit leher atau sakit belakang.
641000X Digital Microscope
*HARGA : RM166
Untuk menjelajahi dunia mikroskopik! Siapa tidak mahu alat ini? Berkebolehan untuk membesarkan imej sehingga 1000x.
65Pengering baju peribadi
*HARGA : RM59
Sesuai untuk lelaki yang susah nak jumpa matahari untuk keringkan baju. Boleh keringkan dalam rumah.
66Jubah Lelaki Taiyibat
*HARGA : RM49
67Sultan kurta
*HARGA : RM39
Kain berkualiti, selesa dan sesuai dipakai dengan suasana iklim di Malaysia.
68Penghapus nyamuk
*HARGA : RM45
Alat berguna. Boleh digunakan dalam dan luar rumah. Selamat, tiada radiasi.
69Bean Bag Sofa
*HARGA : RM99
Bean bag yang besar dan sangat selesa! Penerima pasti gembira.
70Pengunci handlebar motor ZOVII
*HARGA : RM128
Untuk lelaki yang memiliki motor. Agar keselamatan motornya lebih terjamin. Menyukarkan si pencuri untuk melakukan modus operandinya.
71Lazada Gift Card!
*HARGA : RM50++
Jika masih lagi tak dapat nak tentukan hadiah, berikan sahaja dia yang ini. Untuk digunakan shopping dekat Lazada.
Jika senarai hadiah untuk lelaki ini berguna, kongsikan pada rakan yang memerlukan.
Penafian: *HARGA yang dipaparkan hanyalah sebagai rujukan sahaja. Harga sebenar ditentukan oleh penjual. Sila lawati pautan yang diberikan untuk melihat maklumat lanjut.
pening fikir pasal hadiah setiap tahun ..oleh kerana dia minat bersukan ,saya hadiahkan dia sport shoes ..tq sangat membantu website ni..
any suggest for lelaki yang hobi dia motor??
Hadiah laki la antara yg paling susah nak fikir dulu. Jenuh fikir nak bagi apa sebab pilihan tak banyak Dulu2. Tak macam sekarang. Rambang mata pilih nak bagi hadiah apa
Sy buntu nak beri hadiah untuk ayah mertua, bila sy bukak link ni sy terus dapat idea. Memandangkan beliau suka pada kereta & gadget, sy terus terfikir nak hadiah kan beliau dashcam. At least ada ciri keselamatan & berguna untuk beliau sepanjang pemanduan. Yeahuu
kadang2 kita tak faham hati lelaki ni.. baik jadi single daripada jadi taken
Tapi ni nasihat saya je.. saya tak pernah ada teman lelaki sebab saya tak berminat dengan couple ni..
Jangan sedih…kumbang bukan seekor…pasti anda akan mendapat yang terbaik nanti…pihak kami boleh tolong carikan…
saya pernah bagi hadiah dekat teman lelaki saya tapi akhirnya saya ditinggalkan kerana dia bersikap curang kemudian saya mula tawar hati untuk memberikan apa-apa hadiah kat teman lelaki lagi
Janganlah bersedih.. saya pernah bertunang dan putus tunang tapi itu bukan titik pengakhirannya.. mungkin dugaan yg Allah beri tu untuk kita dekat padaNYA.. In shaa Allah akan berikan dan gantikan yang lebih baik.. Alhamdulillah saya dah bertunang dengan seorang jejaka dan akan mendirikkan rumah tangga ♥️
Owh thnks awk bgi semangat kt saya….. Skrg sy rse sy hmpir jmpe jdh sy doakan yg baek2 tau hehehehe….. Btw smoga hubungan korg kekal smpai jannah aminnn…… 🥰🥰🥰🥰🥰🥰🥰