Senarai alat senaman yang boleh anda miliki untuk kegunaan dirumah.
Berikut merupakan pilihan alat untuk bersenam yang anda boleh miliki untuk kegunaan persendirian.
Alat senaman kaki, untuk melompat, belari @ berjogging dan sebagainya.
Dengan kehidupan harian yang sibuk anda tentu tak nak buang masa nak harungi trafik yang sesak semata-mata nak ke gym.
Alat senaman ini anda boleh beli secara online atau dapatkan di kedai gym terdekat di Malaysia.
Badan sihat, otak cergas, umur pun panjang!
Nota: Anda perlukan kelengkapan seperti gym mate, kasut dan sarung tangan yang sesuai untuk menjadikan sesi senaman anda lebih selamat dan selesa.
Lihat senarai ini:
*Harga yang dipaparkan hanya sebagai rujukan. Klik pada link untuk lihat info penuh.
1Complete Home Gym
Set gym rumah terlengkap.
*RM1,500+
Miliki set ini dan anda tak perlu lagi susah-susah nak pergi ke gym. Satu alat untuk semua bahagian otot badan.
Anda boleh buat latihan seperti pull down, butterfly, bench press, hand rowing, leg curl dan banyak lagi.
(Punching bag juga disertakan!)
2Treadmill Running Machine
Untuk jantung & berat badan ideal.
*RM1,700+
Berjalan atau berlari di atas treadmill adalah salah satu senaman yang baik yang mana lebih selamat dan kurang stress pada badan.
Jika tidak ada track jogging berdekatan dengan anda, treadmill adalah pilihan terbaik.
Semasa memilih treadmill, pastikan anda lihat berat muatan maksima agar bersesuaian dengan berat badan anda.
3Exercise Bikes
Pilihan senaman aerobik yang kurang stress pada sendi badan.
*RM200+
Berbasikal boleh menguatkan jantung, paru-paru dan otot badan. Dalam masa yang sama ia juga boleh membantu mengatasi masalah berat badan berlebihan.
Ia sangat sesuai untuk memelihara sendi-sendi badan anda. Kurang stress dibandingkan dengan berjogging.
Dalam masa yang sama anda tak perlu risau keadaan seperti cuaca, bahaya trafik dan juga masalah pada basikal.
4Elliptical Trainer
Altenatif lain selepas treadmill dan basikal.
*RM365
Elliptical Trainer adalah alat senaman yang mana merupakan kombinasi pergerakkan naik tangga, berbasikal dan juga ski.
Ia diklasifikasikan sebagai alat senaman impak rendah yang baik untuk sendi terutamanya bahagian lutut dan agak mudah untuk digunakan.
5Sit Up Bench
Untuk 6 pack abs.
*RM180
Tujuan utama kenapa anda perlu Sit Up Bench adalah untuk mengurangkan risiko kecederaan dan menjadikan anda lebih bersemangat untuk melakukan Sit Up.
Selain itu, ia boleh digunakan untuk platform bentuk senaman lain, contohnya senaman kaki, tangan dan dada.
6ABSixPack Care X-BIKE
Sepenuhnya untuk 6 pack abs.
*RM160
Jika anda mahu alat senaman yang spesifik pada bahagian perut dan pinggang, miliki alat senam ini.
ABSixPack X-BIKE dicipta khas untuk membuang lebihan lemak pada bahagian tengah badan, terutamanya bahagian perut, pinggang, pinggul, paha dan tangan.
7Wheel Abs Roller
Untuk teras badan yang kuat.
*RM32
Alat senam ringkas ini sangat efektif untuk menguatkan otot teras badan kita. Bahagian perut dan juga belakang.
Alat ini juga dikatakan lebih baik berbanding senaman biasa untuk perut – Bentuk abs lebih menarik.
Sangat sesuai untuk dijadikan pilihan untuk gym rumah anda.
8Yoga Ball
Alat senaman ringkas yang selamat dan efektif.
*RM17
Yoga Ball adalah alat senaman yang ringkas, selamat dan efektif untuk menguatkan badan seterusnya menjadikan anda lebih cergas.
Anda boleh guna untuk senaman bahagian perut, belakang, yoga, memperbaiki keseimbangan tubuh dan menjadikan bentuk badan anda lebih menarik.
Ia juga sesuai untuk semua peringkat umur malah juga sesuai untuk wanita mengandung!
9Balance Ball Chair
Membetulkan postur badan anda.
*RM218
Kelebihan utama alat ini adalah untuk menjadikan postur badan anda lebih baik @ memperbetulkan postur badan anda.
Rekabentuknya membantu anda membina kekuatan teras pada tubuh anda – Membantu membetulkan kedudukan spinal anda.
Jika anda mempunyai masalah sakit belakang atau lenguh-lenguh otot belakang, alat ini mungkin dapat membantu anda.
10Dumbbell + Bar Bell
Dumbbell adalah asas.
*RM36
Alat pertama yang anda pegang ketika kali pertama masuk dalam gym. Kenapa? Kerana ia sangat ringkas dan berguna.
Dengan sebab itu anda perlu miliki untuk sebagai salah satu kelengkapan gym rumah anda.
Semasa membeli, pilih dumbbell yang boleh ditukar bentuk menjadi bar bell untuk meluaskan jenis latihan yang boleh anda lakukan.
11Skipping Rope
Untuk mendapatkan hasil yang dengan lebih cepat.
*RM10
Adakah anda tahu senaman skipping ropes lebih intensif berbanding berjogging?
Bila anda melakukan senaman dengan menggunakan skipping rope @ melompat, degupan jantung anda 2-3 kali lebih cepat berbanding jogging.
Nampak ringkas, tapi jika anda mahu hasil yang lebih cepat gunakan skipping rope.
12Hip Twister
Berdiri dan ‘Twist’.
*RM16
Sangat sesuai sebagai alat senam di rumah. Ringkas dan efektif.
Anda hanya perlu naik dan berdiri atas alat ini dan mulah gerakan badan anda – pusing ke kiri dan ke kanan. Kombinasikan dengan muzik untuk suasana yang lebih seronok.
(Sila ambil perhatian berkenaan dengan berat maksima ketika memembeli alat ini)
13Hand Power Grip
Untuk jari dan tangan yang kuat.
*RM16
Sangat sesuai untuk ahli bina badan, rock climbers, pemain tennis, golf, badminton, pemain drum dan seterusnya…
Boleh dibawah dan digunakan dimana-mana.
14Power twister bar
Untuk menambah kekuatan anda.
*RM9.90+
Jika anda mencari alat senaman khas untuk membina kekuatan badan tanpa perlu mengeluarkan belanja yang banyak miliki power twister bar.
Alat ini ringkas. Cara gunanya juga ringkas – Pegang menggunakan kedua-dua belah tangan dan bengkokkan.
(Pilih jenis berdasarkan kekuatan anda)
Ia menjadikan otot leher, tangan, dada, pinggang, dan perut lebih kuat.
15Kettlebell
Efektif dalam jangka masa singkat.
*RM90+
Mungkin alat ini baru untuk anda, mungkin juga alat ini sesuai untuk anda.
Berbeza dengan dumbell, bentuk kettlebell memerlukan anda untuk mengawal keseimbangan ketika menggunakannya seterusnya menguatkan teras badan anda.
Ini menjadikan kettlebell lebih efektif berbanding dumbell untuk jangka masa yang sama.
Anda boleh lihat cara senaman menggunakan kettlebell ini dalam video dibawah:
16Punching bag
Baik untuk stres.
*RM50+
Punching bag baik untuk kecergasan badan, keseimbangan dan koordinasi badan, membina kekuatan, membina stamina dan daya tahan, menjadikan tulang dan ligament anda lebih kuat, dan seterusnya menjadikan teknik boxing anda lebih baik.
(Mungkin berguna untuk memertahankan diri)
Selain itu, alat ini baik untuk meredakan stress atau rasa marah. Bila anda stress atau marah, hampiri punching bag dan lepaskan.
Dengan ini kesihatan mental anda juga lebih terjaga.
17Medicine Ball
Simple dan efektif.
*RM55+
Jika anda mahukan jenis senaman yang ringkas untuk memperbaiki otot teras, membina kekuatan, keseimbangan, koordinasi, daya tahan anda boleh cuba alat ini.
Mungkin baru bagi anda, tapi sebenarnya alat ini sudah wujud sekurang-kurangnya ketika 1000 sebelum masihi.
Anda boleh lihat video ini untuk cara senaman menggunakan medicine ball:
18Push Up Stand
Alat bantu senaman.
*RM9
Jangan pandang rendah pada alat ini. Nampak seperti tak membantu bukan?
Alat-alat ringkas seperti inilah yang menjadi pemangkin kepada aktiviti senaman anda. Menjadikan anda lebih bersemangat bersenam.
Selain itu, ia juga mengurangkan kadar kecederaan anda ketika bersenam.
19Push Up Board
Full set senaman dada & tangan.
*RM29
Ok, bosan dengan senaman push up anda? Apa kata cuba alat senam ini?
Push pup board dibuat khas untuk membina otot dada, bahu, belakang dan juga teras anda – Hanya dengan push up.
Terdapat 9 posisi push up yang mana dibuat di lokasi tertentu untuk otot anda.
20Doorway Pull Up Bar
Pasang dekat pintu rumah.
*RM75
Untuk senaman pull up anda. Tak perlu beli set besi besar-besar atau buat struktur permanent pada rumah anda.
21Body Vibrating Machine
Gegar gugur lemak badan.
*RM299
Bagaimana pula gegar-gegar ni boleh buat kita jadi kurus?
Menurut mayoclinic.org alat body vibrating ini ketika bergetar akan memindahkan tenaga tersebut ke badan anda, memaksa otot untuk menegang dan mengendur berulangkali setiap saat.
Akan tetapi, sebelum memilih menggunakan alat ini, dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu, terutaman bagi ibu mengandung.
22Wonder Core Smart Fitness Machine
Alat khas 6 jenis senaman.
*RM79
Alat senam ringkas yang membantu anda untuk 6 jenis senaman – Sit ups, push up, bridge, scissor kicks, forearm, biceps dan juga tricep.
Alat kecil ini senang untuk dibawah kemana-mana, menjadikan anda tidak ada alasan untuk tidak bersenam.
23Foam Roller
Alat senam, yoga dan massage.
*RM15
Alat pelengkap kepada sesi senaman anda. Senang dibawah kemana-mana. Sesuai untuk kegunaan di rumah dan juga luar rumah.
Foam roller adalah lebih kepada terapi otot selepas anda bersenam. Gunakan pada bahagian belakang, tangan, kaki untuk mendapatkan efek seperti massgae.
Kongsikan jika post senarai alat senaman ini bermanfaat pada anda!