Kami kumpulkan senarai minyak wangi wanita yang terbaik untuk rujukan anda.
Senarai ini terhasil daripada analisis kami terhadap beratus minyak wangi (untuk perempuan) yang ada dijual dipasaran.
Ia terdiri daripada pelbagai ciri-ciri. Contohnya, paling top, paling laris di malaysia, bau lembut, bau manis dan hinggalah ke bau baby.
(Minyak wangi dexandra juga termasuk dalam senarai ini)
Untuk para lelaki, jika tak ada idea nak bagi perfume jenis mana, kami jamin senarai ini adalah panduan terbaik untuk anda.
Sebelum itu, berikut panduan ringkas untuk bacaan tambahan:
Info tambahan: Jenis-jenis minyak wangi
Minyak wangi ada jenisnya. Nama seperti Parfum, Eau de Parfum, Eau de Toilette ada maksudnya.
Lihat gambar berikut:
Untuk panduan anda ketika nak memilih minyak wangi:
- Parfum. Kepekatan 20% – 30%, tahan 6-8 jam.
- Eau de Parfum, EDP. Kepekatan 15% – 20%, tahan 4-5 jam.
- Eau de Toilette, EDT. Kepekatan 5% – 15%, tahan 2-3 jam.
- Eau de Colone, EDC. Kepekatan 2% – 4%, tahan sehingga 2 jam.
- Eau Fraiche. Kepekatan 1% – 3%, tahan sehingga 2 jam.
Senarai Pilihan Minyak Wangi Wanita
Lihat senarai ini dan pilih yang terbaik untuk anda.
Semoga senarai ini bermanfaat!
1Versace Bright Crystal
Bauan bunga yang segar dan bersih. Tidak terlalu menusuk. Kebanyakkan wanita akan jatuh cinta dengan bau minyak wangi ini.
2Chanel Coco Mademoiselle
Aroma yang paling kompleks dan bergaya. Berbau sitrus dan tajam, tetapi tidak keterlaluan. Ia kemudiannya akan perlahan-lahan bertukar ke bau bunga-bungaan yang memukau dengan sedikit bauan kasturi dan vanila. Jika anda suka bau nilam, wangian klasik ini adalah untuk anda.
3My Burberry Black
Bauan jasmine pada awal semburan kemudian bertukar pelahan-lahan ke mawar dan peach. Diakhiri dengan bauan amber dan nilam.
4Victoria’s Secret Bombshell
Haruman aromatik bungaan dan buah. Semburan awal aroma markisa, shangri-la peony dan orkid vanila. Seksi, sesuai untuk yang inginkan perhatian.
5De’Xandra Chaleur
Haruman dengan inspirasi daripada Victoria’s Secret Bombshell. Buatan tempatan yang bermutu tinggi, harga berpatutan dan mendapat tempat dikalangan wanita Malaysia.
6Miss Dior Blooming Bouquet
Bau yang mengagumkan. Aroma bunga segar dengan kasturi lembut, sedikit kering dan juga sedikit aroma buah. Ia memberikan kelembutan luar biasa.
7Lancome La Vie Est Belle
Bau yang manis yang menggabungkan aroma bunga dan buah. Haruman ini direka khusus untuk wanita yang ingin menjalani kehidupan harian mereka sepenuhnya.
8Viktor & Rolf Flowerbomb
Membawa letupan aroma bunga. Semburan dimulakan dengan bau halus bergamot bersama mandarin kemudiannya bertukar menjadi bauan bunga yang indah – Jasmine sambac, freesia, centifolia rose, dan osmanthus…
9Marc Jacobs Daisy Eau So Fresh
Seperti namanya ‘Daisy’, aroma buah dan bunganya membawa anda ke suasana yang menggembirakan!
10Jo Malone English Pear & Freesia Cologne
Di inspirasikan daripada sajak romantis ‘Ode to Autumn’. Segar, tidak terlalu manis dan tahan sepanjang hari.
11Philosophy Amazing Grace
Aroma bunga khas untuk wanita. Bau yang lembut dan bersih dan tahan sepanjang hari.
12Byredo Gypsy Water
Di inspirasikan daripada gaya hidup Romani, berdasarkan daya tarikan dengan mitos. Bau tanah segar, hutan tebal, dekat dengan alam semula jadi.
13The Body Shop White Musk
Haruman feminin dan manis sesuai untuk hari santai dan hari istimewa. Sedikit musky dan tahan sepanjang hari.
14Givenchy Dahlia Divin
Wangian bunga amber untuk wanita. Simbol emas dan kewanitaan. Sesuai untuk pemakaian sepanjang hari.
15Gucci Bloom Eau De Parfum
Wangian untuk wanita moden. Sesuai untuk semua keadaan.Wangiannya membawakan suasana manis, crisp, creamy, anggun dan mungkin membuatkan baunya sentiasa dirindui.
16Gucci Yves Saint Laurent Black Opium
Edisi minyak wangi untuk wanita ‘indipendent’.
Wangian dengan inspirasi tenaga, suasana malam, berani, misteri dan menggoda.
Sesuai untuk dipakai untuk majlis khas atau pada waktu malam.
17Calvin Klein Eternity Air
Winyak wangi bertemakan bauan buah-buahan dengan penekanan lebih kepada buah sitrus.
Jenis ringan, halus, segar dan sangat sesuai untuk digunakan pada waktu siang untuk cuaca panas.
Bau atas: Tart grapefruit, tangy blackcurrant, dan ozonic notes. Bau tengah: Fresh peony, bright lily dan juicy pear. Bau Asas : Sensual musk, aromatic cedar, dan salty-warm ambergris.
18JC Illicit Flower
19AVON Women Of Earth
Aroma wanita dengan jiwa yang romantis, lembut serta inovatif. Melambangkan wanita moden yang boleh mencapai cita-cita diri.
Kongsikan jika post ini membantu anda!