Senarai perfume @ minyak wangi lelaki paling top tahun 2021 untuk rujukan anda!
Mahu beli minyak wangi untuk kesayangan anda?
Untuk kawan lelaki anda?
Ayah, abang, adik dan mungkin BOSS anda?
Atau mungkin anda mahu beli minyak wangi yang terbaik untuk diri sendiri?
Sini kami kongsikan perfume khas untuk lelaki.
Paling best, paling wangi, paling top dan wanginya disukai oleh kaum wanita.
(Pasal harganya, ada murah dan ada juga mahal. Tapi selalunya yang terbaik tu agak mahal sedikit…)
Tapi sebelum itu…
Panduan Mengenal Jenis Minyak wangi
Kenali dahulu jenis-jenis minyak wangi agar anda tahu sebab mahal dan murahnya.
Rujuk gambar diatas. Setiap kali memilih minyak wangi jangan lupa lihat jenisnya.
- Parfum. Kepekatan 20% – 30%, tahan 6-8 jam.
- Eau de Parfum, EDP. Kepekatan 15% – 20%, tahan 4-5 jam.
- Eau de Toilette, EDT. Kepekatan 5% – 15%, tahan 2-3 jam.
- Eau de Colone, EDC. Kepekatan 2% – 4%, tahan sehingga 2 jam.
- Eau Fraiche. Kepekatan 1% – 3%, tahan sehingga 2 jam.
Mari kita lihat senarainya.
Senarai Minyak Wangi Lelaki (Malaysia)
Nota: Tangga (Kedudukan) dalam senarai tidak memberikan apa-apa maksud dalam post ini. Ia bergantung kepada anda untuk memilih mana satu yang terbaik.
1 Paco Rabanne 1 Million Prive
Ciri-ciri: Semburan maskulin dengan campuran bau cinnamon (kayu manis), blood mandarin (limau) dan juga mint citrus. Matang dan selari dengan mereka yang mengunakan tembakau. Spicy & tobacco.
2 La Nuit De L’Homme
Ciri-ciri: Kombinasi cardamon, fresh bergamot, lavender dan cedar. Wangiannya mengembalikan semula ingatan kepada kegemilangan masa lampau. Tidak terlalu manis dan menusuk hidung. Bau digemari wanita.
3 Salvatore Ferragamo F Black
Ciri-ciri: Wangian maskulin lelaki moden. Campuran bau lavender, pepper, coriandor dan tonka memberikan kesan kelelakian + kemanisan. Disyorkan untuk temujanji pertama.
4 Versace Pour Homme
Ciri-ciri: Segar, bersih dan manis. Diformulakan untuk mencapai keseimbangan agar sesuai untuk semua acara @ keadaaan. Antara perkataan lain yang boleh digunakan adalah citrus, flowery musk, sexy…
5 Bleu De Chanel
Ciri-ciri: Antara komen yang diberikan kepada minyak wangi ini adalah – Classic ladykiller. Sangat maskulin dan segar. Bau yang original (berbeza dari yang lain).
6 Thierry Mugler
Ciri-ciri: Wangian unik. Tobacco + tar + vanilla + coffee + patchouli+lavender. Wangian ini seolah-olah memberi anda zon kawasan di mana-mana majlis. Amaran – jika anda seorang pemalu dan tidak suka perhatian jangan guna ini.
7 Versace Eros
Ciri-ciri: Semangat dan keinginan. Campuran bau Vanilla + Mint + Tonka memberikan kesan maskulin dan dan kemanisan dalam masa yang sama. Sesuai untuk pagi dan malam.
8 Dior Sauvage
Ciri-ciri: Haruman yang sangat baik, kering, sedikit spicy dan moden. Ia boleh digambarkan dengan keadaan seperti tanah lapang yang tiada penghujung dimana udara bertembung dengan bumi…padang pasir? Laut?
9 Aqua Di Gio Profumo
Ciri-ciri: Harumannya adalah akuatik, woody, dan aromatik. Campuran spices dan citrus disertakan dengan bauan halus geranium + sage + rosemary dan akhirnya ditutup dengan atchouli dan kemenyan. Membawa si penghidu ke jau menjelajah ke Laut Mediterranean.
10 Creed Aventus
Ciri-ciri: Bau matang dan maskulin. Campuran bau yang manis, woddy, manis nanas, birch, dan kasturi. Popular di kalangan para pecinta, sesuai untuk temujanji, acara sosial dan sebagainya.
11 Phero X Perfume
Ciri-ciri: Secara jujurnya saya tidak ada pengalaman menggunakan phero-x. Tapi ia sangat popular. Mungkin disebabkan oleh kesannya terhadap pasangan?
12 Dunhill Desire Red Extreme
Ciri-ciri: Haruman oranges, bergmut dan saffron. Wangian segar, berkelas dan memberi personaliti unik pada pemakainya.
13 Avon Black Suede
Ciri-ciri: Haruman mandarin segar, lavender biru liar dan suede lembut sesuai untuk suasana hujung minggu yang kasual…
Minyak wangi kegemaran anda tidak ada dalam senarai? Nyatakan dalam ruangan komen dibawah.
Kongsikan pada rakan anda yang ingin membeli minyak wangi atau ingin membeli hadiah minyak wangi.
Bacaan berkaitan:
Acqua di Gio Profumo tu memang tahan lama. Boleh kata jejak sampai 8 jam kalau disembur pada kulit.
tahan lama x?? dan sedap tak bau dia??
Baru tau minyak wangi pun ada banyak jenis
Bau ori memey padu…harga x tahan…tp bau sejibik dgn bau Dua Beradik Perfume yg terhangat skrg ni. Murah pon murah..jimat sikit..lg tahan bau dr ori…
Saya mencari minyak wangi jenis Polo Club yg lama, sgt sukar mencari minyak tersebut kerana dah byk minyak wangi Polo Club yg terbaru.. Nama je sama, tp jenis & bau sgt berbeza.. Ianya mengingatkan saya pada zaman hujung 90-an..