Pelbagai jenis permainan kanak-kanak yang terbaik untuk anak anda. Pilihan ibu bapa masa kini.
Anak anda lebih berminat dengan gajet?
Alat mainan yang anda belikan tak dipedulikan langsung?
Berikut merupakan senarai permainan kanak-kanak yang dicipta khas untuk merangsang kreativiti, motor skill, mengajar dan mengasah bakat anak anda.
(Paling penting, anak anda tak lagi menjadikan gajet @ handphone sebagai mainannya utamanya.)
1Educational Cube
9 dalam 1 activiti untuk pembelajaran awal si manja.
Sesuai untuk umur 6 – 36 bulan.
Dilengkapi dengan 15 fungsi interaktif untuk perkembangan motor skill, butang berlampu, nama binatang, bunyi binatang, bentuk dan juga motion sensor yang mana akan diaktifkan bila terdapat gerakan.
2Baby Hair Chair Toys Spinning Ferris Wheel
Dilengkapi dengan suction cap sesuai untuk diletakkan pada kerusi bayi.
Sesuai untuk umur 6 bulan ke 1+ tahun.
Dilengkapi 5 sing-along songs dan 45+ lagu, melodi, bunyi dan sukukata. Dilengkapi juga dengan lampu dan butang yang menarik perhatian.
3Move and Crawl Ball
Bola bergerak automatik untuk bayi
Sesuai untuk umur 6 bulan ke 1+ tahun.
Antara fungsi alat mainan ini adalah lebih 40 lagu, irama, bunyi efek, butang berlampu dan juga pelbagai bentuk.
4Musical Stacking Toys
Irama dimainkan secara automatik merangsang anak untuk terus bermain.
Sesuai untuk umur 6 – 36 bulan.
Terdapat lebi 40 lagu akan berkumandang setiap kali si manja menyusun bulatan akan memberikan semangat untuk meneruskan permainan.
Alat permainan ini mengajar kanak-kanak bentuk, warna, muzik, nombor, sebab dan akibat dan juga skill motor.
5Zebra Scooter
3 dalam 1: Baby walker, ride dan scooter!
Sesuai untuk umur 1 hingga 3 tahun.
Alat permainan ini boleh diubah bentuk untuk disesuaikan dengan umur kanak-kanak. Boleh dijadikan alat bantu belajar jalan (walker), kemudian boleh ditunggang apabila simanja sudah membesar.
Ia juga dilengkapi dengan aksesori menarik seperti walkie-talkie, compass dan flashlight. Terdapat juga 5 butang berlampu yang mengajar tentang warna, binatang dan arah.
Selain itu, terdapat lebih 50 buah lagu, irama, efek bunyi dan juga suku kata untuk pembelajaran.
6Educational Baby Walker
Baby walker yang dilengkapi dengan pengawal kelajuan
Sesuai untuk umur 9 – 36 bulan.
Alat bantu belajar berjalan yang dilengkapi dengan pengawal kelajuan untuk keselamatan si manja anda.
Dilengkapi dengan 5 kekunci piano yang memainkan muzik dan menggalakkan kreativiti, 2 penggelek berputar, 3 penyusun bentuk, dan 3 butang cahaya yang membangunkan kemahiran motor serta Lebih 60 nyanyian lagu, muzik, kesan bunyi dan frasa yang menyeronokkan.
7Educational Baby Walker (Pink)
Khas untuk baby girl
Sesuai untuk umur 9 – 36 bulan.
Sama seperti diatas, cuma yang ini berwarna pink sesuai untuk anak perempuan.
8Write and Learn Creative Center
Belajar menulis dan melukis
Sesuai untuk umur 3 – 6 tahun. Papan tulis magnetik dan lukisan. Mudah dibersihkan
Mengajar anak-anak cara menulis huruf besar dan huruf kecil dengan susunan stroke (52 huruf besar/kecil). Juga mengajar cara melukis garis, lengkung, bentuk dan objek (26 objek).
9Education Magnetic Puzzle
Bahan pembelajaran awal dalam bentuk permainan
10Musical Rhyme Book (Pink)
Buku berirama berwarna pink
Sesuai untuk umur 6 – 36 bulan.
Buku berirama yang dilengkapi dengan 6 irama kanak-kanak klasik. Terdapat lebih 40+ lagu, melodi, bunyi dan frasa.
Mudah untuk diselak dan dibersihkan (jenis plastik). Terdapat bahagian yang boleh digerakkan dan diputarkan untuk membantu mengembangkan kemahiran motor. Juga 5 butang yang berwarna-warni memperkenalkan warna dan alat.
11Kids Learning eBook
102 Perkataan untuk Pembelajaran Kanak-kanak
Sesuai untuk umur 1.5 – 4 tahun.
12ABC Phonics Playtime Bus
Belajar ABC sambil bermain
Sesuai untuk umur 1 – 3 tahun.
Mengajar bunyi phonic, huruf, dan nombor. Si manja pasti seronok bermain sambil belajar.
134 in 1 Touch Learning Kids Desk
Touch learning desk, Chalkboard, Art station dan Writing pad
Sesuai untuk umur 2 – 5 tahun.
Mengajar matematik, sains, seni bahasa, kajian sosial dan banyak lagi melalui permainan dan cerita. Terdapat lebih 100+ kosa kata untuk dipelajari, 20+ aktiviti, 20+ lagu dan melodi.
Di lengkapi juga dengan paparan LED, bagaimana nak menulis nombor, melukis bentuk asas.
Sebagai tambahan terdapat permainan telefon dan juga pemain muzik.
14Pretend Remote Control Toys
Untuk pembelajaran awal si manja
Sesuai untuk umur 6 – 36 bulan.
15Baby Little Smartphone
Untuk pembelajaran awal si manja
Sesuai untuk umur 6 – 36 bulan.
Bermain sambil belajar tentang warna, nombor dan juga binatang.
16Brilliant Baby Laptop
Laptop untuk si manja
Sesuai untuk umur 6 – 36 bulan.
Alat permainan ini mengajar asas penting dengan seronok seperti bentuk, warna, bilangan, haiwan, muzik, penyelarasan mata tangan dan juga kemahiran motor.
17Kids Learning Laptop
Laptop permainan untuk kanak-kanak
Yang ini sedikit advance, sesuai untuk umur 3 – 6 tahun.
Terdapat lebih 30 aktiviti yang mana mengajar perkataan, mengeja, bentuk, mengira dan banyak lagi!
18Alphabet Train Ride
3 mod: Belajar berjalan, toy station & boleh ditunggang.
Sesuai untuk umur 1 – 3 tahun.
Permukaan badan permainan ini juga dilengkapi dengan blok-blok huruf, buku dan juga terdapat butang-butang yang boleh ditekan.
19Spin and Go Helicopter
Permainan tekan dan gerak.
Sesuai untuk umur 6 – 36 bulan.
Tekan ke bawah kipas dan helikopter akan bergerak ke depan! Ia menggalakkan si manja merangkak dan mengejarnya.
Terdapat dua butang berwarna-warni yang memperkenalkan huruf, nombor, warna, haiwan dan memainkan lagu.
Selain itu, apabila permainan ini digerakkan ia akan mengeluarkan bunyi helikopter, muzik dan juga bunyi menarik.
20Go Go Runway Airplane
2 dalam 1: Big Airplane + Little Musical Airplane
Sesuai untuk umur 1 – 5 tahun.
Little musical airplane boleh ditempatkan di belakang Big Airplane. Bahagian depan big airplane boleh dibuka untuk little musical airplane mendarat turun.
21Tiny Tot Driver
Si manja memandu dengan gembira.
Alat permainan yang membuatkan si manja berasa seakan-akan memandu. Setiap gerakan yang dibuat seperti menekan lampu isyarat, menukar gear akan menghasilkan bunyi yang menarik.
Permainan ini dilengkapi dengan semua fungsi pada kereta sebenar seperti hon, lampu isyarat, pemutar kunci, gear dan sebagainya.
222 in 1 Basketball & Soccer Sports
Dengan pengira markah automatik
Sesuai untuk umur 1 – 3 tahun.
Si manja boleh bermain bola sepak dan juga bola keranjang. Ia dilengkapi dengan paparan LED yang akan memperlihatkan markah secara automatik (berserta bunyi).
23Care me Stuffed Dog
Sesuai untuk umur 9 – 36 bulan.
24Doctor’s Medical Kits
Doktor kecil
Sesuai untuk umur 2 – 5 tahun.
Menanamkan minat awal dalam diri si manja. Permainan ini dilengkapi dengan peralatan untuk si manja berlakon sebagai doktor.
25Drill & Learn Toolbox
Sesuai untuk umur 2 – 5 tahun.
26Kitchen Cooking Toy Set
Permainan masak-masak
Sesuai untuk umur 3 tahun dan ke atas.
27Jamz Drum Musical Toys
Alat muzik drum untuk si manja.
Sesuai untuk umur 1.5 – 4 tahun.
Lampu akan bercahaya apabila drum dipukul dan mengeluarkan bunyi menarik. Terdapat 4 mod iaitu: Mengira, ikut cahaya, ikut bunyi dan bebas.
Permainan ini akan merangsang perkembangan koordinasi badan si manja.
28Kidizoom Camera Pix
Alat permainan kamera sebenar
Sesuai untuk umur 3 – 8 tahun.
Kamera sebenar yang dicipta khas untuk kanak-kanak. Tidak mudah rosak, tahan jatuh. Dilengkapi dengan kamera sebenar 2MP dan 4x zoom.
Dilengkapi dengan aplikasi penghias gambar untuk menjadikan gambar yang diambil oleh simanja lebih menarik. Boleh disambungkan ke komputer dengan kabel USB.
Kongsikan jika post ini bermanfaat dan membantu anda membuat pilihan menentukan permainan terbaik untuk anak anda!