Top 8 Mesin Welding Mig Tanpa Gas Terbaik Malaysia 2024

Mesin welding mig tanpa gas merupakan peralatan kimpalan yang semakin terkenal sejak kebelakangan ini.

Dengan teknologi elektrik dan elektronik terkini, mesin kimpal jenis mig dicipta sebagai alat mengimpal alternatif menggantikan mesin welding jenis lama yang menggunakan gas CO2 sebagai bahan sekunder.

Apa itu Kimpalan Mig Tanpa Gas?

Mesin MIG tanpa gas adalah alat pengimpal terbaru dengan teknologi terkini tanpa menggunakan gas lengai.

Ini bermaksud, dengan hanya menggunakan mesin ini, anda boleh membuat kerja-kerja welding tanpa membawa bersama tong gas lengai.

Mesin welding MIG gasless kini digunakan secara meluas dalam industri kerana mudah dikendalikan serta boleh mengimpal berbagai jenis logam dan berbagai ketebalan logam.

Kimpalan MIG tanpa gas banyak digunakan dalam industri pembuatan, industri automotif termasuk industri aeronautik.

Selain keluli karbon, kimpalan MIG tanpa gas juga boleh digunakan untuk mengimpal aluminium dan keluli kalis karat (Stainless steel).

Elektrod kimpalan MIG dibekalkan dalam bentuk gelungan dawai berbeza dengan elektrod kimpalan yang MMA (biasa) yang menggunakan batang atau rod.

Gas vs Gasless MIG Welders: Apakah perbezaannya?

Pengimpal gas MIG menggunakan gas pelindung luaran sementara pengimpal MIG tanpa gas tidak.

Gas pelindung digunakan untuk melindungi bahan kimpalan dari pencemaran dan pengoksidaan yang disebabkan oleh pendedahan kepada atmosfera.

Pengimpal MIG tanpa gas, menggunakan wayar MIG yang dilindungi atau disalurkan  tiub logam yang diisi dengan inti fluks.

Setelah dipanaskan, wayar ini menyebabkan fluks mencair, menghasilkan “pelindung gas” yang kemudian akan mengelakkan bahan kimpalan teroksida dan tercemar.

Fluks lebur juga menghasilkan slag pelindung yang menyatukan aloi ke dalam logam kimpalan, yang menghasilkan sifat mekaniknya.

Perbezaan utama lain antara pengimpal gas MIG dan gasless adalah tetapan kekutuban mereka.

Kimpalan MIG gas “dengan perisai” menggunakan suapan obor positif tunggal manakala kimpalan MIG tanpa gas menggunakan suapan obor negatif.

7 Kebaikan Kimpalan MIG Tanpa Gas

Kini anda telah mengetahui perbezaan mig gas dan tanpa gas.

Jom kita lihat senarai kebaikan penggunaan mesin pengimpal tanpa gas.

1. Lebih Ringan

MIG tanpa gas yang jauh lebih padat dan ringan, menjadikannya senang dibawa kemana-mana.

2. Tanpa Pembersihan Logam

Anda tidak perlu membersihkan permukaan logam yang ingin dikimpal.

Fluks yang digunakan oleh mesin khas mig tanpa gas direka membolehkan alat mengimpal melalui karat dan cat dengan mudah.

3. Mudah mengimpal di Luar Rumah

Disebabkan angin dan udara, kualiti pengimpalan mesin MIG dengan gas akan terjejas.

Ini disebabkan angin luar yang bertiup menyebabkan kehilangan gas yang dibekalkan.

Mig tanpa gas pula berfungsi dengan baik walaupun di luar rumah.

Kualiti kimpalan logam anda tidak terjejas walaupun dalam suasana berangin.

4. Kawalan Arka Lebih Baik

Pengimpal MIG tanpa gas dapat meningkatkan kawalan hasil kimpalan yang lebih baik, bersih, lebih lancar dan lebih tepat.

Mesin MIG yang menggunakan wayar fluks terlindung dapat menghasilkan kualiti kimpalan yang rapi walaupun dalam kedudukan dan sudut yang berbeza.

5. Lebih senang digunakan

Latihan mengimpal dengan pengelasan MIG tanpa gas agak mudah.

Anda tidak perlu terus memantau pelbagai parameter kimpalan.

Anda hanya perlu selaraskan tombol Ampere dan Voltan dengan ketebalan logam, dan memulakan tugas mengimpal anda!

6. Kimpalan lebih Pantas

Sekiranya anda sudah selaraskan Arus dan Voltan sesuai dengan ketebalan atau jenis logam.

Dengan hanya sebelah tangan, anda boleh mulakan kerja mengimpal anda.

Kerja kimpalan mejadi lebih cepat jika anda telah biasa menggunakan mesin jenis ini.

7. Kimpalan Nipis

Dengan menggunakan pengimpal jenis MIG gassless, anda dengan mudah boleh mengimpal logam nipis tanpa berlaku kebocoran.

Agak berbeza dengan mesin kimpal jenis MMA yang agak sukar untuk kimpalan kepingan logam nipis.

7 Tips Membeli Mesin Kimpal Tanpa Gas

Berikut merupakan tips membeli MIG gassless yang mungkin berguna untuk anda.

1. Kuasa Tinggi

Arus dan voltan yang tinggi agak penting agar anda boleh laraskan kuasa untuk mengimpal bahan logam yang lebih tebal dan sebaliknya.

Apabila mesin kimpal mampu menghasilkan kuasa tinggi, maka dengan mudah bahan kimpalan melebur dan melekat pada permukaan yang ingin dikimpal.

2. Welding Torch

Anda perlu utamakan penjual yang menawarkan kabel welding torch yang lebih panjang.

Kabel welding torch dengan panjang minima 3 meter agak membantu dalam memudahkan kerja-kerja kimpalan serta memudahkan pergerakan anda.

3. Paparan Digital

Mesin welding dengan paparan digital agak membantu untuk anda kenalpasti tetapan @setting mesin MIG anda.

Pastikan anda membeli mesin welding dengan paparan digital yang mudah dilihat, sekurang-kurangnya memaparkan jumlah arus dan voltan serta tetapan lain yang penting.

4. Kawalan Kelajuan Wire

Jika anda mempunyai bajet lebih, adalah lebih baik meesin welding dengan kawalan kelajuan feed wire.

Agak penting untuk pastikan feed wire tidak terlalu laju ataupun perlahan dan boleh disesuaikan dengan teknik pengimpalan anda.

5. Teknologi IBGT

Mesin welding dengan teknologi IBGT secara menyeluruh adalah lebih baik dalam aspek kestabilan kuasa voltan dan kuasa bagi memastikan kualiti kimpalan yang bagus.

Selain itu, teknologi “compact” ini menjadikan mesin welding menjadi lebih ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.

6. Fungsi pelbagai

Kini banyak mesin welding yang dijual di luar sana menawarkan fungsi pelbagai dimana produk yang ditawarkan boleh melakukan kimpalan jenis:

  • MMA
  • MIG Tanpa Gas
  • MIG dengan Gas
  • TIG

Jika anda ada bajet lebih, maka kami sarankan alat kimpalan jenis ini.

Top 8 Mesin Kimpal MIG Tanpa Gas Terbaik Edisi 2024

Anda sudah dapatkan dan hadam tips ringkas dalam memuat pertimbangan mesin kimpal ?

Anda sudah tetapkan nak dapatkan mesin mig yang sesuai ?

Jom lihat senarai mesin welding MIG tanpa gas yang popular dan boleh diperolehi secara online berikut:

1. SYN MIG200 Pro: Fungsi Pelbagai

 

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA

Ciri-ciri:

  • MIG200PRO dilengkapi dengan paparan LCD yang lebih luas dan kawalan pintar, melalui knob dan butang untuk memilih kaedah kimpalan, bahan, kawat, rod tungsten, elektrod dan ketebalan bahan kerja yang diperlukan, dan akan menunjukkan semua parameter dengan jelas.
  • Dengan lima mod MIG PRO/ MIG Gas/ MIG Tanpa Gas/ LIFT TIG/ MMA, boleh mengimpal aluminium, besi, keluli karbon, keluli tahan karat dan logam lain.
  • Menggunakan teknologi inverter IGBT dan transformer frekuensi tinggi amorf tembaga, konduktiviti tinggi, low loss, menjimatkan tenaga dan mesra alam, tahan suhu tinggi, memaksimumkan daya tahan kelebihan beban, meningkatkan kecekapan kerja, untuk memastikan kestabilan penggunaan jangka panjang.
  • Cip pintar dilengkapi dengan pelbagai mod untuk mengawal dinamik kesan kimpalan.

Spesifikasi:

  • Jenama: HITBOX
  • Model: SYN-MIG200Pro
  • Teknologi inverter: IGBT
  • Kuasa input yang dinilai (KW) – MIG: 5.7; TIG: 4.37; MMA: 6.3
  • Arus input yang dinilai (A) – MIG: 36.0; TIG: 28.1; MMA: 40.5
  • Kuasa tampak input yang dinilai (KVA) – MIG: 7.8; TIG: 6.21; MMA: 8.9
  • Julat penyesuaian arus kimpalan (A) – 10 ~ 200
  • Julat penyesuaian voltan kimpalan (V) – 10 ~ 26.8
  • Kitaran tugas (40℃ 10min) – 60%, 200A; 100% 155A
  • Voltan beban kosong (V) – 50V (boleh disesuaikan)
  • Faktor kuasa – MIG: 0.73; TIG: 0.70; MMA: 0.71
  • Kecekapan(%) – ≥85%
  • Kelas perlindungan – IP23
  • Kelas pengecaman – F

Kandungan Pakej:

  • 1X Mesin Kimpalan MIG SYN-MIG200Pro
  • 1X Torch Mig MB24
  • 1X Elektrod Holder
  • 1X Clamp Earth
  • 1X Tiub Gas
  • 1X Tiub Makan Kawat Grafit
  • 1X Berus Kimpalan/ Hammer Combo
  • 1X Klip Hose

2. MIG145 220V Semi-Automatic: Pilihan Murah

 

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA
Mesin MIG tanpa gas yang agak laris di pasaran online Malaysia.

Menawarkan harga terbaik dan mampu dimiliki oleh semua orang.

Ciri-ciri:

  • Mesin MIG Tanpa Gas yang ditambahbaik, Kimpalan Lebih Stabil.
  • Tidak Perlu Gas, Hanya Isi Kawat Teras Fluks.
  • Tekan suis untuk feed wire & ark secara automatik, operasi lebih selamat.
  • Struktur feed wire sisi dilengkapi dengan keterangan gambar, mudah dan jelas.
  • Lampu perlindungan arus lebih, berhenti berfungsi apabila lampu menyala, membantu melanjutkan jangka hayat mesin.
  • Waranti 1 Tahun.

Spesifikasi:

  • Model: MIG145
  • Voltan Input: 220V±10% ~50/60HZ
  • Voltan Output: 11~24V
  • Voltan Tanpa Beban: DC50V
  • Arus Output: 20-140A
  • Diameter Kawat Yang Digunakan: 0.8/1.0mm
  • Kuasa Input Maksimum: 4940W
  • Kuasa Output Maksimum: 2940W
  • Kecekapan: 85%
  • Gas Diperlukan: TIDAK
  • Ketebalan Kimpalan: MIG Tanpa Gas 0.8-4mm
  • Dimensi: 340160170mm
  • Berat: 4.6KG

Senarai Pakej:

  • 1 x Mesin Kimpalan MIG145
  • 1 x Torak Mig
  • 1 x Klip Tanah
  • 1 x 0.5KG wire Teras Fluks 0.8mm
  • 1 x Manual Pengguna

3. HBM200: Fungsi 3 dalam 1

 

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA

Ciri-ciri:

  • Mesin Kimpalan 3 dalam 1
  • HBM200 adalah Kimpalan MIG Tanpa Gas Dengan Fungsi Lift TIG dan MMA.
  • Feed wire automatik.
  • Spot welding cepat, kimpalan yang bulat dan kukuh.
  • Perlindungan automatik daripada pemanasan berlebihan dan arus berlebihan, mesin yang lebih tahan lama.
  • Sesuai untuk keluli karbon, besi, stainless steel dan logam lain, ketebalan kimpalan 0.8-5mm, sesuai untuk kerja di rumah dan DIY, kecil dan mudah alih.
  • Waranti 1 Tahun.

Spesifikasi:

  • Jenama: HITBOX
  • Model: HBM200
  • Voltan Input: 220V±10% ~50/60HZ
  • Voltan Tanpa Beban: 55V
  • Kuasa Input: 13.4KVA
  • Arus Output: 20-200A
  • Kelajuan Feed wire (m/min): 1.5-16
  • Kitaran Tugas: 60%
  • Kecekapan: 85%
  • Diameter Elektrod Yang Digunakan: 1.6-4.0mm
  • Ketebalan Kimpalan: MIG Tanpa Gas 0.8-5mm
  • Dimensi: 340160170mm
  • Berat: 5.5KG

Senarai Pakej:

  • 1 x Mesin Kimpalan HBM200
  • 1 x Torch MIG
  • 1 x  Elektrod Holder
  • 1 x Earth clip
  • 1 x Berus Kimpalan
  • 1 x wire Teras Fluks 0.8mm
  • 1 x Manual Pegguna

4. MT2000 II: Fungsi 4 dalam 1

 

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA

Jenis Kimpalan:

  • Flux: Fungsi Kimpalan MIG Tanpa Gas (Memerlukan Wire Core Fluks, Tidak Memerlukan Gas)
  • CO2/ MIX: Fungsi Kimpalan MIG dengan Gas (Memerlukan Gas).
  • Fungsi Kimpalan Inverter MMA (Kimpalan dengan Batang Rod Biasa)
  • Fungsi Kimpalan Lift TIG (Kimpalan Dengan Argon)

Ciri-ciri:

  • Dilengkapi dengan paparan LCD berwarna yang memudahkan pembacaan parameter tetapan.
  • FUNGSI MIG – Mesin kimpalan HITBOX MT2000Ⅱ menyokong fungsi gas, campuran gas dan tanpa gas.
  • Mesin kimpalan ini boleh digunakan dengan wire kimpalan 0.6/0.8/0.9/1.0mm untuk mengimpal bahan kerja ketebalan 0.8mm-10mm.
  • Apabila menyesuaikan arus, kelajuan kawat dan voltan output akan dipadankan secara automatik.
  • Kimpalan kawat padat dengan gas mengimpal keluli stailess steel.
  • Kawat teras fluks tanpa gas mengimpal besi dan keluli karbon.
  • FUNGSI MMA – Arus 20 ~ 200 Amp. Boleh mengimpal elektrod 2.5/3.2/4.0mm. Boleh mengimpal ketebalan 2-12mm.
  • FUNGSI LIFT TIG – Boleh menggunakan tungsten 1.6mm dan 2.4mm untuk mengimpal ketebalan 1-8mm. Boleh mengimpal keluli tahan karat.
  • Waranti 1 Tahun.

Spesifikasi:

  • Jenama: HITBOX
  • Model: MT2000 II
  • Voltan Input Dinilai (V): 220V±10%
  • Frekuensi (HZ): 50/60
  • Julat Penyesuaian Arus (A): 14 ~ 200
  • Julat Penyesuaian Voltan (V): 15.5 ~ 22
  • Kitaran Tugas (40℃ 10min): 40%
  • Voltan Tanpa Beban (V): MIG & MMA: 61V, LIFT TIG: 18V
  • Faktor Kuasa: 0.73
  • Kecekapan(%): ≥85%
  • Kelas Perlindungan: IP21S
  • Ketebalan Yang Digunakan:
    • MIG: 1.5-10mm
    • ARC: 2-12mm
    • LIFT TIG: 1-8mm

Senarai Pakej:

  • 1 x Mesin Kimpalan MT2000
  • 1 x Torch MIG
  • 1 x Elektrod holder
  • 1 x Earth clip
  • 1 x Tiub Gas
  • 1 x Kawat Teras Fluks 1kg

5. MIG250DP: Fungsi 5 dalam 1

 

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA

Jenis Kimpalan:

  • Kimpalan Aluminium: Memerlukan gas, disebabkan kawat kimpalan aluminium agak lembut, lampu MIG pelu diganti dengan graphene conduit sebelum digunakan, agar tidak mudah tersumbat.
  • MMA: Kimpalan logam 1-12mm, pengimpal 4.0 mudah.
  • MIG Tanpa Gas: Tiada gas, menyokong kawat 1-5kg, menggunakan kawat teras fluks, kimpalan logam ketebalan 0.8-8mm
  • MIG Gas: Memerlukan gas, menyokong kawat kimpalan 5kg, menggunakan kawat padat 0.6/0.8, kimpalan logam ketebalan 0.8-8mm.
  • Lift TIG: Memerlukan gas, lampu TIG (wp17v) dan tungsten diperlukan, mengimpal keluli tahan karat 1-6mm

Penerangan:

  • MIG250DP dengan Aluminium, MMA, MIG Gas, MIG Tanpa Gas, Lift TIG lima fungsi kimpalan, mengimpal 0.8-12mm aluminium, keluli karbon, besi, keluli tahan karat dan logam lain.
  • Kapasitor besar yang dikemas kini dengan kualiti premium.
  • Skrin digital baru, butang “MOD” untuk bertukar mod dengan satu butang, fungsi 2T/4T menyokong kimpalan titik cepat dan kimpalan berterusan.
  • MMA hot start dan anti-lekat, anti-kejutan
  • Wire feeder yang stabil bergantung kepada kimpalan.
  • Jaminan 12 Bulan.

Spesifikasi:

  • Jenama: HITBOX
  • Model: MIG250DP
  • Voltan input: AC230V±15%
  • Frekuensi: 50/60HZ
  • Kuasa: 7.1KVA
  • Arus kimpalan: 20~250A
  • Julat kelajuan pemakanan kawat: 1.5~16m/min
  • Kitaran tugas: 60%
  • Kecekapan: 85%
  • Faktor kuasa: 0.72
  • Bunyi: <70db
  • Berat: 12.5kg
  • Elektrod yang boleh digunakan: 1.6 – 4.0mm
  • Kawat yang boleh digunakan: 0.6/0.8/0.9/1.0mm
  • Ketebalan kimpalan: MMA(1-12mm);MIG(0.8-8mm);TIG(1-6mm)

Senarai Pakej:

  • 1 x Mesin Kimpalan MIG250DP
  • 1 x Torak MIG
  • 1 x Penyokong Elektrod
  • 1 x Klip Tanah
  • 1 x Kawat Kimpalan Teras Fluks 1kg
  • 1 x Tiub Gas
  • 1 x Panduan Pengguna

6. ACO MI-250

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA

Berikut adalah spesifikasi dan kelebihan mesin kimpal ACO-Mi 250MIG 200:

Spesifikasi:

  • Jenis mesin kimpal: MIG (Metal Inert Gas) dan gasless
  • Input voltan: AC220V ± 15%
  • Frekuensi input: 50/60Hz
  • Arus input maksimum: 29A
  • Output voltan: 24V
  • Julat arus output: 50-200A
  • Siklus kerja: 60%
  • Saiz kawat: 0.6-1.0mm

Kelebihan:

  • 2-in-1 mesin kimpal, dapat mengendalikan kedua-dua jenis kimpalan MIG dan gasless
  • Reka bentuk yang ringkas dan mudah dibawa ke mana-mana
  • Dilengkapi dengan sistem perlindungan yang canggih untuk melindungi mesin daripada kerosakan yang disebabkan oleh tekanan voltan yang tidak stabil
  • Berupaya menghasilkan kekuatan kimpalan yang tinggi dan kualiti kimpalan yang baik
  • Boleh digunakan untuk pelbagai jenis kimpalan seperti besi, keluli, tahan karat, dan lain-lain
  • Dilengkapi dengan kawalan ketumpatan kawat yang berkesan untuk mengurangkan kehilangan kawat semasa kimpalan MIG
  • Siklus kerja yang panjang membolehkan kimpalan dilakukan dalam jangka masa yang lama tanpa perlu perhentian kerja yang kerap.

7. Starweld MIG 160

 

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA

Ciri-ciri:

  • 2 dalam 1, iaitu melakukan kimpalan arc dan MIG tanpa gas.
  • Tindakan kimpalan DC ARC yang lancar.
  • Mesin Pembuatan Welding Tanpa Gas.
  • Boleh digunakan untuk semua kedudukan welding.
  • Ringan & mudah alih.
  • Prestasi jangka panjang.

Spesifikasi

  • Voltage Input: 1-Fasa, AC 220V +-15%
  • Frekuensi (Hz): 50/60
  • Arus Input Tertakrif: 33
  • Output Tertakrif: 26.5
  • Arus Welding: 20-160
  • Voltan Tanpa Beban: 56 V
  • Kitaran Tugas Tertakrif: 60%
  • Kecekapan: 80%
  • Kelas Perlindungan: IP21S
  • Kelas Insulasi: F

8. APACHE ExoWELD MIG-200IE 

 

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA

Ciri-ciri dan Spesifikasi:

  • Voltage: 220-240V | 50/60Hz satu fasa, Tetapan Kuasa Boleh Diubah.
  • Arus Welding: 80-150AMP,
  • Jenis Arus: AC, Voltan Terbuka Maksimum: 37V,
  • Plug utama dengan Fius.
  • Mesin Welding Kabel Flux Untuk Welding Flux (Tanpa Gas), Dengan Perlindungan Terma.
  • Sesuai untuk welding keluli lembut, Besi dan Logam Lain.
  • Menggunakan wire flux berketebalan (0.8mm-0.9mm).
  • Kawalan Kelajuan feed wire
  • Torch Dengan Kawalan Keselamatan Penuh On / Off,
  • Perlindungan Keselamatan Terma Automatik
  • Badan Mesin Keluli Tahan Karat
  • Direka untuk welding keluli, Operasi Tanpa Gas.
  • Disediakan dengan wire welding dan topeng
  • Ringan, sesuai untuk Welding Di Luar Rumah.
  • 2 Tahun jaminan.

Leave a Reply