Mula berjinak-jinak dalam arena fotografi? Miliki salah satu daripada kamera DSLR bajet terhebat ini.
Bila anda mula serius dalam dunia fotografi, sekadar kamera smartphone pasti tidak mencukupi.
Disini kami mengumpulkan senarai kamera DSLR terbaik dan murah di Malaysia setakat awal tahun 2022.
Lihat senarai dan tentukan mana satu yang paling sesuai untuk anda miliki.
1Nikon D3500
Termurah dan terbaik untuk beginner.
*HARGA: RM1,990+
Sensor: APS-C CMOS | Megapixels: 24.2MP | Lens mount: Nikon DX | Skrin: 3-inch, 921,000 dots | Kelajuan shooting berterusan: 5fps | resolusi video max: 1080p | Level pengguna: Beginner
? KELEBIHAN & ? KEKURANGAN
? Kualiti imej sangat baik
? Senang digunakan
? Paparan bukan jenis touchscreen
? Guna bluetooth bukan WIFI
Nikon D3500 versi terbaru selepas D3400 yang mana dilengkapi dengan beberapa kelebihan.
Bateri kini boleh bertahan untuk pengambilan 1,550 gambar sekali cas, bentuk badannya senang untuk dipegang @ digunakan dan sensor 24MP untuk kualiti imej yang terbaik.
Ia juga dilengkapi dengan ‘Guide Mode’ khas untuk membantu pengguna kali pertama untuk biasa dengan fungsi dan setting yang ada.
2Canon EOS 800D
Model ‘sedikit lama’ tapi lagi power berbanding DSLR murah yang lain.
*HARGA: RM2,990+
Sensor: APS-C CMOS | Megapixels: 24.2MP | Lens mount: Canon EF-S | Skrin: 3-inch, touchscreen, 1,040,000 dots | Kelajuan shooting berterusan: 6fps | resolusi video max: 1080p | Level pengguna: Beginner/pertengahan
? KELEBIHAN & ? KEKURANGAN
? Skrin touchscreen yang baik
? Sensor yang sangat baik
? Badan plastik
? Tidak support video 4K
EOS 800D tergolong dalam kumpulan tertinggi dikalangan DSLR untuk beginner yang mana juga sesuai untuk golongan pertengahan.
Sensor 24.2MP yang memberikan imej kualiti, autofokus dan juga rekabentuk interface baru menjadikan ia sesuai untuk pengguna baru.
Ia hanya kurang dari segi pengambilan video 4K – tidak support.
3Nikon D5600
Mahu jenama Nikon yang lagi power? Ambil D5600
*HARGA: RM2,850+
Sensor: APS-C CMOS | Megapixels: 24.2MP | Lens mount: Nikon DX | Skrin: 3.2-inch touchscreen, 1,040,000 dots | Kelajuan shooting berterusan: 5fps | resolusi video max: 1080p | Level pengguna: Beginner/pertengahan
? KELEBIHAN & ? KEKURANGAN
? Kualiti imej sangat baik
? Paparan touchscreen
? Live view fokus agak lambat
? SnapBridge agak sedikit sukar
D5600 naik sedikit daripada siri D3000 untuk nikon. Spesifikasinya setanding dengan EOS 800D Canon.
Antara kelebihan model ini adalah skrin lcd lebih besar, boleh diputarkan ke semua arah, touchscreen dan juga sistem autofokus yang lebih canggih.
Lagi satu, ia boleh disambungkan dengan WIFI untuk memudahkan pengurusan.
Mungkin harganya sedikit mahal dibandingkan dengan D3500 tetapi bersesuaian dengan apa yang ditawarkan.
4Canon EOS 750D
Kombinasi badan ergonomik dan sensor yang power.
*HARGA: RM3,400
Sensor: APS-C CMOS | Megapixels: 24.2MP | Lens mount: Canon EF-S | Skrin: 3-inch touchscreen, 1,040,000 dots | Kelajuan shooting berterusan: 5fps | resolusi video max: 1080p | Level pengguna: Beginner
? KELEBIHAN & ? KEKURANGAN
? Paparan touchscreen yang baik
? Dilengkapi dengan WIFI dan NFC tersendiri
? Ketahanan bateri normal
? Autofokus tak seberapa
Versi sebelum keluaran EOS 800D. Berkongsi kebolehan yang sama dengan EOS800D (kurang sedikit).
Bergantung pada pembekal, kekangan dari segi bajet mungkin menyebabkan anda memilih model ini (lebih murah dibandingkan dengan EOS 800D.
(Jika anda beli dari Lazada, beza harga model ini EOS750D dengan model terbaru EOS800D hanya RM50, baik pilih model baru)
5Nikon D5300
Yang pada satu ketika dulu merupakan DSLR tercanggih…
*HARGA: RM2,100+
Sensor: APS-C CMOS | Megapixels: 24.2MP | Lens mount: Nikon DX | Skrin: 3.2-inch, 1,037,000 dots | Kelajuan shooting berterusan: 5fps | resolusi video max: 1080p | Level pengguna: Beginner
? KELEBIHAN & ? KEKURANGAN
? Resolusi gambar tinggi, sensor anti-alias
? Dilengkapi dengan GPS
? Fokus live view agak lambat
? Bukan touchscreen
Nikon D5300 adalah model keluaran 2013. Tetapi, jika anda perhatikan spesifikasinya masih berbaloi untuk dimiliki.
Jika anda mahu memiliki D5600 tetapi dikekang oleh bajet, pilih model ini.
Model ini lagi baik jika dibandingkan dengan Nikon siri 3000 (D3400, D3300).
Dengan saiz skrin besar dan dilengkapi dengan GPS yang mana sangat jarang ada di DSLR lain.
6Canon EOS 250D
DSLR terkecil dan teringan di dunia dengan video 4K!
*HARGA: RM2,790+
Sensor: APS-C CMOS | Megapixels: 24.1MP | Lens mount: Canon EF-S | Skrin: 3-inch, 1,040,000 dots | Kelajuan shooting berterusan: 5fps | resolusi video max: 4K | Level pengguna: Beginner
? KELEBIHAN & ? KEKURANGAN
? Imej jenis JPEGs terus dari kamera
? DSLR termurah dengan video 4
? Heavy rolling shutter untuk 4K video
Canon EOS 250D adalah model terbaru selepas EOS 200D yang sudah tentunya lebih baik daripad model sebelumnya.
Salah satu fungsi tambahan yang menarik untuk model ini adalah kebolehan untuk mengambil video 4K, seterusnya menjadikan kamera ini sebagai DSLR terkecil dan teringan dengan kebolehan video 4K!
(Oleh kerana ia kecil dan ringan, model ini mungkin sesuai bagi para wanita)
7Canon EOS 2000D
Model pilihan terbaru dan termurah untuk jenama Canon
*HARGA: RM1,890
Sensor: APS-C CMOS | Megapixels: 24.1MP | Lens mount: Canon EF-S | Skrin: 3-inch, 920,000 dots | Kelajuan shooting berterusan: 3fps | resolusi video max: 1080p | Level pengguna: Beginner
? KELEBIHAN & ? KEKURANGAN
? Senang digunakan
? Control panel senang difahami
? Bukan touchscreen
Canon EOS2000D merupakan kamera DSLR termurah untuk jenama Canon yang membolehkan anda menggunakan kelengkapan Canon lain – Lensa, flashgun dan sebagainya.
(Harga setanding dengan Nikon D3500)
Oleh kerana harganya murah, terdapat sedikit kekurangan dibandingkan dengan model Canon lain – Tiada video 4K, skrin LCD statik dan seterusnya.
Akan tetapi, kualiti imejnya masih tip-top, dilengkapi dengan WIFI, full HD video dan juga ‘Feature guide’ untuk pengguna pertama kali.
Nota: Terdapat siri sama model lama sedikit (spesifikasi juga sedikit kurang) jika anda berminat: Canon EOS 1300D (RM1450)
8Nikon D7500
DSLR pro serba boleh.
*HARGA: RM3,850+
Sensor: APS-C CMOS | Megapixels: 20.9MP | Autofocus: 51-point AF, 15 cross-type | Skrin: 3.2-inch tilt-angle touchscreen, 922,000 dots | Kelajuan shooting berterusan: 8fps | resolusi video max: 4K | Level pengguna: Pertengahan/Pro
? KELEBIHAN & ? KEKURANGAN
? Sensor 20.9MP yang menakjubkan
? 51-point AF sistem
? Hanya 1 slot SD card
? Live view fokus agak lambat
Mahu memiliki Nikon D500 tapi bajet tak capai? Nikon D7500 adalah penganti yang terbaik untuknya.
Dilengkapi dengan sensor sama 20.9MP, video 4K, dilengkapi dengan 180k-pixel RGB metering sensor semuanya dilindungi dalam badan kalis cuaca.
9Canon EOS 7D Mark II
Kamera pantas! Pilihan untuk fotografi bergerak (Sukan, aksi…)
*HARGA: RM8,388
Sensor: APS-C CMOS | Megapixels: 20.2MP | Autofocus: 65-point AF, 65 cross-type | Skrin: 3.0-inch, 1,040,000 dots | Kelajuan shooting berterusan: 10fps | resolusi video max: 1080p | Level pengguna: PRO
? KELEBIHAN & ? KEKURANGAN
? Badan tahan lasak
? Kombinasi AF dan 10fps shooting
? Agak sedikit mahal untuk jenis APS-C
Fokus utama model ini adalah kelajuan. Sangat sesuai untuk mengambil gambar objek bergerak contohnya sukan dan burung.

Dilengkapi dengan 10fps untuk mod burst shooting, 65-point AF sistem, tahan lasak serta badan kalis cuaca.
Kongsikan jika senarai ini bermanfaat pada anda!
untuk begginer nikon d90 adakah berbaloi
i pakai nikon D500. tbe cam nyesal nape xbeli je dslr yang compact like canon m100 mirrorless. senan g nak bawak mana2. acah2 beginner. sebab ter buai dengan ayat2 power dari seller. dah model lama, bayar 2k. fuh. terbang woi.