8 Smartphone Kamera Terbaik di Malaysia 2019

senarai smartphone kamera terbaik

Senarai smartphone @ hp terkini dengan kamera terbaik untuk rujukan anda!

Senarai smartphone kamera terbaik ini adalah hasil kajian kami terhadap semua smartphone setakat tahun 2019.

Dijamin terbaik di Malaysia (mungkin juga di dunia!).

1Huawei P30 Pro

Pemenang untuk smartphone kamera terbaik!

pemenang smartphone kamera terbaik

Anggaran harga: RM3,399 LIHAT LAZADA

Spesifikasi utama

  • 3 Kamera: 40MP super sensing, 20MP ultra-wide, 8MP telephoto
  • Skrin OLED 6.4 inci
  • 4200mAh bateri dengan kebolehan cas cepat
  • Processor Kirin 980

Kelebihan utama Huawei P30 pro adalah kebolehan untuk mengambil foto untuk pelbagai keadaan.

Anda boleh ambil gambar selfie, landscape, boleh zoom, gambar macro, sport dan sebagainya…

Rahsia disebalik kebolehan ini adalah pada 3 kamera utamanya iaitu 40MP super sensing f1/6 aperture 26mm focal length, 20MP ultra wide f/2.2 dan juga 8MP telephoto 5x optical zoom.

Gabungan ketiga-tiga kamera ini juga membolehkan 10x hybrid zoom (bukan digital zoom ya), zoom yang terbaik anda boleh jumpa pada kamera handphone.

Kelebihan

  • Sesuai untuk pelbagai jenis pengambilan foto
  • Kualiti foto waktu malam yang baik
  • Bateri cas cepat & tahan lama

Kekurangan

  • Badan kaca, agak licin dipegang
  • Tak ada jack untuk 3.5mm earphone

2 Google Pixel 3 XL

Terbaik untuk foto night mode @ low light

Google Pixel 3 XL

Anggaran harga: RM2,550 LIHAT LAZADA

Spesifikasi utama

  • Kamera utama 12.2MP, 2 x 8MP kamera selfie (wide + ultrawide)
  • Skrin 6.3 inci QHD
  • Bateri 3430mAh
  • Processor Snapdragon 845

Kualiti foto yang diambil oleh Google Pixel 3 XL memang tidak dapat dinafikan, akan tetapi kehebatan utamanya ialah pengambilan foto pada waktu malam @ dalam keadaan kurang cahaya.

Rahsia disebalik kehebatan ini terletak pada perisian yang digunakan untuk pengendalian dan pemprosesan imej.

(anda boleh miliki adik pada kamera ini Google Pixel 3 pada harga yang lebih murah)

Kelebihan

  • Range warna lebih banyak dan jelas
  • King of night mode

Kekurangan

  • Skrin mudah calar
  • Bateri kurang dibandingkan dengan smartphone setaraf denganya

3 iPhone XS Max

Terbaik untuk video. Video 4K.

iPhone XS Max smartphone kamera mahal

Anggaran harga: RM4,899 LIHAT LAZADA

Spesifikasi utama

  • Kamera 2 x 12MP wide + telephoto, 7MP selfie camera
  • Skrin 6.5 inci OLED
  • Bateri 3174mAh
  • Processor Apple A12 Bionic

Kualiti foto yang diambil menggunakan iPhone XS Max sangat baik, tetapi kelebihan utama untuk smartphone ini adalah pada videonya.

Kamera utama boleh mengambil video 4K dengan 24fps, 30fps atau 60 fps. Anda boleh lihat contoh video 4K iPhone XS max sini

Hasil video yang stabil, sangat detail dengan warna yang terang dan menarik. Ia juga merakam bunyi dalam format stereo.

Kelebihan

  • Kualiti video no 1, Kualiti foto terbaik
  • Top ranking processor
  • Rekabentuk cantik

Kekurangan

  • Harga mahal
  • Mudah calar

4Samsung Galaxy S10 Plus

Serba boleh. Sesuai untuk pelbagai jenis foto.

Samsung Galaxy S10 Plus

Anggaran harga: RM3,399 LIHAT LAZADA

Spesifikasi utama

  • 3 Kamera utama (12MP wide, 6MP ultrawide, 12MP telephoto 2x optical zoom), 2 kamera selfie (10MP + 8MP)
  • Skrin 6.4inci QHD+
  • Bateri 4100mAh dengan kebolehan cas cepat
  • Processor Exynos 9820

Samsung Galaxy S10 Plus merupakan smartphone kamera yang sesuai digunakan untuk pelbagai jenis pengambilan foto. 3 Kamera utama dan 2 kamera bahagian depan. Saingan utamanya adalah P30 Pro.

Kualiti gambar yang diambil sangat jelas dengan warna yang terang. Lebih kontras dan juga lebih dynamic range jika dibandingkan dengan Pixel 3 XL atau iPhone XS.

Selain itu ia juga berkebolehkan mengambil video dengan lebih stabil, termasuk video 4K 60fps.

Kelebihan

  • Prestasi keseluruhan yang hebat (jenis high end)
  • Keupayaan mengambil foto untuk pelbagai keadaan

Kekurangan

  • Memerlukan kuasa lebih, bateri cepat habis

5Oppo Reno 10x Zoom

48MP kamera utama? 😱

Oppo Reno 10x Zoom

Anggaran harga: RM3,399 LIHAT LAZADA

Spesifikasi utama

  • 3 Kamera utama (48MP main sensor, 13MP telephoto, 8MP ultrawide), kamera selfie 16MP
  • Skrin 6.6 inci
  • Bateri 4065mAh
  • Processor Snapdragon 855

Lagi satu smartphone dengan kebolehan kamera setanding dengan P30 Pro, Oppo Reno 20x Zoom. Jangan tersilap dengan versi lain (Oppo Reno, Oppo Reno2…)

Mungkin anda tak biasa dengan nama Oppo ini. Jangan pandang rendah.

Smartphone ini dilengkapi dengan 3 kamera utama. 48MP main sensor, 8MP ultrawide dan 13MP telephoto yang mana berkebolehan untuk 5x Optical zoom dan sehingga 60x digital zoom.

Foto yang diambil menggunakan smartphone ini tampak lebih semulajadi dan lebih lembut dilihat jika dibandingkan dengan P30 Pro. Namun masih kalah dalam pengambilan foto untuk kondisi berlainan cahaya terutamanya untuk low light.

Kelebihan

  • 3 Kamera utama yang hebat, 48MP
  • Bateri lebih tahan

Kekurangan

  • Tiada fungsi wireless charging
  • Tidak kalis air

6Xiaomi Mi 9T Pro

Smartphone bajet dengan kamera yang hebat

Xiaomi Mi 9T Pro

Anggaran harga: RM1,800 LIHAT LAZADA

Spesifikasi utama

  • 3 kamera utama (48MP wide, 13MP ultrawide, 8MP telephoto), kamera selfie 20MP
  • Skrin 6.39 inci
  • Bateri 4000mAh, berkebolehan cas cepat
  • Processor snapdragon 855

Dengan kombinasi 3 kamera utama yang mana boleh mengambil foto pelbagai suasana, Xiaomi Mi 9T Pro adalah smartphone kamera terbaik yang boleh anda miliki dengan harga bawah RM2,000.

Smartphone ini mengambil foto yang jelas dalam keadaan pencahayaan yang cukup. Untuk gambar pada waktu malam mungkin ia kalah sedikit pada OnePlus 7. Tetapi, masih menang jika dibandingkan dengan iPhone XS.

Jika anda mengambil video 4K dengan kadar 60fps, bantuan tripod mungkin diperlukan agar video lebih stabil. Tetapi untuk 30fps, video menjadi lebih stabil, boleh diambil menggunakan tangan.

Kelebihan

  • Kamera sesuai untuk pelbagai shoot
  • Prestasi handphone yang baik (jika dibandingkan dengan harganya)

Kekurangan

  • Foto tidak ada jenis RAW
  • Speaker (untuk video) adalah mono, bukan stereo

7OnePlus 7 Pro

Persembahan kamera yang terbaik & bajet

OnePlus 7 Pro

Anggaran harga: RM2,500 LIHAT LAZADA

Spesifikasi utama

  • 3 Kamera utama (48MP wide, 16MP ultrawide dan 8MP telephoto), kamera selfie tersembunyi 16MP
  • Skrin 6.6 inci HDR10+
  • Bateri 4000mAh
  • Processor Snapdragon 855

Untuk jenama OnePLus, OnePlus 7 Pro adalah smartphone dengan kamera terbaik yang pernah ditawarkan.

Dengan kamera utama 48MP, 16MP untuk foto jenis ultrawide dan 8MP telephoto, ia menjadikan smartphone ini sesuai digunakan untuk mengambil gambar untuk pelbagai keadaan.

Sebagai tambahan, perisian smartphone ini direka khas menjadikan fungsi kamera sangat mudah untuk diakses.

Kelebihan

  • Paparan 90Hz HDR yang mengagumkan
  • Bateri tahan lama

Kekurangan

  • Tiada wireless charging
  • Tidak kalis air

8Honor View 20

Smartphone kamera ter-bajet dikalangan bajet

smartphone kamera terbaik paling bajet Honor View 20

Anggaran harga: RM1,570 LIHAT LAZADA

Spesifikasi utama

  • kamera utama 48MP wide, kamera selfie 25MP
  • Skrin 6.4 inci
  • Bateri 4000mAh
  • Processor Kirin 980

Honor View 20 dikatakan sebagai smartphone yang memulakan trend smartphone dengan kamera canggih. Meskipun sudah banyak smartphone lain mendahuluinya, kamera smartphone ini masih lagi dikira hebat.

Dengan 48MP kamera utama dan teknologi yang pintar, smartphone ini mampu menghasilkan foto berkualiti tinggi.

Kamera depannya 25MP (selfie) direka khas untuk membolehkan ia berada dalam skrin paparan. Rekabentuk ini dipanggil ‘punch hole selfie camera’ juga menjadi trend terbaru dalam smartphone terkini.

Kelebihan

  • Pemula rekabentuk baru yang hebat
  • Foto berkualiti tinggi

Kekurangan

  • Tidak kalis air
  • Tiada kamera telephoto (untuk zoom)

Leave a Reply