12 Kelebihan Telegram Berbanding WhatsApp! [ Updated ]

kelebihan telegram

Sekurang-kurangnya anda tahu kelebihan Telegram. Ia lebih ‘hebat’ berbanding WhatsApp…

Kenapa nak guna Telegram?

Mungkin soalan yang lagi baik adalah:

Kenapa tak guna Telegram?

Padahal jika dibandingkan fungsi-fungsinya, Telegram jauh lagi baik daripada WhatsApp, WeChat, Line dan yang sewaktu dengannya.

Mungkin pandangan anda terhadap Telegram akan berubah setelah anda baca post ini.

Berikut merupakan ringkasan kelebihan Telegram berbanding WhatsApp:

  1. Boleh sembunyikan nombor
  2. Boleh guna lebih dari 1 akaun
  3. Terdapat fungsi secret chat
  4. Terdapat fungsi self-destruct message
  5. Chat group yang besar
  6. Member baru boleh baca msj lama
  7. Terdapat fungsi channel
  8. Boleh hantar fail saiz besar
  9. Jika uninstall data tak hilang
  10. Terdapat fungsi global search
  11. Terdapat fungsi night mode auto
  12. Mempunyai fungsi bot

(Klik untuk ke topik pilihan)

Teruskan membaca untuk keterangan lanjut setiap kelebihan Telegram yang tersenarai diatas.

1 Boleh sembunyikan nombor

Dalam Telegram anda boleh sembunyikan nombor anda.

Kemudian gunakan ‘nama’ atau ‘username’ anda untuk menggantikannya.

(Dengan syarat nombor anda tak disimpan dalam hp pembaca)

Ini penting jika anda ada menyertai group-group public dan tak mahu nombor anda diketahui.

Caranya seperti berikut.

Pertama, set nama anda ke nama samaran / alias:

Menu > Setting > Edit name

menu untuk edit name telegram
Menu untuk edit name Telegram

Kemudian, set username, guna nama yang sama:

Menu > Setting > Username

edit username telegram
Edit username Telegram

Akhir sekali, pergi ke bahagian ‘Privacy and Security > Phone Number‘:

Menu > Setting > Privacy and Security > Phone Number

Dan set setting-setting seperti berikut:

  • Who can see my phone number – Nobody
  • Who can find me by my phone number – My Contacts

2 Boleh guna lebih dari 1 akaun

Dalam WhatsApp anda hanya boleh mempunyai 1 akaun dalam 1 hp.

Walaupun hp anda mempunyai 2 sim – Dual sim.

(Kecuali anda install apps seperti WhatsApp Business atau Parallel Space)

Dalam Telegram anda boleh mempunyai lebih dari 1 akaun menggunakan handphone yang sama.

(maksimum 4 akaun)

Dengan syarat, nombor berbeza.

Kelebihan ini penting jika anda tak mahu campurkan hal kerja dan peribadi.

Contohnya handphone anda ada 2 sim. Satu nombor peribadi dan satu nombor untuk kerja.

Anda sudah sedia ada akaun Telegram untuk nombor peribadi.

Dengan menggunakan aplikasi Telegram yang sama, hanya perlu lawati:

Menu > Setting > Add Account

Cara add account telegram
Cara add account Telegram

3 Terdapat fungsi secret chat

Secret chat atau mesej rahsia, hanya boleh dibaca oleh penulis dan penerima mesej.

Secret chat tidak boleh diforward dan di screenshot.

Bila anda delete secret chat, mesej pada kedua-dua hp, penulis & penerima akan dipadam.

Sangat berguna jika anda tak mahu mesej anda diforward, disalahgunakan atau diviral.

Lagi satu, secret chat adalah terikat kepada hp yang anda gunakan untuk memulakan/terima kali pertama chat tersebut.

Jika anda log out, atau gunakan handphone lain, mesej tersebut tidak akan kelihatan.

Bagaimana nak buat secret chat dalam Telegram?

Caranya:

Menu > New Secret Chat

secret chat telegram
Secret chat dalam Telegram

4 Terdapat fungsi self-destruct message

Sebagai tambahan, jika anda menggunakan fungsi secret chat, anda juga boleh aktifkan fungsi ‘Self-destruct message‘.

Untuk aktifkan, klik pada ikon jam yang terletak pada bahagian atas mesej, berdekatan dengan gambar profail penerima.

Kemudian set masa – 1 saat, 1 minit, 1 jam…

Sejurus selepas mesej tersebut dibaca (2 tik hijau), mesej tersebut akan hilang pada kedua-dua hp mengikut jangka masa yang telah ditetapkan.

(Saya tak dapat ambil screenshot … ? )

5 Chat group yang besar

Dalam WhatsApp, jumlah member maksimum untuk group adalah 256 orang.

Dalam Telegram, jumlah maksimum adalah 200,000 orang!

Tak ada lagi alasan group dah full.

Sangat sesuai jika anda nak tubuhkan kelab antarabangsa.

6 Member baru boleh baca msj lama

Telegram membenarkan member yang baru join group untuk melihat chat yang terdahulu.

WhatsApp tak bagi akses seperti ini. Masuk group, chat lama tak nampak.

Jimat tenaga admin, tak perlu forwardkan semula info terdahulu.

7 Terdapat fungsi channel

Tak cukup group tambah lagi fungsi channel.

contoh channel dalam telegram

Apa fungsi channel?

Dah ada group kenapa nak ada channel?

Group sesuai untuk keluarga, kawan-kawan, team-team kecil hinggalah ke komuniti. Lebih kepada komunikasi 2 hala.

Channel pula adalah sesuai untuk broadcasting.

Komunikasi 1 hala. Anda send mesej, member terima dan baca sahaja.

Channel tak ada limit member (subscriber). Seberapa banyak orang join channel pun tak jadi masalah.

Bila anda hantar mesej dalam channel, ia tak akan guna nama / nombor anda/ Tapi guna nama dan gambar channel.

Channel dilengkapi dengan ‘view counter’ yang memberikan anda maklumat apabila mesej yang anda hantar dibaca & diforward.

Nak build up brand anda? Nak jual barang? Gunakan sepenuhnya fungsi channel!

8 Boleh hantar fail saiz besar

Telegram boleh menghantar & menerima sebarang jenis fail sehingga saiz 1.5GB.

(Limit saiz pada WhatsApp adalah 100Mb)

9 Jika uninstall data tak hilang

Jika anda uninstall Telegram, segala mesej dan fail anda tak akan hilang.

Bila anda install semula Telegram, semua kembali seperti sebelum anda uninstall.

Jadi, anda tak perlu risau nak buat backup kalau untuk Telegram kalau nak tukar hp baru.

Syaratnya, anda mesti kembali online tak lebih 6 bulan.

Lebih 6 bulan, akaun anda secara automatiknya akan di delete berserta dengan semua mesej dan fail anda.

10 Terdapat fungsi global search

Fungsi search Telegram merangkumi carian setempat dan global.

Anda boleh cari bukan sahaja mesej & fail dalam akaun telegram anda bahkan juga pengguna Telegram lain, group dan channel dari seluruh dunia.

Dengan syarat pengguna Telegram tak set privasi dan group serta channel adalah public.

Buka Telegram, kemudian tap pada ruangan search dekat atas.

Cuba taipkan apa-apa keyword. Contohnya: Malaysia.

Keluar dekat result:

contoh global search telegram

(Wow, wujud channel Malaysia Movie HD. Bolehlah tengok movie percuma…)

11 Terdapat fungsi night mode automatik

Paparan bertukar menjadi ‘night mode’ apabila anda menggunakan Telegram pada waktu malam @ keadaan kurang pencahayaan.

Paparan nightmode pada Telegram
Paparan nightmode Telegram

Warna latar Telegram berubah menjadi gelap. Tulisan @ huruf menjadi warna terang.

Agar mata anda lebih selesa. Tak sakit.

Anda boleh set nightmode ini untuk bertukar secara automatik dengan cara berikut:

Menu > Settings > Chat Setting > Auto-Night Mode

setting night mode automatik

Pilihan ‘Auto-night mode’ terletak di dalam bahagian chat setting, skrol sedikit kebawah.

12 Mempunyai fungsi bot

Telegram mempunyai fungsi bots.

Apa itu bot?

Bot adalah aplikasi yang boleh digunakan dalam Telegram untuk fungsi spesifik atau berinteraksi dengan pengguna.

Contoh bot seperti ini:

contoh bot telegram

Terdapat pelbagai bot yang boleh anda gunakan.

Boleh lihat senarai bot untuk telegram dalam pautan ini: Telegram bot.

Apa pendapat anda tentang kelebihan Telegram ini?

Adakah Telegram baik untuk pengguna berbanding WhatsApp?

Jika terdapat kelebihan Telegram yang tidak ada dalam senarai, nyatakan dalam komen di bawah.

Leave a Reply