[2019] Tutorial Cara Transfer Duit Dari BSN ke Maybank dan Bank Lain Dengan ATM


Panduan bergambar cara transfer duit guna mesin ATM dari BSN ke bank lain

Walaupun kaedah ‘transfer’ atau pemindahan duit dari satu bank ke bank yang lain secara dalam talian atau online semakin popular sejak kebelakangan ini, namun tidak dapat dinafikan masih ramai yang tercari-cari akan kaedah atau cara transfer duit menggunakan mesin atm.

Oleh itu, saya terpanggil untuk membuat tutorial atau langkah demi langkah bagaimana cara transfer duit dari BSN ke Maybank, Public Bank, CIMB, Bank Islam dan bank-bank yang lain.

Langkah 1 : Pergi ke mana-mana bank atau ATM mesin Bank Simpanan Nasional. Kemudian masukkan kad BSN anda seperti dalam gambar dibawah.

cara transfer duit dari bsn ke bank lain

 

Langkah 2 : Pilih bahasa anda (Bahasa Malaysia).

 

Langkah 3 : Sila masukkan nombor pin kad BSN anda.

 

Langkah 4 : Kemudian pilih menu “PINDAHAN”.

 

Langkah 5 : Kemudian pilih “PINDAHAN SEGERA (WANG)”

 

Langkah 6 : Apabila skrin ATM dipaparkan seperti dalam gambar dibawah, Sila pilih menu “TEKAN UNTUK TERUSKAN”.

 

Langkah 7: Sila masukkan jumlah wang yang ingin dimasukkan dan kemudian pilih “YA”

 

Langkah 8: Apabila skrin mesin ATM dipaparkan seperti dalam gambar dibawah, sila pilih nama bank yang anda perlukan untuk pemindahan wang.

Jika tidak ada dalam senarai, sila klik menu “LAIN-LAIN” sehinggalah anda menjumpai nama bank anda untuk pindahan wang.

Langkah 9 : Sebagai contoh, anda ingin memindahkan wang ke bank “PUBLIC BANK”

Langkah 10 : Bila skrin terpapar seperti dibawah, sila masukkan no akaun penerima PUBLIC BANK tadi.

Selepas itu sila pilih menu “TEKAN JIKA BETUL”.

Pastikan anda telah memasukkan nombor akaun penerima dengan betul.

Langkah 11 : Apabika skrin seperti dalam gambar berikut dipaparkan, sila masukkan nombor rujukan urusan.

Nombor rujukan adalah sebanyak 7 angka dan pastikan ianya mudah diingati oleh anda.

Nombor rujukan adalah bebas dengan syarat tidak melebihi 7 angka.

Anda harus mencatatkan nombor rujukan tadi untuk rujukan pada masa akan datang jika berlaku masalah terhadap transaksi anda.

Selesai sahaja nombor rujukan 7 angka dimasukkan, sila tekan butang “TEKAN JIKA BETUL”.

Langkah 12 : Selepas memasukkan nombor rujukan tadi dan menekan butang “TEKAN JIKA BETUL”, anda akan dibawa ke skrin seperti dalam gambar dibawah.

Semak maklumat yang diberikan bagi memastikan segala maklumat yang anda masukkan adalah betul.

Selesai melakukan semakan dan tiada kesilapan berlaku, sila pilih butang “TEKAN JIKA BETUL”.

Langkah 13 : Akhir sekali, anda dibawah ke paparan skrin seperti berikut. “URUSAN TELAH BERJAYA DIPROSES” bermaksud transaksi pindahan wang anda ke bank lain telah berjaya dilakukan.

Sila tekan butang “TIDAK” jika anda telah selesai melakukan pindahan wang.

Jika anda ingin memindahkan wang ke akaun bank lain lagi anda boleh memilih menu “YA”. Kemudian anda akan dibawa ke langkah 4.

Sila teruskan kaedah yang sama bermula dari langkah 4 hingga langkah 13.

Langkah 14 : Selepas anda memilih butang “TIDAK” dalam langkah 13 tadi, anda akan dibawa ke paparan skrin seperti berikut.

Sila ambil kad ATM BSN anda dan slip transaksi pindahan wang.

Bank Simpanan Nasional (BSN) hanya membenarkan pindahan wang dari BSN ke bank-bank lain seperti:

  • Maybank
  • Kuawit Finance
  • OCBC Bank
  • HSBC
  • Hong Leong Bank
  • Citibank
  • CIMB Bank
  • Affin Bank Bhd
  • Alliance Bank
  • Agro Bank
  • Ambank
  • Al Rajhi Bank
  • Bank Islam
  • Bank Rakyat
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • SCB
  • UOB

Untuk proses pemindahan wang ke bank-bank ini, sebagai contoh:

anda ingin memindahkan wang dari BSN ke Agro Bank, anda hanya perlu menggunakan langkah-langkah yang ditunjukkan diatas dan hanya perlu memilih bank “Agro Bank” pada langkah 9.

Langkah demi langkah bagi proses pemindahan wang ini dipetik daripada tutorial video yang dikongsi di youtube.


48 thoughts on “[2019] Tutorial Cara Transfer Duit Dari BSN ke Maybank dan Bank Lain Dengan ATM”

    1. Hai, adakah no rujukan yang dimaksudkan adalah seperti yang dikatakan dalam langkah no 11 dan no 12? Jika ya jawapannya adalah seperti berikut: Ya, anda boleh menggunakan no rujukan lain. Malahan no rujukan yang berbeza pada setiap kali anda membuat transaksi juga tidak menjadi masalah. No rujukan menjadi berguna jika anda ingin membuat rujukan semula transaksi yang anda telah lakukan agar lebih mudah untuk anda mengenalpasti transaksi tersebut.

  1. tq for the info! tapi nk tanya after kita dapat slip transaksi pindahan wang, kat slip tu ada state amount balance dlm acc kita ke?

    1. No rujukan tu apa-apa nombor sebanyak 7 angka, yang penting mudah diingati oleh anda. Ada baiknya anda mencatat nombor rujukan tersebut sebagai rujukan di masa hadapan. No rujukan penting sebagai rujukan sekiranya berlaku masalah transaksi yang dilakukan. Biasanya no rujukan ini akan diminta oleh pihak bank jika berlaku masalah transaksi atau masalah kesilapan pemindahan/ transfer wang.

  2. Macam mana kalau nak bank in ke acc bsn through cdm eh? Ada ke mesin yg boleh digunakan untuk bank in ke bsn selain pergi ke cawangan bsm?

    1. sekarang pelbagai cara nak bank in atau transfer wang dari satu bank ke bank lain. Sebagai contoh, jika anda ada akaun maybank, boleh saja anda ke ATM Maybank, masukkan kad atm dan buat proses pemindahan wang dari maybank ke bsn.

  3. Nak tanya duit tu mmg kena ada dlm akaun kite ke? Em cth ad org minta tlg saya transfer duit and dia bg cash lah then time kita nak transfer tu duit tu mmg kite kene masukkan duit tu dalam akaun kita dulu eh then baru boleh transfer? Sorry for my ques :’))

    1. Ya, kita perlu masukkan duit dalam akaun barulah boleh buat pindahan wang. Kalau tiada duit dalam akaun, memang tak boleh buat pemindahan wang, tuan…

  4. Saya telah membuat pindahan wang ke akaun lain..tetapi masalahnya Mesin ATM tersebut x mengeluarkan sebarang penyata,walaupun amaun telah dipotong dari akaun saya pihak penerima tetap meminta saya utk menyertakan gambar penyata sebagai bukti pembataran tersebut ..apakah yang perlu saya lakukan?

    1. mungkin anda boleh pergi ke kaunter bank dan meminta rekod transaksi anda..biasanya bank boleh track semua tu dengan lengkap. tetapi anda perlu membawa kad pengenalan, buku bank, dan kad atm..atau dokumen yang berkaitan untuk pengesahan.

    1. Saya bnk in cek BSN dlm @ 4 – 4:30 petang ke akaun Public Bank hari jumaat. Pukul berapa dapat clear dan mengambil berapa hari untuk clear?

  5. Kenapa lepas masukkan nombor account bank penerima, tak keluar nama tuan account penerima? Is it possible kalau pihak bank update system so that nama penerima akan dipaparkan, supaya kita yg nak transfer ni lebih pasti?

    1. Biasanya jika lakukan pemindahan wang ke bank lain, nama penerima tidak dipaparkan. Dalam keadaan ini, pengirim wang perlu memastikan agar nombor akaun yang dicatatkan adalah betul.

  6. Hi.. 3 hari lepas saya buat pindahan wang dari bsn ke cimb guna mesin atm ambank
    Dlm resit tu dkat bawah slalu accept you loan
    Yang ni kluar Remote Auth Timeout
    So pihak penerima uang saya ckp dia blm terima uang
    So saya kena rujuk ke pada bank ke apa ya
    Ke saya kena tunggu dlm masa yang lama?

    1. Cuba puan check baki wang, ada berkurang atau tiada. Kemungkinan pemindahan wang tidak berjaya. Sebetulnya guna ATM BSN untuk buat pemindahan wang.

  7. Klau pkai kad maybank tpi guna mesin atm bsn utk transfer duit ke maybank boleh x? Sbb dri tmpt sy nk ke maybank atm jauh.

  8. Saya nak pindahkan wang dari kad bsn. Adakah mesin atm biasa boleh digunakan? Contoh mesin atm yang biasa ada di stesen minyak. Atau memang kena guna mesin atm bsn baru boleh buat pindahan wang?

  9. Saya nak tanya. Cara ni boleh pakai untuk bank in sebab urusan jual beli internet ke? Sebab saya ada beli barang dalam internet. Jadi saya nak bayar duit tu.

    1. Boleh sahaja tuan, tuan perlu transfer sahaja ke akaun penjual. Namun anda perlu print resit kat atm tu untuk keselamatan. Biasanya mesin akan bagi option untuk dapatkan resit selesai sahaja transaksi pemindahan wang dilakukan.

    1. Boleh sahaja tuan..yang penting anda mempunyai akaun di bsn dan duit yang nak dipindahkan tu ada dalam akaun bsn anada. terima kasih

  10. Hi, saya nak tanya. Boleh ke bt pemindahan duit dari akaun bsn di atm cimb. Tapi acc yg nk di trnfer tu mybank.?

  11. Saya nak tanya,masa hujung minggu hari sabtu,saya dah buat pindahan segera wang dari BSN ke maybank untuk beli barang online,tapi sampai hari ni dia cakap belum masuk lgi duit yg sya dah pindahkan…apa perlu sya buat?sangat perlu bantuan.

  12. Actually hritu saya ada beli brg online and kena buat payment ke akaun maybank peniaga, saya byr melalui bsn through atm bank Islam and berjaya.. So is it okey right boleh byr online by atm lain²???

Leave a Reply