Kaki Makan Air: 21 Tips Menghilangkan Kulat Air [Terbaik]

21 cara berkesan hilangkan kulat air@tinea pedis dengan cepat!

Bagaimana cara menghilangkan kulat air atau athlete’s foot?

Kami kongsikan pelbagai kaedah rawatan mudah di sini!

Apa itu kulat air?

Kulat air (tinea pedis) ialah merupakan jangkitan pada  kulit yang disebabkan oleh kutu air.

Persekitaran yang lembab, hangat serta pengap merupakan keadaan yang sesuai untuk kulat ini membiak. Tempat terbaik? di celah-celah jari kaki.

Ianya menyebabkan ketidakselesaan, biasanya menyebabkan rasa gatal, kaki berbau,serta kulit berkerak dan menebal.

Bagaimana ianya berjangkit?

Mitos menyatakan hanya mereka yang aktif bersukan atau “atlit” sahaja mengalami masalah kulat air.

Sebenarnya anda tersilap, kulat air boleh dialami oleh sesiapa sahaja sekiranya tidak menjaga kebersihan diri.

Anda gemar berkaki ayam ke bilik mandi, di kolam renang atau bilik persalinan awam? Anda berisiko tinggi untuk terkena kulat air!

Berkongsi tuala, stoking dan kasut dengan orang yang mempunyai masalah ini juga boleh mendapat jangkitan.

Mereka yang kerap memakai kasut ketat dan bertutup, kaki berpeluh dan sentiasa lembap juga berisiko tinggi mengalaminya.

Tips jauhi kulat air?

  • Pastikan kaki sentiasa kering
  • Jangan selalu memakai stoking atau kasut kerana ianya akan menyebabkan anda berpeluh dan boleh mewujudkan suasana yang ideal untuk kulat air.
  • Jangan gunakan stoking yang sama setiap hari, cuci dan bersihkan stoking anda.
  • Keringkan dan lap celah kaki anda selepas mandi atau selepas berada di tempat yang basah.
  • Bilamana berada di pejabat, benarkan kaki anda “bernafas”. Buka kasut dan gunakan sandal.
  • Ingat, kulat suka kawasan yang gelap dan lembap! “Kasut dan stoking” merupakan rumah terbaik mereka!

Sembuh sendiri?

Tidak, anda perlukan krim atau apa-apa kaedah tradisional yang terbukti untuk menyembuhkan masalah ini.

Tanpa usaha rawatan, kulat air semakin teruk dan menjangkiti celah-celah jari kaki yang lain!

Kami kongsikan pada perenggan berikutnya.

Anda perlu amalkan langkah pencegahan seperti yang kami nyatakan diatas.

Namun, anda tidak perlu risau kerana kutu air boleh dihilangkan dengan bahan yang mudah didapati di rumah anda atau farmasi terdekat.

1. Ubat Sapu

Ubat sapu terbahagi kepada 4 jenis utama iaitu:

  • Jenis Cair-sesuai untuk infeksi kulat air jenis kering
  • Krim-untuk kulit yang melepuh dan mengelupas
  • Gel-mengandungi petroleum jelly untuk mengekalkan kelembapan kulit
  • Semburan- Jenis spray

Jika anda ingin mendapatkan ubat sapu yang sesuai dan terbaik. Anda boleh lihat senarai berikut:

ALAMISIL

Krim khas untuk atasi masalah kulat air. Merupakan krim yang disarankan dan popular di laman web Amazon.

Beli/Lihat Lamisil Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

BKRIM&SABUN HERBA

Merupakan set khas athlete’s foot dan pelbagai masalah lain.

Sangat popular di Shopee Malaysia!

Beli/Lihat Krim & Sabun Herba Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

CSkin Guard

Beli/Lihat Skin Guard Online:

Merupakan produk keluaran tempatan yang laris di Malaysia.

Tanpa steroid dan hanya menggunakan bahan organik.

Antara kegunaan selain untuk atasi kulat air ialah:

  • Sebagai bahan Antibakteria, bertindak membasmi dan menghapuskan bakteria.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan
  • Merawat radang kulit.
  • Meredakan kesan gigitan seranggan
  • Merawat masalah kulit seperti ekzema, kurap, kayap, kulat air, kudis, bisul, ruam dan lain-lain.
  • Melembabkan kulit
  • Aroma terapi.

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

DTHYMOS

Membunuh kulat air dengan keberkesanan sehingga 99.99%!

Dicipta khas untuk masalah athlete’s foot!

Beli/Lihat Thymos Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

EHorse Oil Cream

Merupakan produk dengan tawaran harga yang agak murah.

Produk khas untuk masalah “athlete’s foot yang sedang hangat di shopee.

Mungkin anda patut mencubanya!

Beli/Lihat Horse Oil Feet Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

2. Garam

Garam merupakan cara menghilangkan kulat yang mudah diperolehi.

Garam merupakan bahan antiseptik yang mampu membunuh kulat dengan cepat jika diamalkan selalu.

Caranya amat mudah:

  1. campurkan 10 sudu makan garam dengan 2 cawan air hangat
  2. gaul hingga garam larut,
  3. letakan air garam tadi di bekas yang sesuai dengan saiz kaki anda,
  4. rendam kaki dengan air hangat dalam masa 20 minit.
  5. Lakukan perkara ini 3 kali sehari sehingga jangkitan beransur pulih.

3. Mandi atau bersiar-siar di tepi pantai

Seperti yang anda tahu, laut mempunyai kandungan garam yang banyak.

Jika anda gemar berjalan-jalan di tepi pantai, ada baiknya anda amalkan tabiat ini setiap hari selama 30 hingga 60 minit.

Dengan syarat kaki anda sentiasa berada di dalam air laut.

4. Tea Tree Oil

Minyak Tea Tree sememangnya berkesan menyembuhkan masalah kulit seperti infeksi kutu air.

Cara menggunakannya:

  1. Oleskan sahaja minyak di permukaan kulit yang terinfeksi sekurang-kurangnya 3 kali sehari sehingga kutu air menghilang sepenuhnya.

5. Baking Soda

Selain digunakan dalam makanan, baking soda merupakan antiseptik yang berupaya untuk membunuh kulat.

  1. Campurkan 5 sudu teh baking soda dengan 2 gelas air suam
  2. Kemudian, rendamkan bahagian kaki yang dijangkiti selama 20 minit.
  3. Ulangi langkah ini setiap pagi dan petang setelah mandi.

6. Bawang Putih

Allicin dan minyak atsiri yang terkandung dalam bawang putih bertindak sebagai antibakteria dan antiseptik.

Anti radang yang terdapat pada bawang putih berupaya menghilangkan rasa gatal pada kulit yang dijangkiti kulat air.

Cara penggunaan:

  1. Ambil satu siung bawang putih.
  2. Tumbuk hingga hancur dan tempelkan pada bahagian yang dijangkiti.
  3. Balut selama beberapa jam.
  4. Ulangi langkah ini dengan kerap sehingga kulat air beransur hilang.

7. Ubi Kayu

Selain sebagai makanan, ubi kayu juga berupaya untuk membunuh athlete’s foot.

Caranya ialah:

  1. Parut isi ubi kayu
  2. Kemudian tempelkan pada bahagian kaki yang dijangkiti oleh kulat air.
  3. Balut sehingga ubi kayu menjadi kering.
  4. Ulangi langkah ini 2 kali sehari sehingga jangkitan menghilang sepenuhnya.

8. Daun Sirih

Caranya ialah:

  1. Rebuskan 15 helai daun sirih dengan 5 sudu makan garam ke dalam periuk menggunakan 3 cawan air.
  2. Gunakan air rebusan tadi sebagai rendaman kaki yang dijangkiti selama setengah jam.
  3. Lakukan kaedah ini dengan kerap sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

9. Teh

Teh juga berkesan dalam mengatasi masalah athlete’s foot. Berikut merupakan kaedah yang boleh diamalkan.

  1. Masukkan uncang teh ke dalam segelas cawan yang mengandungi air panas.
  2. Tunggu sehingga air teh menjadi hangat.
  3. Gunakan air teh ini sebagai rendaman kaki selama 20 atau 30 minit.
  4. Ulangi langkah ini dengan kerap.

10. Daun Keladi

Daun keladi mempunyai kandungan antibiotik, antioksidan polifenol serta antiseptik safonin yang terbukti dalam mengatasi masalah kaki makan air.

Caranya ialah:

  1. Tumbuk daun keladi, kemudian tempelkan pada bahagian yang terkena kulat air tadi.
  2. Ulangi langkah ini dengan kerap.
  3. Jika menggunakan kaedah ini, anda perlu berhati-hati agar tidak terkena bahagian kulit lain kerana kemungkinan kaedah ini akan menimbulkan rasa gatal pada kulit.

11. Cuka Epal

Cara-caranya ialah:

  1. Letakkan cuka epal di dalam bekas kecil seperti penutup botol atau sebagainya.
  2. Sapukan bahagian yang terinfeksi menggunakan cotton bud.
  3. Amalkan langkah ini setiap hari.

12. Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa juga merupakan anti kulat yang sangat berkesan dalam mengatasi masalah disebabkan kulat air.

Juga bersifat anti radang yang mana meredakan rasa gatal pada kulit.

Hanya sapukan minyak kelapa pada bahagian yang terinfeksi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, masalah jangkitan air akan beransur pulih.

13. Teh Hijau

Jika ada tidak mempunyai teh biasa, teh hijau juga mempunyai kesan yang sama seperti teh biasa.

Kandungan Polifenol dalam teh hijau bersifat antijamur dan antioksidan.

Anda hanya perlu merendamkan kaki anda pada larutan teh hijau yang hangat selama 30 minit, 2 kali sehari.

14. Cuka Putih

Gunakan cuka putih atau vinegar untuk mengatasi athlete’s foot.

Caranya mudah sahaja iaitu:

  1. Sapukan cuka putih pada bahagian celah kaki yang terlibat  menggunakan cotton bud.
  2. Lakukan kaedah ini 3 kali sehari sehingga jangkitan pada kaki semakin menghilang.

15. Campuran Hidrogen Peroksida & Povidone Iodine

Hasil penelitian terbaru mendapati campuran kedua-dua bahan ini mampu membunuh 16 jenis jamur yang berbeza termasuk jamur kutu air.

Larutkan kombinasi bahan ini ke dalam air sedikit hangat, kemudian jadikan sebagai rendaman kaki.

Kedua-dua bahan ini mudah didapati di farmasi berdekatan.

16.Minyak Bunga Matahari

Kajian mendapati dengan mengoleskan Sunflower Oil pada permukaan kulit kaki yang dijangkiti sekerap 2 kali sehari selama 6 minggu mampu mengatasi masalah kutu air. Penggunaan berterusan selama 6 bulan akan mencegah jamur ini daripada tumbuh kembali.

17. Gel Lidah Buaya

Gel lidah buaya bersifat antiseptik dan anti radang yang sangat berkesan untuk kulit luka.

  1. Potong daun lidah buaya, oleskan di bahagian yang dijangkiti kulat air. Lakukan sekerap mungkin sehingga jangkitan semakin pulih.

18. Kayu Manis

Kulit kayu manis bukan sahaja digunakan sebagai rempah makanan. Ianya juga berkesan dalam mengatasi masalah kulat kaki ini.

Kaedahnya ialah:

  1. Tumbuk lumat 3-4 kepung kulit kayu manis, kemudian larutkan kedalam air hangat.
  2. Rendamkan kaki yang terinfeksi selama 30 minit, 2 kali sehari.
  3. Lakukan setiap hari sehingga luka beransur hilang.

19. Lemon

Kisar lemon bersama kulit, kemudian sapukan pada bahagian luka kutu air. Amalkan langkah ini 2 atau 3 kali sehari, setiap hari sehingga luka beransur menghilang.

20. Minyak Goreng

Jangkitan kulat pada badan haiwan peliharaan seperti kucing bisa dihilangkan dengan menggunakan minyak goreng (minyak masak terpakai).

Namun, ianya juga boleh mengatasi masalah jamur kutu air sepenuhnya seawal 3 hari.

Caranya amat mudah:

  1. Sapukan minyak goreng ke bahagian yang dijangkiti sebelum tidur.
  2. Biarkan sehingga pagi.

21. Ubat Gigi

Ubat gigi dikatakan dapat membantu dalam mengatasi masalah kutu air. Bagaimana jika anda mencubanya ?

Caranya:

  1. Hanya perlu rajin oleskan pasta gigi pada permukaan kulit kaki yang dijangkiti 2 kali sehari.luka kutu air akan mengering dan beransur sembuh.

Sememangnya 20 cara menghilangkan kutu air ini terbukti sangat berkesan. Dengan syarat, anda perlu rajin melakukannya setiap hari serta sentiasa menjaga kebersihan kaki.

Gunakan alas kaki seperti, selipar jika masuk ke tandas, atau kawasan yang lembab bagi memastikan kaki anda sentiasa kering.

Gunakan alas kaki yang mengandungi pengudaraan yang baik, jangan menggunakan sarung kaki yang sama setiap hari.

Leave a Reply