Drone murah terbaik bawah RM400 yang boleh dimiliki di Malaysia.
Jika anda bercadang untuk memiliki drone.
Jika anda baru sahaja nak mula berkenalan dengan drone @ beginner.
Post ini untuk anda.
Berikut merupakan senarai drone terbaik dengan harga bajet khas untuk pemula.
Senarai Drone murah terbaik Malaysia:
- Visuo XS816 – Shopee | Lazada
- Quadcopter KY101D – Shopee | Lazada
- A18 Drone – Shopee
- VISUO XS809S – Shopee | Lazada
- SYMA X25 PRO – Shopee | Lazada
- Syma X5C Explorers – Shopee | Lazada
- GOQ JY018 – Lazada
- JJRC H37 Elfie – Shopee | Lazada
- Quadcopter 998 – Shopee
Untuk maklumat bagi senarai drone diatas, teruskan membaca.
1 Visuo XS816
Kamera: 4K ultra HD | Bateri: 1800mAh | Masa terbang: 16-20 minit | Jarak kawalan: 100 meter
*harga : RM259
Visuo XS816 adalah pilihan terbaik untuk anda yang baru bermula. Sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan.
Dengan sekali cas, anda boleh menerbangkan drone ini selama 16-20 minit. Ia dilengkapi dengan 2 kamera: Kamera utama 4k dan dibantu oleh kamera tambahan 0.3MP.
Dilengkapi dengan mod ‘follow me’ dimana drone akan bergerak mengikuti anda. Selain itu ia juga mempunyai sistem gesture shooting, menangkap gambar berdasarkan gerakan fizikal yang dikenali.
Anda juga boleh menyambungkan drone ini pada smartphone anda dan mengawalnya menggunakan G-sensor. Seperti bermain game.
2 Quadcopter KY101D
Kamera: 5MP 4K Ultra HD | Bateri: 1800mAh | Masa terbang: 20 minit | Jarak kawalan: 80 meter
*harga : RM199
Quadcopter KY101D diperbuat daripada bahan bermutu tinggi membuatkan ia tahan lasak dalam apa jua keadaan.
Ia menggunakan teknologi 2.4GHz, dengan jarak pengawalan sehingga 100 meter.
Sistem pengawalannya juga amat mudah, 1 butang untuk terbang dan mendarat. Sangat sesuai untuk beginner.
Ketika sedang terbang anda boleh membuat aksi seperti berpusing, terbang terbalik dan dengan sekali tekan pada return button, drone akan kembali ke arah anda.
3 A18 Drone
Kamera: FULL HD 1080p | Bateri: 1100mAh | Masa terbang: 15 minit | Jarak kawalan: 60 meter
*harga : RM149
Folding flight Quadcopter, dilengkapi dengan 2 kamera: 16MP kamera aerial dan 5MP kamera optical flow. Berkebolehan untuk mengambil gambar & video full HD 1080p.
Dilengkapi dengan beberapa mod menarik seperti gesture photo/video dengan mengesan aksi tertentu, VR mode untuk anda ‘terbang’ bersama drone, following mode dan juga headless mode.
Ia juga dilengkapi dengan butang ‘one key return’ untuk memastikan drone anda tak sesat.
4 VISUO XS809S
Kamera: 2MP HD 720p | Bateri: 1800mAh | Masa terbang: 17-20 minit | Jarak kawalan: 50m
*harga : RM189
VISUO XS809S berkeupayaan untuk berada di udara selama 17-20 minit, dilengkapi dengan 2MP kamera utama dan kamera tambahan wide lens yang mana berkeupayaan untuk mengambil foto/video HD 720p.
Drone ini mempunyai beberapa mod menarik seperti altitude hold function (terbang setempat), G-sensor untuk kawal penerbangan mengikut kedudukan hp (seperti bermain games), headless mode.
Ia juga dilengkapi dengan return button untuk memastikan drone sentiasa kembali ke lokasi mula terbang.
5 SYMA X25 PRO
Kamera: 1MP HD 720p | Bateri: 1000mAh | Masa terbang: 9 minit | Jarak kawalan: 180 meter
*harga : RM339
SYMA X25 PRO muncul dengan kebolehan untuk mengawal / memutarkan arah kamera dan juga GPS positioning.
Dengan GPD positioning SYMA X25 boleh terbang lebih 200 meter dengan ketinggian 100 meter maksimum tanpa pengawalan dan kemudiannya kembali ke lokasi awal. Ia boleh terbang tanpa henti selama lebih kurang 9 minit.
Dengan 1MP kamera yang boleh berputar 360 darjah, ia berkebolehan untuk mengambil foto/video HD 720p.
Antara fungsi / mod lain menarik pada drone ini adalah one key take-off danlanding, headless mode dan hovering function.
6 Syma X5C Explorers
Kamera: 2MP HD 720p | Bateri: 500mAh | Masa terbang: 7 minit | Jarak kawalan: 50 meters
*harga : RM399
Syma X5C Explorers sesuai untuk penerbangan dalam dan luar bangunan. Ia berkeupayaan untuk mengambil foto/video HD 720p.
Stabil, boleh membuat aksi penerbangan seperti berputar dan sebagainya, ringtangan angin yang lebih kuat dan mudah untuk dikawal.
7 GOQ JY018
Kamera: HD 720p | Bateri: 600mAh | Masa terbang: 8 minit | Jarak kawalan: 30 meter
*harga : RM98
GOQ JY018 muncul dengan rekabentuk kreatif yang mana lengannya senang dilipat untuk memudahkan ia disimpan @ dibawa.
Antara mod dan fungsi yang menarik untuk drone ini adalah headless mode, one touch return key, G-sensor control dan altitude hold.
8 JJRC H37 Elfie
Kamera: HD 720p | Bateri: 500mAh | Masa terbang: 7 minit | Jarak kawalan: 40 meter
*harga : RM135
JJRC H37 Elfie muncul dengan slogan ‘born for selfie’. Untuk menjadikan gambar selfie anda naik satu level berbanding yang biasa.
Drone ini bersaiz mini dan boleh dimuatkan dalam poket anda agar lebih mudah untuk dibawa kemana-mana.
Antara mod dan fungsi yang menarik adalah headless mode, one key return button, G-sensor control, altitude hold mode, apps control (untuk smartphone anda) dan juga hand launching dimana anda boleh menerbangkan drone ini daripada tapak tangan anda.
9 Dual Camera E88
Kamera: HD 4K 1080p | Bateri: 1800mAh | Masa terbang: 8-12 minit | Jarak kawalan: 150 meter
*harga : RM129
*Nota: Sila ambil perhatian, harga yang terpapar dalam post drone murah terbaik malaysia ini adalah untuk rujukan sahaja. Harga mungkin berubah mengikut penjual produk tersebut (promosi, diskaun dan sebagainya). Terima kasih!