Bagaimana Cara Mencari Handphone yang hilang?

lelaki hilang handphone

Memang susah hati bila handphone hilang. Tapi jangan putus asa.

Anda mungkin berpeluang untuk mendapatkan semula handphone hilang tersebut.

Atau sekurang-kurangnya anda boleh padam maklumat peribadi.

Boleh juga buatkan handphone tersebut tak boleh guna langsung.

Dalam post ini kita akan lihat:

  • Apa perlu dilakukan jika handphone hilang
  • Cara untuk cari Handphone tersebut
  • Persediaan awal wajib pemilik handphone

Diharapkan post sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Teruskan membaca.

Apa yang perlu dilakukan jika handphone hilang?

handphone hilang tercicir

Perkara pertama yang harus anda tahu:

1. Jangan terus call jika handphone hilang

Melainkan ia hilang didalam rumah.

(Lupa letak dekat mana).

Selalunya bila kita sedar handphone dah tak ada, kita akan minta kawan atau orang terdekat untuk cuba call.

Nak sedapkan hati dengar deringan.

Lepas tu kita akan cakap:

“Tadi saya call masih ok, sekarang tak boleh call…”

Sudah tentu tak boleh call, sebab telefon sudah dimatikan.

matikan telefon

Jika handphone kita tersebut dicuri / dijumpai oleh orang yang ‘memerlukan’, sudah tentu dia akan matikan telefon tersebut jika berdering.

Jika anda tidak call, terdapat kemungkinan si pengambil tadi terlupa untuk mematikan.

Ini akan memudahkan langkah yang seterusnya iaitu:

2. Cuba track lokasi handphone anda

Bergantung pada jenis smarpthone yang anda gunakan terdapat pilihan cara untuk mengesan lokasi hp:

  1. Find My Device untuk Android.
  2. Find my iPhone untuk iOS.

Kita cuba tengok bagaimana caranya:

#1.Find My Device untuk Android

Pergi ke laman berikut:

Login masuk menggunakan akaun google yang anda gunakan untuk handphone anda.

Login ke android device manager untuk mengesan lokasi handphone hilang

Berikut contoh paparan untuk Find My Device Google:

paparan google find my device

Disini anda boleh nampak lokasi handphone anda dalam map yang diberikan.

Anda boleh Zoom ini untuk melihat kedudukan dengan lebih jelas.

Daripada lokasi ini anda boleh memperkecilkan skop pencarian anda.

Mungkin anda boleh ingat dimana dan apa aktiviti anda ketika berada dilokasi tersebut.

Selain itu, terdapat juga beberapa pilihan yang boleh anda buat seperti:

  1. Play Sound – Membunyikan handphone anda
  2. Secure Device – Sign out daripada akaun google di handphone, kunci akses dan tinggal kan mesej pada skrin hp.
  3. Erase Device – Memadam segala maklumat dalam handphone

Pertama sekali, jangan bunyikan handhone melainkan anda suda berada dilokasi handphone tersebut.

Bila anda play sound, handphone anda akan berbunyi sekalipun dalam mode silent.

Pilihan Secure Device akan membuatkan handphone anda ‘Sign out’ dari mana-mana akaun Google seperti gmail dan youtube.

Untuk fungsi ini, anda masih boleh teruskan untuk track lokasi handphone tersebut.

Anda boleh letak mesej dan juga nombor yang boleh dihubungi jika orang lain menjumpai hp tersebut.

Mesej tersebut akan diperlihatkan di skrin hp anda.

Akhir sekali untuk Erase device.

Bila anda yakin anda memang tak boleh dapat semula handphone tersebut , barulah anda pilih option ini.

Pilihan ini akan memadamkan segala isi kandungan hp anda kecuali isi dalam SD card.

(balik ketika mula-mula dibeli dahulu).

Sekurang-kurangnya selamat data peribadi anda.

Handphone boleh beli semula, maklumat-maklumat anda jika disalah gunakan akan mencelakakan kehidupan.

#2.Find my iPhone untuk iOS

Pergi ke laman berikut:

Login menggunakan Apple ID anda.

login masuk icloud find my iphone

Seterusnya, klik pada ‘All Devices’ pada bahagian atas browser dan pilih handphone anda:

map find my iphone

Kedudukan semasa iPhone anda akan kelihatan dalam map yang diberikan.

(Atau kedudukan terakhir)

Terdapat juga pilihan untuk anda diberikan notifikasi jika iPhone tersebut online nanti – Notify when found.

Pilihan lain yang boleh dibuat adalah:

  • Play sound
  • Lost mode
  • Erase Device

Anda boleh aktifkan Play sound untuk membantu anda mencari handphone tersebut.

(setelah anda tiba dilokasi handphone)

Handphone anda akan berdering selam 2 minit.

Bunyi akan bertambah kuat dengan setiap deringan.

Untuk pilihan Lost mode ia akan menguncikan iPhone anda.

Anda juga boleh letakkan mesej yang mungkin boleh membantu jika orang lain menjumpai handphone tersebut.

contoh paparan lost mode
Contoh paparan lost mode.

Dan pilihan terakhir Erase Device akan memadamkan segala data dan maklumat anda dalam handphone tersebut.

Gunakan pilihan ini jika anda pasti handphone tersebut dicuri dan tidak akan dikembalikan lagi.

Ini untuk melindungi data peribadi anda.

Selain itu, handphone tersebut juga akan dilindungi oleh activation lock yang mana membuatkan orang lain tidak boleh menggunakannya.

3. Jika track lokasi handphone Gagal?

Berita baik jika anda adalah pengguna Google Map.

Anda boleh mengetahui lokasi-lokasi yang handphone anda lawati menggunakan:

Anda perlu login menggunakan akaun google handphone anda.

Paparan Google Maps Timeline kelihatan seperti berikut:

paparan google timeline

Titik berwarna merah adalah lokasi yang pernah handphone anda lawati.

Anda boleh pilih tarikh handphone anda hilang untuk melihat maklumat yang lebih terperinci.

3. Minta bantuan daripada ‘Services Provider’

MCMC telah memperkenalkan satu servis yang dipanggil Public Cellular Blocking Service (PCBs).

Public Cellular Blocking Service pdf

Fungsi ini membolehkan handphone yang hilang diblock / tidak boleh digunakan.

Hanya pemilik sebenar boleh unblock.

Untuk memulakan proses block ini anda hanya perlu menghubungi servis provider yang anda gunakan.

Prosedur mungkin berbeza mengikut service provider.

Berikut merupakan infomasi servis PCBs bagi setiap service provider untuk rujukan anda:

Yang pastinya anda perlukan nombor IMEI untuk servis ini.

Mungkin post ini boleh membantu:

4. Buat Laporan Polis

buat laporan polis

Jika anda pasti handphone anda dicuri jangan lupa untuk membuat laporan polis.

Dengan laporan polis dan bukti-bukti yang anda ada anda mempunyai peluang untuk mendapatkan semula handphone anda.

Persediaan Awal sebelum Handphone Hilang

Sediakan payung sebelum hujan.

Kita tidak mahu perkara ini terjadi tapi tidak bersedia bukanlah pilihan yang baik.

Berikut merupakan beberapa cadangan yang boleh anda praktikkan:

1. Jadikan nombor sebagai screen saver

Letakan nama dan nombor telefon yang boleh dihubungi pada screensaver/wallpapar handphone anda.

Sertakan juga mesej ringkas seperti:

Kecemasan: Hubungi Mr. Ranjuta 019-999 9999“.

Selalunya handphone kita akan automatik lock jika tak digunakan.

Ia membolehkan orang melihatnya tanpa perlu cuba login.

Tidak semua orang suka mengambil barang orang.

orang baik jumpa handphone

Jika nasib kita baik, handphone dijumpai oleh orang baik, maklumat tersebut dapat membantu orang baik untuk membuat kebaikkan.

(Ini juga penting jika anda terlibat dengan apa-apa jenis kecemasan).

2. Pastikan fungsi ‘location’ on

pastikan fungsi location on

Ini untuk memastikan tracking lokasi berfungsi dengan tepat.

Mungkin akan menambahkan sedikit penggunaan bateri.

Tak apa. Pasang sahaja.

Kalau nak jimat bateri tapi handphone hilang, tak ada untungnya juga.

3. Gunakan aplikasi ‘Prey’

Sebagai alternatif lain, anda boleh menggunakan aplikasi ‘Prey’.

Prey adalah aplikasi separuh percuma.

Namun begitu fungsi percuma yang ditawarkan sudah memadai.

Pilihan yang ditawarkan untuk fungsi percuma adalah:

  1. Alarm: Bunyi yang kuat untuk memudahkan anda mencari handphone anda
  2. Message: Memaparkan mesej pada skrin handphone tersebut. Anda boleh letakkan no telefon yang boleh dihubungi disini.
  3. Camouflage: Menghilangkan ikon ‘Prey’ agar si pencuri tidak sedar dia sedang jejak.
  4. Lock: Anda boleh mengunci handphone secara remote.

Selain itu, ‘Prey’ boleh mengambil gambar orang yang cuba menggunakan hp anda.

Anda boleh gunakan gambar tersebut untuk bantu siasatan.

Anda boleh cuba aplikasi ini di:

Kongsikan jika post ini bermanfaat!

Jika anda mempunyai cara lain anda boleh nyatakan dalam ruangan komen dibawah.

73 thoughts on “Bagaimana Cara Mencari Handphone yang hilang?”

    1. Adakah saudari sudah mencuba menggunakan cara yang dijelaskan diatas? Android device manager atau ppun find my iPhone? Berikut merupakan no phone untuk telecommunication service provider di malaysia.

      • Celcom: 019-601 1111
      • Maxis: 1-800-82-1123
      • Digi: 016 2211 800
      • U mobile: 018 388 1318
      1. Mcm mna sya nk kesan fon sya. Fon sya tercicir tnpa sya sedar sya pastu fon tu dah di ambil org .. Sya call awalnya masok boleh dhubungi call yg seterusnya sdah tidak boleh😭

  1. saya sudah menghubungi service provider namun mereka mengatakan tidak terdapat perkhidmatan untuk mengesan handphone yang hilang melalui no IMEI..adakah saya perlu menghubungi pihak pengeluar handphone saya..

    1. Hai atikah,

      Sepatutnya service provider boleh melakukan sesuatu sekurang-kurangnya mereka dapat ‘block’ handphone tersebut agar tidak dapat berfungsi. Berikut merupakan panduan daripada:

      1. Celcom
      2. Digi
      3. Maxis

      Jika saudari memiliki handphone Samsung boleh cuba aplikasi ini: find my mobile.

        1. Saudara Jay, jika handphone telah diformat peluang untuk menjejaki handphone tersebut agak tipis. Tetapi anda masih boleh block handphone tersebut menggunakan no imei…

          1. Sekiranya iphone dlm keadaan mati/off..boleh kah ia di kesan lgi untuk di temukan smula? Dan sekiranya ia telah di format, adakah si pengguna itu masih boleh mggunakannya?

          2. Untuk dikesan, iphone kena on. Kalau dalam keadaan mati ia hanya akan bagi lokasi terakhir hp tersebut hidup. Iphone special, kalau sudah diformat pun mesti memerlukan ID asal. Kalau tidak tak boleh guna.

    1. hello, aplikasi prey sepatutnya di install sebelum handphone tersebut hilang. Kegunaannya sama seperti android device manager, tetapi lebih lengkap. Jika anda suda menjejaki org tersebut menggunakan android device manager, x perlu download – terus laporkan pada polis & tangkap orang tersebut dan dapatkan kembali handphone anda.

  2. haii..
    hp saya telah di ragut di kawasan kediaman saya pada 26 jun 2017, sampai sekarang masih belum di jumpai walaupn sy telah cuba mengesan lokasi hp tersebut..sy sangat2 buntu sekarang.
    apa yang patut sy buat adakah masih boleh sy laporkan pada pihak polis atau apakah tindakan yg patut saya buat sekaranggggg???

    1. Hello saudara, mngkin boleh cuba aplikasi blockmyphone? Block handphone tersebut menggunakan no imei. Aplikasi ini diperkenalkan oleh MCMC malaysia. Jika diblock handphone tersebut x dapat digunakan lagi untuk perhubungan.

    1. Hello saudari, buat masa sekarang di Malaysia belum lagi ada cara ini…tapi tidak mustahil untuk ada pada masa akan datang. Jika ada saya akan update disini.

    1. cuba dulu kesan guna android device manager..then kalau x dapat block handphone tersebut guna aplikasi blockmyphone..

  3. mana ada servis provider yang layan. cuba buat tengok. x pun call tanya operator sama ada servis tu disediakan atau hanya sekadar cakap2

  4. Hai saya nak tanya.. Saya punya fon oppo f1s hilang seminggu lepas.. Saya ad cuba download applucation find my phone.. Guna akaun google.. Saya dah erase, lock smua dah.. Tapi stil xdpat balik.. Boleh saya tau cara nak cari menggunakan imei..

    1. Hello saudari, berikut merupakan ringkasan daripada post asal diatas:

      1. Pastikan anda sudah membuat laporan kehilangan pada pihak berkuasa (polis)
      2. Dapatkan no IMEI handphone anda. Cara-cara mendapatkan no IMEI anda boleh rujuk: Cara Semak no IMEI
      3. hubungi customer service untuk telekomunikasi anda (celcom, digi, maxis..) dan beritahu mereka handphone anda hilang dan perlu diblock
    1. Hello, dalam android device manager terdapat 3 fungsi iaitu ring (membunyikan handphone), lock (kunci) dan erase (memadamkan semua data handphone kecuali sd atau external memory card). Mungkin saudara maksudkan adalah lock. Jika saudara lock handphone menggunakan android device manager, si pencuri tidak dapat buka handphone tersebut melainkan dia tahu password atau lock pattern.

  5. Aq dah dapat detect lokasi telepohone aq pastu no tepon pencuri tu pun aq tahu.
    So apekah yg aq harus buat. Pi serang pencuri tu ke atau mcmane? Klu report polis polis layan x?

    1. Nak thu cara kesan pencuri sampai blh dpt number?
      Hp yang ada segala maklumat kerja kena kidnap, urgent sgt nak thu. Mohon respon, tQ

      1. Salam sejahtera, setakat ini pihak infosantai belum dapat mengetahui cara kesan sampai boleh dapat phone number..minta maaf banyak. Tuan boleh cuba padamkan maklumat dalam hp dan juga block guna cara yang dinyatakan diatas.

  6. nak tanya, jika saya sudah block hp saya adakah saya masih dpt mengesan hp saya melalui android device manager? hp saya telah dicuri

    1. Boleh cuba…tetapi jika hp telah diblock ia tidak dapat akses internet melainkan ia menggunakan sambungan wireless. Untuk menggunakan khidmat android device manager handphone mestilah disambungkan dengan internet..

  7. Hp saya telah dicuri tapi tak tahu bagai mana untuk saya mengesannya sebab saya telah cuba untuk menghubunginya tapi gagal mungkin hp saya telah dimatikan dan saya ada membuat pin cod pd hp saya tu.boleh tak kalau saya mengesannye melalui imej no dan bagaimana caranya

  8. Boss, sya bru kehilangan telefon pda 10/9/17..jd mcmna??? Nk mnjejak telefon.. Sya dh block telefon itu.. Jd adakah sya msih bleh jejak mnggunakan IMEI.. hrp boss bleh mmbntu??

    1. buat masa sekarang jejak telefon guna IMEI masih belum ada servisnya di malaysia. Kalau telefon tu ada connection internet dan masih guna akaun google saudara boleh kesan kedudukan…

    1. Prosedur standardnya adalah kita kena call penyedia perkhidmatan yang kita gunakan (celcom, dg, maxis…) beri sekali no imei handphone yang hilang tu dan minta mereka block..

        1. kalau pencuri tu dah buang sim kita masih boleh kesan jika akaun google handphone tu belum ditukar. Kalau nak block pula tak ada masalah, sebab IMEI no lekat dekat handphone…

  9. Adakah handphone Kita masih dapat diblock menggunakan no imei sekiranya pencuri telah reset factory handphone Dan telah memasukkan SIM kad baru ke dalam handphone tersebut?

  10. ade tak cara nak delete semua data dlm sd card untuk hp yg hilang? takut kalau org jumpa hp tu dan salahguna data dalam sd card. utk makluman, saya dh block simkad saya, dan jgk dlm process utk block hp saya guna imei no tu. tp customer service bgtau akn ambil masa 24 jam utk block device guna imei no.

    1. Tak dapat jika dah off. Tapi masih boleh block guna imei. Bila handphone hidup sahaja terus akan diblock. Tidak kira sudah tukar SIM atau tidak. Orang tak akan dapat guna lagi handphone tu untuk tujuan komunikasi.

  11. macam mana pula andai handphone nya tak on internet dan gps?? tak blh detect handphone nya di mana. ada cara lain?

    1. Setakat ni cuma cara itu sahaja ada di Malaysia. Baik terus block sahaja guna IMEI. Supaya orang yang ambil tu tak dapat guna.

  12. Baru 10 minit lepas i call services provider maxis so dia cakap pihak maxis tak boleh block kerana sbb i pakai prepaip kalau pakai postpaip boleh dia cakap….mmg butoh lah mcm ni..saya cakap kat dia,jadi beri ke utamaan kpd postpaip,so dah berapa ribu org yg tak bayar bil maxis sepatutnya prepaip lah bagi keutamaan sbb takde hutang .nak guna beli nak guna beli…mmg bangang mcm ni

  13. Hi hand phone saya dah kena curi dan saya tak de IMEI Number.
    Macam. Mana nak locate ye.
    I call nombor tu its switch off

  14. Saya pun Sama menjejaki fon hilang..
    Day Cuba find my device..Tak dapat dikesan..Bila lihat pada info..last seen masih tarik yg fon hilang..
    Adakah telefon tu dah diubah. .. last seen hari fon hilang tetap sama..atau belum di buka…kalau dia buka fon tarikh last seen berubah Tak…mohon Bantu..

  15. Hai..Saya nak tnya untuk kepastian. Phone sy da hilang dlm sebulan. Dan dlm tempoh tue sy rajin track samada on or Tak dekat find my lost device. Sy dah aktifkan erased device. So sat tadi bila sy check balik gmail yg connect dgn fon yg hilang tue dah tade. Bila jd macam tue maksudnya apa ye.. Fon sy tue dh diformat ke apa.. atau semua dah erased. Harap dpt reply saya. Terima kasih.

    1. Bila kita dah aktifkan erased device, semua data kita contoh pswd, account google dan sebagainya akan hilang dari phone tu. So lepas tu kita tak akan dapat dah nak detect guna find my device…

  16. Boleh ka kita jejak telefon hanya guna imei dan tak perlu guna email kita bab lupa pwd email. Telefon masih blh calll tapi kita tak tau dia kat mana.

  17. I dh try track lps follow steps u ajar td, tapi fon sy x dpt dikesan sbb most probably org amik tu dh off fon sy. Dh 2 hari sy track tapi x dpt dikesan, so i ade baca dlm google, block fon pakai imei code dlm blockmyphone.my. Tapi i x dpt login website tu. I user redone..boleh x confirmkan sy sama ada service block pakai imei code ni ada dlm redone sbb i masuk portal redone tapi i x dpt cari service tu.. Harap dpt membantu sbb still student degree.. bnyk assignment dan benda penting dlm fon.. huhuhu :'(

  18. sy nk tanya ip kena curi pastu simcard kena buang pastu tkada internet ke still boleh kesan lagi ke location dia sbb sy tgk find my ip still offline phone yg hilang tu sy dh lock semua tu

Leave a Reply