Nombor IMEI: Cara Semak IMEI Handphone

nombor imei pada handphone

Saya tidak pernah mengetahui apa itu nombor IMEI atau bagaimanakah cara untuk mendapatkan IMEI handphone sehinggalah saya menerima mesej yang berbunyi ” Jika no imei anda bermula dengan 02 anda dalam…” dan yang sewaktu dengannya. Saya pasti anda juga demikian.

Bagaimanakah cara untuk mengetahui no IMEI telefon bimbit anda? Penting sangatkah IMEI ini?

Dalam post ini, saya ingin menerangkan secara ringkas apa itu nombor IMEI dan bagaimanakah cara untuk anda mengetahui atau mendapatkan nombor IMEI handphone anda.

Nombor IMEI: Pengenalan ringkas

IMEI adalah kata singkatan bagi ” International Mobile Equipment Identity “. Ia wujud dalam bentuk nombor dan unik – Setiap telefon mempunyai nombor IMEI yang berbeza.

Apakah kegunaan IMEI ?

IMEI digunakan oleh GSM untuk mengenalpasti setiap telefon bimbit. Dalam erti lain kata IMEI digunakan untuk mencegah aktiviti penjualan dan penggunaan telefon bimbit yang dicuri.

Kenyataan diatas amat penting dan harus diketahui oleh semua pengguna handphone.

Jika handphone anda dicuri, anda boleh melaporkan kecurian tersebut dan menghantar nombor IMEI handphone tersebut pada service provider anda (celcom, Digi, Maxis dan sebagainya) untuk disenarai hitamkan.

Jika IMEI tersebut disenarai hitamkan (blacklisted), handphone tersebut tidak dapat digunakan sampai bila-bila walaupun si pencuri tadi menganti SIM handphone tersebut.

Struktur nombor IMEI

IMEI terdiri daripada 15-16 digit nombor. Berikut merupakan contoh nombor IMEI.

nombor imei pada handphone

Cara Mendapatkan Nombor IMEI

Berikut merupakan cara untuk mendapatkan nombor IMEI untuk telefon bimbit jenis Android dan juga iPhone.

Untuk Android

1. Dail *#06#

Seperti mana-mana telefon GSM anda boleh mendapatkan nombor IMEI dengan mendail kod *#06# pada handphone anda. Nombor IMEI handphone anda akan keluar selepas anda habis mendail kod tersebut.

2. Daripada Setting Handphone

Untuk mencari nombor IMEI daripada setting pergi ke: Setting>About Device>Status. Skrol skrin anda sehingga anda jumpa IMEI.

3. Dalam Google Dashboard

Jika anda pernah memuat turun aplikasi daripada Google Play maklumat handphone anda ada tersimpan dalam Google Dashboard. Buka Google Dashboard dan log in. Pergi ke bahagian Android devices. Nombor IMEI anda akan terpapar di sini.

Cara ini amat berguna jika handphone anda hilang dan anda ingin melaporkan kehilangan handphone tersebut.

4. Dibawah Bahagian Bateri

Jika handphone anda adalah jenis yang baterinya boleh ditanggalkan, selalunya nombor IMEI ada diletakkan didalam bahagian bateri tersebut.

5. Kotak Handphone

Jika anda masih lagi menyimpan bekas kotak handphone tersebut, cuba lihat pada bahagian tepi atau belakang. Selalunya nombor IMEI diletakkan pada bahagian ini.

Untuk iPhone

1. Dail *#06#

Seperti Android cara yang paling mudah untuk mendapatkan IMEI handphone anda adalah dengan mendail kod *#06#.

2. Daripada bahagian setting

IMEI juga boleh disemak pada bahagian setting. Pergi ke Setting>General>Device Information dan cari no IMEI.

3. Melalui iTunes

Selain daripada itu anda boleh mendapatkan no IMEI melalui aplikasi iTunes. Masuk ke dalam akaun iTunes anda dan pergi ke bahagian “phone information”. Klik 2 kali pada iPhone anda untuk mempamerkan no IMEI.

4. Belakang iPhone anda

Nombor IMEI juga ada tertera pada bahagian belakang iPhone anda seperti yang ditunjukkan dalam gambar berikut.

5. Pada bekas kotak handphone

Jika anda masih menyimpan kotak iPhone anda, cuba lihat pada bahagian belakang kotak tersebut. No IMEI ada dicetak pada bahagian bawah bersama-sama info lain seperti snombor siri.

Kongsikan jika info ini berguna.

3 thoughts on “Nombor IMEI: Cara Semak IMEI Handphone”

  1. hai..saya kena scam dalam urusan jual beli fon.buyer dh ambil fon n dy buat bayaran banking online..rupanya resit palsu..boleh ke sy nk trace location@block fon tu guna no imei?report polis sudah buat.tapi tiada respon sampai sekarang.

    1. Saya tak tahu pula ada cara begini. IMEI setahu saya untuk block sahaja. Untuk selamat jangan pamerkan @ berikan IMEI pada siapa-siapa.

Leave a Reply