11 Kelebihan Kad Kredit Maybank Ikhwan Gold 2023

Ini kelebihan menggunakan Kad Kredit Maybank Ikhwan Gold yang perlu anda ketahui!

Sebelum memohon kad kredit kad, perkara penting yang perlu kita ambil kira ialah manfaat kad kredit itu sendiri.

Apakah kebaikan jika kita menggunakan kad kredit  Maybank Ikhwan jenis Gold?

Anda sukar memahami kerana batasan “bahasa” yang digunakan?

Biar kami terangkan secara terperinci kepada anda!

Untuk pengetahuan anda kredit kad Maybank Ikhwan berwarna “emas” ini terbahagi kepada 2 iaitu:

  • Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i
  • Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card-i

Jom kita kupas kebaikan Maybank Islamik Petronas terlebih dahulu!

Maybank Islamic Petronas Ikhwan Visa Gold Card-i

Berikut merupakan kebaikan kredit kad jenis Islamic Petronas Gold:

1. Cashback

Cashback bermaksud “pulangan wang”.

Ianya terhad sehingga RM50 sebulan.

Cashback yang akan diterima oleh anda adalah sebanyak 8% jika anda jika berbelanja di mana-mana Petronas pada hujung minggu ( Sabtu & Ahad).

Cashback sebanyak 1% juga akan diterima oleh anda jika berbelanja di Petronas pada hari Isnin hingga Jumaat.

Dengan syarat, anda mengisi dan membayar menggunakan kad kredit ini!

Contoh: Ali mengisi minyak bernilai RM100 pada hari Ahad di stesen minyak Petronas. Amaun yang dikenakan pada kad kredit ikhwan untuk pengisian minyak tersebut cuma RM92 sahaja.

Ali jimat sebanyak RM8 ringgit!

2. Rewards

Anda akan menerima “point” (RM1=1 mata) jika anda berbelanja di stesen minyak atau mana-mana kedai runcit.

Anda boleh menggunakan mata yang diperolehi untuk “menuntut” pelbagai hadiah yang ditawarkan di “Maybank TreatPoint Programme online store”

3. Petrol

Anda juga boleh gunakan “mata terkumpul” untuk dapatkan “vouchers” dan gunakan baucar ini untuk mengisi minyak kereta secara percuma!

4. Travel

Percuma Maybankard Touch ‘n Go Zing Card!

Kad yang berhubung terus dengan kad kredit petronas anda!

Jika “kredit” anda didalam kad Touch ‘n Go Zing kurang daripada RM50, pengisian secara automatik daripada kad kredit pertonas anda.

Kad yang boleh digunakan di mana-mana premis yang mempunyai lambang “Touch ‘n Go”.

5. Tanpa Caj Tahunan

Tiada yuran tahunan semasa anda mendaftar untuk PETRONAS Ikhwan Visa dan tiada syarat yang dilampirkan.

6. Pemindahan Baki

Kadar keuntungan yang sangat rendah jika anda memindahkan baki hutang kad kredit lain ke Kad Kredit Petronas Ikhwan.

Pembayaran ansuran dengan kadar keuntungan rendah sehingga 36 bulan.

7. Pelan Pembayaran Mudah

Maybank EzyPay menawarkan syarat pembayaran sehingga 36 bulan, dengan faedah 0%, untuk pembelian dari peniaga yang diluluskan.

Untuk semua pembelian lain, anda boleh memilih untuk Maybankard EzyPay PLUS dengan ansuran sehingga 24 bulan dengan kadar keuntungan 9%

Tiada yuran penalti untuk pembayaran awal.

Bayar lebih awal, maka tiada penalti dikenakan!

8. Pengeluaran Wang Tunai

Jika anda memerlukan wang tunai, anda boleh mengeluarkan wang daripada Kad Kredit Maybank Ikhwan Gold!

Walaubagaimanapun, kadar keuntungan sebanyak 18% dikenakan kepada anda!

Contoh: Anda mengeluarkan RM1000 tunai, maka anda dikenakan kadar bunga sebanyak RM180 ringgit.

Namun, ianya tidaklah terasa sangat kerana anda hanya membayar kad anda pada kadar minima sebulan.

9. Bayaran Bulanan Serendah RM25 atau 5%

Anda hanya perlu membayar lebih kurang 5% daripada jumlah penggunaan anda di kad kredit.

Sebagai contoh, anda berbelanja sebanyak RM1000, maka kadar bayaran sebulan adalah RM50 sahaja!

10. Gaji Minima RM2500

Dengan gaji RM2500 anda layak untuk memohon dan mendapat kelulusan kad kredit ini!

11. Sesiapa sahaja!

Sesiapa pun boleh memohon dengan syarat, anda berumur antara 21 hingga 65 tahun!

Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold Card-i

Bagaimana pula dengan kelebihan Maybank Islamic Mastercard Ikhwan Gold Card-i?

Setelah membuat beberapa penelitian, pihak kami dapat merumuskan ada sedikit perbezaan antara Petronas Ikhwan Visa Gold dengan Islamic MasterCard Ikhwan Gold.

Kedua-dua kad ini mempunyai kelebihan yang sama kecuali beberapa perbezaan yang kami nyatakan pada perenggan berikutnya:

Jom kita lihat apa pula kelebihan kad kredit jenis Maybank Islamic MasterCard Ikhwan Gold pula!

1. Pulangan Tunai 5% pada hari Jumaat dan Sabtu

Jika anda berbelanja di kedai runcit atau mengisi minyak di mana-mana stesen minyak, anda akan memperolehi pulangan wang sebanyak 5%.

Dengan syarat anda menggunakan kad kredit ini pada hari Jumaat dan sabtu sahaja

Pulangan tunai ini terhad kepada RM50 untuk sebulan, cukup banyak bukan?

Sebagai contoh anda, membelanjakan wang untuk mengisi petrol sebanyak RM100, maka pulangan wang ialah RM5 yang dikenakan ke atas kad kredit anda!

2. Pulangan Mata Ganjaran

Tidak kira sama ada anda berbelanja di dalam atau luar negara, anda akan mendapat 1 TreatsPoints pada setiap RM1 yang anda gunakan pada kad kredit Maybank Islamic anda.

Gunakan mata anda untuk menebus hadiah hebat dari katalog hadiah Maybank.

Pulangan mata ganjaran boleh digunakan di:

  • Semua kedai runcit
  • Pembelajaran
  • Insuran
  • Utiliti seperti bil elektrik, telefon dan sebagainya!
  • Ezy Pay!

Ringkas kata, anda boleh mendapat point hampir di semua premis yang menawarkan penggunaan kad kredit!

3. Peluang ke Umrah

Jika anda membuat pembelian berjumlah RM200 untuk sekali bayar, anda berpeluang untuk memenangi pakej perjalanan Umrah.

Semakin banyak resit pembayaran RM200 semakin tinggi peluang anda!

4. RM2500 Gaji Minima

Gaji serendah RM2500 membolehkan anda layak untuk memohon dan berjaya dapatkan kad kredit ini!

Petronas Ikhwan Visa Gold VS Islamic MasterCard Ikhwan Gold

Jika dinilai secara keseluruhannya, kedua dua kad kredit Ikhwan gold ini mempunyai kelebihan masing-masing.

Jika anda seorang yang selalu berada di jalan raya, maka Petronas Ikhwan Visa Gold merupakan pilihan yang tepat.

Jika anda banyak berbelanja, maka dapatkan Islamic Mastercard Ikhwan Gold!

Anda boleh memohon kad Kredit Maybank Ikhwan Gold secara online sahaja!

Sila rujuk cara permohonan online melalui pautan berikut:

 

 

 

1 thought on “11 Kelebihan Kad Kredit Maybank Ikhwan Gold 2023”

Leave a Reply