12 Langkah Mudah Cara Daftar Netflix Kali Pertama

cara daftar netflix

Panduan lengkap cara daftar dan seterusnya cara guna Netflix untuk kali pertama.

Berita baik bagi para peminat movie/drama, anda boleh dapatkan @ tengok Netflix percuma selama 30 hari dengan hanya membuat akaun netflix.

Post ini disediakan sebagai panduan anda untuk mendaftar di Netflix.

Antara kandungan post ini:

  • Sebelum daftar akaun Netflix
  • 12 langkah cara daftar Netflix
  • Info tambahan & tips guna Netflix

Pada bahagian info tambahan tersebut adalah:

  • Bagaimana nak tonton movie Netflix?
  • Apa beza Netflix Malaysia, US dan Iflix?
  • Bagaimana cara nak ubah versi ke Netflix US?
  • Bagaiman cara nak tutup akaun Netflix?

Jangan buang masa, daftar sekarang dan dapatkan movie / drama percuma selama sebulan!

(Selepas tamat tempoh percuma, jika anda berminat meneruskan langganan Netflix, kos langganan bermula dari RM33/sebulan)

Sebelum daftar akaun Netflix

Untuk pendaftaran anda perlukan:

  • Akaun email – Yang boleh diakses dan digunakan
  • Kredit kad, debit kad atau postpaid plan celcom, digi, maxis – Mana-mana yang available untuk bahagian payment method. Jika anda (atau ahli keluarga) mempunyai plan postpaid celcom, digi atau maxis, boleh guna untuk bahagian payment method

Jangan risau pasal payment method tu. Anda tidak akan di cas pembayaran ketika mendaftar.

Anda boleh guna Netflix percuma selama 30 hari. Cuma perlu cancel akaun 3 hari sebelum tarikh akhir.

Untuk cara cancel akaun boleh rujuk bahagian akhir post ini.

Nota: Jika anda perlu aktifkan kad maybank untuk transaksi online boleh ikuti panduan ini – Cara Aktifkan Debit Kad Maybank untuk transaksi online

Untuk menggunakan netflix pula anda perlukan sambungan internet sekurang-kurangnya 0.5Mbs.

Kalau anda guna streamyx, unifi atau signal handphone anda boleh dapat H+ atau 4G sepatutnya tak ada masalah.

Apa-apa pun daftar dahulu dan cuba secara percuma selama sebulan untuk tengok okay tak okay…

12 langkah cara daftar Netflix

Kita akan daftar akaun Netflix guna handphone (smartphone) – Mudah dan pantas.

Langkah 1 Lawati laman https://www.netflix.com

Guna url ini: https://www.netflix.com atau taip terus dekat Google search ‘Netflix.

Langkah 2 Klik pada butang ‘try 30 days free’

cara daftar neflix klik try 30 days

Langkah 3 Klik ‘See the plans’

lihat plan netflix

Langkah 4 Pilih ‘Premium’ kemudian klik butang ‘Continue’

pilih pakej premium netflix

Langkah 5 Klik butang ‘Continue’

klik butang continue netflix

Langkah 6 Masukkan email dan password pilihan untuk Netflix

buat akaun netflix

Bahagian ni anda diminta untuk buat akaun netflix yang anda akan guna nanti untuk login.

  • Email – Masukkan email anda. Akan digunakan sebagai username login Netflix
  • Password – Buat password pilihan anda. Untuk akaun Netflix

Klik butang continue untuk meneruskan.

Langkah 7 Pilih Payment Method

pilih payment method netflix

Anda akan diberikan 3 pilihan:

  • Bayar guna kredit/debit kad
  • Bayar sekali dengan bill telefon (celcom, maxis , digi)
  • Bayar guna gift code

Jangan bimbang, anda tak akan di cas bayaran sekarang. Untuk mengelakkan daripada bayaran dikenakan anda boleh batalkan akaun anda sebelum tiba tarikh yang dinyatakan.

tarikh akhir cancel akaun netflix

Berikut panduan untuk ketiga-tiga pilihan diatas:

Bayar guna kredit / debit kad

bayar netflix guna debit kredit kad

Masukkan butir-butir kad kredit / debit anda, tik pada kotak ‘I agree’ dan klik pada butang ‘Start Membership’

Bayar bersama bill telefon

bayar netflix bersama bill telefon

Pilihan ini hanya untuk pengguna postpaid plan celcom, digi dan maxis.

Masukkan nombor telefon anda, tik pada kotak ‘I agree’ kemudian klik butang ‘VERIFY’.

Bayar guna gift code

bayar netflix guna gift code

Masukkan gift code anda.

(saya pilih bayar sekali dengan bill telefon)

Siap bahagian payment method pendaftaran akaun dengan Netflix sudah selesai:

welcome to Netflix

Klik pada butang ‘CONTINUE’ untuk meneruskan.

Langkah 8 Pilih device yang akan digunakan untuk Netflix

pilih device untuk netflix

Saya pilih phone or tablet, desktop or laptop dan juga smart TV

Langkah 9 Tentukan siapa pengguna Netflix

siapa pengguna netflix

Langkah 10 Tentukan siapa antara pengguna tersebut berumur bawah 12 tahun

pengguna netflix bawah umur

Ini akan menentukan genre movie / drama yang boleh dilihat oleh pernama yang diberikan. Dalam erti lain kata untuk menapis.

Langkah 11 Pilih 3 movie kesukaan anda

pilih 3 movie netflix

Netflix akan menggunakan movie tersebut sebagai rujukan untuk menentukan jenis movie /drama yang mungkin anda minat.

Jangan bimbang, movie / drama lain tak akan hilang.

Langkah 12 Download apps Netflix

download apps netflix

Dengan ini anda suda siap mendaftar dengan Netflix. Anda boleh mula menonton movie dan drama kesukaan anda!

Teruskan membaca untuk maklumat tambahan sebagai panduan anda menggunakan Netflix.

Info tambahan & tips guna Netflix

Berikut merupakan beberapa perkara yang mungkin boleh membantu dan menjawab persoalan anda berkenaan dengan Netflix.

Bagaimana nak tonton movie Netflix?

Antara cara yang paling biasa digunakan adalah:

1. Guna smart TV: Sambungkan smart tv ke internet, buka aplikasi Netflix, masuk akaun anda dan boleh mula tonton.

2. Guna handphone / Tablet: Download aplikasi Netflix (Google Play: Netflix (Android) atau Apple Store: Netflix). Kelebihan guna apps adalah anda boleh muat turun movie tersebut ke hadnphone anda.

3. Guna PC / laptop: Lawati laman Netflix, login masuk akaun anda dan mula menonton.

4. Dari PC/laptop ke TV biasa: Sambungkan PC/Laptop anda ke TV menggunakan Wayar VGA atau HDMI. Anda mungkin perlukan HDMI – VGA video converter jika laptop/PC anda tidak mempunyai port HDMI.

Anda boleh dapatkan converter tersebut dari mana-mana kedai PC atau beli terus secara online: HDMI to VGA Video Converter.

5. Handphone ke TV biasa: Untuk cara ini anda perlukan satu alat pengantara yang dinamakan: Display Dongle.

Apa beza Netflix Malaysia, Netflix US dan Iflix?

Pertama kita lihat Netflix Malaysia dan Netflix US dahulu.

Servis yang ditawarkan oleh Netflix dari segi kepelbagaian movie/dramanya dan juga harga langganan adalah berbeza mengikut negara.

Netflix US (United state) mempunyai movie dan drama bersiri yang terbanyak sekali antara semua negara yang menawarkan servis Netflix.

Netflix malaysia pula hanya menawarkan lebih kurang 13% sahaja dari apa yang ditawarkan oleh Netflix US.

Jadi kenapa tak daftar dengan Netflix US sahaja?

Tapi tak semudah itu. Bila anda daftar / log in masuk ke akaun Netflix anda, secara automatik servis yang ditawarkan akan diberikan mengikut lokasi anda.

Satu-satunya cara untuk anda dapatkan Netflix US adalah dengan menggunakan VPN. Baca bahagian seterusnya untuk cara guna VPN ni.

Iflix pula boleh dikatakan sebagai Netflix versi Malaysia. Beza utama adalah dari segi harga dan movie / drama bersiri yang ditawarkan.

Harga Iflix jauh lebih murah – RM10 sebulan. Tapi movie dan drama bersiri yang ditawarkan jauh kurang dengan apa yang ada di Netflix.

Bagaimana nak tonton Netflix versi US?

Anda nak cuba Netflix versi US sebab pilihan movie / drama lebih banyak dan pelbagai? Boleh cuba cara ini – Guna VPN.

Saya guna VPN percuma Psiphon Pro untuk tujuan ini:

apps Psiphon Pro

  • Install aplikasi Psiphon Pro dalam handphone anda.
  • Buka apps tersebut, kemudian tekan butang start. Klik okay atau accept untuk sebarang notifikasi yang muncul
  • Pergi kebahagian ‘option’, kemudian pada bahagian ‘Select region’ pilih ‘United state’

Selepas langkah diatas anda boleh buka apps netflix dalam handphone anda. Lihat perbezaannya. Anda kini menggunakan Netflix versi US.

Bagaimana nak tutup akaun Netflix?

Anda sudah guna dekat sebulan, dah puas lihat semua movie dekat Netflix. Seterusnya anda nak cancel / tutup akaun.

Bagaimana caranya?

Login masuk ke dalam akaun Netflix anda dan akses bahagian ‘Account’.

Jika anda guna apps dalam handphone, pilihan tersebut terletak dalam menu ‘More’.

Dalam bahagian akaun terdapat butang ‘Cancel Membership’. Klik butang tersebut untuk tutup akaun Netflix anda.

butang cancel membership

Bolehkah dapatkan akaun FREE lebih dari sebulan?

Kalau di ikutkan memang boleh, tapi tak disarankan..sebab tak baik. Orang nak berniaga…

Cara 1: Gunakan nama ahli keluarga anda yang mempunyai debit/kredit kad atau postpaid plan sendiri – Isteri, ayah, ibu, abang… Kalau ada 6 orang dapatlah FREE 6 bulan…

Cara 2: Gunakan kredit/debit kad berbeza, cara bayaran berbeza dan juga email berbeza.

Kalau puas hati dengan Netflix ini teruskan sahaja melanggan.

Kalau anda perasan untuk pakej premium tu boleh 4 orang tengok/guna akaun yang sama pada masa yang sama.

Harga untuk premium RM51 sebulan. Dibahagi dengan 4 orang lebih kurang RM13 ringgit sahaja sorang… Makan KFC pun dah lebih RM13..

Diharapkan post ini dapat membantu anda.

INGAT, jika anda tidak berniat untuk teruskan melanggan @ tidak mahu dicas bayaran sila tutup akaun anda sekurang-kurangnya 3 hari sebelum genap sebulan. Untuk lebih selamat tutup akaun 4 hari sebelumnya.

Selamat menonton movie / drama dalam Netflix!

Leave a Reply