4 Syarat Mohon Kad Kredit Maybank Pasti Lulus!

Syarat mohon kad kredit Maybank, mudah dan pasti lulus!

Anda ingin dapatkan kad kredit Maybank tetapi tidak pasti apakah syarat-syaratnya?

Disebabkan ramai dalam kalangan warganet yang berminat mempunyai kad kredit Maybank dan ingin tahu syarat permohonannya, maka….

Kami akan kongsikan syarat-syarat mohon kad kredit Maybank dibawah…

Sebelum itu, ada baiknya anda membaca info mengenai kad kredit yang ditawarkan oleh pihak Maybank terlebih dahulu.

Kad kredit yang mungkin menjadi “penyelamat” terakhir anda!

Jadual berikut merupakan senarai kad kredit yang ditawarkan oleh Maybank mengikut anggaran pendapatan tahunan.

JENIS KADPendapatan Tahunan Minimum
PETRONAS Maybank Visa/
Manchester United Visa Card/
Maybank 2 Cards/Gold/American Express® Card & Gold Card
RM30,000
Shopee Visa
Card/Grab
Mastercard
RM36,000
Singapore Airlines
KrisFlyer/Maybank
FC Barcelona Visa
Card
RM48,000
PlatinumRM60,000
SignatureRM70,000
World
Mastercard/Visa
Infinite/Maybank
2 Cards Premier
RM100,000

Anda sudah pilih mana satu kad kredit yang sesuai untuk anda?

Anda juga boleh lihat dan mohon kad kredit maybank secara online dengan mudah!

Kami telah sediakan tutorial permohonan kad kredit maybank dan bank lain secara online di pautan berikut:

Jom, mari kita lihat syarat utama untuk anda layak dapat kad kredit dengan mudah!

Syarat-syarat permohonan kad kredit Maybank

Berikut merupakan syarat untuk memohon kad kredit daripada Maybank.

Syarat terbahagi kepada beberapa kategori utama seperti yang dinyatakan berikut:

1. Kelayakan Umur

Umur minima untuk layak dapat kredit kad ialah 21 tahun dan keatas.

Jadi untuk dapatkan kad kredit, anda mestilah genap 21 tahun dan keatas!

2. Had Umur

Anda tidak boleh melebihi 65 tahun semasa memohon kad kredit maybank ini!

3. Dokumen Diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah bergantung dengan jenis permohonan anda!

  • Pemohon bergaji: Penyata gaji 1 bulan terkini ATAU Penyata KWSP terkini ATAU Borang BE terkini serta resit cukai rasmi.
  • Pemohon bekerja sendiri: Salinan Pendaftaran Perniagaan, penyata bank 6 bulan terakhir dan Borang BE terkini serta resit cukai rasmi.
  • Graduan: Salinan Ijazah/Kelayakan Profesional dan surat tawaran kerja ATAU penyata gaji
    1 bulan
  • Pemohon pekerja asing: Surat daripada majikan mengesahkan tempoh kontrak pekerjaan di Malaysia dan Permit Kerja. Pemohon mesti merupakan pemegang akaun Maybank

Borang BE: pendapatan di bawah Sek 4(b) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan 1967 dan diisi oleh individu pemastautin yang mempunyai punca pendapatan selain daripada perniagaan. 

Penyata KWSP: Boleh diperolehi di pejabat KWSP terdekat.

Penyata Bank: Boleh diperolehi secara online atau pergi ke cawangan bank terdekat anda.

4. Dokumen Pengenalan

Salinan Kad Pengenalan (depan dan belakang) diperlukan bagi pemohon bergaji, bekerja sendiri dan graduan.

Manakala salinan passport diperlukan untuk pemohon pekerja asing.

5. Pendapatan Tahunan

Pemohon mestilah berpendapatan tahunan minima RM 30,000 setahun atau lebih kurang RM2,500 sebulan.

Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada jenis kad yang anda pilih.

Sila rujuk jadual diatas untuk pemilihan jenis kad.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, apa yang perlu anda sediakan ialah dokumen berkaitan dengan pendapatan, dokumen pengenalan, umur minima dan had umur!

Paling penting, anda cuba terlebih dahulu kerana mencuba anda tidak akan rugi apa-apa!

Biasanya jika dokumen anda cukup, kewangan anda nampak meyakinkan oleh pihak bank, pasti kad akan sampai ke rumah anda!

“Saya malas nak ke bank!”

“Adakah cara mudah untuk kad ini?”

Sudah pasti ada!

Memang agak sukar untuk anda keluar daripada rumah di musim pandemik COVID-19 ini!

Walaubagaimanapun, anda boleh membuat permohonan secara online!

Semua cara dan tutorial kami sudah sediakan pada pautan berikut:

Atau mohon terus kad kredit secara online di sini:

Adakah syarat mohon kad kredit Maybank ini membantu anda?

Sila kongsi artikel ini jika ianya memanfaatkan anda!

Leave a Reply