Pewarna rambut halal, terbaik dan diyakini di Malaysia 2022! Gumash hair colour, Loreal, Shurah, Garnier dan banyak lagi!
Senarai pewarna rambut sah wudhu kami senaraikan serta kemaskini dari semasa ke semasa.
Teringin menjadikan “mahkota kepala” anda lebih mengancam tetapi berasa ragu akan status “halal” suatu jenama “hair dye” yang dipilih?
Sebelum itu, luangkan sedikit masa anda untuk membaca informasi berikut.
Hukum Mewarnakan Rambut:
Antara soalan yang mungkin anda fikirkan adalah seperti berikut:
1. Apakah hukum mewarnakan rambut dalam Islam?
Secara asasnya, persoalan ini perlu dilihat dari beberapa aspek seperti tujuan mewarnakan rambut, jenis-jenis warna dan pewarna, pihak yang terlibat dalam proses ini disamping kesannya pada diri sendiri dan orang sekeliling.
Justeru, disini disimpulkan jawapan hukum bagi persoalan ini:
- SUNAT mewarnakan rambut kerana uban dengan apa-apa warna kecuali hitam.
- HARUS mewarnakan rambut dengan warna hitam atas tujuan jihad
- HARUS bagi isteri mewarnakan rambut dengan warna hitam atas tujuan berhias untuk suami.
- MAKRUH mewarnakan rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.
- MAKRUH mewarnakan rambut untuk kelihatan muda, mendapat kedudukan dalam masyarakat dan sebagainya.
- HARAM mewarnakan rambut warna hitam bagi perempuan yang belum berkahwin.
2. Isu warna hitam tak dibenarkan?
Bagi lelaki sunat untuk mewarnakan rambut dengan warna apapun (asalkan tidak bercanggah dgn budaya seperti biru dan hijau) selain dari warna hitam.
Tetapi, warna hitam dibenarkan bagi tujuan b’jihad. Contohnya ialah polis, tentera dan lain-lain.
Bagi perempuan, warna apapun (asal tidak bercanggah dgn budaya seorang muslim seperti pink, biru) dibenarkan asalkan menutup aurat dan tujuan berhias utk suami dan diri sendiri.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan pewarna rambut ini patuh syariah dan telap wuduk?
Asasnya, pewarna rambut ini adalah TELAP AIR dan KANDUNGANNYA BAHAN-BAHAN HALAL dan dibenarkan penggunaannya dalam ibadah.
Setelah digunakan, jirim dan konsepnya adalah seperti inai iaitu elok, tidak melekit dan masuk MENYERAP ke dalam rambut.
Justeru, pewarna rambut ini jelas tidak menghalang air daripada masuk ke dalam rambut sekali gus hukumnya sah jika dikenakan ketika wuduk ataupun mandi hadas.
Senarai Pewarna Rambut Halal Malaysia
Ada pelbagai senarai pewarna rambut untuk pilihan anda.
Kami sedaya-upaya membuat kajian terlebih dahulu sebelum “finalized” dan membuat senarai akhir.
Walaubagaimanapun, perlu difahami bahawa kajian kami hanyalah berdasarkan:
- Logo halal yang tertera pada produk
- Kapasiti pengguna yang telah membeli dan menggunakannya
- Maklumbalas daripada pembeli.
- Kajian terhadap latar belakang suatu produk melalui pembacaan terbatas di laman-laman web sahaja.
Untuk lebih memahami tentang halal atau tidak berkaitan dengan hukum dye rambut anda boleh membaca artikel berikut:
Anda juga boleh terus melihat dan membeli hair dye disenaraikan melalui pautan yang disediakan pada setiap senarai produk.
1GUMASH Hair Colour Patuh Syariah
Merupakan pewarna rambut “juara” atau “rookie of the year”!
Pewarna rambut halal, patuh syariah dan sah wudhu yang terkenal dan sangat popular di Malaysia!
Kini anda dah tak perlu rasa ragu ragu untuk mewarnakan rambut. Anda tidak perlu risau samaada SOLAT anda SAH atau TIDAK!
Mengapa produk ini sangat diyakini?
Gumash adalah PEWARNA RAMBUT SAH WUDHU‘ yang diiktiraf oleh 2 panel syariah yang dilantik khas bagi produk ini.
Selain warna yang cantik dan pasti menambahkan “seri” rambut anda, produk ini juga dijamin berkualiti tinggi dan mendapat maklumbalas yang sangat baik dari mereka yang telah menggunakannya!
Anda bercadang menutup uban ? gunakanlah warna hitam, dark brown dan dark red!
Uban anda 100% hilang dan kelihatan lebih muda!
Gumash adalah pewarna rambut moden campuran bahan sintetik dan semulajadi seperti argan oil dan cocoa butter.
GUMASH dijamin tidak mengandungi bahan kimia bahaya, ammonia dan paraben.
Nak warna lebih cantik? gunakan kombiansi 2 warna!
Untuk teknik ini, anda perlu menggunakan rakan anda yang berkebolehan dalam seni mewarna rambut ataupun menggunakan khidmat saloon.
Setiap kotak mengandungi:
- 1 pc color cream
- 1 pc hair developer lotion
- 1 pc repairing mask
- 1 penutup kepala
- 1 pc sarung tangan plastik
Pilihan warna tersedia:
- DARK BROWN
- DARK RED
- BURGUNDY
- COPPER
- CHESTNUT
GUMASH Hair Colour Patuh Syariah:
2L’Oreal Professionnel
Produk warna dan oxidant.
L’Oreal Majirel adalah warna rambut kekal yang menyediakan liputan sempurna sehingga 100% menutupi rambut putih.
Majirel menjamin warna yang terbaik, mendalam,liputan yang tahan lama dan tidak mudah pudar.
Teknologi Majirel yang sangat maju memulihkan dan melindungi serat rambut semulajadi dari teras ke permukaan, menyediakan pengkondisian yang unggul dan bersinar.
Campuran dengan pelbagai kedalaman dan intensiti, Majirel memberikan warna yang berkekalan.
Beli L’oreal Majirel Online:
3ISSTERU
Pewarna rambut daripada Jepun. Sangat murah dan berbaloi dengan tawaran harga RM7.50 untuk 2 peket!
Testimoni sangat positif daripada pengguna!
Beli Issteru Online:
4Shurah Yakin & Suci
Terdiri daripada 7 varian warna yang menawan.
Ia dirumus khas dengan bahan-bahan semulajadi seperti Ekstrak Inai, Susu Kambing dan Pati Sari Botani yang menghasilkan warna yang menarik untuk rambut yang sihat berseri
Kandungan&Kelebihan:
- Ekstrak Inai : Sejenis herba tradisional yang digunakan secara turun-temurun untuk mewarnakan rambut serta membuatkan warna rambut lebih tahan lama dan berseri
- Susu Kambing : Mengandungi nutrien-nutrien penting yang dapat membekalkan khasiat pada kulit kepala anda untuk melembap dan menyuburkan rambut agar lebih sihat, lembut dan mudah diurus.
- Pati Sari Botani : Memelihara kutikal rambut anda untuk rambut yang lebih sihat dan licin agar menyerlahkan penampilan diri anda.
- Pelindung UV : Memelihara warna rambut dan melindungi rambut anda daripada kerosakan akibat sinaran UV supaya warna rambut lebih tahan lama.
- Isi Kandungan – Milk activator 60 ml – Hair color cream 40 g – Hair moisturizer 20 ml (which is suprisingly good) – 2 plastic gloves
Beli Shurah Halal Dye Online:
5Garnier
Serap dan telus air!
Pewarna rambut pelbagai pilihan warna dan sememangnya halal dari Garnier, jenama yang tidak asing lagi!
Kelebihan & Kebaikan:
- Produk berkhasiat
- Semulajadi
- Warna tahan lama
- Untuk meningkatkan kesihatan dan kecantikan
- Diperbuat daripada bahan yang tidak menyebabkan iritasi
- Formula yang diluluskan
- Selamat digunakan
Keputusan yang berkesan
Beli Garnier Natural Online:
6V’Asia Inai Hitam & Herba
Halal lagi suci serta boleh di bawa solat
Inai + Herba dihasilkan dengan ramuan organik tanpa ammonia dan mengandungi pelbagai jenis ramuan semulajadi yang kaya dengan vitamin, protein dan mineral.
Amat berkesan untuk membantu menukar rambut beruban menjadi perang dan berkilat, di samping melembap dan menyihatkan akar rambut secara semulajadi.
Dua warna iaitu hitam & perang! Sila lihat pilihan berikut:
Beli V’Asia Inai Online:
7Inai Lay’D Henna
Mengatasi keguguran, bau, uban, menyejukkan kulit kepala, menguatkan akar, mencantikkan rambut.
Semestinya halal dan suci!
Beli Inai Lay’D Henna Online:
8Inai Asli Damia
Boleh terus digunakan selepas dibancuh.
Mengandungi minyak Argan.
Mesra Solat dan selamat digunakan!
Beli Inai Damia Online:
9Yoko Style
Beli Yoko Online:
10Organik Indigo
Hair dye jenis organik dan 100% selamat untuk digunakan!
Beli Organic Indigo Online:
11Radico
Pewarna rambut Radico yang halal dan 100% organik.
Persijilan sebagai bahan organik oleh USDA Organic, India Organic & Eco Cert, HALAL.
Jenama halal yang baru diperkenalkan dan sangat berkualiti tinggi!
Menerima lebih daripada 3k pembelian di shopee dan lazada setakat artikel ini diterbitkan!
Radico tidak mempunyai:
- PPD
- PAP
- Ammonia
- Resorcinol
- Parabens
digalakkan untuk orang yang mempunyai kulit kepala yang sensitif dan mereka yang alergi terhadap warna rambut biasa.
Beli Radico Online:
12Rambut Merah Halal
Inai rambut merah yang menggunakan 100% inai daun asli.
Tanpa campuran minyak haiwan ataupun bahan terlarang.
Kandungan pewarna rambut ini:
- Inai daun asli
- Cuka apple
- Tyme
- Lavender oil
- Jojoba oil
- Olive oil
- Air mawar
Cara penggunaan adalah seperti berikut:
- Basahkan rambut ( digalakkan shampoo rambut siap2 sebelum pakai.) jangan terlalu basa h atau terlalu kering.
- Sapu rata ke rambut.
- Boleh kena kulit kepala.
- Pakai shower cap biarkan 3jam @ semalam.
- Cuci bersih tanpa shampoo.
- Elakkan shampoo selama 3 hari untuk inai menyerap dengan baik.
- Digalakkan menggunakan pelembab rambut agar rambut kelihatan lebih bersinar dan cantik.
Beli Rambut Merah Halal Online: