Cara Reset Password CIMB Click Jika Lupa Kata Laluan 2020!

Reset password cimb click semudah A,B,C!

Terlupa kata laluan perbankan dalam talian CIMB anda?

Jangan risau, anda masih boleh akses ke akaun CIMB online banking anda dengan cara reset password CIMB click terlebih dahulu!

Walaubagaimanapun, kali ini anda mesti mencatatkan atau merekodkan kata laluan cimb clicks anda terlebih dahulu untuk kebaikan anda juga.

Sebelum itu anda perlu sediakan:

  • Kad Debit/Kredit CIMB Bank

Butir-butir peribadi ini diperlukan sebagai pengesahan semasa proses menetapkan@membina semula kata laluan CIMB Clicks anda.

Sila ikut langkah-langkah berikut untuk proses reset kata laluan@password CIMB Click:

1. Laman Sesawang Rasmi CIMB Clicks

 

Pergi ke laman sesawang perbankan CIMB Clicks.

kemudian pilih butang “Login to Clicks”.

2. Forgot User ID or Password

 

Selepas butang login dipaparkan, sila klik “Forgot User ID or Password“.

Anda akan dibawa ke halaman seperti dalam gambar berikutnya.

3. How did you register for CIMB Clicks ?

Sila tekan butang dropdownHow did you register for CIMB Clicks ?

Kemudian paparan seperti dalam langkah 4 berikutnya dipaparkan.

4. CIMB Debit/Credit Card

 

Sila pilih “CIMB Debit/Credit Card.

Kemudian anda akan dibawa ke halaman berikutnya seperti dalam langkah 5.

5. Pengisian maklumat Kad Debit/Kredit

 

Pada halaman ini, anda perlu mengisi maklumat kad debit/kredit anda seperti berikut:

  • CIMB ATM/Debit/Credit Card Number : 16 Digit Nombor Kad Debit/Kredit

Penting: Jika sebelumnya anda mendaftar CIMB Click menggunakan kad debit, sila rujuk 16 Digit nombor kad debit tersebut.

Begitu juga jika menggunakan kad kredit.

  • ATM PIN: Masukkan no ATM PIN kad debit/kredit anda (nombor 6 digit untuk anda buat pengeluaran wang)
  • Masukkan perkataan yang dipaparkan dalam kotak gambar.
  • Sila klik ( / ) pada bahagian “Term and Conditions”

Selesai mengisi 4 maklumat dalam langkah 5, klik butang “Next”.

Anda akan dibawa ke paparan berikutnya ( Langkah 6 ).

6. Buat Password Baru CIMB Clicks

ID CIMB Clicks anda akan dipaparkan.

Pada paparan ini, anda perlu memasukkan Password baru anda. Kombinasi password mestilah:

  • Sekurang-kurangnya 8 aksara
  • Kombinasi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol. Contohnya: Ahmad432&*
  • Nombor tidak boleh berurutan. Contoh: Ahmad123&*

Masukkan kata laluan yang sama pada kedua-dua ruang new password dan confirm password.

Contoh:

New password: Ahmad432&*

Confirm password: Ahmad432&*

7. Request For TAC

Pastikan kedua-dua password yang dimasukkan adalah sama.

Jika password anda sama dan memenuhi syarat maka tanda ( / ) akan berwarna hijau, jika sebaliknya tanda ( x ) berwarna merah akan dipaparkan.

Selepas melakukan pengisian password (kata laluan) baru, sila klik butang “Request for TAC“. Kemudian anda akan dibawa ke paparan berikutnya ( langkah 8 ).

8. Dapatkan TAC Nombor

Sila klik butang “Request TAC“.

6 digit nombor akan dihantar ke telefon bimbit anda melalui sistem “SMS”.

Masukkan 6 digit nombor yang diperolehi itu ke ruangan “ENTER TAC“.

Proses penukaran/reset kata laluan atau “Password” CIMB click anda kini selesai.

Sekali lagi diingatkan agar anda merekodkan password baru anda.

Anda kini boleh login semula ke akaun CIMB Clicks Online Banking anda menggunakan kata laluan yang baru dibuat sebentar tadi.

 

15 thoughts on “Cara Reset Password CIMB Click Jika Lupa Kata Laluan 2020!”

  1. Jika kita daftar cimb cliks menggunakan no telefon lama dan no telefon tersebut tidak lagi aktif bagaimana pula dengan request TAC.

    1. Anda tidak akan menerima Nombor TAC. Anda perlu menukar nombor telefon yang baru dengan segera di ATM cimb yang berdekatan.

    2. Anda tidak akan menerima nombor tac. Anda perlu buat pengemaskinian nombor di atm cimb yang berdekatan.

  2. THANKYOU SO MUCH . This really helped me . Been a year stuck taktahu macam mana nak bukak cimb click smula . nak pergi cimb bank always tak sempat . And using network yang slow nak search about this asyik terbantut je hahah . And finally dapat login semula cimb click tq admin!

  3. Saya dah ikut cara2 di atas tetapi tetap tak boleh last dia kata
    1. User id status = Terminated
    2. Forgot Pwd with unregistered card (CLK00761)
    Dahlah saya ni tak berapa tahu bahasa inglis ni

      1. sy pun mempunyai kes mcm tu jugak , kirenya sy perlu membuat cimb clik yang baru ke ? dan pergi ke mesin atm semula utk activekan cimb clik yg baru.

  4. tak boleh nk reset password. katanya “incorrect card number or PIN”. Mungkin perlu isi no. card lama. sy pkai kad baru. Perlu ker daftar cimb click yg baru?

  5. Assalamualaikum bang Saya buat Pon xleh
    Masa dh isi mcm mna bang ajar tu
    Dia keluaq mcm ni lepas tekan ‘NEXT’

    “Incorrect card number or pin submitted.
    Call the number at the back of your card
    For remediation.(CLK00706)”

    Sya dh ltk pass betul dngn no.card betul
    Kalau no pin x betul kemarin sya x bwk kluaq duit dh la dkt bank berdektn

Leave a Reply