38 Khasiat Buah Salak Untuk Kesihatan Tubuh Kita!

Himpunan khasiat memakan buah salak yang sebenarnya sangat baik untuk kita.

Panduan kesihatan bagi penggemar buah salak!

Anda gemarkan buah salak ? Ingin tahu khasiat buah salak ?

Jom kita kita lihat kandungan gizi bagi buah salak terlebih dahulu:

Kandungan GiziĀ Bagi 100gr Buah Salak (100 g)

__________________________________________________________________
Jumlah per Porsi
Kalori 82 dari Lemak 3.60
__________________________________________________________________
% Nilai harian*
Total Lemak 0.40 g 0.6 %
Lemak Jenuh 0.100 g 0.5 %
Kolesterol 0 mg 0.0 %
Sodium 0 mg 0.0 %
Total Karbohidrat 21.30 g 7.1 %
Diet Serat 2.7 g 10.8 %
Protein 0.20 g 0.4 %
________________________________________
Vitamin C 10.0 %
Vitamin B1 Thiamin 1.3 %
Vitamin B2 Riboflavin 0.6 %
Vitamin B3 Niasin 0.5 %
Vitamin B5 Asam Pantotenat acid 0.6 %
Vitamin B6 2.5 %
Kalsium 0.7 %
Besi 1.1 %
Kalium 3.3 %
Fosfor 0.7 %
Magnesium 1.3 %
Tembaga 2.0 %
Mangan 2.5 %
C Sistein 0.6 %
F Fenilalanin 0.6 %
I Isoleusin 0.6 %
K Lisin 0.6 %
L Leusin 0.4 %
M Metionin 0.4 %
T Treonin 0.7 %
Tirosin 0.5 %
V Valin 0.5 %
W Triptofan 0.7 %
* Nilai Persen harian berdasarkan diet 2.000 kalori. Nilai harian Anda mungkin lebih tinggi atau lebih rendah tergantung pada kebutuhan kalori Anda.
Jumlah total lemak Kurang dari 65g
Lemak jenuh Kurang dari 20g
Kolesterol Kurang dari 300mg
Sodium Kurang dari 2,400mg
Jumlah Karbohidrat 300g
Diet Serat 25g

Pelbagai Senarai Manfaat Buah Ini

Sebenarnya banyak sangat khasiat buah salak ini.

Berikut adalah antara senarai manfaat untuk tubuh badan dengan memakan buah yang sedap dan manis ini!

1. Penjagaan Mata

Buah salak mengandungi betakarotin yang tinggi iaitu 5.5 kali lebih tinggi daripada buah mangga.

Betakaroten membantu dalam mencegah daripada masalah rabun. Selain itu ianya mengekalkan ketajaman penglihatan mata serta mencegah pelbagai masalah penyakit mata.

2. Penjagaan Jantung

Mereka yang sering memakan buah salak juga mempunyai risiko yang lebih rendah terkena penyakit jantung.

Betakaroten dan vitamin E berfungsi dalam menminimakan pengoksidaan kolesterol tidak baik(LDL), seterusnya menurunkan risiko aterosklerosis dan penyakit jantung koroner.

3. Khasiat Buah Salak dalam Penjagaan Paru-Paru

Kandungan betakaroten dan vitamin C dalam buah salak meningkatkan kapasiti paru-paru dan mengurangkan masalah pernapasan, seperti asma, bronkitis dan emfisema.

4. Kanser

Kajian mendapati mereka yang selalu memakan makanan yang kaya dengan karotenoid memiliki risiko yang jauh lebih rendah dalam penyakit kanser payudara, kanser usus besar dan kanser paru-paru.

Ini adalah disebabkan sifatnya (buah salak) yang antioksidan.

Selain itu, karotenoid juga membantu dalam memperbaiki sel-sel utama, sehingga efektif untuk pencegahan dan melawan pertumbuhan sel kanser

5. Sistem Kekebalan Tubuh

Beta karoten juga membantu mengaktifkan kelenjar thymus, yang mempunyai fungsi utama dalam mempertingkatkan kekebalan tubuh badan.

Kelenjar thymus akan merangsang sistem kekebalan tubuh untuk melawan infeksi dan virus, dan menghancurkan sel-sel kanser sebelum ianya berkembang.

6. Melindungi Dari Radiasi

Gabungan Beta-karoten, vitamin C dan vitamin E akan melindungi tubuh secara signifikan dari radiasi ultraviolet matahari dan kemoterapi. Perlu ditekankan bahawa vitamin C dan E yang terdapat pada buah salak telah menjadikan ianya antioksidan yang lebih efektif.

7. Diabetes

Kajian mendapati bahawa mereka yang rendah tahap betakaroten dalam badannya jauh lebih mungkin berisiko tinggi dalam menderita diabetes

8. Rheumatoid Arthritis
Kajian juga mendapati bahawa tahap rendah kandungan beta karoten dan vitamin C berisiko tinggi untuk penyakit rheumatoid arthritis.

9. Cirit Birit
Salak mengandung tanin yang sememangnya terkenal dalam mengatasi masalah cirit birit. Tanin di dalam buah salak membunuh bakteria yang menyebabkan sakit perut.

Oleh itu, jika anda tidak mempunyai ubat apabila diserang cirit birit, maka buah salak merupakan alternatif bagi meredakan penyakit anda.

10. Menguruskan Badan
Kandungan fitonutrien pada buah salak berguna dalam membantu anda dalam pengurusan diet. Selain itu terdapat 2 mg Vitamin C pada salak yang dapat membantu dalam sistem pencernaan kita.

Kita tidak memerlukan makanan mahal atau mewah untuk program diet. Kandungan karbohidrat yang cukup tinggi mampu untuk mengurangkan rasa lapar ketika sedang menjalankan program diet.

11. Sistem Pencernaan
.Salak mengandung serat yang sangat baik untuk sistem pencernaan. Walaubagaimanapun jika dimakan dalam jumlah yang terlalu banyak dalam sekali makan serta kurang minum air, Sistem pencernaan mungkin boleh terganggu.

Getah yang terdapat pada buah salak yang kurang matang juga menyebabkan masalah pencernaan. Oleh itu pastikan anda mengambil buah salak yang telah cukup masak.

12. Meningkatkan Kecerdasan Otak
Seterusnya khasiat buah salak ialah dapa meningkatkan kecerdasan otak. Berdasarkan kajian, buah salak mampu meningkatkan kecerdasan otak kerana mengandungi pottasium dan pektin yang membantu mempercepatkan peredaran darah ke otak.

Sememangnya otak perlu dilatih namun ianya memerlukan gizi yang sesuai dan mencukupi bagi membolehkan ianya berfungsi dengan lebih aktif.

13. Menjaga Stamina
Kalsium yang terdapat pada buah salak juga dapat menjana dan mempertingkatkan stamina tubuh kita. Stamina badan yang aktif sentiasa menyediakan kita untuk melakukan pelbagai aktiviti setiap hari. Khasiat salak untuk stamina badan menjadikan kita tidak mudah lelah serta sentiasa bertenaga..

14. Mengatasi Anemia
Seterusnya memakan buah salak mampu mengatasi anemia, hal ini dikarenakan kandungan tiamin dan manfaat zat besi dalam buah salak yang sangat baik dalam membantu kesehatan ibu hamil.

Zat besi merupakan salah satu komponen penting dalam menghasilkan sel darah merah. Ibu hamil memerlukan sel darah merah yang lebih tinggi karena digunakan untuk membekalkan oksigen melalui plasenta pada janin.

Kekurangan oksigen akan sangat berbahaya pada nyawa janin dan ibu hamil.

15. Sebagai Agen Antioksidan
Antioksidan berfungsi dalam mencegah pelbagai jenis penyakit dan radikal bebas.Buah salak (Salacca edulis, Reinw) dari Bangkok, Thailand didapati memiliki kapasiti antioksidan (ABTS+ dan jumlahl polifenol yang lebih tinggi daripada buah manggis (Garcinia mangostana) (Leontowicz dkk., 2006; 2007) danbuah kiwi (Actinidia chinensis) (Gorinstein dkk., 2009).

Radikal bebas yang terlalu banyak akan mendatangkan bahaya kepada tubuh badan. Faktor lain seperti merokok, minum arak, lemak, cahaya matahari, pendedahan kepada radiasi dan pencemaran persekitaran akan menghasilkan lebih banyak radikal bebas dalam badan.

Jadi badan memerlukan antioksidan seperti vitamin, mineral dan enzim yang dapat melindungi tubuh dan memperlahankan kemusnahan sel disebabkan pengoksidaan bagi memelihara kesihatan tubuh.

Antara contoh antioksidan ialah Vitamin A,C dan E, lycopene dan beta carotene.

16. Buah Salak untuk Ibu Hamil
Wanita mengandung juga disarankan untuk makan buah-buahan sebagai contoh buah salak. Buah ini tidak akan memberikan kesan buruk terhadap ibu dan juga kandungannya.

Rasa mual semasa yang dialami oleh ibu- ibu pada awal kandungan boleh diatasi dengan memakan buah ini. Walaubagaimanapun, dinasihatkan tidak memakan buah ini secara berlebihan. Ianya perlu diseimbangkan dengan makanan yang kaya dengan proten seperti kekacang dan sebagainya.

17. Baik Untuk Tulang
Buah salak juga mengandung kalsium yang diperlukan untuk pertumbuhan dan kekuatan, juga khusus untuk ibu hamil, salak bermanfaat untuk membentuk jaringan kerangka tulang pada janin.

Selain itu, kalsium juga diperlukan oleh ibu hamil untuk menyediakan diri terutamanya menghadapi proses kelahiran.

18. Melengkapkan Keperluan Kalsium
Buah salak yang kaya dengan kalsium sesuai bagi mereka yang gemarkan memakan buah-buahan. Kalsium yang terkandung dalam buah ini dapat melengkapkan keperluan harian kalsium dalam badann kita

19. Stamina
Buah salak juga penting untuk membantu ibu hamil agar memiliki stamina yang sihat dan kuat.

20. Membantu Sistem Memori pada Janin
Kandungan pektin dalam buah salak didapati sangat efektif untuk membangun sistem kecerdasan pada janin. Hal ini disebabkan kandungan pektin pada buah salak membantu mempertingkatkan sistem kecerdasan pada otak janin.

21. Mengatasi Gangguan Gastrik (GERD)
Buah salak juga bermanfaat untuk mengatasi gangguan pedih pada ulu hati. Salak akan mengurangi rasa mual dan menjadikan pencernaan menjadi normal.

22. Menjaga Jantung

Menjaga kesihatan jantung juga salah satu khasiat buah salak.
Kandungan kalium pada buah salak berfungsi dalam menjaga kesihatan jantung.Salah satu fungsi kalium adalah untuk membantu menghantar impuls saraf yang memengaruhi denyutan jantung.

Kalium yang mencukupi sangat penting bagi anda yang memiliki tekanan darah tinggi dan masalah lain berkaitan dengan jantung.

23. Rabun Jauh
Buah salak dikatakan mampu memperbaiki daya penglihatan terutama mereka yang mengalami rabun jauh. Ini kerana kandungan Vitamin A yang terkandung dalam buah salak.

24. Kesihatan Kulit
Buah salak kaya dengan gizi yang berfungsi menjaga kesihatan dan merawat kulit secara menyeluruh.

25. Gigi
Seperti buah-buahan yang lain, buah salak juga membantu dalam penjagaandan kesiihatan gigi kerana ianya mengandungi semua khasiat yang diperlukan oleh gigi seperti vitamin, antioksida dan bahan mineral.

26. Gusi

Tindakan mengunyah buah salak akan mencetuskan tindakan pembersihan yang menghapuskan plak yang melekat pada gusi dan juga gigi.

27. Menjaga Kuku

Kuku yang sihat kelihatan berkilau, tidak rapuh dan cantik. Dengan mengamalkan pemakanan buah salak ianya mampu menjadikan serta menjaga kesihatan kuku anda. Namun perlu juga diimbangi dengan makanan berkhasiat yang lain.

28. Memberikan nutrisi yang cukup pada wajah

Kandungan vitamin dan mineral pada buah salak dapat menjadikan wajah menjadi ceria dan kelihatan berseri-seri.

Bagi menambahkan lagi nutrisi pada muka anda, buah salak boleh dijadikan sebagai mask atau scrub untuk wajah.

29. Mencerahkan Wajah

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam buah salak berkesan dalam menjadikan wajah menjadi lebih cerah. Amalkan pemakanan buah salak dalam diet harian serta gunakannya ianya sebagai masker.

30. Mengetatkan kulit Muka

Jadikan buah salak sebagai masker anda dengan cara memarut isi buah salak menjadi lebih halus dan campurkan dengan madu asli. Sapu pada bahagian kulit muka.

Dengan mengamalkan petua ini, pasti wajah anda menjadi lebih ketat dan licin dan kelihatan lebih muda.

31. Menurunkan Berat Badan

Kandungan vitamin yang terdapat pada buah salak menjadikan badan kita tidak mudah lapar. Oleh itu, buah ini sesuai dijadikan sebagai menu utama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.

Gabungan vitamin dan serat yang tinggi yang terdapat dalam buah ini sangat berkesan dalam menurunkan berat badan anda.

32. Mencegah Kanser Prostat

Hasil Kajian menunjukkan bahawa pektin dalam buah salak berpotensi dalam mencegah dan mengubati kanser prostat. Pektin membantutkan pertumbuhan sel kanser, serta menurunkan risiko terjadinya apoptosis.

33. Mencegah Penyakit Mata Pada Janin

Ibu mengandung yang mengamalkan pemakanan buah salak dapat mengurangkan risiko penyakit ataupun jangkitan pada mata pada janin.

Kandungan Betakaroten dan sifat antioksidan buah salak membantu dalam penjagaan mata janin selama dalam kandungan.

34. Menahan Lapar

Salak mengandungi Vitamin C (2mg), protein, karbohidrat, kalsium, fosforus, zat besi, dan sebagainya. Kandungan serat dan vitamin ini menjadikan buah ini berada lebih lama di dalam usus untuk proses penyerapan seterusnya menjadikan perut sentiasa kenyang.

35. Seimbangkan Kadar Gula Dalam Badan

Pterostilbene dalam kandungan buah salak yang matang berfungsi dalam menurunkan kadar gula dalam badan manusia.

36. Sel Pankreas

Air rebusan kulit buah salak dikatakan berfungsi dan dapat membantu dalam memperbaharui sel pankreas.

37. Tokoferol (Vitamin E)

Buah salak kaya dengan Vitamin E yang membantu dalam mengekalkan kapasiti rambut anda disamping mencegah rambut daripada gugur. Tokoferol berfungsi dalam merangsang pertumbuhan rambut.

38. Membantu melembabkan kulit

Kulit kering sering menyebabkan masalah kulit kusam Pengambilan buah salak yang kaya dengan tokoferol dapat mengatasi masalah kulit kering. Anda tidak perlu menggunakan produk seperti losyen.

Pengambilan tokoferol yang cukup dipercayai dapat membantu memberikan nutrisi yang cukup kepada kulit agar isnya sentiasa lembap.

Leave a Reply