Ingin tahu cara pendaftaran perbankan internet Bank Islam secara online ?
Ini langkah-langkahnya:
Dengan mempunyai akaun Bank Islam secara online, ianya akan memudahkan urusan anda seperti, pemindahan wang, pembayaran bil, memeriksa baki akaun dengan pantas tanpa perlu beratur di ATM lagi.
Syarat-syarat untuk layak mendaftar:
-
- Jenis akaun adalah pemilik tunggal atau individu/perseorangan
- Mestilah berumur 18 tahun dan keatas
- Mempunyai Kad Debit atau KAD ATM BANK ISLAM
- Mempunyai No Pin ATM untuk kad ATM/Kad Debit
Berikut merupakan langkah bergambar pendaftaran perbankan internet Bank Islam secara dalam talian:
Langkah 1
Pergi ke laman web Bank Islam iaitu : bankislam.biz. Sila rujuk gambar dibawah untuk lebih jelas:
Langkah 2
Kemudian klik “FIRST TIME USER”. Sila rujuk gambar dibawah:
Anda kemudian akan dibawa ke halaman berikutnya seperti dalam langkah 3.
Langkah 3
Sila baca “term and condition” kemudian tandakan ( / ) pada petak yang disediakan. Selepas itu klik butang “Continue”. Sila rujuk gambar berikut:
Langkah 4
Anda kemudian dibawa ke paparan seperti dalam gambar berikut:
Sila klik butang “Continue”.
Langkah 5
Pada paparan ini, anda diminta untuk memasukkan 16 Digit nombor kad ATM atau Kad Debit dan no PIN KAD ATM/DEBIT anda.
- ATM Card/ Debit Card No: Masukkan Nombor 16 Digit Kad ATM/Debit anda (Contoh: 4799689000008888
- ATM PIN: Masukkan PIN Nombor anda (Biasanya Nombor 6 Digit untuk keluarkan duit di ATM)
Selesai sahaja memasukkan kedua-dua item diatas, sila klik butang “Continue”
Bagi anda yang keliru apakah nombor 16 digit ATM/Kad Debit, gambar berikut mungkin membantu:
Langkah 6
Anda akan dibawa ke paparan seperti dalam gambar berikut:
Sila isi maklumat berikut:
- Customer Name: Nama Penuh Anda ( Contoh: Ali Bin Abu
- IC/ID: No Kad Pengenalan anda ( 841210124778 )
- User ID: Apa-apa ID yang sesuai senang di ingat ( Contoh: gagakhitam88 )
- Password: Kata laluan perlu mempuyai kombinasi huruf besar, huruf kecil, Nombor dan simbol. Contoh: Abu143@!0 (sekurang-kurangnya 8 aksara)
- Confirm password: Masukkan sekali lagi password tadi untuk pengesahan.
- E-Mail: Masukkan email anda (pastikan email yang selalu anda gunakan)
- Mobile Number: Masukkan no. telefon anda ( Contoh: 60 198834780) -masukkan “60” pada petak pertama dan nombor seterusnya pada petak berikutnya.
Private Word: Masukkan kata rahsia anda, apa sahaja perkataan contoh: Saya Hensem
Select One Private Image: Pilih Gambar untuk private image akaun bank islam anda.
Secret Question & Secret Answer : Anda perlu memilih 3 soalan serta menjawabnya dengan betul dan jujur. Bahagian ini sangat penting bagi anda untuk proses verifikasi sekiranya akaun bank online anda dicerobohi oleh orang lain. Dengan erti kata lain, akaun anda akan selamat.
Contoh Secret Question: What is your first car model ?
Contoh Secret Answer: Kia Spectra
Selesai sahaja mengisi semua maklumat, sila klik butang “Submit”.
Langkah 7
Kemudian maklumat yang anda masukkan dalam langkah 6 akan dipaparkan. Sahkan maklumat yang diterima ini dengan klik butang “Confirm”.
Langkah 8
Sila periksa telefon anda. Anda akan menerims SMS dari pihak bank islam yang menyatakan bahawa pendaftaran nombor telefon bimbit untuk IAC berjaya.
Kini anda sudah berjaya mendaftar akaun Bank Islam Online. Anda bolehlah terus cuba login dan memeriksa baki akaun anda dan sebagainya.
Penting ! : Jangan lupa simpan butiran atau maklumat akaun yang anda masukkan tadi semasa proses pendaftaran Bank Islam Online, terutamanya ID dan Password anda.
Sy tk dpt msuk bla tekan first timr user…dia jd kmbli pd page asal..nape ye?
cuba anda gunakan laptop atau desktop. Jangan gunakan handphone..saya cuba setakat ini tiada masalah.terima kasih
Xdpt masuk bila tekan First Time User tu ? How
Elakkan mengggunakan handphone. Anda kena gunakan komputer untuk paparan website yang lebih baik. Click first time user->Term & Condition [kena tick (/)]I have read & understood term and condition……dan click Continue..
Jika dh selesai, kita dpt buka melalui apps spt maybank2u atau hanya melalui website shj?
mana-mana pun boleh tuan..mobile phone dan website..
Ade cah ape2 ke kalau bukak online banking ni?
Semuanya percuma! terima kasih
kena cukup 18 tahun ke baru boleh?
betul tuan.
Betul tuan
Boleh ke nak ambil bank statement guna online banking ni?
Biasanya boleh tuan, tiada masalah.
Kalau nombor phone dah tukar… Boleh daftar online terus atau kena pi bank islam dulu bgitau kaunter atau mcm mana..???
kena daftarkan nombor telefon baru di atm bank islam terdekat.
Macam mane ye
Anda hanya perlu ikut panduan yang kami berikan
Macam mana nk tukar no fon d atm..
Pergi ke atm dan kemaskini no telefon anda di sana.
memang kena cukup umur 18 lepas hari lahir ke baru boleh buat?
Ya tuan, umur mestilah 18 tahun dan keatas.
tuan. saya dah ada online bank dalam phone ni. kenapa masih tak dapat buat tranfer online ya? ada perlu di buat lagi ka seperti pergi kaunter ka?
cuba tuan guna komputer riba untuk urusan pindahan wang, paparan lebih jelas. Boleh saja anda terlepas pandang jika menggunakan phone.
Selepas kita dah buka akaun.. urusan registet untuk online banking boleh bt sendiri di rumah ye? atau terus bagi tau kaunter untuk proses itu?
boleh buat di rumah…yang penting ada ragkaian internet.
salam, semalam saya ada buat transaction debit card di tesco, tapi kenapa ibu saya dapat sms notification untuk transaction ya?
mungkin debit kad tersebut didaftarkan atas no telefon ibu anda.
sy xboleh nak masukkan password…setiap kali nak key in confirm password, password yg sblm ni hilang?
Cuba gunakan komputer riba untuk paparan terbaik. Elakkan menggunakan handphone
saya terdaftar menggunakan no phone yg tak aktif ? macam mana cara saya nak menukar semula no hp itu? kenapa saya buat tak boleh?
Yang ini kena pergi ke cawangan bank terdekat atau melalui atm..
Why do bank islam send penyata akaun semasa ke rumah?
Untuk umur 18 tahun takpe kalau x ikut hari jadi kan…
Why “user ID” dia jadi “*not available“ masa register??
Gunakan id lain, id jadi ‘not available’ sebab dah ada orang lain gunakan id tersebut.
Maaf nak tanya kalau buat online banking bank islam, then tak perlu nak ke bank lagi kan?
betul puan.
Kalau saya dah ada acc bank , tapi saya takde card bank, saya masih boleh buat online bank in melalui web ke ataupon saya patut pegi ke bank islam sendiri ye?
Maksud saya untuk register online bank in
perlu ada kad bank puan.
mcam mne kalau lupa pasword dgan id pengguna
Cuba klik pada pautan “forgot password”
Tuan,sy kne tukar password baru sbb lbih 12 bln sy guna tapi bila sy guna huruf dan simbol utk pasword baru ttap xjadi dan ada sapai perkataan “Your password shall not contain 4 consecutive characters as in user id” slps sy ltk simbol..bley tak tuan bg contoh huruf n smbol digunakan pasword terbaru
“Your password shall not contain 4 consecutive characters as in user id” bermaksud ada beberapa huruf “password” tuan sama dengan “ID”. Cuba buat password berbeza dengan id.
Contoh ID: Akuhensem80, password: Power85$% (Password tak boleh hampir sama dengan ID, mesti berbeza)