18+ Tempat Menarik Di Daerah Keningau 2019

Sedang bercuti di Keningau? Inginkan panduan lokasi tempat menarik di sekitar Daerah Keningau?

lebih daripada 18 tempat yang agak menarik untuk dikunjungi untuk panduan anda!

Kami juga sediakan panduan lokasi dan nombor untuk dihubungi untuk memudahkan pencarian anda!

Pusat rekreasi, tempat menarik, hiking, flora dan fauna? semuanya kami senaraikan khas untuk anda.

Mari kita lihat senarai tempat menarik terpilih berikut:

1Crocker Range National Park

Ingin meghayati flora dan fauna? Bagaimana jika anda meluangkan masa untuk pergi ke sini?

Pelbagai kawasan menarik untuk anda terokai iaitu:

  • Kawasan perkhemahan
  • Asrama
  • Ladang serangga
  • Ladang paku-pakis
  • Kawasan Rafflesia

Asrama disediakan, bermaksud anda boleh bermalam di asrama atau berkhemah di sini.

Anda juga boleh melihat pameran mini di dalam bangunan Pusat Alam Semulajadi Crocker Range.

Lokasi:

Hubungi:

  • 088-523 500
  • 017-834 9259

2Gunung Trusmadi

Merupakan tempat yang sangat menarik di yang sering menjadi tumpuan pelancong dan penduduk setempat.

Gunung Trusmadi Via Sinua, Gunung ke-2 tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 2642M.

Pendakian melalui trail Sinua adalah laluan terpanjang ke Puncak Trusmadi selain Trail Apin-apin dan Trail Tambunan.

Starting point bagi Gunung Trusmadi via Sinua terletak di Kg Sinua Sook, Keningau. Pendakian adalah sejauh 12km dan pendaki perlu menginap selama 3 hari 2 malam.

Keunikan Gunung Trusmadi Via sinua adalah pendaki akan melalui 3 Puncak Gunung yang kaya dengan periuk Kera / Pitcher Plants dan view yang sukar digambarkan.

Bagi yg berminat untuk mendaki Gunung Trusmadi Via Sinua boleh berhubung dengan

Lokasi:

Hubungi:

  • En Dennis Ikon – 0135425415
  • Cg Elias – 0138896248

Bagi mereka yang inginkan masa pendakian yang lebih dekat anda boleh menggunakan laluan Mastan Trail

Lokasi Wayaan Mastan (Mastan Trail) adalah sejauh 75km dari pusat bandar Keningau.

Perjalanan mendaki selama 2 hari dan 1 malam sejauh 4.3km sahaja.

Kapasiti 30 orang untuk sehari.

Pakej adalah dalam lingkungan RM300++

Hubungi:

  • 087-331203
  • 087-331330

3Taman Bandukan Riverside Resort

Taman Bandukan Riverside Resort (TBRR) menyediakan perkhidmatan Sewaan Bilik (Homestay), Tapak Perkhemahan, Event Space, Kolam Memancing & Cafe.

Anda boleh bermalam di sini, dan bermandi-manda di Sungai Bayayo, Keningau.

Sememangnya suatu aktiviti keluarga yang menyeronokkan!

Lokasi:

Hubungi:

  • 087-391 990
  • 011-22338800

4Bukit Trig Apin-Apin

Anda peminat aktiviti sukan hiking? Bagaimana jika anda mendaki di Bukit Trig, Apin-Apin?

Dengan ketinggian 574meter dan laluan pendakian sepanjang 1.57 km, pasti menjanjikan pengalaman pendakian yang sangat menarik dan bermakna.

Lokasi:

Hubungi: 

  • Zinin: 011-38020583
  • Norhayati: 011-08320559
  • Asni Suhaili: 010-9346768
  • Muhd Solohin: 010-9491951
  • Francis: 014-2184468

5Bukit Kayu Manis, Kg. Bangau

Tempat yang sesuai untuk bersiar-siar sambil mendaki.

Bukit yang dipenuhi dengan pokok kayu manis.

Tempat yang redup sesuai untuk dikunjungi pada waktu pagi dan juga petang. Bergantung pada kesesuaian masa anda!

Bagi anda yang belum pernah melihat pokok kayu manis, maka di sini adalah lokasi yang sesuai!

Lokasi tempat ini adalah sejauh 10km daripada pusat bandar Keningau.

Lokasi:

  • Kg. Ulu Bangau, Keningau

Hubungi:

  • 014-5559305

6Masjid Al-Taqwa

Juga merupakan tarikan di daerah Keningau khasnya.

Jika anda berkesempatan, luangkan masa anda untuk melawat di tempat ini.

Perjalanan mengambil masa 4 minit, sejauh 3.7km sahaja daripada Pusat Bandar Keningau.

Mungkin singgah di sini sebentar untuk menunaikan tanggungjawab anda?

Lokasi: 

7Gua Laing

Perjalanan yang agak mencabar untuk sampai ke lokasi ini.

Mencabar tetapi agak menyeronokkan bagi anda yang sememangnya gemarkan persekitaran flora dan fauna.

Perjalanan adalah bermula dengan menaiki kereta pacuan 4 roda dan berjalan kaki dalam selama 30 hingga 40 minit.

Lokasi:

Video Panduan Lokasi:

p/s: Sila simpan video ini terlebih dahulu untuk memudahkan panduan perjalanan anda.

8Taman Reakreasi Bandukan Lama, Bunsit

Tempat menarik di Keningau untuk aktiviti melibatkan keluarga!

Bbq, bermandi-manda dan mungkin juga berkhemah? antara aktiviti yang anda boleh lakukan di sini!

Tempat yang sangat sesuai untuk menyejukkan badan dikala cuaca panas terik?

Tempat yang sangat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga atau rakan-rakan.

Lokasi:

9Manis-Manis Rooftop

Alami suasana pagi dan senja dengan bermalam di Manis-Manis Rooftop Resort.

Tempat yang menjanjikan suasana yang hening, sejuk berkabus. Resort berlatarkan alam semulajadi flora dan fauna.

Tempat yang pasti memukau pengunjung!

Bayangkan anda sedang bersantai minum petang sambil menikmati gemerlapan cahaya lampu dari Bandar Keningau…menarik bukan?

Dengan udara yang sejuk dan segar!

Lokasi:

Manis-Manis Resort Rooftop

Hubungi: 

  • 088-719 900

10Keningau Heritage Museum

Tempat bersejarah yang menarik!

Sedikit mengenai sejarah bangunan ini:

Merupakan bekas resthouse kerajaan, dibina pada tahun 1946 dan siap pada tahun 1947.

Dibina oleh Borneo Construction Company Ltd.

Dijadikan Muzium Warisan Keningau pada tahun 2008.

VVIP seperti Perdana Menteri Malaysia, YAM. Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan YAB. Tun Abdul Razak pernah melawat dan menginap di Rest House bersejarah ini.

Pelawat ke Muzium Warisan Keningau boleh melihat aspek warisan meliputi budaya Keningau itu, Tamadun Islam, sejarah, zoologi, etno-botani dan sukan.

Terletak di Taman Mahathir di Jalan Kg. Keningau, bertentangan Perkasa Hotel. Ia adalah kira-kira 600 meter dari bandar Keningau.

Lokasi:

Hubungi:

  • 087-339 126

11Air Terjun Berkembar

Air Terjun Mandanan@berkembar ni yang terletak di Ulu Taman Bandukan.

Perjalanan ke Air Terjun ni sejauh 4KM daripada Pusat Rekreasi Taman Bandukan yang mengambil masa lebih kurang 1 Jam 30 Minit bergantung dengan kelajuan perjalanan.

Perjalanan yang agak mencabar dengan melalui sungai dan hutan namun pengalamannya akan menggamit kenangan yang indah.

Bagi tujuan keselamatan, setiap perjalanan hendaklah bersama dengan pemandu arah yang telah disediakan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En. Johan Anil di talian 014-282 5502.

Kadar Bayaran Pemandu Arah:

  • RM30/Seorang (minimum 5 orang untuk setiap perjalanan)

Hubungi:

  • En. Johan Anil: 014-282 5502

12Air Terjun Tinamaan

Air Terjun ini terletak di kampung Ulu Senagang, Keningau.

Tempat yang sangat popular dan sudah pasti menjadi kebanggaan penduduk Kampung Ulu Senagang.

Ia terletak berhampiran sempadan daerah Tenom dan Keningau yang dipisahkan oleh sungai Mosolog.

ianya mengambil masa sekurang-kurangnya 45 minit untuk sampai ke destinasi dari Bandar Keningau disebab keadaan jalan yang berbatu di kampung ini.

Bayaran Masuk:

  • Tempatan: RM3
  • Pelacong: RM10

Jenis Perkhidmatan & Tarikan:

  • Air terjun
  • Jungle Trekking
  • Camping

Hubungi:

  • Mr. Jamani, +6010 5891099

13Mee Woo Resort

Tempat yang sememangnya menarik untuk aktiviti bersama keluarga.

Juga menyediakan penginapan mewah dengan harga yang berpatutan.

Restoran yang terbaik, mungkin tempat dinner bersama keluarga atau kekasih anda?

Juga menyediakan pakej SPA. Mungkin sini tempat terbaik untuk anda menenangkan diri di hujung minggu?

Lokasi:

Hubungi:

  • Call 010-931 0773

14Mantanoi hill

Anda penggemar hiking? Bagaimana jika anda mencuba mendaki sambil bersantai di sini?

Usah risau, ada beberapa trail boleh dipilih. Jalan senang dan susah pun ada.

Jalan sukar sememangnya agak memenatkan. Jalan mudah pula, sedikit landai, lebih rileks dan sesuai untuk kanak-kanak. Namun ada sedikit jauh.

Bukit ringkas, tetapi agak terkenal di Apin-Apin, Keningau.

Lokasi:

Hubungi:

  • 019-809 8007

15Rabbit Garden Mantanoi

Bila anda berada di Mantanoi, luangkan sedikit masa untuk melihat arnab-arnab comel di sini.

Sangat jinak, mudah dibelai dan dipeluk.

Lokasi:

Hubungi:

  • 019-809 8007

16Rabbit Land Singgah Bayu Batu 19

Tempat yang agak sejuk kerana lokasinya di atas bukit jalan Keningau-Kimanis.

Sememangnya agak strategik kerana disamping melihat dan membelai arnab comel di sini, anda juga berpeluang untuk melihat Pekan Papar dan Bandaraya Kota Kinabalu dari puncak bukit.

Melihat mentari senja dan lautan China Selatan di kejauhan sana.

Admin cadangkan anda pergi ke sini pada waktu petang untuk pemandangan yang menarik!

Restoran makanan halal dan tandas awam juga disediakan!

Lokasi:

Yuran Masuk:

  • RM2 untuk dewasa dan kanak-kanak.

17D’Pamalan Rabbit land

Satu lagi tempat menarik yang agak dekat dengan Pekan Keningau.

Anda peminat haiwan comel ini? bagaimana jika anda meluangkan masa pergi ke sini?

Dengan kawan? keluarga dan anak-anak?

Pengalaman yang pasti menyeronokkan!

Lokasi:

Facebook Page:

18Eko Pelancongan & Tagal Kg Donggiluang

Kawasan rekreasi menarik berlatar belakangkan sungai yang ditagal di perkampungan Donggiluang Bundu Tambunan Sabah.

Yuran masuk:
13 tahun ke atas: RM3
7-12 tahun: RM2
6 tahun dan ke bawah: Percuma
Pelancong Luar negara: RM10

Hubungi:

  • Call 013-866 0226

19Kepayan Recreation Resources

Agak menarik dan teruja jika berpeluang untuk mencuba sukan ini bukan? Semuanya ada di Keningau!

Antara pakej menarik yang disediakan:

  • Water rafting
  • Mendaki (gunung trusmadi)
  • Penginapan
  • Zorb ball
  • Paddle boat
  • Mini jet-ski
  • Picnic
  • BBQ
  • Menunggang ATV

Untuk maklumat lanjut sila…

Hubungi:

  •  0145655999 (o) Mis Rasbia Ansaat/mis Emma Shuhaizah

 

Apa pedapat anda dengan perkongsian ini? Masih ada tempat menarik di keningau yang tidak tersenarai?

Nyatakan tempat dan lokasi tersebut di ruangan komen!

Kami amat menghargai perkongsian anda!

 

Leave a Reply