17 Pencuci Muka Untuk Kulit Berminyak [July 2021]

Pencuci muka untuk kulit berminyak untuk kulit wajah bersih, menawan, tanpa minyak, jerawat dan cantik berseri!

Mencari pencuci muka khas untuk kulit muka yang berminyak?

Perlu diketahui, pemilihan pencuci muka sangatlah penting.

Jika tersilap memilih, kulit muka anda mungkin lebih berminyak!

Tahukah anda, kulit muka yang terlalu berminyak akan menyebabkan liang roma tersumbat dan akhirnya menyebabkan masalah jerawat!

Oleh itu, adalah penting untuk memilih pencuci muka yang betul dan bukan terpersona dengan tawaran produk tertentu sahaja.

Jom, kita kenali dulu serba sedikit fakta mengenai kulit berminyak.

Apa itu Kulit Berminyak?

Setiap orang memerlukan sejumlah minyak semula jadi untuk memastikan kulit mereka lembut dan lembap.

Jenis kulit ditentukan oleh berapa banyak minyak yang dihasilkan oleh kulit di wajah anda.

Apabila terdapat lebihan minyak di wajah menghasilkan penampilan berkilat atau berminyak yang berterusan, maka kulit dikatogerikan sebagai jenis kulit berminyak.

Sekiranya anda tidak merawat kulit berminyak, pori-pori boleh tersumbat dan membesar, dan sel-sel kulit mati mungkin terkumpul.

Blackheads, jerawat dan merupakan masalah kulit yang sinonim dengan jenis kulit ini.

Sains disebalik kulit berminyak

Kelenjar sebaceous terletak di dalam kulit dan bertanggungjawab untuk mengeluarkan bahan berminyak yang disebut sebum.

Sebum melincirkan kulit, melindunginya dari mengering atau berlaku iritasi.

Minyak ini, bersama dengan peluh, dikeluarkan melalui liang roma.

Apabila proses ini berjalan lancar, sebum bukan sahaja melincirkan kulit anda, tetapi juga menghilangkan sel-sel kulit mati dan perengsa lain dari pori-pori anda.

Walau bagaimanapun, apabila kelenjar sebum yang terlalu aktif menghasilkan sebum berlebihan, kulit anda kelihatan berkilat dan liang pori anda boleh tersumbat, yang menyebabkan ketidaksempurnaan kulit.

Bagaimana memastikan kulit anda adalah jenis berminyak?

Sekiranya kulit anda menunjukkan yang berikut, maka anda mempunyai jenis kulit berminyak:

  • Wajah anda berkilat dan kelihatan berminyak
  • Mekap tidak kekal dan mudah pudar
  • Kawasan berminyak di wajah anda mempunyai bintik hitam, jerawat atau jenis jerawat yang lain
  • Pori-pori lebih besar, terutamanya pada hidung, dagu dan dahi anda

Perhatikan khas T-Zone anda.

T-Zone adalah kawasan wajah yang terdiri dari dahi dan hidung yang secara semula jadi cenderung mempunyai kelenjar minyak yang lebih aktif yang mungkin menghasilkan sebum berlebihan.

Sekiranya T-Zone anda berminyak tetapi seluruh wajah anda kelihatan normal atau kering, maka anda mempunyai kulit jenis kombinasi.

Keseluruhan muka berminyak dan berkilat, maka kulit anda adalah jenis “oily skin”.

Anda mungkin sahaja boleh tergolong kepada jenis kulit kombinasi, dan jenis ini boleh berubah kerana hormon, iklim dan tahap tekanan!

Siapa yang Mendapat Kulit Berminyak?

Kulit berminyak biasanya disebabkan oleh keturunan

Jika anda mempunyai kulit berminyak, itu mungkin kerana ibu bapa anda mengalami nasib yang serupa.

Walaubagaimanapun, minyak yang berlebihan juga boleh disebabkan oleh peningkatan kadar hormon, misalnya semasa akil baligh, haid, semasa kehamilan dan ketika mereka mengalami menopaus, dimana kelenjar sebum menjadi lebih aktif pada waktu ini.

Senarai Pencuci Muka Terbaik Khas untuk Kulit Berminyak

Dengan itu, kami ingin berkongsi produk pencuci muka khas untuk kulit berminyak bagi memudahkan panduan anda.

Pencuci muka yang sememangnya telah terbukti dapat mengatasi masalah kulit berminyak dan diyakini oleh kebanyakan pengguna di Malaysia!

Mari kita lihat hasil carian terbaik kami:

1Cetaphil Oily Skin Cleanser

Cetaphil sememangnya jenama yang terkenal di drugstore tempatan. Keberkesanan pencuci muka ini memang tidak dapat dinafikan lagi.

Dicipta khas untuk mengatasi masalah kulit berminyak!

Terbukti secara klinikal dalam menjadikan kulit yang sihat dan cantik serta tidak menyebabkan iritasi.

Cetaphil secara signifikan mengurangkan kadar sebum dalam masa 2 minggu pengunaan secara berkala.

Muka bebas minyak, hasilnya jerawat akan berkurangan!

Beli/Lihat Cetaphil Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

2HADA LABO AHA Plus BHA

Pembersih muka HADA LABO dirumus khas untuk mengatasi masalah kulit berjerawat dan berminyak.

Merupakan produk yang sangat diyakini dan mendapat maklumbalas positif dari rata-rata pengguna di Asia.

Terdiri daripada 2 agen utama iaitu, Ekstrak Pansy Liar yang bertujuan untuk mengatasi masalah jerawat dan Bentonite Clay untuk menyerap minyak dan menyingkirkan kotoran serta debu halus pada kulit.

Yang pastinya, pencuci muka ini tidak mengandungi pewangi, pewarna, minyak mineral dan alkohol.

Kulit muka bukan sahaja bebas minyak, malah menjadi lembut dan lebih gebu!

Beli/Lihat Hada Labo Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

3Cosrx Good Morning

Pencuci muka yang agak laris di shopee (lebih daripada 16,000 unit terjual setakat ini).

Khas untuk semua jenis kulit.

Corsx merupakan pencuci muka yang mempunyai nilai pH antara 5.0 hingga 6.0 yang sangat sesuai untuk kulit Asia.

Mengandungi minyak tea tree bertujuan untuk mengawal minyak pada kulit serta mengecutkan saiz liang roma.

Mengandungi BHA, memperbaiki tekstur kulit.

Pencuci muka jenis gel yang akan membersihkan muka tanpa menyebabkan radang pada kulit.

Beli/Lihat Cosrx Low PH Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

430 Days Miracle SOME BY MI

Pencuci muka dan badan yang mendapat anugerah Grand Prize dalam aspek kepuasan pengguna, produk no 1 dalam pilihan pengguna!

Mencatat pembelian lebih daripada 4k pengguna di shopee dengan rating 5 bintang!

Sememangnya sangat popular di Malaysia dalam mengatasi masalah muka berminyak dan jerawat.

Anda tidak perlu ragu lagi kerana produk ini telah mendapat pengiktirafan di Korea!

Beli/Lihat Cosrx Low PH Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

5HADA LABO Deep Clean

Merupakan pencuci muka jenis krim yang sememangnya sesuai untuk kulit yang berminyak.

Dirumus khas untuk membersih jauh ke dalam liang kulit, dimana Bentonite Clay yang merupakan mineral clay terbukti merupakan bahan yang sangat efektif sebagai pembersih yang menyerap kotoran dan minyak.

Juga mengandungi Asid Hyaluronic yang mencegah kulit kering dan menjadikan kulit sentiasa lembut!

Beli/Lihat Deep Clean HADA Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

6Cosrx Salicylic Acid

Disebabkan maklumbalas yang sangat positif terhadap pembersih muka ini, maka ianya disenaraikan antara yang terbaik.

Daripada hasil carian kami, dapat dirumuskan bahawa produk ini memang terbaik untuk mengatasi masalah kulit berminyak dan berjerawat.

Pembersih wajah ini bertindak membersihkan secara mendalam jauh ke dalam liang ruma, membersihkan sebum yang menyebabkan jerawat dan menjadikan kulit sentiasa lembut dan rasa selesa.

Beli/Lihat Cosrx Salicylic Acid Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

7Annona VCS Vitamin C Gentle Cleanser

Sangat sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat!

Berikut merupaka kebaikan vitamin c untuk kulit muka:

  • Vitamin C terbukti membantu mencerahkan kulit anda melalui mekanisme pengurangan penghasilan melanin.
  • Meningkatkan penghasilan kolagen yang seterusnya akan menegangkan kulit anda.
  • Bertindak sebagai antioksida yang melawan radikal bebas yang merosakkan kulit anda.
  • Sebagai mild exfoliant yang menanggalkan sel-sel mati dari kulit yang seterusnya akan melembutkan kulit anda.
  • Mengurangkan masalah pori tersumbat yang menjadi punca utama kepada penghasilan jerawat.
  • Memudarkan jeragat dan tompok gelap dengan penggunaan konsisten.

Beli/Lihat Vit-C Annona Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

8Cerave

Antara pencuci muka untuk kulit berminyak dan normal yang sangat popular di Malaysia

Formulasi unik dengan Three Essential Ceramides (1,3,6-II) yang membersih dan membuang minyak tanpa merosakkan lapisan kulit.

Diformulasi dengan asid hyaluronic bagi mengekalkan kelembapan semulajadi kulit.

Manakala niacinamide pula membantu menenangkan kulit.

Tanpa pewangi, tidak menyebabkan kulit kering dan radang.

Beli/Lihat Cerave Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

9NeoStrata Clarifying

Jika anda melakukan carian terhadap pencuci muka “neostrata facial cleanser review” anda pasti tertarik untuk cuba mengggunakannya.

Rata-rata pecuci muka neostrata mendapat tempat di hati pengguna.

Walaupun harganya yang sedikit mahal, namun ianya masih menjadi pilihan disebabkan keberkesananya.

Produk ini sememangnya dirumus khas untuk kulit berminyak.

Mengandungi triclosan yang menyerap jauh ke liang roma dan berfungsi untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat.

Sila lawati pautan berikut untuk maklumat lengkap mengenai pencuci muka terbaik ini!

Beli/Lihat Neostrata Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

1030 Days MIRACLE ACNE CLEAR FOAM

Lebihan minyak pada muka menyebabkan liang pori tersumbat, seterusnya akan menggalakkan pembiakan bakteria yang menyebabkan jerawat.

Pencuci muka dari Korea ini dicipta untuk mengatasi masalah jerawat.

Ianya membersihkan secara mendalam liang pori yang tersumbat dengan AHA BHA dan PHA dengan asid salicylic.

Akhirnya, menjadikan kulit yang sihat dan bebas jerawat serta bebas minyak!

Jangan lupa SOME BY MY menjanjikan 30 hari bebas jerawat!

Beli/Lihat MIRACLE ACNE CLEAR Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

11b.liv

Berfungsi membersihkan kulit wajah anda dengan jauh mendalam.

Dalam masa yang sama, ianya “mengupas” sel kulit mati dan membersihkannya dengan lembut tetapi berkesan.

Bagaimana Deep Impact bertindakbalas?

  • Pembersihan Pori: Membersihkan pori dengan lembut, lembut pada kulit.
  • Pemurnian Pori: Diperkaya dengan witch hazel, aloe vera & tea tree oil yang membersihkan liang dan mencegah noda.
  • Urut Pori: Mengandungi  Jojoba yang menggalakkan “mikro-circulation” untuk pori kulit yang sihat.

Sangat disyorkan untuk kulit berminyak!

Bahan utama:

Kaolin

  • Menyerap lebihan minyak & sel mati yang menyebabkan pori-pori tersumbat dan membesar.
  • Digunakan sebagai topeng muka untuk mengurangkan sinaran uv

Manik Jojoba

  • Membuang sel kulit mati
  • Menyerlahkan dan menjadikan kulit “glowing”

Witch Hazel

  • Anti-oksidan & astringen
  • Mengecilkan liang pori dan menegangkan kulit

Aloe Vera

  • Anti-radang
  • Menenangkan dan mempercepatkan penyembuhan luka
  • Melembapkan dan menyuburkan kulit

Minyak Pokok Teh

  • Sifat antiseptik, anti-bakteria dan anti-oksidan
  • Menenangkan kulit yang radang.

Beli/Lihat b.liv Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

12Aknicare

Aknicare menjanjikan 100% penyelesaian terbaik untuk masalah jerawat.

Bertindak meminimakan penghasilan minyak oleh sebum.

Juga merupakan pencuci muka anti-bakteria. Bermaksud, bakteria yang menyebabkan jerawat akan dsingkirkan.

Menjadikan kulit anda rasa selesa, segar dan lembut!

Beli/Lihat Aknicare Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

13Sebamed

Merupakan pencuci muka gred farmasi sangat sesuai untuk kulit berminyak.

Sangat disarankan oleh ahli farmasi untuk mengatasi masalah kulit berminyak.

Bebas sabun alkali dengan pH 5.5 yang sangat sesuai dengan kulit muka.

Efektif dalam membersihkan liang roma agar sentiasa bersih dan tidak tersumbat oleh kotora dan minyak.

Beli/Lihat Sebamed Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

14La Roche Posay

Kulit muka berminyak, tujuan utama pencuci muka ini dihasilkan.

Walaupun sedikit mahal, namun disebabkan keberkesanannya menjadikan pencuci muka ini laris di shopee!

Dengan ph 5.5, pastinya sangat sesuai dengan kulit anda tanpa kesan sampingan!

Terbukti dapat mengurangkan jerawat, cela, bintik hitam dan mengurangkan minyak pada wajah.

Dan akhirnya kulit berasa bersih dan segar!

Gunakan sebagai pencuci muka setiap hari untuk kulit berminyak.

Kemudian, ucapkan selamat tinggal kepada jerawat degil anda!

Beli/Lihat La Roche Posay Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

15Dermalene

Dermalene Skincare Acne and Oily Skin, dirumus secara klinikal oleh Dr.Alina Hasni, Primary Care Dermatologist.

  • Membantu mengurangkan minyak berlebihan di muka
  • Mengawal pengeluaran sebum
  • Mengecutkan jerawat dengan cepat
  • Mengecilkan pori
  • Mencerahkan kulit
  • Diuji dan terbukti secara klinikal
  • Tiada paraben dan bahan terlarang, sesuai utk ibu mengandung dan breastfeeding mom.
  • Mendapat kelulusan KKM (NOT170600137K,NOT170600136K)

Walaupun sedikit “pricey” namun, produk ini sangat laris dan mendapat maklumbalas yang sangat baik!

Anda tidak tahu kesannya jika tidak mencubanya terlebih dahulu!

Adakah anda berkira untuk penampilan anda?

Beli/Lihat Dermalene Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

16Lumispa Oily Skin

 

Jenis kulit berminyak mungkin mempunyai liang yang membesar, kulit tebal yang kusam atau berkilat dan bintik hitam (jerawat mengeras).

Jenis kulit ini terdedah kepada peningkatan pengeluaran sebum dan kekotoran.

Kulit berminyak, bagaimanapun, masih memerlukan pelembapan dan pembersihan lembut untuk mengembalikan keseimbangan kelembapan yang betul.

LumiSpa Treatment Cleanser Oily, formulasi busa pearlescent oren, menggunakan kombinasi agen pembersih untuk menghilangkan minyak dengan lembut,

Juga sebagai pembersih yang unggul tanpa menghilangkan kelembapan semula jadi kulit!

Beli/Lihat Lumispa Online:

LIHAT DI SHOPEE

LIHAT DI LAZADA

17Skinfinity

Skinfinity Oily Control terbukti berkesan secara klinikal dalam membantu masalah kulit berminyak dan berjerawat berdasarkan formula kompleks peptida yang unik.

Peptide Complex secara langsung bertindak pada membran bakteria, meningkatkan daya tahan kulit terhadap pertumbuhan patogen yang menyebabkan jerawat.

Merupakan rawatan masalah jerawat yang sempurna dan terbaik!

Fungsi dan kelebihannya:

  • Tanpa Antibiotik
  • Tanpa Paraben
  • Kerengsaan
  • Meringankan pori dan kotoran yang tersumbat
  • Mengurangkan minyak berlebihan
  • Menghalang jerawat

Beli/Lihat Skinfinity Online:

LIHAT DI SHOPEE

LIHAT DI LAZADA

Leave a Reply