8 Alat Ketam Kayu Terbaik di Malaysia [Edisi 2022]

alat ketam kayu terbaik di malaysia

Anda bukan tukang kayu jika tak ada ketam kayu.

Ketam kayu adalah kunci kepada hasil kerja yang kemas dan cantik.

Tidak kira anda tukang kayu sebagai pekerjaan atau sekadar hobi, ketam kayu adalah wajib.

Semasa nak beli alat ketam kayu, pertimbangkan hal-hal seperti:

  • Jenis – Ketam kayu tangan untuk kerja kecil, kemas tapi perlu lebih tenaga. Jenis elektrik untuk kerja lebih berat, lebih cepat.
  • Kekuatan motor – Untuk ketam elektrik, lebih kuat motornya lebih efektif dan lebih kemas hasilnya.
  • Cutting Depth – Pilihan kedalaman pemotongan yang boleh dilakukan. Lebih banyak pilihan lagi baik.
  • Fungsi yang ada – Seperti sudut pemotongan, dust control, tambahan aksesori.
  • Panjang wayar – Lagi panjang lagi baik, senang nak kerja.
  • Chip direction – Lihat juga bagaimana ketam kayu tersebut menangani kayu yang dipotong. Dimana arah serbuk kayu dibuang. Jangan ke arah anda atau yang setempat.
  • Harga – Pertimbangkan dari segi maintenance, alat ganti, daya tahan dan sebagainya.

Berdasarkan faktor tersebut pihak infosantai tampil dengan beberapa senarai yang bersesuaian.

Senarai Alat Ketam Kayu Terbaik di Malaysia

Berikut merupakan antara senarai alat ketam kayu terbaik yang boleh anda miliki.

Jadikan sebagai rujukan anda.

1 Extreme Red Rose Wood Plane

Extreme Red Rose Wood Plane

*RM52

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Ketam kayu elektrik memudahkan kerja kita tapi kekemasan hasil kerjanya tidak dapat menandingi ketam kayu manual.

Extreme Red Rose Wood Plane adalah antara ketam kayu tangan terbaik yang boleh anda miliki. Badan yang tegap, tahan lasak dan mudah untuk digunakan.

2 Set Kembar Ketam Kayu Tangan

Set ketam kayu tangan kembar

*RM25

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Jika anda nak alternatif ketam kayu tangan yang lebih murah, set ini untuk anda.

Badan diperbuat daripada besi dan dicipta khas untuk kesesuaian tangan. Untuk set ini anda akan mendapat 2 jenis ketam kayu: Besar dan kecil.

Lebih adaptasi kepada jenis projek yang anda lakukan.

3 N1900B 600W

Electric Planer M1B-82

*RM93

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Ketam kayu elektrik ini mendapat banyak review positif daripada pengguna.

Dengan harga yang agak murah, ia masih menawarkan segala fungsi yang diperlukan untuk memudahkan kerja anda.

Dilengkapi frigger lock, kedalaman pemotongan dari 0.1mm-1mm, kuasa 600W, keluasan ketaman maksimum 7.5cm, chip port guide dan ruler guide.

Boleh menggunakan mata pemotong jenis Makita.

4 Pro’ EKCO 850W

ketam kayu Pro EKCO 850W

*RM90

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Model ketam kayu ini berkuasa 850W, kuasa lebih untuk kerja yang lebih kemas dan mudah.

Keluasan ketaman maksimum adalah 82mm. Kedalaman ketaman pula boleh diubah daripada 0.1mm – 1mm.

Pakej ini juga dilengkapi dengan pemegang pisau, spanner, sharpener dan edge fence.

5 Daewoo DAPL650

ketam kayu Daewoo DAPL650

*RM168+

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Daewoo adalah jenama ketam kayu yang berasal dari Korea Selatan.

Alat ini berkuasa 650W dengan kelajuan pemotongan sehingga 16000 pusingan seminit.

Dengan lebar 82mm ia mampu mengetam dengan kedalaman sehingga 2mm.

6 Makita M1902B

 Makita M1902B

*RM217

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Jika anda mahu jenama yang lebih establish untuk ketam kayu, mungkin Makita M190B untuk anda. Senang nak cari mata pemotong dan parts.

Alat ini berkuasa 580W dengan kelajuan pemotongan sehingga 16000 pusingan seminit.

Dengan keluasan ketaman 82mm ia mampu memotong sehingga kedalaman 2mm.

V-groove pada base membolehkan pemotongan dimensi chamfer dengan mudah.

7 BOSCH GHO6500

BOSCH GHO6500

*RM232

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

BOSCH GHO6500 untuk lebih power. Alat ketam berkuasa 650W ini mampu memotong sehingga kedalaman 2.6mm.

Ia juga dilengkapi dengan 3 V groove pada base untuk pemotongan chamfer dan aliran udara yang lebih baik untuk pembuangan sisa ketaman.

8 STANLEY STEL630

STANLEY STEL630

*RM228

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Untuk kerja yang lebih kemas dan lebih tepat. Terdapat 12 pilihan kedalaman ketaman dengan perbezaan 0.2mm.

Saluran untuk pembuangan sisa ketaman juga boleh diubah bahagian kiri atau kanan.

Berkuasa 750W, luas ketaman 82mm dengan 3 v groove pada base.

Adakah senarai ini bermanfaat pada anda?

Jangan lupa kongsikan post ini!

Leave a Reply