[ PENTING! ] 16 Tips Keselamatan Ketika Berada di Stesen Minyak

tips keselamatan di stesen minyak

Berikut merupakan tips @ langkah penting untuk keselamatan anda ketika berada di stesen minyak

Ini termasuk tips untuk:

  • elak daripada kebakaran / letupan
  • elak daripada menjadi mangsa jenayah (rompak, culik…)

Dengan tips ini keselamatan anda, keluarga , orang sekeliling lebih terjamin ketika di stesen minyak.

Baca dan kongsikan untuk kebaikan bersama!

1. Elakkan Mengisi Minyak Pada Waktu Malam @ Lewat Malam

87% daripada kejadian jenayah berlaku pada waktu malam.

Suasana malam seperti gelap dan sunyi adalah waktu terbaik untuk penjenayah melaksanakan operasinya.

Jika terpaksa, pastikan anda tidak berseorangan dan kunjungi stesen minyak yang ‘popular’ / ramai orang.

Alat pertahan diri seperti ‘Penyembur Lada‘ juga amat membantu.

2. Simpan Nombor Telefon Kecemasan

Pastikan anda simpan nombor kecemasan dalam handphone anda untuk kawasan anda.

Jika belum ada sila buat sekarang.

Polis, Bomba, Hospital untuk kawasan anda.

Jangan sampai masa memerlukan baru anda tercari-cari.

3. Pastikan kereta anda sentiasa dalam keadaan ‘OK’

Pastikan:

  • Hon ok
  • Cermin naik turun ok
  • Lock pintu semua ok
  • Alarm kereta ok
  • Lampu ok

Dan lain-lain operasi juga ok.

Hon dan alarm kereta boleh membantu anda menarik perhatian orang sekeliling jika terjadi sesuatu yang tidak di ingini.

Cermin tertutup rapat, pintu berkunci menjadikan kereta anda kurang menarik minat para penjenayah.

4. Kenali Lokasi Stesen Minyak yang ingin anda kunjungi

Mungkin agak melecehkan tapi ia membawa banyak kebaikan untuk anda.

Ambil masa untuk buka Google Map dan perhatikan lokasi stesen minyak yang mungkin anda akan kunjungi.

Stesen minyak yang terbaik dari segi keselamatan adalah:

  • Stesen yang terletak di kawasan sibuk (ramai orang)
  • Stesen yang susah untuk anda masuk dan susah untuk anda keluar
  • Stesen yang berdekatan dengan balai polis

Dan sebaliknya elakkan untuk mengunjungi stesen minyak yang bertentangan dengan ciri-ciri diatas.

(tapi selalunya kita selalu pilih tempat yang senang bukan?)

Stesen yang terletak di kawasan sunyi, senang untuk masuk dan keluar adalah pilihan terbaik untuk operasi jenayah.

Ambil kira juga keadaan sekitar stesen minyak, seperti kadar jenayah di kawasan tersebut.

5. Pilih pam minyak yang berdekatan dengan kaunter stesen minyak

Atau pilih pam minyak yang didampingi oleh atendan stesen.

Pekerja stesen sudah dilatih dan boleh membantu anda jika terjadi sebarang masalah yang tidak di ingini.

6. Pastikan Keadaan Sekitar Selamat Sebelum Keluar

Berikut merupakan beberapa perkara yang anda harus perhatikan sebelum anda mematikan enjin dan keluar dari kereta:

  • Pastikan ramai orang di sekeliling
  • Tidak ada orang yang mencurigakan.

Contoh keadaan yang mencurigakan:

2 orang penunggang motosikal melepak di stesen minyak tanpa mematikan enjin motosikal dan tidak menanggalkan helmet.

7. Catit Nombor Plat

Sila Catit Nombor Plat motorsikal / kereta tersebut jika anda berasa syak atau curiga.

Ini dapat membantu pihak berkuasa untuk menjalankan tugas jika syak wasangka anda itu betul-betul terjadi.

8. Jangan letakan barang berharga di Dashboard atau atas kerusi

Barang-barang seperti dompet, handphone, beg dan sebagainya.

Ini untuk mengelakkan anda menjadi target kepada penjenayah.

Simpan barang berharga anda di tempat tersembunyi yang tidak dapat dilihat dari luar.

9. Berhati – hati jika orang yang tidak dikenali cuba mendekati anda

Pernah dengar berita pukau?

Mungkin agak tahyul kedengaran tetapi memang ada terjadi.

pukau dan rompak

Mangsa didekati oleh penjenayah dan akhirnya dengan rela hati memberikan segala harta bendanya kepada perompak tersebut.

Mangsa dalam keadaan bingung dan hanya sedar bila semuanya sudah selesai.

Untuk keselamatan jangan layan atau jauhkan diri anda apabila orang yang tidak dikenali cuba menghampiri anda TERUTAMA bagi para wanita dan jika anda berseorangan.

Seterusnya, semasa anda mengisi minyak.

10. Matikan enjin sebelum mengisi minyak

Kebarangkalian tinggi percikan api daripada operasi enjin hidup akan mengakibatkan kebakaran jika bertembung dengan wap minyak.

11. Jangan merokok di stesen minyak

Ini sepatutnya kita semua tahu…

Rokok = Api.

Rokok + Wap petrol?

jangan merokok d stesen minyak

12. Jangan duduk diatas motor semasa mengisi minyak

Terdapat dua sebab:

  1. Cas elektrik statik boleh terhasil akibat pergeseran tubuh badan (baju) dengan badan kenderaan (motor).
  2. Motor tumbang akibat kehilangan keseimbangan.

13. Jangan gunakan telefon semasa mengisi minyak

Tinggalkan dalam kereta.

Kajian mendapati gelombang frekuensi yang dihasilkan oleh telefon boleh menyebabkan letupan (kebakaran) jika bertembung dengan wap daripada petrol.

(tedapat juga kajian menyatakan itu tidak benar).

Sama ada benar atau tidak, adalah lebih baik untuk lebih berhati-hati.

Kesimpulanya, jangan bawa handphone anda ketika mengisi minyak. Tinggalkan sahaja dalam kereta.

14. Bebaskan elektrik statik

Bebaskan cas elektrik statik (elektrosatik) pada kereta anda sebelum mengisi minyak.

Jangan terus buka penutup ruang penyimpanan minyak kereta atau mengambil kepala pum minyak.

Berikut merupakan langkah mudah untuk membuang elektrik statik pada kenderaan anda:

  1. Sentuh badan kereta anda dan lepas, kemudian;
  2. Sentuh badan pum minyak.

Jika anda perhatikan pada badan pump minyak sepatutnya ada disediakan ruangan untuk sentuh nyah cas.

Selalunya terletak di bahagian kanan, mempunyai label contohnya bentuk tangan atau notis sentuh sini, touch here dan sebagainya.

15. Jangan masuk keluar kereta semasa pengisian

Apabila anda berbuat demikian cas elektrostatik akan terhasil semula.

(apabila badan anda bersentuh, bergeseran dengan kerusi dan juga disebabkan oleh perbezaan suhu luar dan dalam kereta).

Lihat video dibawah:

16. Jangan isi minyak dalam bekas yang tidak dibenarkan

Gunakan bekas khas.

Selalunya bekas khas ini ada dijual distesen minyak.

Bekas atau tong kosong seperti bekas minuman air mineral boleh menghasilkan cas statik yang mana boleh mengakibatkan kebakaran.

Jangan segan untuk meminta bantuan atendan untuk mengisi minyak dalam bekas.

Jika anda tahu 16 perkara ini keselamatan anda akan lebih terjamin ketika berada di stesen minyak.

Kongsikan untuk keselamatan bersama ?.

Leave a Reply