30 Tips & Teknik Ambil Gambar Guna Handphone

Cara ambil gambar guna hadnphone

Agar anda berhasil menangkap gambar seperti pro dengan hanya menggunakan hp.

Mengumpulkan tips dan teknik yang boleh dipraktikan terus untuk menjadikan gambar yang anda tangkap guna handphone kelihatan lebih cantik.

Zaman sekarang ini kita lebih banyak ambil gambar guna hp. Tak rugi belajar.

Lepas anda tahu teknik-teknik ini, gambar yang anda post dalam facebook / insta pasti dapat lebih banyak like.

Tips 1: Kenali Kamera anda

Belek-belek dan periksa aplikasi yang digunakan oleh handphone anda untuk menangkap gambar.

Cuba setiap fungsi yang ada seperti gambar biasa, gambar panorama, video…

cuba setiap fungsi dalam untuk kamera handphone anda

Cuba tangkap gambar bawah sinaran matahari terik, dalam keadaan gelap, objek bergerak dan sebagainya.

Tujuannya untuk anda mengetahui tahap kemampuan kamera handphone anda.

Contohnya bila ambil gambar pada waktu malam, gambar kelihatan berpasir.

So, elakkan ambil gambar pada waktu malam.

Bila anda faham kemampuan kamera handphone anda, anda boleh fokus pada kekuatannya.

Tips 2: Set resolusi pada peringkat paling maksima

Cuba lihat setting kamera handphone anda.

Pastikan setting resolusi adalah pada peringkat yang paling maksimum.

Setting kilang untuk handphone selalunya diletakkan pada bahagian tengah-tengah – tidak tinggi dan juga tidak rendah.

Ini bertujuan untuk menjimatkan ruang penyimpanan data dalam handphone anda.

Tips 3: Fahami setting kamera

Bahagian ini agak teknikal dan memerlukan pembacaan lanjut untuk pemahaman yang mendalam.

Jika anda mahukan hasil fotografi yang lebih mantap jangan bergantung kepada fungsi auto kamera anda.

Mengapa?

Adakah anda pernah terfikir bagaimana para jurugambar profesional menghasilkan gambar seperti di bawah?

hasil gambar daripada fotografi secara manual setting

Ia dihasilkan dengan kawalan penuh terhadap fokus, exposure, white balance, shutter speed, ISO dan seterusnya.

Apakah maksudnya?

Maksudnya anda juga boleh menghasilkan gambar dengan kualiti yang sama.

Dengan syarat kena kuasai cara setting kamera handphone anda secara manual.

Jika anda berminat untuk belajar setting-setting ini boleh rujuk disini.

Bergantung pada jenis handphone, setting ini mungkin boleh diubah atau tidak boleh diubah.

Jika setting pada handphone anda tidak boleh diubah, mungkin anda patut menukar aplikasi kamera handphone anda.

Anda boleh download aplikasi seperti A Better Camera dari Google Play.

Tips 4: Pastikan lensa kamera handphone anda bersih

Bersihkan lensa kamera anda sekerap yang mungkin dengan menggunakan kain khas.

Anda boleh gunakan kain yang digunakan untuk membersikah cermin mana atau skrin laptop anda.

Jangan bimbang, handphone kita sudah direka untuk tahan lasak – tidak mudah calar.

Dengan syarat kain yang digunakan tidak berdebu.

Tetapi lagi baik jika anda ada menyimpan pembersih khas seperti ‘Lens Cleaning Towellete‘.

Tips 5: Pastikan kedudukan handphone anda stabil

Pastikan anda memegang handphone anda dengan menggunakan kedua-dua tangan ketika mengambil gambar untuk mengelakan gegaran.

Anda juga boleh meletakkan handphone anda pada permukaan yang stabil seperti meja, batu, sdan sebagainya.

Lebih baik jika anda menggunakan tripod.

Tips 6: Jangan guna ‘Zoom’

Jangan sesekali guna fungsi zoom dalam kamera handphone anda.

Mengapa?

Apabila anda zoom in, gambar anda akan menjadi kabur, berbintik-bintik atau bersegi-segi.

Jadi bagaimana caranya?

Cuba dekatkan jarak anda dengan objek fokus anda.

Jika adalah mustahil untuk mendekati objek foto anda, ambil gambar seperti biasa dan crop.

Dengan cara ini kualiti gambar anda tidak terjejas.

Tips 7: Jangan guna ‘flash’

Selalunya ‘flash’ akan membuatkan foto anda terlalu terang (berwarna putih) dan mengubah warna asal suasana yang anda ambil.

Kadang-kadang menjadikan mata berwarna merah dan sebagainya.

Gunakan pencahayaan semulajadi yang sedia ada.

Pada waktu malam gunakan sumber cahaya dari sekitar anda seperti cahaya kenderaan yang lalu-lalang, lampu jalan, cahaya dari tingkap rumah dan sebagainya.

Disinilah terbukti kepetingan setting manual pada kamerea handphone anda.

Jika anda mahir mengubah setting seperti ISO dan shutter speed anda boleh menghasilkan foto yang amat menarik tanpa flash.

Tips 8: Gunakan garisan grid

Pastikan anda mengaktifkan garisan grid pada kamera handphone anda.

Cuba periksa setting kamera handphone anda.

Bergantung pada jenis handphone anda kadang-kadang setting ini dipanggil ‘Guidelines’, Gridlines, dan sebagainya.

Apa pentingnya garisan grid ini?

Dalam fotografi tedapat satu konsep yang penting yang dipanggil ‘Rule of Thirds‘.

Rule ini menjadikan gambar yang anda ambil seimbang dan juga menarik.

Bagaimanakah cara untuk mempraktikan konsep ini? Teruskan membaca.

Tips 9: Gunakan 4 titik fokus pada garisan grid

garisan grid panduan dalam kamera handphone

Perhatikan gambar diatas.

Gambar ini menunjukan garisan grid pada kamera anda.

Terdapat 4 titik persilangan pada garisan grid ini.

Titik-titik persilangan ini di panggil sebagai titik fokus.

Jika anda meletakkan objek fokus anda pada titik persilangan ini, gambar yang anda ambil menjadi lebih seimbang dan tidak kekok dipandang.

objek yang diletakkan dalam kawasan titik fokus pada garisan grid panduan fotografi hp

Tips 10: Letakan objek pada garisan grid

Cuba letakkan objek fokus yang anda ambil selari dengan garisan grid pada kamera anda.

Teknik ini juga boleh membuatkan gambar yang anda ambil kelihatan seimbang dan menarik.

Lihat contoh dibawah dimana objek fokus diletakan pada garisan grid menegak dalam kamera handphone.

kedudukan objek selari dengan garisan menegak ketika mengambar

Anda boleh mengabungkan teknik ini dengan teknik titik fokus.

Lihat contoh gambar dibawah.

gabungan titik fokus dan garisan menegak dalam teknik mengambar menggunakan handphone

Mata model terletak pada bahagian titik fokus pada bahagian grid dan badan model selari dengan garisan grid menegak. Hasilnya? Anda adili sendiri.

Tips 11: Garisan mendatar / garisan ufuk (horizontal line)

Jika anda mengambil gambar yang mempunyai garisan mendatar atau garisan ufuk seperti laut, letakan garisan tersebut pada salah satu daripada garisan mendatar dalam grid panduan camera handphone anda.

Sila lihat contoh di bawah:

selarikan garisan mendatar pada garisan grid panduan ketika mengambar

Kedudukan garisan mendatar tidak perlu betul-betul diatas garis grid panduan. Cukup sekadar berada disekitar kawasan garisan grid panduan.

garisan mendatar berada dikawasan garis grid panduan fotografi

Tips 12: Teknik pencahayaan dalam fotografi

Ambil perhatian kepada pencahayaan ketika anda mengambil gambar.

Pencahayaan memberikan kesan yang besar terhadap gambar yang anda ambil.

Ia dapat mengubah suasana dan mesej yang dibawa oleh foto tersebut.

Ia membawa fokus pada objek utama dan menjadikan gambar lebih dramatik dan menarik.

Contohnya, objek yang disinari cahaya yang masuk melalui tingkap tampak lebih menarik dibandingkan objek yang disinari cahaya matahari secara terus.

Berikut merupakan teknik pencahayaan yang  boleh anda  cuba praktikan.

Lebihkan cahaya pada objek yang ingin anda fokus.

fokus menggunakan teknik pencahayaan

Gambar yang diambil pada waktu pagi, tengahari dan petang memberikan kesan yang berbeza.

Bayang-bayang menghasilkan kesan dramatik. Tidak semua gambar yang hebat harus diambil dengan cahaya yang cukup.

Cuba lihat gambar dibawah:

gambar yang diambil menggunakan teknik cahay dan bayang

Tips 13: Libatkan reflection / pantulan imej dalam gambar anda

Mata kita secara automatiknya tertarik kepada pantulan imej atau reflection.

Pantulan imej memberikan kita mesej yang seolah-olah terdapat ruang lain yang muncul dalam gambar kita.

Gambar yang diambil menggunakan pantulan cermin kenderaan
Pantulan daripada tingkap kenderaan
Pantulan imej langit pada bangunan bercermin
Pantulan pada cermin banguan menghasilkan kesan yang hebat.

Terdapat banyak sumber untuk anda memperolehi imej pantulan ketika menangkap gambar contohnya lopak air, kolam, cermin, dinding cermin, gelas, permukaan yang berkilat.

Tips 14: latar belakang yang bersih

Perhatikan dua gambar dibawah. Mana satu foto yang lebih menyerlah?

latar foto yang tidak bersih
Foto yang diambil dengan latar yang tidak bersih.
foto dengan latar yang bersih
Foto yang diambil dengan latar yang bersih

Apabila anda mengambil gambar yang mempunyai latar belakang yang bersih, objek dalam foto anda akan lebih menyerlah.

Contoh latar belakang yang boleh anda gunakan adalah seperti langit, laut dan dinding.

Tips 15: Gunakan ‘Leading Line’

Apakah itu leading line?

Cubah lihat foto dibawah:

leading line juga boleh digunapakai ketika mengambil gambar menggunakan smartphone

Dalam foto ini seolah-olah wujud  satu garisan yang membawa mata kita kepada satu titik.

Garisan tersebut dipanggil ‘Leading line’

Anda boleh menggunakan teknik ini ketika mengambil gambar.

Leading line tidak semestinya garisan lurus. Ia boleh wujud dalam lingkaran.

Tips 16: Cari bentuk simetri

Bentuk simetri melambangkan keharmonian dan keseimbangan.

Kebanyakan foto yang diambil menggunakan teknik ini sangat menarik dipandang.

Contoh simetri adalah seperti berikut.
foto simetri yang diambil menggunakan handphone

Jangan lupa untuk menggunnakan grid panduan untuk keseimbangan dalam foto anda.

Tips 17: Cari corak berulang

Sama seperti bentuk simetri, corak berulang atau bentuk berulang boleh menghasilkan foto yang menarik.

Contoh corak berulang adalah seperti gelas yang disusun rapi, barisan pakaian seragam, tingkap apartment, warna yang berulang dan sebagainya.

Foto corak berulang pada bangunan

foto corak berulang yang boleh ditemui disekitar kita

Nota: Gabungkan dengan teknik grid panduan untuk foto yang lebih menarik.

Tips 18: Ambil foto candid

Gambar candid membolehkan anda merakam suasana sebenar foto yang anda ambil.

gambar candid yang merakam emosi

gambar candid menghasilkan efek gambar hidup

Tips 19: fokus pada objek utama anda

Apabila anda mengambil foto, jangan lupa untuk menempatkan fokus anda pada bahagian yang ingin anda fokus.

Jika anda mengunakan fungsi auto fokus, sentuh bahagian skrin yang ingin difokuskan.

Kadang-kadang auto fokus kamera anda mungkin keliru atau ‘tidak dapat fokus’.

Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini?

Ubah setting fokus anda pada manual. Fokus secara manual.

Jika anda tidak mengubah setting fokus anda kepada manual, pastikan latar belakang objek yang anda ambil adalah kosong.

Tips 20: Cuba kedudukan yang berbeza ketika mengambil foto

Cuba ambil foto dari kedudukan yang berbeza seperti dari bawah, dari atas, dari bawah sebelah kanan dan sebagainya.

Ia akan menghasilkan foto yang menarik.

Lihat contoh berikut:

posisi ketika mengambar hasil kreatif

cuba ambil gambar dari sudut berbeza

Tips 21: Beri ruang untuk objek bergerak

Jika anda mengambil gambar objek yang bergerak seperti kereta atau orang berbasikal, beri ruangan yang boleh menunjukan arah objek tersebut.

foto objek bergerak

ruang menjadikan objek bergerak nampak hidup

Anda boleh menggunakan garisan grid panduan untuk menjadikan foto anda lebih seimbang.

Tips 22: Frame

Frame membantu mengalihkan fokus kepada objek utama dalam foto. Terdapat banyak bahan disekitar anda yang boleh dijadikan sebagai frame.

tingkap sebagai frame ketika mengambil foto

Contoh frame yang anda boleh temui di sekitar anda adalah seperti pintu masuk, gerbang, bawah rimbunan pokok dan juntaian ranting.

Tips 23: Warna

Seperti frame, warna juga boleh mengalihkan fokus pada objek utama anda. Sekuntum bunga merah dalam rimbunan daun lebih menyerlah daripada sekuntum bungan dalam beratus bunga yang sama.

fokus mengunakan warna

Warna juga boleh mengubah mode gambar anda. Cuba lihat gambar dibawah.

Foto hitam putih mengubah konsep gambar yang anda ambil

Bila warna dijadikan monotone, gambar mengambarkan emosi sedih (bergantung kepada inpretasi seseorang).

Teruskan membaca untuk beberapa lagi teknik hebat yang boleh anda pratikan ketika mengambil gambar menggunakan handphone anda.

Tips 24: Teknik Bokeh

Teknik ini membuatkan objek anda lebih menonjol dengan cara mengaburkan latar yang lain.

Dalam erti lain kata menjadikan latar ‘blur’.

Bagaimana anda boleh menggunakan teknik ini dengan kamera handphone anda?

Anda boleh menggunakan auto fokus kamera anda tetapi cara yang terbaik adalah menggunakan fokus manual.

Dekatkan kamera hp anda pada objek utama, ubah fokus secara manual sehingga objek utama menjadi jelas dan latar menjadi kabur.

foto teknik bokeh - fokus pada objek dan kaburkan latar

teknik bokeh berguna untuk latar yang semak

Teknik ini amat berguna jika anda ingin mengambil gambar yang mempunyai latar yang tidak bersih.

Tips 25: Ambil gambar sewaktu Golden Hour

Golden hour atau magic hour merujuk kepada waktu satu jam selepas matahari terbit dan satu jam sebelum matahari terbenam.

Ketika waktu ini, kualiti cahaya matahari adalah yang terbaik.

Suasana yang dicipta pada waktu ini membuatkan foto yang diambil sangat menarik.

Berikut merupakan contoh gambar yang diambil ketika golden hour.

foto diambil sewatu golden hour matahari terbenam
Golden hour matahari terbenam.
foto sewaktu golden hour petang
Golden hour matahari terbenam.
foto sewaktu golden hour matahari terbit
Golden hour matahari terbit
foto sewaktu golden hour pagi
Golden hour matahari terbit

Tips 26: Teknik Golden Rectangle

Nampaknya tips semakin rumit?

Tidak, tidak rumit..cuma memerlukan sedikit pembacaan sahaja.

Pernahkah anda mendengar tentang Golden Rectangle?

Golden rectangle adalah salah satu daripada teknik komposisi gambar, variasi daripada teknik gridline yang kita pelajari dalam tips ke-10.

Golden rectangle

Teknik ini lebih kepada sewaktu anda mengedit gambar kerana aplikasi kamera handphone tidak menyertakan golden rectangle ini.

Gunakan teknik ini jika anda ‘crop’ gambar yang diambil. Cuba lihat gambar contoh di bawah.

aplikasi golden rectangle ketika mengedit gambar

gambar yang diedit menggunakan konsep golden rectangle

Letakkan titk fokus objek seperti mata, pusat kelopak bunga dan sebagainya diatas titik golden rectangle.

Tips 27: Teknik Long exposure

Teknik ini sangat menarik, tetapi memerlukan anda membuat setting secara manual pada aplikasi kamera handphone anda.

Teknik ini juga memerlukan gambar diambil tanpa bergerak.

Anda mungkin perlu menggunakan ‘stand’  seperti tripod untuk handphone anda atau sekurang-kurangnya sesuatu yang boleh memegang handphone anda tanpa bergerak.

Teknik ini sangat baik digunakan ketika persekitaran anda kurang cahaya seperti pada waktu lewat petang atau malam.

Bagaimanakah caranya?

Panjangkan masa shutter speed.

Jangan lupa juga untuk manual set ISO.

Cuba ambil beberapa gambar dan ubah setting kedua-dua bahagian ini sehingga anda dapat gambar yang anda mahu.

Contoh gambar yang diambil menggunakan teknik long exposure ini adalah seperti berikut:

teknik long exposure untuk kamera handphone
Lihat garisan cahaya yang terbentuk daripada objek yang bergerak
teknik long exposure bandar waktu malam
Teknik ini sangat sesuai untuk foto suasana bandar pada waktu malam.

Tips 28: Teknik Contre-jour

Ambil foto dengan kamera handphone anda betul-betul berhadapan dengan punca cahaya.

Maksudnya?

Anda, objek dan punca cahaya berada dalam kedudukan selari.

Teknik ini akan menghasilkan foto berkontras tinggi antara terang dan gelap.

Contoh gambar yang diambil menggunakan teknik ini adalah seperti berikut.

teknik contre-jour dalam fotografi

teknik contre-jour model orang

teknik contre-jour wide range

Tips 29: Teknik ‘Fishing’

Anda boleh menggunakan teknik ini untuk mengambil gambar candid yang menarik.

Bagaimanakah untuk mempraktikan teknik ini?

Cari latar yang menarik seperti dinding kosong, tangga, dan sebagainya.

Tunggu dan bersedia.

Apa yang ditunggu? Objek.

Objek seperti manusia, binatang, kereta atau apa-apa objek pilihan anda untuk masuk ke dalam kawasan latar pilihan anda tadi.

Apabila objek masuk, tangkap gambar dan tahniah anda baru sahaja mendapat gambar yang menarik.

Berikut merupakan contoh gambar yang diambil menggunakan teknik fishing ini.

teknik fishing untuk gambar yang menarik
Latar? Set. Fishing? Ok, snap.
Teknik fishing boleh digunakan dimana-mana sahaja
Latar? Leading line. Fishing..Akhirnya..objek yang menarik masuk..

Tips 30: Cara guna fungsi ‘HDR’

Adakah handphone anda mempunyai fungsi HDR?

Adakah anda tahu bagaimana cara yang betul menggunakan fungsi ini?

Sebelum itu, apakah itu HDR?

HDR adalah singkatan bagi High Dynamic Range.

Ketika anda mengambil gambar HDR anda sebenarnya mengambil beberapa keping gambar yang berbeza dari segi exposure – dari gelap ke terang.

Bila masa sesuai menggunakan fungsi HDR?

Ketika cahaya berada di belakang objek.

Cahaya yang terang akan mengakibatkan kawasan yang lain menjadi gelap dalam gambar anda.

Sila lihat gambar dibawah untuk melihat perbezaan gambar biasa dan gambar HDR untuk situasi seperti ini.

foto tanpa menggunakan fungsi hdr sebelah siang
Foto yang diambil tanpa menggunakan fungsi HDR. Cahaya yang berlebihan pada bahagian langit menyebabkan bahagian lain menjadi gelap.
foto hdr sebelah siang
Gambar yang sama diambil menggunakan fungsi HDR.

Bila masa tidak sesuai untuk menggunakan fungsi HDR?

Jangan gunakan HDR ketika anda mengambil gambar dalam suasana sekitar yang kurang cahaya seperti pada waktu malam.

Sila lihat contoh dibawah.

foto waktu malam dengan fungsi kamera handphone hdr
Foto HDR pada sebelah malam.
foto biasa yang diambil pada waktu malam dengan kamera handphone
Foto yang sama diambil tanpa menggunakan fungsi HDR

Praktikkan teknik fotografi handphone

Cuba setiap teknik yang telah dijelaskan dalam post ini, anda pasti dapat menghasilkan foto yang hebat.

Jika anda nak upgrade kamera handphone anda boleh rujuk post ini:

8 Smartphone Kamera Terbaik di Malaysia

Kongsikan pada rakan anda jika tips ini berguna.

Nota: Berminat untuk mendalami dunia fotografi? Dapatkan kamera DSLR pertama anda dengan bantuan senarai ini:

9 Pilihan Kamera DSLR Terbaik & Murah Malaysia

8 thoughts on “30 Tips & Teknik Ambil Gambar Guna Handphone”

  1. Menarik sekali teknik-teknik dan nota tersebut. Mudah dan jelas. Saya mohon izin untuk copy paste untuk dijadikan nota ringkas untuk pelajar sekolah rendah saya.

Leave a Reply