21 Jenama Air Cooler Terbaik Di Malaysia 2022

Pelbagai jenama produk air cooler terbaik dan murah di Malaysia untuk sejukkan dalaman rumah anda!

Anda sedang mempertimbangkan untuk membeli air cooler yang terbaik?

Sukar untuk membuat pemilihan disebabkan terlalu banyak air cooler di luar sana?

Beza Air Cooler,  Penghawa Dingin dan Air Purifier

Air cooler dan air cond mempunyai fungsi yang hampir sama iaitu:

  • Menghasilkan udara sejuk

Perbezaannya terletak pada bagaimana mereka menyejukkan udara.

Air cooler

Air cooler adalah sebuah alat elektronik yang berfungsi untuk menyejukkan ruangan dalam rumah anda, dengan cara melembabkan udara melalui proses penguapan.

Air cooler dapat menyejukkan udara, dan menurunkan suhu maksima 3° Celcius

Alat ini adalah alternatif kepada air conditioner dimana lebih sejuk daripada penggunaan kipas angin.

Berikut merupakan ciri-ciri air cooler:

  • Menggunakan wap air untuk menyejukkan udara dalam sesuatu ruang
  • Tidak memberikan udara dingin, hanya lebih sejuk.
  • Meningkatkan kelembapan udara
  • Jimat elektrik
  • Menggunakan proses penguapan air
  • Penyelengaraan mudah dan murah
  • Menggunakan penapis (filter)
  • Ringan dan boleh dipindah tempat dengan mudah
  • Perlu pengudaraan, jendela atau pintu rumah dibuka
  • Boleh digunakan di luar rumah
  • Murah

Penghawa Dingin (Air Cond)

Penghawa dingin, sebaliknya, berfungsi dengan menghirup udara yang hangat dan kaya kelembapan dan menggantinya dengan udara kering dan sejuk, dengan bantuan bahan kimia yang disebut bahan pendingin.

Berikut merupakan ciri-ciri aircond:

  • Menggunakan kompressor dan refrigerant untuk menghasilkan udara dingin
  • Memberikan udara sejuk, suhu boleh dikawal
  • Menurunkan kelembapan udara
  • Berfungsi dengan baik dalam ruangan tertutup
  • Penggunaan tenaga elektrik yang banyak
  • Penyelengaraan agak mahal
  • Posisi tetap, tidak mudah dipindahkan
  • Indoor sahaja
  • Harga mahal

Beza Air Cooler dan Air Purifier

Air cooler berfungsi untuk menyejukkan suhu sesuatu ruang dalam rumah ataupun luar rumah dengan kehadiran air sebagai bahan penyejuk utama.

Berbeza dengan Air Purifier dimana ianya berfungsi untuk menghilangkan bau, menghapuskan virus dan bakteria dalam udara serta mengurangkan pertumbuhan kulat.

Perbezaan lain air purifier dan air cooler ialah, air purifier mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

  • Digunakan di bilik-bilik dengan kualiti udara yang buruk (contohnya berbau asap rokok)
  • Menyerap udara kotor, menapisnya dan kemudian mengeluarkan udara bersih
  • Tidak ada penyejatan berbanding dengan air cooler, Air purifier tidak memerlukan air.
  • Membersihkan udara dalam masa 30-2 jam bergantung kepada keluasan suatu ruang

Tips Memilih Air Cooler yang Bagus

Berikut merupakan perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memilih atau sebelum membeli air cooler untuk rumah anda.

  • Semestinya murah, jika beli secara online pastikan anda cuba cari harga terendah daripada jenama yang sama. Lain “seller” harga juga berlainan walaupun produk yang sama!
  • Rating terbaik! Bermaksud, barangan yang dibeli berfungsi dan bagus!
  • Kapasiti tangki air yang besar!
  • Berkapasiti besar, boleh menyejukkan bilik atau ruangan besar dengan cepat.
  • Cooling pad jenis “honeycomb”
  • Rekabentuk: penting agar tidak memakan ruang dalam rumah anda.
  • Fungsi kawalan jauh.
  • Mempunyai inverter agar menjimatkan penggunaan tenaga!

Apa itu Honeycomb Pad?

Honeycomb Pad mempunyai ruang penyimpanan air, mirip dengan sarang lebah, yang meningkatkan kapasiti penahan air, dan oleh itu udara luar yang panas berubah menjadi udara lembap yang sejuk dengan cepat.

Pad ini menawarkan penyejukan yang cekap untuk jangka masa yang lama dan tahan lama.

Satu lagi kelebihan pad penyejuk sarang lebah adalah penampilan mereka yang lebih baik.

Sebilangan besar air cooler berjenama pada masa ini menggunakan honeycomb pad kerana pad ini memerlukan penyelenggaraan yang minima dan dapat bertahan lebih lama.

Apapun, penggunaan air cooler lebih jimat berbanding menggunakan penghawa dingin!

Air Cooler Terbaik & Terlaris Malaysia 2022

Anda pasti kini lebih faham mengenai air cooler, bagaimana ianya berfungsi, perbezaan dengan air humidifier dan penghawa dingin serta tips pemilihannya, bukan?

Tanpa membuang masa, jom lihat senarai jenama air cooler terbaik di Malaysia 2022 berikut!

1. YET VM120 Heavy Duty

Alangkah baiknya jika anda mempunyai YET VM120 Industrial Powerful Heavy Duty Big Air Cooler untuk ruang tamu rumah anda!

Penyejuk Udara YET VM120 agak sesuai untuk rumah atau ruang tamu seluas hingga 100 meter persegi.

Bermaksud, jika ruang rumah anda lebih kecil, maka suhu persekitaran lebuh cepat diturunkan!

Ia hanya menggunakan 400W elektrik, yang bermaksud penjimatan dalam bil elektrik anda.

Dengan kapasiti air 55 liter dan “running” sehingga 8 jam tanpa henti, menjadikan air cooler ini dinobatkan antara yang terbaik di Malaysia!

Spesifikasi:

  • 3 tahap kawalan kelajuan (rendah, sederhana, tinggi)
  • Kawasan liputan – sehingga 100 meter persegi
  • Kapasiti tangki air: 55L
  • Penunjuk tahap air
  • Lengan ayunan berganda – kiri ke kanan, atas ke bawah
  • Jaminan selama 1 tahun

Beli/Lihat YET VM120 Heavy Duty:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

2. Cocca STORM 100L

Merupakan pesaing kepada VM120, namun tidak dapat dinafikan air cooler jenama Cocca ini agak mendapat tempat tempat di kalangan pengguna.

Pelbagai pilihan kapasiti daripada 20L hingga 100L disamping harga yang agak berpatutan!

Kemampuan penyejukan sehingga seluasa 70 meter persegi disamping penggunaan kuasa yang agak rendah iaitu 160w sahaja.

Spesifikasi:

  • Tangki Air: 100L (boleh tahan 9-11 jam)
  • Kuasa Dinilai: 680W
  • Aliran Udara Maks: 32,000m3/j
  • Penggunaan air: 5-8L/j
  • Kawasan liputan: 40-70m2
  • Kipas 3 Kelajuan
  • Ayunan Sudut Lebar (Auto Ayunan- Kiri/Kanan; Manual- Atas/Bawah)
  • 4 x Pek Ais disertakan
  • Dimensi Produk: 84x47x138cm (21Kg)
  • Pembungkusan Kotak: 77x54x126cm (22.5Kg)

Semua penghantaran adalah melalui GDEX.

Beli/Lihat Cocca STORM:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

3. FIRENZZI FAC-1890 (80L)

Ciri-ciri air cooler ini adalah seperti berikut:

  • Fungsi anion
  • 3 Tahap kelajuan
  • Sebaran udara atas dan kebawah
  • Amaran aras air minima
  • Fungsi alat kawalan jaug
  • 4 Kotak ais
  • Skrin sentuh
  • Menggunakan sistem penyejukan honeycomb pad

Spesifikasi:

  • Bunyi : <75 Desibel
  • Kuasa Penyejukan : 280w
  • Kapasiti : 80 liter
  • Ruang Liputan : 30-60m2
  • Isipadu Aliran Udara : 9000m3/jam
  • Tetapan pemasa : 12 jam
  • Berat bersih/Berat Kasar(kg): 18.5/19.5
  • Dimensi saiz (mm): 610W x 400D x 1200H
  • Dimensi kotak (mm): 665W x 475D x 1230H

Beli/Lihat FIRENZZI FAC-1890:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

4. Honeywell CL60PM 

Honeywell Air Cooler CL60PM 60L menghasilkan udara sejuk dan selesa, seperti angin yang mengalir dari seberang tasik!

Apabila udara hangat ditarik ke dalam Honeywell Evaporative Cooler, ia disaring melalui medium penyejuk “honeycomb”, yang menyerap haba dan secara semula jadi menyejukkan dan melembapkan udara.

Penyejukan Semula Jadi & Efisien – Peredaran Udara Segar, Kualiti Udara yang Lebih Baik Kipas yang kuat mendorong udara sejuk keluar dari bahagian depan unit ke kawasan sekitarnya.

Sistem tanpa pemampat ini menyejukkan secara semula jadi, cekap dan murah.

Pendingin Udara Evaporatif Honeywell sangat sesuai untuk penyejukan di mana-mana rumah atau pejabat.

Penggunaan tenaga yang rendah bermaksud penjimatan yang besar pada bil tenaga berbanding dengan menggunakan penghawa dingin.

Hanya “buka”, tambahkan air, letakkan di dekat pintu atau tingkap terbuka, pasangkan dan gunakan.

Yang pasti, kehadiran air cooler ini menjadikan suasana “menyenangkan” di hampir semua ruang dalaman seperti bilik tidur kecil, pejabat, permainan kanak-kanak bilik atau ruang makan.

Panel kawalan LED yang menyala dan alat kawalan jauh berfungsi penuh memastikan fungsi operasi tetap dilihat dan membolehkan anda terus mengendalikan unit dari jarak jauh.

Tangki air boleh ditanggalkan untuk penyelenggaraan yang mudah!

Spesifikasi:

  • Sejukkan hingga 43 sq.m
  • Aliran udara yang kuat
  • Penggunaan kuasa: 270 watt
  • Kapasiti Tangki Air: 60 L
  • 2 media penyejuk sarang lebah
  • Penapis habuk karbon
  • Panel LCD Skrin Sentuh
  • Penggunaan luar Water Proof
  • Pemasa 1 hingga 8 jam

Beli/Lihat Honeywell CL60PM:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

5. YET YF50

Jenama YET agak popular dengan pengeluaran air cooler yang berkapasiti besar dan berkuasa!

YET YF50 merupakan antara air cooler yang terbaik untuk ruang tamu rumah dan juga bilik tidur anda!

Dengan saiz mudah alih dan angin sejuk yang kuat 5000 m³/j, ia dapat menyediakan angin santai yang sejuk, sebagai alat untuk menggantikan penghawa dingin bila perlu.

Kesan penyejukan terbaik apabila tangki air diisi memastikan angin bertiup pada suhu air 26 darjah celcius.

Fungsi penyejuk dan pengion dapat dihidupkan dengan mudah di panel kawalan.

Juga sesuai untuk hotel, restoran, kafe, dan kawasan komersial lain.

Spesifikasi:

  • Fungsi Triple: Kipas / Penyejuk Udara
  • 100% Motor Tembaga
  • Angin Kencang dan Senyap
  • 3 tahap kawalan kelajuan (rendah, sederhana, tinggi)
  • Honey Comb Pad + Fiber, Cooling Pad
  • Kawalan ayunan automatik
  • 230W
  • 5000 m³/h aliran udara
  • keluasan liputan 25-50 m²
  • 23kg
  • Tangki Air: 35L

Beli/Lihat YET YF50:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

6. Camel 55L

Spesifikasi penting produk:

  • Jenama : Camel ( 40 tahun dalam industri kipas & sejuk)
  • Kapasiti Tangki Air : 55L
  • Jenis Tangki : Tangki Berganda (Atas & Bawah)
  • Aliran Udara : 24000m³j
  • Voltan : 220-240V ~ 50-60Hz
  • Watt: 250W
  • Tirai Air : Tirai Air Honeycomb 3 Hala dengan Penapisan H.13 HEPA
  • Panel Operasi : Mekanikal (Model Bukan Jauh) / Skrin Sentuh Atas Kaca (Model Jauh)
  • Ayunan Auto : Ya (Ayunan Sudut Lebar 120°
  • Kelajuan Angin: 3 Gear
  • Mod Angin : Normal, Alam Semula Jadi, Tidur (Model Jauh Sahaja)
  • Roda Caster : Saiz Roda Dinaik Taraf, Pendakap Keluli & Brek Belakang

Waranti Tempatan 1 Tahun
Hadiah Percuma : 4 – 6 Pek Ais
Pra-Tempahan dihantar dalam masa 7 Hari.

Beli/Lihat Camel 55L Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

7. Dawa Turbo 32L

Walaupun air cooler jenama Dawa ini mungkin agak asing bagi sesetengah orang, namun, Dawa berjaya menambat hati pengguna di Malaysia.

Penyejuk udara jenama Dawa ini berjaya mendapat jualan yang banyak dan antara produk air cooler yang diyakini di Shopee Malaysia!

Penggunaan tenaga elektrik yang amat rendah iaitu 200w sahaja!

Spesifikasi:

  • Model: AC-6000
  • Voltan: 220v – 240v
  • Frekuensi: 50Hz
  • Kapasiti Air: 32L
  • Penggunaan Air: 3-4L / H
  • Kuasa: 200w
  • Berat Bersih: 15KG
  • Saiz Dimensi Pakej: 650x468x940mm

Beli/Lihat Dawa Turbo 32L AC6000:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

8. Honeywell 25L Air Cooler CL-25AE

Penyejuk udara ini agak sesuai dan praktikal untuk menyejukkan udara ruangan seluas 28 m² atau 300 kaki persegi.

Penjimatan tenaga sehingga 71%!

Spesifikasi:

  • Amaran penggera air rendah ketika mengisi semula
  • 4 kelajuan – Rendah / Sederhana / Tinggi / Tidur
  • Aliran udara: 850m3 / dia (500CFM)
  • Tangki air: 25 Liter
  • Penggunaan Kuasa: 235 Watt
  • Dimensi unit: 480 X 370 X 847mm
  • Berat bersih: 11.5kg

Beli/Lihat Honeywell 25L:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

9. Firenzzi 25L

Spesifikasi penting:

  • Kuasa Penyejukan: 120W
  • Kapasiti: 25L
  • Liputan Ruang: 20 – 40m2
  • Isipadu Aliran Udara: 1800m3/j
  • Tetapan Masa: 7.5 Jam
  • Berat bersih/berat kasar: 7.5/8.5
  • Dimensi Saiz: 350W x 350D x 845H
  • Dimensi Kotak: 380W x 380D x 830H

Ciri-ciri:

  • 100% Motor Kuprum
  • Tetapan 3 Kelajuan
  • Panel Skrin Sentuh dengan Alat Kawalan Jauh
  • 2 Kotak Ais
  • Fungsi 2 DALAM 1
  • Tirai air berketumpatan tinggi, saluran masuk udara pada 3 sisi
  • Bidai automatik untuk bekalan udara sudut lebar
  • Mudah dibawa atau diletakkan di mana2 ruang dalam rumah

Beli/Lihat Firenzzi 25L:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

10. Dawa 23L AC3000

Dawa dicipta khas untuk menyejukkan bilik tidur anda atau ruangan pejabat anda!

Penyejuk udara gred premium ini tersedia dengan alat kawalan jauh.

Dengan 4 fungsi utama iaitu:

  • Angin (windy)
  • Penyejukan
  • Mempunyai “sirip” swing
  • Tangki 23 Liter

Spesifikasi:

  • 3 Mod angin
  • 2 Blok Ais
  • Automatik “swing” kiri dan kanan
  • Jimat elektrik
  • Mesra alam
  • 23 Liter kapasiti air
  • 50Hz frekuensi
  • 65 watt penggunaan tenaga

Beli/Lihat Dawa 23L AC3000:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

11. Selamat 20L

Merupakan salah satu jenama air cooler terbaik yang mulai popular di Malaysia!

Menjimatkan wang dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah!

Air Cooler 20L menawarkan pilihan yang menjimatkan tenaga untuk menyejukkan rumah atau pejabat anda dalam keadaan panas dan kering.

Penggunaan tenaga yang lebih rendah akan menjimatkan penjimatan tenaga yang lebih tinggi berbanding penggunaan penghawa dingin.

Kapasiti air berkapasiti besar menghalang anda menambahkan air secara berterusan.

Pendingin udara beroda yang sangat sesuai di bilik dan mudah dialihkan!

Tersedia dengan alat kawalan jauh dan pemasa juga disertakan untuk kemudahan anda!

Spesifikasi:

  • Ciri 3 in 1 (Penyejuk Udara, Kipas, Mod Tidur)
  • Tangki Air 20L (Tahan Sehingga 48 Jam)
  • Pad Penyejuk Sarang Lebah
  • Operasi Alat Kawalan Jauh
  • Kawalan 4-Kelajuan & Kawalan Pemasa 8 Jam
  • Louver Berayun Automatik
  • 2 unit kotak ais percuma untuk Penyejukan Tambahan
  • Keselamatan Produk Diluluskan oleh SIRIM, ST & CB

Beli/Lihat Selamat 20L:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

12. Sharp 20L Air Cooler PJA200TVB

Sharp merupakan jenama barangan elektronik yang agak popular sejak dari dahulu lagi.

Syarikat ini juga tidak ketinggalan dalam mengeluarkan air cooler mereka sendiri iaitu Sharp PJA200TVB berkapasiti 20 liter.

Mempunyai fungsi penggunaan alat kawalan jauh, bermaksud anda boleh mengubah tetapan dari jauh!

Berikut merupakan spesifikasi penyejuk udara ini.

Spesifikasi:

  • Mod paparan LED
  • Pilihan angin: Norma wind, Natural wind, Sleep wind
  • Fungsi meghalang kebocoran air.
  • Dimensi (WxHxD) 350 x 880 x 390
  • Berat bersih 13.3
  • Penggunaan kuasa 145W
  • Voltan 220 – 240
  • Kapasiti air: 20L
  • Air volume 750m³/h
  • Frekuensi (Hz) 50Hz
  • 4 mod kelajuan kipas: soft, low, middle, high
  • Kelajuan motor tertinggi 1250
  • Jenis automatik swing kiri dan kanan.
  • Manual “Swing” atas dan bawah.

Beli/Lihat Sharp 20L:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

13. Khind EAC20 

Model yang mungkin agak dikenali oleh anda.

Antara kebaikan model atau jenama air cooler yang “well known” di Malaysia ini ialah:

  • Pad penyejukan jenis “honeycomb”
  • Mengunakan alat kawalan jauh
  • Tetapan masa 1, 2, 4 dan 8 jam
  • Litar ditutup selepas 15 jam beroperasi tanpa henti
  • Agak senyap
  • Tanpa “compressor”
  • Sesuai untuk keluasan ruang hingga 40 m²

Menyediakan warranti selama setahun! Agak meyakinkan untuk mebelinya!

Spesifikasi:

  • Model: EAC20
  • Voltan: 220-240V ~ 50Hz
  • Kapasiti Tangki Air: 20 Liter
  • Penghantaran Udara: 9.17m3 / min; 323CFM
  • Mampatan Air (mL / j): 2000mL / j
  • Tahap Kebisingan: + – 65dB
  • Berat Bersih: 8kg
  • Dimensi Produk: 390 x 342 x 897mm
  • Warna: Mati Putih
  • Waranti: 1 Tahun

Beli/Lihat Khind 20L:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

14. Dawa Turbo 19L

Penyejuk udara jenama Dawa dengan kapasiti yang lebih rendah iaitu 19 Liter air.

Kuasa yang digunakan juga rendah iaitu 100 watt yang mana pastinya menjimatkan penggunaan tenaga elektrik rumah anda.

Spesifikasi:

  • Model: AC-4000
  • Voltan: 220v – 240v
  • Frekuensi: 50Hz
  • Kapasiti Air: 19L
  • Penggunaan Air: 2-4L / H
  • Kuasa: 100w
  • Berat Bersih: 11KG
  • Saiz Pakej Dimensi: 560x390x830mm

Beli/Lihat Dawa Turbo 19L:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

15. Midea 15L MAC-215F

Merupakan jenama air cooler terbaik di Malaysia yang sesuai untuk ruangan bilik tidur!

Satu-satunya air cooler yang agak laris di Malaysia yang berkapasiti sederhana (15L) dengan lebih daripada 4k unit terjual semasa artikel ini diterbitkan.

Spesifikasi:

  • Pelbagai fungsi: Kipas / Pelembap / Pembersih Udara
  • Kipas 3-Kelajuan
  • Tersedia dengan pengion
  • Penapis tebal 40mm
  • Paparan led
  • Aroma Bau
  • Perlindungan Pam Matikan Auto
  • Pengayunan Sudut Lebar
  • kuasa: 60W (penjimatan tenaga super)
  • Kapasiti tangki 15L
  • Pemasa 7 Jam
  • dengan alat kawalan jauh

Beli/Lihat Midea 15L MAC-215F:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

16. Morgan 12L

Aliran udara sebanyak 1150m³ per jam sememangnya cukup bagus untuk menurunkan suhu sebuah bilik dengan cepat.

Morgan 12 L menjanjikan penjimatan tenaga elektrik yang optimum, 65 watt sahaja!

Semestinya antara jenama yang paling diyakini di Malaysia!

Spesifikasi:

  • Voltan Dinilai: 220-240V ~ (50-60Hz)
  • Nilai Watt: 65W
  • Dengan kapasiti tangki air yang besar: 12L
  • Aliran udara: 1150m³ / j
  • Penapis sarang lebah tahan lama dengan penutup kalis habuk
  • 3 in 1 Air cooler / Pembersih udara / Humidifier
  • Pemilihan 3 Kelajuan (L / M / H)
  • Dengan louver swing automatik kiri / kanan
  • 4 pek ais

Beli/Lihat Morgan 12L:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

17. Morgan 6L

Kualiti premium daripada jenama yang tidak asing lagi di Malaysia!

Sesuai untuk anda yang mempunyai bajet rendah!

Harga semasa: RM188.00 sahaja.

Sangat sesuai untuk ruang berukuran 15 hingga 20 meter persegi.

Spesifikasi:

  • Aliran udara yang kuat – 1130CBM
  • Penapis sarang lebah tahan lama
  • 3 in 1 penyejuk udara / pembersih udara / pelembap udara
  • 3 pilihan kelajuan: rendah / pertengahan / tinggi
  • Dengan louver swing kiri / kanan automatik
  • Dengan kapasiti tangki air yang besar: 6L
  • Dengan 2 pek ais
  • Voltan: 220-240v
  • Kuasa: 65w
  • Frekuensi: 50-60Hz
  • Berat bersih: 3.51kg

Beli/Lihat Morgan 6L:

LIHAT DI SHOPEE

18. Panalux PAC148

Panalux juga merupakan antara jenama air cooler yang agak terkenal di Malaysia.

Yang pastinya, penyejuk udara ini mampu menurunkan suhu antara 2 hingga 3ºC!

Spesifikasi:

  • 3 kelajuan
  • ayunan louver menegak automatik
  • Penapis anti-habuk
  • Roda untuk pergerakan mudah
  • Kuasa: 80W
  • Kapasiti air: 7.0L PAC-148
  • Voltan: 220-240V ~ 50Hz
  • Sesuai untuk saiz bilik sehingga 15 -20 meter persegi.

Beli/Lihat Panalux 7L:

LIHAT DI SHOPEE

19. Senyo BW101

Walaupun jenama yang “biasa-biasa” sahaja, tapi tahukah anda bahawa air cooler ini agak laris dan mendapat rating 5 bintang di Shopee Malaysia?

Sangat sesuai untuk diletakkan di bilik tidur anda!

Harga jualan RM149.00

Beli/Lihat Senyo BW101 5L:

LIHAT DI SHOPEE

20. Evaporate Air Cooler

Mungkin admin perlu senaraikan air cooler mini yang agak viral ini!

Telah terjual lebih daripada 15k unit di “online shopping” Malaysia!

Mungkin disebabkan harganya yang agak murah?

Mudah untuk digunakan, hanya isi penguapan udara dengan air, plagkan ke dalam soket USB dan hidupkannya!

Boleh menyedutkan udara panas melalui penapisnya, udara akan menjadi sejuk dan bersih

Berfungsi sehingga 8 jam tanpa henti.

Sesuai diletakkan di ruang tamu, dapur, bilik mandi, bilik tidur, pejabat.

Harga seunit: RM27.80

Beli/Lihat Evaporate Air Cooler:

LIHAT DI SHOPEE

LIHAT DI LAZADA

21. Air Cooler Terbaik Sharp

Air cooler terbaik jenama Sharp ini mendapat maklumbalas positif lebih daripada 5k pengguna terdahulu.

Dengan kapasiti air 6L, pasti cukup untuk menyejukkan suhu bilik anda.

Spsifikasi dan kelebihan:

  • Kapasiti udara 320 meter padu per jam
  • Fungsi automatik “swing”
  • Fungsi perlindungan kekurangan air
  • Paparan LED
  • Kelajuan kipas 4 tahap (Soft, Low, Middle & High)
  • Menggunakan alat kawalan jauh
  • Berat 7kg
  • Pengunaan kuasa 65 Watt
  • Kapasiti 6L air

Beli/Lihat Sharp Air Cooler:

LIHAT DI SHOPEE

LIHAT DI LAZADA

Leave a Reply