Viral: Padah ! Kerana Terlalu Obses Untuk Membesarkan Otot.

Majoriti setiap lelaki inginkan tubuh yang cantik, berotot dan menarik. Tetapi untuk mendapatkan badan yang sasa, berotot dan menjadi idaman wanita bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan ‘kerja keras’ atau sesi latihan berterusan yang memakan masa 1-5 tahun. Memang terdapat kaedah yang cepat untuk mencantikkan badan cuma ianya terlalu berbahaya kerana ianya melibatkan penggunaan dadah. Pengunaan dadah jenis steroid ini akan menimbulkan kesan negatif pada masa akan datang. Pendek kata, terlalu obses untuk membesarkan otot dalam jangka masa yang singkat akan membawa padah!.

Ahli Bina Badan, Romario Dos Santos Alves, menerima “padah” kerana terlalu obses untuk membesarkan otot badannya. Tidak berpuas hati dengan otot beliau, beliau mengambil langkah berbahaya dengan menyuntik sejenis “minyak” ke dalam ototnya. Kisah yang menarik perhatian para peminat bina badan ini telah divideokan oleh Barcroft TV.

Sila tontoni video lelaki tersebut dibawah:

Leave a Reply