Kaki Makan Air: 21 Tips Menghilangkan Kulat Air 2023

21 cara berkesan hilangkan kulat air@tinea pedis dengan cepat!

Bagaimana cara menghilangkan kulat air atau athlete’s foot?

Kami kongsikan pelbagai kaedah rawatan mudah di sini!

Apa itu kulat air?

Kulat air (tinea pedis) ialah merupakan jangkitan pada  kulit yang disebabkan oleh kutu air.

Persekitaran yang lembab, hangat serta pengap merupakan keadaan yang sesuai untuk kulat ini membiak. Tempat terbaik? di celah-celah jari kaki.

Ianya menyebabkan ketidakselesaan, biasanya menyebabkan rasa gatal, kaki berbau,serta kulit berkerak dan menebal.

Bagaimana ianya berjangkit?

Mitos menyatakan hanya mereka yang aktif bersukan atau “atlit” sahaja mengalami masalah kulat air.

Sebenarnya anda tersilap, kulat air boleh dialami oleh sesiapa sahaja sekiranya tidak menjaga kebersihan diri.

Anda gemar berkaki ayam ke bilik mandi, di kolam renang atau bilik persalinan awam? Anda berisiko tinggi untuk terkena kulat air!

Berkongsi tuala, stoking dan kasut dengan orang yang mempunyai masalah ini juga boleh mendapat jangkitan.

Mereka yang kerap memakai kasut ketat dan bertutup, kaki berpeluh dan sentiasa lembap juga berisiko tinggi mengalaminya.

Tips jauhi kulat air?

  • Pastikan kaki sentiasa kering
  • Jangan selalu memakai stoking atau kasut kerana ianya akan menyebabkan anda berpeluh dan boleh mewujudkan suasana yang ideal untuk kulat air.
  • Jangan gunakan stoking yang sama setiap hari, cuci dan bersihkan stoking anda.
  • Keringkan dan lap celah kaki anda selepas mandi atau selepas berada di tempat yang basah.
  • Bilamana berada di pejabat, benarkan kaki anda “bernafas”. Buka kasut dan gunakan sandal.
  • Ingat, kulat suka kawasan yang gelap dan lembap! “Kasut dan stoking” merupakan rumah terbaik mereka!

Sembuh sendiri?

Tidak, anda perlukan krim atau apa-apa kaedah tradisional yang terbukti untuk menyembuhkan masalah ini.

Tanpa usaha rawatan, kulat air semakin teruk dan menjangkiti celah-celah jari kaki yang lain!

Kami kongsikan pada perenggan berikutnya.

Anda perlu amalkan langkah pencegahan seperti yang kami nyatakan diatas.

Namun, anda tidak perlu risau kerana kutu air boleh dihilangkan dengan bahan yang mudah didapati di rumah anda atau farmasi terdekat.

1. Ubat Sapu

Ubat sapu terbahagi kepada 4 jenis utama iaitu:

  • Jenis Cair-sesuai untuk infeksi kulat air jenis kering
  • Krim-untuk kulit yang melepuh dan mengelupas
  • Gel-mengandungi petroleum jelly untuk mengekalkan kelembapan kulit
  • Semburan- Jenis spray

Jika anda ingin mendapatkan ubat sapu yang sesuai dan terbaik. Anda boleh lihat senarai berikut:

ALAMISIL

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA
Krim khas untuk atasi masalah kulat air. Merupakan krim yang disarankan dan popular di laman web Amazon.

Beli/Lihat Lamisil Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

BKRIM&SABUN HERBA

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA
Merupakan set khas athlete’s foot dan pelbagai masalah lain.

Sangat popular di Shopee Malaysia!

CSkin Guard

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA
Beli/Lihat Skin Guard Online:

Merupakan produk keluaran tempatan yang laris di Malaysia.

Tanpa steroid dan hanya menggunakan bahan organik.

Antara kegunaan selain untuk atasi kulat air ialah:

  • Sebagai bahan Antibakteria, bertindak membasmi dan menghapuskan bakteria.
  • Mempercepatkan proses penyembuhan
  • Merawat radang kulit.
  • Meredakan kesan gigitan seranggan
  • Merawat masalah kulit seperti ekzema, kurap, kayap, kulat air, kudis, bisul, ruam dan lain-lain.
  • Melembabkan kulit
  • Aroma terapi.

DLotrimin

 

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA

Produk Lotrimin Ultra 1 Minggu, krim antikulat yang digunakan untuk merawat jangkitan kulit seperti athlete foot, kurap, dan gatal di bahagian kelengkang.

Beberapa maklumat terperinci tentang produk ini adalah:

  • Mengandungi bahan aktif butenafine hydrochloride yang bertindak dengan menghalang pertumbuhan kulat yang menyebabkan jangkitan kulit.
  • Berkesan dalam merawat kaki atlet, kurap, dan gatal di bahagian selangkangan dalam masa seminggu.
  • Dapat digunakan untuk mengurangkan gejala seperti gatal, kemerahan, kulit bersisik, dan pecah-pecah pada kulit yang terinfeksi.
  • Krim ini mudah digunakan dan cepat diserap ke dalam kulit.
  • Tidak mengandungi pewangi atau bahan pengharum buatan, menjadikannya selamat untuk digunakan pada kulit yang sensitif.
  • Dijual dalam saiz 15 gram, mencukupi untuk merawat jangkitan kulit pada kawasan kecil dan mudah dibawa kemana-mana.
  • Namun, perlu diingat bahawa produk ini tidak boleh digunakan pada kawasan kulit yang teriritasi atau tercedera
  • Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor sebelum menggunakannya jika ada masalah alregi kulit atau sedang mengambil ubat-ubatan lain.

EBIG+ Foot Cures

 

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA

BIG Foot Cures Athlete’s Foot Spray, iaitu semburan anti-kulat yang digunakan untuk merawat jangkitan kulit seperti kaki atlet, gatal-gatal pada kaki, dan bau kaki.

Berikut adalah beberapa maklumat tentang produk ini:

  • Mengandungi bahan aktif clotrimazole dan asid salisilik yang membantu menghapuskan dan mencegah pertumbuhan kulat pada kulit.
  • Berkesan dalam merawat kaki atlet, gatal-gatal pada kaki, dan bau kaki.
  • Semburan ini mudah digunakan dan cepat diserap oleh kulit.
  • Tidak berbau dan tidak melekit, jadi selesa digunakan sepanjang hari.
  • Dijual dalam botol berukuran 100ml, mencukupi untuk penggunaan jangka panjang.
  • Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa produk ini tidak boleh digunakan pada kawasan kulit yang teriritasi atau terluka, dan disarankan untuk berunding dengan doktor sebelum digunakan jika anda mempunyai keadaan kesihatan tertentu atau sedang menggunakan ubat-ubatan lain.

FTinea Kare

Semak harga dalam pilihan dibawah:

SHOPEE MALAYSIA

LAZADA MALAYSIA
Three Legs Tinea-Kare diformulasikan khas dengan Clotrimazole yang menghalang sintesis ergosterol.

Ia mempunyai spektrum antimikotik luas tindakan in-vitro dan in-vivo, yang merangkumi dermatofit, ragi, jamur, dan lain-lain.

Semburan pam tanpa aerosol adalah pilihan yang mudah digunakan kerana memudahkan penggunaannya ke kawasan badan yang sukar dijangkau.

Ia juga higienis dan tidak meninggalkan lembapan pada kulit kerana larutan mengering dengan cepat, dengan bau aroma pain yang menyegarkan.

Beli/Lihat Tinea Kare Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

2. Garam

Garam merupakan cara menghilangkan kulat yang mudah diperolehi.

Garam merupakan bahan antiseptik yang mampu membunuh kulat dengan cepat jika diamalkan selalu.

Caranya amat mudah:

  1. campurkan 10 sudu makan garam dengan 2 cawan air hangat
  2. gaul hingga garam larut,
  3. letakan air garam tadi di bekas yang sesuai dengan saiz kaki anda,
  4. rendam kaki dengan air hangat dalam masa 20 minit.
  5. Lakukan perkara ini 3 kali sehari sehingga jangkitan beransur pulih.

3. Mandi atau bersiar-siar di tepi pantai

Seperti yang anda tahu, laut mempunyai kandungan garam yang banyak.

Jika anda gemar berjalan-jalan di tepi pantai, ada baiknya anda amalkan tabiat ini setiap hari selama 30 hingga 60 minit.

Dengan syarat kaki anda sentiasa berada di dalam air laut.

4. Tea Tree Oil

Minyak Tea Tree sememangnya berkesan menyembuhkan masalah kulit seperti infeksi kutu air.

Cara menggunakannya:

  1. Oleskan sahaja minyak di permukaan kulit yang terinfeksi sekurang-kurangnya 3 kali sehari sehingga kutu air menghilang sepenuhnya.

Beli/Lihat Tea Tree Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

5. Baking Soda

Selain digunakan dalam makanan, baking soda merupakan antiseptik yang berupaya untuk membunuh kulat.

  1. Campurkan 5 sudu teh baking soda dengan 2 gelas air suam
  2. Kemudian, rendamkan bahagian kaki yang dijangkiti selama 20 minit.
  3. Ulangi langkah ini setiap pagi dan petang setelah mandi.

6. Bawang Putih

Allicin dan minyak atsiri yang terkandung dalam bawang putih bertindak sebagai antibakteria dan antiseptik.

Anti radang yang terdapat pada bawang putih berupaya menghilangkan rasa gatal pada kulit yang dijangkiti kulat air.

Cara penggunaan:

  1. Ambil satu siung bawang putih.
  2. Tumbuk hingga hancur dan tempelkan pada bahagian yang dijangkiti.
  3. Balut selama beberapa jam.
  4. Ulangi langkah ini dengan kerap sehingga kulat air beransur hilang.

7. Ubi Kayu

Selain sebagai makanan, ubi kayu juga berupaya untuk membunuh athlete’s foot.

Caranya ialah:

  1. Parut isi ubi kayu
  2. Kemudian tempelkan pada bahagian kaki yang dijangkiti oleh kulat air.
  3. Balut sehingga ubi kayu menjadi kering.
  4. Ulangi langkah ini 2 kali sehari sehingga jangkitan menghilang sepenuhnya.

8. Daun Sirih

Caranya ialah:

  1. Rebuskan 15 helai daun sirih dengan 5 sudu makan garam ke dalam periuk menggunakan 3 cawan air.
  2. Gunakan air rebusan tadi sebagai rendaman kaki yang dijangkiti selama setengah jam.
  3. Lakukan kaedah ini dengan kerap sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

9. Teh

Teh juga berkesan dalam mengatasi masalah athlete’s foot. Berikut merupakan kaedah yang boleh diamalkan.

  1. Masukkan uncang teh ke dalam segelas cawan yang mengandungi air panas.
  2. Tunggu sehingga air teh menjadi hangat.
  3. Gunakan air teh ini sebagai rendaman kaki selama 20 atau 30 minit.
  4. Ulangi langkah ini dengan kerap.

10. Daun Keladi

Daun keladi mempunyai kandungan antibiotik, antioksidan polifenol serta antiseptik safonin yang terbukti dalam mengatasi masalah kaki makan air.

Caranya ialah:

  1. Tumbuk daun keladi, kemudian tempelkan pada bahagian yang terkena kulat air tadi.
  2. Ulangi langkah ini dengan kerap.
  3. Jika menggunakan kaedah ini, anda perlu berhati-hati agar tidak terkena bahagian kulit lain kerana kemungkinan kaedah ini akan menimbulkan rasa gatal pada kulit.

11. Cuka Epal

Cara-caranya ialah:

  1. Letakkan cuka epal di dalam bekas kecil seperti penutup botol atau sebagainya.
  2. Sapukan bahagian yang terinfeksi menggunakan cotton bud.
  3. Amalkan langkah ini setiap hari.

Beli Cuka Epal Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

12. Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa juga merupakan anti kulat yang sangat berkesan dalam mengatasi masalah disebabkan kulat air.

Juga bersifat anti radang yang mana meredakan rasa gatal pada kulit.

Hanya sapukan minyak kelapa pada bahagian yang terinfeksi sekurang-kurangnya 2 kali sehari, masalah jangkitan air akan beransur pulih.

Atau anda boleh dapatkan minyak kelapa extra berikut:

Beli/Lihat Minyak Kelapa Dara Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

13. Teh Hijau

Jika ada tidak mempunyai teh biasa, teh hijau juga mempunyai kesan yang sama seperti teh biasa.

Kandungan Polifenol dalam teh hijau bersifat antijamur dan antioksidan.

Anda hanya perlu merendamkan kaki anda pada larutan teh hijau yang hangat selama 30 minit, 2 kali sehari.

14. Cuka Putih

Gunakan cuka putih atau vinegar untuk mengatasi athlete’s foot.

Caranya mudah sahaja iaitu:

  1. Sapukan cuka putih pada bahagian celah kaki yang terlibat  menggunakan cotton bud.
  2. Lakukan kaedah ini 3 kali sehari sehingga jangkitan pada kaki semakin menghilang.

15. Hidrogen Peroksida

Menurut healthline, hidrogen perioksida sangat efektif dalam memusnahkan sel-sel kutu air@ athlete foots.

Gunakan cotton bud, sapu hidrogen perioksida pada bahagian yang dijangkiti.

Kawasan yang disapu mungkin menghasilkan sedikit bau tajam serta berbuih.

Anda boleh dapatkan hidrogen perioksida dengan mudah secara online berikut:

Beli/Lihat Hidrogen Perioksida Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

16.Minyak Bunga Matahari

Kajian mendapati dengan menyapu Sunflower Oil pada permukaan kulit kaki yang dijangkiti sekerap 2 kali sehari selama 6 minggu mampu mengatasi masalah kutu air.

Penggunaan berterusan selama 6 bulan akan mencegah kulat ini daripada tumbuh kembali.

Dapatkan minyak bunga matahri secara online berikut:

Beli/Lihat Minyak Bunga Matahari Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

17. Gel Lidah Buaya

Gel lidah buaya bersifat antiseptik dan anti radang yang sangat berkesan untuk kulit luka.

  1. Potong daun lidah buaya, oleskan di bahagian yang dijangkiti kulat air.
  2. Lakukan sekerap mungkin sehingga jangkitan semakin pulih.

Jika anda tiada tumbuhan lidah buaya, anda boleh dapatkan gel ini dengan pembelian online.

Gel ini banyak dijual di pasaran online dengan harga yang agak murah!

Beli/Lihat Gel Aloe Vera Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

18. Kayu Manis

Kulit kayu manis bukan sahaja digunakan sebagai rempah makanan. Ianya juga berkesan dalam mengatasi masalah kulat kaki ini.

Kaedahnya ialah:

  1. Tumbuk lumat 3-4 kepung kulit kayu manis, kemudian larutkan kedalam air hangat.
  2. Rendamkan kaki yang terinfeksi selama 30 minit, 2 kali sehari.
  3. Lakukan setiap hari sehingga luka beransur hilang.

Beli/Lihat Kayu Manis Online:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

19. Lemon

Kisar lemon bersama kulit, kemudian sapukan pada bahagian luka kutu air.

Amalkan langkah ini 2 atau 3 kali sehari, setiap hari sehingga luka beransur menghilang.

20. Minyak Masak Terpakai

Jangkitan kulat pada badan haiwan peliharaan seperti kucing bisa dihilangkan dengan menggunakan minyak goreng (minyak masak terpakai).

Namun, ianya juga boleh mengatasi masalah kutu air sepenuhnya seawal 3 hari.

Caranya amat mudah:

  1. Sapukan minyak goreng ke bahagian yang dijangkiti sebelum tidur.
  2. Biarkan sehingga pagi.

21. Ubat Gigi

Ubat gigi dikatakan dapat membantu dalam mengatasi masalah kutu air?

Bagaimana jika anda mencubanya ?

Caranya:

  1. Hanya perlu rajin oleskan pasta gigi pada permukaan kulit kaki yang dijangkiti 2 kali sehari.luka kutu air akan mengering dan beransur sembuh.

Sememangnya 20 cara menghilangkan kutu air ini terbukti sangat berkesan.

Dengan syarat, anda perlu rajin melakukannya setiap hari serta sentiasa menjaga kebersihan kaki.

Gunakan alas kaki seperti, selipar jika masuk ke tandas, atau kawasan yang lembab bagi memastikan kaki anda sentiasa kering.

Gunakan alas kaki yang mengandungi pengudaraan yang baik, jangan menggunakan sarung kaki yang sama setiap hari.

Leave a Reply