7 Makanan / Nutrisi [+ Vitamin] Penting untuk Perokok Tegar!

makanan penting untuk perokok

Perokok memerlukan pengambilan nutrisi/nutrien yang tertentu agar tahap kesihatannya (sekurang-kurangnya) setanding dengan bukan perokok.

Berikut adalah fakta yang setiap perokok perlu ketahui (akui):

  • Kandungan rokok (asap rokok) boleh merosakkan organ dan meningkatkan paras radikal bebas dalam tubuh anda.
  • Radikal bebas adalah komponen yang boleh merosakkan DNA (ini termasuk sperma & ovum [sel telur]) dan juga tisu badan.
  • Rokok sangat enak diambil selepas makan (pedas), sewaktu minum (kopi) dan selepas seharian tidak merokok.
  • Terhidu bau atau terlihat aksi merokok (dalam movie) sudah cukup untuk membuatkan perokok ingin merokok.

Perokok akan kehilangan nutrient tertentu dengan kadar yang lebih cepat jika dibandingkan dengan mereka yang tidak merokok.

Ini merupakan salah satu sebab yang menjadikan perokok ‘kurang sihat’.

Untuk mengatasi perkara ini berikut merupakan beberapa jenis makanan penting untuk perokok (termasuk vitamin).

Cadangan ini mudah untuk dipraktikan / diselitkan dalam diet harian anda:

Penafian: Berhenti merokok adalah penyelesaian yang terbaik. Pihak kami tidak bertanggungjawab jika anda menjadikan info ini sebagai alasan untuk terus merokok.

1. Ambil Vitamin C

vitamin c untuk perokok

Sebagai perokok. Pastikan anda ada mengambil Suplemen Vitamin C. Anda boleh beli dari mana-mana farmasi, supermarket dan juga kedai seperti Watson dan Guardian.

Bukan perokok memerlukan kira-kira 1,000mg vitamin C sehari. Perokok pula memerlukan 2 kali ganda jumlah tersebut, 2,000mg – 3,000mg sehari.

Dalam bahasa kasarnya, bahan kandungan rokok menyebabkan perokok kehilangan setengah daripada Vitamin C yang ada dalam badan.

Ini menyebabkan Vitamin C yang perlu untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat kurang.

Lebih teruk lagi jika seseorang itu kurang mengambil makanan yang mengandungi vitamin C.

Vitamin C juga dipercayai boleh mengurangkan kadar ketagihan terhadap rokok dan juga membantu penghapusan nikotin dalam badan.

Selain itu vitamin C penting sebagai bahan penstabil kepada Vitamin yang akan dinyatakan seterusnya iaitu vitamin E.

2. Ambil Vitamin E

vitamin e untuk perokok

Vitamin E adalah bahan antioksida yang sangat berkuasa. Ia adalah benteng pertahanan utama yang melawan asap rokok yang tiba di paru-paru.

Asap rokok membuatkan radikal bebas terbentuk. Vitamin E akan bergabung dengan radikal bebas tersebut untuk mengelakkan kerosakkan pada membran paru-paru.

Malangnya dalam proses ini juga kadang-kadang Vitamin E turut terpengaruh dan menjadi radikal bebas.

Sebab itulah penting untuk anda mengambil Vitamin E bersama-sama Vitamin C agar vitamin E dapat distabilkan dan bertahan sebagai bahan antioksida.

Pastikan anda mengambil Vitamin E. Ia mudah didapati daripada farmasi dan juga kedai-kedai kesihatan seperti Watson & Guardian.

3. Minum 1.8 – 2 liter Air sehari

minum air banyak

Air. Perokok ( dan bukan perokok) perlukan air. Minumlah air selalu.

Air membolehkan badan berfungsi dengan betul.Air membolehkan Vitamin C dan E berfungsi dengan sempurna.

Jika anda hisap rokok, lebihkan minum air. Biar kerap kencing sebab minum air. Itu baik.

Disyorkan minumlah 1.8 – 2 liter air sehari – Biarpun anda tidak haus. Lebihkan jika cuaca panas atau jika anda bersukan.

4. Makan Halia

makan halia

Halia baik untuk paru-paru perokok. Ia dapat membersihkan (detoks) paru-paru, menghilangkan mukus agar lebih selesa bernafas dan juga mengurangkan keradangan.

Untuk mengelakkan toksin berkumpul dalam paru-paru anda, ambil halia. Sekurang-kurangnya adalah sedikit toksin dibuang, bukan terus bertambah.

Bagaimana cara untuk mengambil (makan) halia?

Terdapat pil (kapsul) halia yang dijual @ boleh didapati di farmasi. Anda boleh juga mengambil makanan yang mengandungi bahan halia seperti ayam masak halia, sup halia dan sebagainya.

Terdapat juga variasi minuman seperti teh halia.

5. Makan Bawang Putih

makan bawang putih

Bawang putih, jika diambil mentah 2 kali seminggu akan mengurangkan risiko kanser sebanyak 50%.

Berikut merupakan kenyataan kajian yang dibuat oleh si Polan bin si Polan (Jin ZY, Wu M, Han RQ)

Akan tetapi, bawang putih memang baik untuk kesihatan.

Ia mengandungi bahan antioksida yang kuat (allicin) yang mana baunya juga kuat, yang berkebolehan untuk mengurangkan keradangan dan juga kerosakkan yang disebabkan oleh radikal bebas daripada rokok.

Anda boleh mendapatkan pil siap sedia bawang putih daripada farmasi atau kedai-kedai kesihatan.

Atau boleh buat sendiri ikut resepi ini: Jus Bawang putih

6. Lebihkan Sayuran & Buah-buahan dalam hidangan

ambil sayur dan buah

Pengambilan 5 atau lebih hidangan yang mengandungi sayuran dan buah-buahan dalam sehari mengurangkan risiko penyakit paru-paru bagi perokok.

Sayuran dan buah-buahan adalah sumber antioksida.

Oleh itu banyakkan pengambilan buah dan sayuran jika anda merokok.

7. Minum Teh

minum teh

Gantikan minuman kopi, nascafe, milo atau minuman bergas anda dengan teh.

Tanpa susu atau sedikit/tanpa gula.

Teh juga mengandungi antioksida yang kuat untuk kesihatan paru-paru dan badan anda.

Amalkan @ selitkan dalam diet anda setiap hari

Berikut merupakan ringkasan daripada senarai diatas:

  • Gantikan salah satu hidangan minuman anda dengan teh
  • Ambil vitamin C dan E setiap pagi atau sebelum tidur
  • Pastikan setiap hidangan anda mengandungi sayur
  • Pilih hidangan yang mengandungi bawang putih atau halia
  • Ambil buah setiap kali selepas/sebelum hidangan utama anda
  • Minum air setiap 30 minit.

Amalkan jika anda merokok untuk memperbaiki taraf kesihatan diri anda. Kongsikan jika post ini bermanfaat.

Leave a Reply