Pengidap kanser tahap 4 ini meminum 2.5 kg jus lobak selama 8 bulan ? Memang benar, Ann Cameron merupakan seorang wanita yang tabah dan tidak berputus asa atau berserah kepada takdir walaupun dia telah disahkan mengidap kanser tahap 4. Kanser tahap 4 merupakan tahap yang kritikal dan peluang untuk sembuh atau pulih sangatlah tipis. Kebanyakan pengidap kanser tahap ini hanya boleh hidup dalam beberapa bulan sahaja.
Siapa sangka, dengan amalan meminum 2.5 kg jus lobak merah telah mengubah takdir hidup Ann Cameron. Menurut iheartintelligence, Ann Cameron merupakan seorang penulis buku kanak-kanak, telah disahkan mengidap kanser kolon. Jun 2015 merupakan titik hitam dalam hidupnya dimana dia telah melakukan pembedahan apabila penyakit kansernya memasuki peringkat 3. Perkara ini bukanlah perkara baru baginya kerana pada tahun 2005, suaminya telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru walaupun telah beberapa kali menjalankan rawatan kemoterapi.
Beliau tidak mahu kejadian sama yang menimpa suaminya berlaku kepada dirinya. Beliau tidak melakukan rawatan kemoterapi seperti mendiang suaminya. “Saya telah disahkan mengidap kanser kolon dan melakukan pembedahan pada Jun 2012. Saya rasa lebih sihat dan mengelakkan rawatan kemoterapi. Tetapi 6 bulan kemudian penyakit kanser saya telah menyerang paru-paru dan saya disahkan mengidap kanser tahap 4”, Kata Ann.
Ann tidak berputus asa, beliau berusaha mencari jalan penyelasaian bagi merawat penyakitnya. Akhirnya beliau telah terbaca mengenai Ralph Core, lelaki berumur 26 tahun yang mengidap kanser kulit. Ralph menceritakan kisah beliau sembuh apabila meminum 2.5 kg jus lobak setiap hari.
Ann pun mencuba kaedah yang dilakukan oleh Ralph Core iaitu dengan meminum 2.5 kg jus lobak setiap hari. Selepas 6 minggu, dia melakukan pemeriksaan dan mendapati pertumbuhan sel kanser telah terbantut, saiz tumor dan kelenjar limpa mulai berkurang. 4 bulan berikutnya, tisu-tisu mulai kembali kepada asal dan tumor mulai hilang.
Selepas 8 bulan, pemeriksaan tomography menunjukkan kanser telah hilang !
Bagaimana lobak boleh menyembuhkan penyakit kanser ? Jus lobak kaya dengan “racun perosak semulajadi” yang bersifat anti-kanser dan juga alkohol berminyak. Karotin yang banyak terdapat pada lobak juga menghalang sel tumor daripada berkembang.
Selepas sembuh daripada penyakit kanser, Ann Cameron kemudiannya menulis buku bertajuk “Curing Cancer With Carrots, yang boleh dibeli melalui Amazon.
Sila kongsi info ini kerana ianya mungkin boleh membantu menyelamatkan nyawa seseorang!.
sumber: theawesomeinfo.com