Info Santai: Benarkah Lobak Merah Boleh Memperbaiki Daya Penglihatan Kita ?

Seringkali orang disekeliling kita, rakan-rakan kita berkata bahawa lobak merah amat baik untuk mata. Kita mungkin secara umumnya mengetahui bahawa lobak memang baik untuk memperbaiki daya penglihatan kita. Kesimpulannya kita hanya mengetahui akan perkara ini secara umumnya sahaja tanpa mengetahui bagaimana pula prosesnya.

Benar, dalam keadaan tertentu lobak membantu dalam menambahkan daya penglihatan kita. Badan kita menggunakan Beta Karotena untuk membuat vitamin A dimana vitamin A ini sangat penting dalam menukarkan cahaya kepada isyarat yang boleh dihantar ke otak kita dan membenarkan kita untuk melihat sesuatu objek dalam keadaan walaupun dalam keadaan cahaya yang amat kurang seperti waktu malam.

Tahukah anda bahawa korena mata juga boleh hilang daripada mata jika tidak mempunyai vitamin A yang mencukupi? Setiap tahun 250,000 hingga 500, 000 kanak-kanak kehilangan deria penglihatan akibat kekurangan vitamin A.

Kesimpulannya, memang benar bahawa makan lobak dapat membantu kita dalam menambahkan daya penglihatan. Makan terlalu banyak lobak tidak bermakna badan kita akan dipenuhi dengan vitamin A. Apabila vitamin A dalam badan kita telah cukup maka beta karotena lebihan tadi tidak akan ditukarkan menjadi vitamin A. Oleh itu, banyakkan memakan lobak bagi mengekalkan kesihatan mata kita.

Leave a Reply