20 Tips Gaya Hidup Sihat untuk Bersama!

gaya hidup sihat

Artikel gaya hidup sihat untuk hidup lebih gembira, bermakna dan umur lebih panjang!

Bagaimana taraf kesihatan anda sekarang?

Adakah makan anda teratur? Bersenam tiap hari? Minum air cukup? Tidur cukup?

Jangan ambil mudah perihal kesihatan anda.

Hari ini mungkin badan kita berfungsi dengan betul, hari esok kita tak tahu apa jadinya.

Ada harta berlambak pun tak guna kalau kesihatan kita tak baik. Apa pun tak boleh buat. Hidup tak gembira.

Jagalah kesihatan diri. Bermula dari sekarang.

Berikut merupakan tips dan ciri-ciri gaya hidup sihat untuk rujukan anda.

Tips 1 Minum air secukupnya

minum air antara gaya hidup sihat

Air sangat-sangat penting untuk tubuh badan.

Badan guna air untuk menjalankan fungsinya dengan betul. Untuk angkut nutrien, angkut oksigen dan juga buang bahan kumuh.

Kita kehilangan air setiap hari melalui aktiviti seperti buang air kecil, air besar, berpeluh, pernafasan.

Oleh itu penting untuk kita minum air bagi menggantikan air yang hilang itu.

(Minum dahulu sebelum teruskan membaca)

Berapa banyak air yang anda perlukan setiap hari?

Anda boleh jadikan 8 gelas sehari sebagai panduan dan lebihkan dalam keadaan seperti berikut:

  • Air kencing berwarna kekuningan
  • Cuaca panas dan anda banyak berpeluh
  • Jika anda menyusukan anak

Dan adalah amat digalakkan untuk anda mengambil air:

  • Setiap jam
  • Sebelum anda mengambil makanan

Tips 2 Tidur secukupnya

tidur secukupnya

Anda akan kelihatan lebih tua dari umur sebenar jika tak cukup tidur!

(dan boleh jadi gemuk)

Tidur cukup (pada masa yang sesuai) melindungi kesihatan mental, fizikal, kualiti hidup dan juga keselamatan anda.

Tidur membolehkan otak anda menyusun semula segala infomasi (input) untuk menghadapai hari yang seterusnya.

Tidur bagi kanak-kanan dan remaja penting untuk tumbesaran.

(Oleh itu jangan marah bila anak anda asyik tidur…)

Tidur diperlukan untuk proses penyembuhan jantung dan salur darah. Sebab itulah risiko penyakit jantung, buah pinggang, strok dan diabetes sering dikaitkan dengan tak kecukupan tidur.

Sistem imun badan juga dipengaruhi oleh tidur yang cukup. Bila tak cukup, kita lebih mudah jatuh sakit.

Tidur juga menstabilkan hormon yang membuatkan anda rasa lapar.

Oleh itu tidurlah dengan cukup, sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

Tips 3 Amalkan meditasi

meditasi adalah gaya hidup sihat

Meditasi adalah proses menenangkan fikiran dan jiwa anda.

Antara kebaikkan meditasi adalah:

  • Kurangkan stress – sebab utama anda perlu bermeditasi
  • Mengawal perasaan bimbang, gelisah
  • Mengalakkan kesihatan emosi
  • Menjadikan tidur lebih berkualiti
  • Membantu mengurangkan masalah tinggi tekanan darah
  • Meningkatkan kesedaran diri
  • Meningkatkan fokus anda
  • Mengatasi masalah pelupa
  • Menjadikan anda lebih baik hati…
  • Membantu mengawal ketagihan (pada rokok, alkohol dan sebagainya…)

Semua ini amat baik untuk diri anda, kesihatan diri anda.

Bagaimana nak bermeditasi?

Anda boleh lihat video ini sebagai rujukan:

Amalkan sekali sehari untuk kesihatan diri anda.

Tips 4 Bersenam

bersenam untuk gaya hidup sihat

Bersenam memberikan banyak sekali faedah pada diri kita – Umur panjang, merendahkan risiko penyakit, tulang lebih kuat, membantu mengurangkan masalah berat badan dan banyak lagi.

Anda nak tahu betapa pentingnya senaman pada diri anda?

Buat ujian ringkas ini:

Duduk atas kerusi, kemudian dengan menggunakan sebelah kaki sahaja cuba perlahan-lahan berdiri.

Jika anda dapat lakukan, tahniah dan teruskan bersenam. Jika aktiviti tersebut susah untuk anda anda patut mulakan bersenam hari ini.

Bersenam tak semestinya anda perlu ke gim atau beli kasut baru untuk jogging.

(Suda tentu ia adalah pilihan terbaik jika anda dapat lakukannya)

Dalam kehidupan harian anda yang sibuk anda boleh selitkan aktiviti seperti:

  • Pilih untuk berjalan kaki @ parking jauh daripada tempat tujuan
  • Pilih untuk naik tangga
  • Buat kerja-kerja rumah, menyapu, cuci piring dan sebagainya
  • Cuci kereta
  • Berkebun dan banyak lagi

Kunci utamanya disini, untuk bersenam banyakkan bergerak. Kurangkan kedudukan statik.

Tips 5 Pilih senaman yang menarik minat anda

Melainkan anda mempunyai sumber motivasi yang sangat kuat, adalah sangat sukar untuk anda konsisten bila jenis senaman yang anda pilih tidak disukai.

Jika anda tak suka jogging, tukar ke aktiviti lain. Contohnya permainan paintball.

Menari contohnya, amat seronok jika digabungkan dengan muzik kesukaan anda.

Bersenam bukan bertujuan untuk menyeksa diri anda.

(Melainkan anda seorang atlit atau ahli bina badan)

Ia adalah untuk kesihatan dan pada masa yang sama anda berasa seronok melakukannya.

Tanya diri anda apakah aktiviti yang anda sukai dan boleh mengeluarkan peluh?

Tips 6 Gerakkan ‘semua’ bahagian tubuh anda

hiking senaman untuk semua bahagian badan

Anda bersenam setiap hari – Ambil dumbell, angkat turun naik, 3 set, peluh keluar cukup.

Tidak salah, tapi bagaimana dengan bahagian lain dalam badan anda?

Lepas setahun angkat dumbell, bicep jadi bulat, tangan anda jadi besar dan berotot. Perut anda masih lagi boroi dan dada anda masih lagi kempis ?.

Sama juga dengan jogging (kardio).

Jika anda jogging sahaja, anda mungkin menjadi kurus, sedikit hitam akibat matahari.

Bila jumpa kawan yang dah lama tak jumpa dia akan tanya anda, ” Awak ok ke? Sakit ke?”

Untuk tubuh badan yang sihat dan kelihatan sihat, cuba gerakkan semua bahagian badan anda.

Jangan tumpuh satu bahagian sahaja.

Aktiviti sukan seperti berenang, hiking, basketball, tennis, squash dalah contoh terbaik yang membolehkan semua bahagian dalam badan anda terlibat.

Tips 7 Ambil buah-buahan

ambil buah

Sekurang-kurangnya ambil lah satu hidangan buah-buahan dalam sehari.

Buah yang anda makan memberikan lebih banyak manfaat kesihatan daripada sebiji pil vitamin C.

Contohnya buah oren mengandungi antioksida yang mana membantu memperlambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.

Masa terbaik untuk pengambilan buah adalah waktu pagi (selepas bangun tidur) dan sebelum makan malam.

Tips 8 Pelbagaikan ‘warna’ buah dan sayur yang diambil

pelbagai warna buah sayuran

Buah dan sayur mempunyai pelbagai warna yang mana merujuk kepada kandugan antioksidanya, nutrien dan juga phytonutrientsnya.

Nak ambil warna mana satu?

Ambil semua – pelbagaikan warna pengambilan.

Pengambilan pelbagai jenis buah/sayuran juga memperbagaikan ‘bakteria baik’ dalam usus kita yang mana membantu meperkuatkan sistem pertahanan badan.

Berikut merupakan warna buah/sayur dan kandungannya:

(warna merujuk kepada bahagian yang dimakan, contohnya warna isi buah)

  • Ungu / Biru – Mengandungi anthocyanin, sejenis antioksida yang membawa banyak faedah kesihatan pada jantung. Makin gelap warnanya, makin tinggi kandungannya. Contohnya, terung dan bluberri.
  • Hijau – Mengandungi chlorophyll dan juga isothiocyanates. Mengurangkan agen karsinogenik dari hati. Juga mengandungi vitamin K, folic acid, potassium. Contohnya, brocoli hijau dan sayur sawi.
  • Hijau kekuningan / kuning – Kaya dengan lutein, yang mana penting untuk mata. Sangat berguna untuk menghalang masalah penglihatan bila umur dah lanjut. Contohnya kiwi, buah lemak
  • Merah – Mengandungi lycopene, antioksida yang kuat, mengurangkan risiko kanser dan serangan jantung. Contohnya, tomato, tembikai
  • Kuning / Oren (jingga) – Mengandungi carotenoid atau beta karotene untuk kanser perut. Retinol untuk masalah jerawat dan kulit berkedut. Vitamin A untuk imun sistem dan penglihatan yang baik. Contohnya mangga, lobak, labu kuning
  • Tiada warna (putih / jernih) – Pebagai jenis flavanoid yang mana membantu melawan radikal bebas yang berbahaya pada badan. Contohnya isi terung.

Tips 9 Elakkan makanan proses

Makanan yang telah diproses kurang baik kerana:

  • Banyak kandungan nutrisi telah hilang sewaktu diproses
  • Bahan pengawet yang ditambah tidak baik untuk badan
  • Kandungan garam yang tinggi yang

Garam berlebihan boleh menyebabkan darah tinggi dan penyakit jantung.

Tips 10 Sayangi diri anda

sayangi diri anda

Menyayangi diri sendiri adalah penting untuk menjalani kehidupan harian yang sihat.

Jika setiap hari anda memaki @ memarahi diri sendiri ia memberi kesan buruk terhadap mental dan juga fizikal anda.

Terimalah diri anda seadanya.

Sayangi diri anda.

Tips 11 Jauhkan diri daripada orang yang negatif

jauhkan diri dari orang negatif

Mental positif adalah sebahagian daripada faktor utama untuk menjalani gaya hidup yang sihat.

Jika anda rasakan terdapat unsur negatif yang melampau dengan rakan yang sering bersama dengan anda, lepaskan mereka.

Anda tidak perlu simpan racun atau hidup bersama racun.

Tips 12 Buang ‘negatif’ dari dalam diri anda

Buang juga segala kenegatifan dari dalam diri anda.

Jika dibandingkan dengan ‘buang orang yang negatif’, buang negatif dalam diri mungkin agak sukar.

Salah satu cara untuk buang segala perasaan negatif tersebut adalah dengan meluahkannya, jangan pendam.

Apabila perasaan negatif mula melanda:

  1. Ambil kertas dan pen.
  2. Tuliskan segala perasaan negatif yang muncul. Jika anda tak tahu nak tulis apa, tulis ‘saya tak tahu nak tulis apa…dan seterusnya’
  3. Teruskan untuk menulis seberapa lama yang diperlukan sehingga fikiran anda menjadi ringan @ kosong

Bila anda kembali tenang, cuba lihat semula apa yang anda tulis.

Anda akan perasan apa yang anda tulis tersebut bercampur aduk. Contohnya sekejap risau pasal masa depan, sekejap fikir bila nak balik kampung, kejap fikir pasal abang Joe ada pasangan lain…

Jika anda biarkan semua ini kekal dalam fikiran anda, kesihatan mental akan terjejas. Sebab itulah perlu buang @ luahkan.

Tips 13 Bernafas dengan dalam

tarik nafas dengan mendalam

Luangkan masa beberapa ketika dalam sehari untuk melakukan pernafasan secara mendalam.

Adakah anda tahu kebanyakan antara kita ketika bernafas hanya menggunakan 1/3 daripada kapasiti paru-paru?

Salah satu kelebihan terbesar bernafas dengan dalam ini adalah mengurangkan stres.

Stres melemahkan sistem imun badan kita, menjadikan kita lebih cenderung untuk mendapat masalah kesihatan.

Stres jika tidak diatasi dalam jangka masa panjang akan menjadi penyebab kepada kemurungan (depression).

Oleh itu bila anda berhadapan dengan situasi yang menimbulkan stres contohnya trafik sesak atau masalah dengan pasangan, tariklah nafas dalam-dalam.

Tips 14 Kurangkan pengambilan gula & garam

kurangkan makanan bergula

Pengambilan gula berlebihan menjadi penyebab kepada masalah berat badan berlebihan.

Pengambilan garam berlebihan pula akan menyebabkan risiko tekanan darah tinggi dan juga penyakit jantung.

Tips 15 Kekalkan berat badan ideal

Berat badan berlebihan atau obesiti meningkatkan risiko penyakit seperti diabetes, penyakit jantung dan kanser.

Untuk mengetahui berat badan ideal anda gunakan formula berikut:

Berat ideal minimum, kg = 18 x tinggi(m) x tinggi(m)

Berat ideal maksimum, kg = 24 x tinggi(m) x tinggi(m)

Contohnya jika tinggi anda 1.72m:

Berat ideal minimum = 18 x 1.72 x 1.72 = 53kg.

Berat ideal maksimum = 24 x 1.72 x 1.72 = 71kg.

Berat badan ideal anda sepatutnya berada dalam lingkungan 53-71kg

Tips 16 Kurangkan makanan bergoreng

kurangkan makanan bergoreng

Makanan bergoreng berkemungkinan mengandungi bahan acrylamide.

Ianya terhasil daripada tindakbalas kimia antara gula dengan amino asid yang dikenali sebagai asparagine.

Acryamide adalah bahan toksik yang mana boleh menyebabkan kanser.

Tips 17 Berhenti merokok

berhenti merokok

Jelas sekali merokok bukan gaya hidup sihat!

Merokok menjejaskan kesihatan.

Merokok meninggikan risiko kanser paru-paru, buah pinggang, saluran pernafasan.

Ia juga boleh menyebabkan penyakit jantung dan banyak lagi.

Berhentilah merokok.

Hidup anda akan bertambah lebih baik. Bukan saja diri anda malah keluarga dan juga orang di sekitar anda.

Tips 18 Buat pemeriksaan kesihatan

pemeriksaan kesihatan

Jumpa doktor lebih kerap untuk pemeriksaan kesihatan.

Ada penyakit tak bagi simptom apa-apa sehinggalah bila dah sampai ke peringkat yang kritikal.

Jika ada yang tak kena, sekurang-kurangnya anda tahu lebih awal dan boleh buat rawatan.

Jika semuanya normal, tahniah! Dan teruskan gaya hidup yang sihat.

Banyak kebaikkan yang boleh anda perolehi jika anda berani untuk menolak.

Tips 19 Ambil suplemen tambahan

suplement tambahan

Walaupun anda sudah atur sebaiknya diet anda, ada kalanya akan kurang zat besi atau vitamin yang diperlukan untuk tubuh badan kita.

Kita tak pasti.

Nota: Saya gunakan Blackmores Multivitamin dan juga Blackmores Fish Oil sebagai suplemen tambahan harian saya.

Bergantung pada diet anda dan juga nasihat daripada doktor anda.

Tips 20 Mempunyai tujuan hidup

hala tuju hidup

Dalam dunia kita, terdapat tempat yang dipanggil ‘Blue Zone‘ yang mana penduduknya rata-rata berumur panjang dan mempunyai tahap kesihatan yang amat tinggi.

Daripada kajian yang dibuat, penduduk yang tinggal di ‘Blue zone’ tersebut berkongsi 9 cara hidup dan salah satunya ialah:

Mempunyai tujuan hidup

Menurut kajian, seseorang yang mempunyai tujuan atau halatuju hidup yang kuat dan berterusan juga lebih cenderung untuk hidup lebih lama.

Bagaimana dengan anda?

Jika anda hidup hanya untuk menghadapi hari esok mungkin sudah tiba masanya untuk memikirkan tujuan hidup anda.

—–

Jalani gaya hidup sihat, amalkan tips ini dan hidup anda pasti akan lebih bermakna!

Leave a Reply