Bagaimana cara menghilangkan panu di muka ? Ketahui 20 cara mudah bagaimana hilangkan panu di wajah seawal sehari dengan kaedah tradisional hanya menggunakan bahan yang ada di rumah anda.
Panu muka merupakan tompokan biasanya berwarna putih, kekadang coklat, hitam yang terdapat pada permukaan kulit muka yang disebabkan oleh jamur Malassezia. Jika tidak diubati tompokan putih pada muka akan membesar. Kehadiran panu pada muka akan menyebabkan rasa gatal, terutamanya apabila berpeluh.
Pendek kata, panu menyebabkan seseorang menjadi kurang yakin akan penampilan diri. Oleh itu, perlunya menjaga penampilan diri dengan mengenali cara bagaimana hilangkan panu di muka dengan cepat dan mudah.
1. Lengkuas
Gunakan lengkuas yang segar, dipotong, gosokkan lengkuas (bahagian yg dipotong) pada panu selama 5 minit ataupun sehingga panu kemerahan. Amalkan 2 kali sehari sehingga panu beransur hilang. Flavonoid, amilum, dan kuersetin merupakan agen yang membunuh kulat panu.
2. Lengkuas dan Garam
Tumbuk 2 jari lengkuas dan campurkan dengan 1 sudu teh garam. Tempel di permukaan kulit yang berpanu selama 30 minit. Kemudian bilas dengan air. Lakukan perkara ini 2 kali sehari sehingga panu hilang.
3. Kunyit
Terdapat dua cara yang biasa dipraktikkan iaitu pertama, kupas kunyit kemudian gosokkan pada permukaan kulit yang ditumbuhi panu. Gosokkan sehingga kulit menjadi merah. Cara kedua ialah tumbuk kunyit dan tempelkan pada panu dalam 15 hingga 20 minit. Kemudian, basuh muka dengan air suam. Lakukan pengulangan kaedah ini sekurang-kurangnya 2 kali sehari untuk hasil yang maksimum.
4. Bawang putih
Bawang putih terkenal dengan antifungi dan antibiotik semulajadi. Caranya sangat mudah iaitu, ambil 1 siung bawang putih, potong 2 bahagian, gosokan bawang putih pada panu selama 5 minit. Ulang langkah ini 2 kali sehari sehingga panu beransur hilang.
5. Jeruk Nipis (limau nipis)
Kandungan Flavonoid dalam jeruk nipis merupakan antioksidan yang kuat. Asam sitrat menjadikan jeruk nipis sebagai anti kulat yang kuat. Cara menggunakannya ialah, campurkan air perahan jeruk nipis dengan belerang (ditumbuk halus). Gaul hingga berbentuk krim, sapukan pada panu. Biarkan sehingga kering dan cuci dengan air. Ulangi langkah ini sekurang-kurangnya sekali sehari.
6. Belimbing Wuluh
Sediakan sebiji belimbing wuluh, potong 4 bahagian, usap-usapkan jus belimbing wuluh pada bahagian muka yang berpanu. Ulangi langkah ini sekurang-kurangnya 2 kali sehari sehingga panu menghilang.
7. Minyak Tea Tree
Campurkan 1 sudu minyak kelapa dan 5 titis minyak tea tree. Gaul sehingga minyak itu menjadi sebati. Dengan menggunakan cotton bud, sapukan pada permukaan kulit muka yang berpanu. Ulangi langkah ini, 3 kali sehari sehingga panu menghilang.
8. Minyak kelapa Dara
Kajian mendapati minyak kelapa bertindak balas dalam menghapuskan sel-sel kulat atau jamur.
Caranya mudah iaitu sapukan sahaja minyak kelapa dara pada panu sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Ulangi langkah ini setiap hari sehingga panu beransur hilang.
9. Minyak Oregano
Carvacrol yang terdapat pada minyak oregano berpotensi dalam menghapuskan jangkitan bakteria, kulat, parasit dan virus. Sapukan minyak oregano pada kulit yang dijangkiti jamur panu. Lakukan langkah ini 2-3 kali sehari selama seminggu atau panu hilang sepenuhnya.
10. Apple Vinegar
Campurkan 1 sudu cuka epal dengan 1 sudu air. Rendamkan cotton bud pada campuran cuka epal tadi kemudan sapukan pada kulit muka yang berpanu. Biarkan sehingga kering dan bilas dengan air hangat. Ulangi langkah ini secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali sehari sehingga panu menghilang.
11. Yogurt
Sediakan yogurt tawar, sapukan pada permukaan kulit yang berpanu. Biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan dengan air suam. Seperti biasa, lakukan langkah ini sekurang-kurangnya 2 atau 3 kali sehari sehingga panu hilang sepenuhnya.
12. Daun Lidah Buaya
Protein 14 kDA dalam pokok lidah buaya sarat dengan kandungan antiradang dan antikulat. Ambil sepotong daun lidah buaya, sapukan gelnya pada permukaan kulit muka yang ditumbuhi panu. Ulang langkah ini 2 hingga 3 kali sehari sehingga panu hilang sepenuhnya.
13. Buah Pinang
Ambil beberapa biji pinang muda, tumbuk untuk mendapatkan airnya. Sapukan pada kulit muka yang berpanu. Amalkan sekerap mungkin sehingga panu beransur hilang.
14. Daun Kesum dan Minyak Tanah
Campurkan segenggam daun kesum dan sedikit minyak tanah. Gosokkan pada kulit yang berpanu. Amalkan selama beberapa hari. Nescaya panu akan hilang.
15. Halia
Ambil serta potong halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Sapukan pada kulit muka yang berpanu. Biarkan dalam masa 15-20 menit kemudian basuh muka dengan air bersih. Amalkan setiap hari.
16. Bawang Putih dan Halia
Kebiasaanya bahan ini mudah diperolehi di dapur anda. Tumbuk dua ulas bawang putih dan sedikit halia. Sapukan pada kulit yang berpanu. Biarkan sehingga kering. Amalkan petua ini setiap hari sekurang-kurangnya 2 kali sehari sehingga panu hilang di muka.
17. Daun Pinang (Sireh)
Tumbuk daun pinang sehingga hancur dan sapukan ke atas lapisan kulit muka yang berpanu. Biarkan kering kemudian cuci bersih.
18. Daun Belimbing
Tumbuk beberapa helai daun belimbing, sedikit beras dan asam jawa. Tumbuk sehingga lumat atau hancur. Kemudian tempelkan ke lapisan kulit yang berpanu. Biarkan sehingga kering dan setelah itu cuci bersih. Lakukan setiap hari sehingga panu hilang.
19. Daun Gelenggang
Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit muka yang berpanu dan biarkan selama 15-20 minit. Selepas kering, bilas hingga bersih. Lakukan setiap hari sehingga panu hilang.
20. Pucuk Lada
Ambil beberapa pucuk lada. Tenyeh pada muka yang dijangkiti panu. Gosokkan sehingga panu kemerahan. Amalkan petua ini sehingga panu hilang.
Kesimpulannya, panu sebenarnya senang untuk diubati. Apa yang penting, amalkan cara menghilangkan panu di muka yang telah dikongsikan ini secara berkala, serta jaga kebersihan muka selalu. Pasti anda akan memperolehi kesembuhan total.