[Terbaru 2019+ Gambar] Tutorial Cara Menghapus Akun Google Di Android

Panduan bergambar cara menghapus akun google yang ter “set” di android 2019.

Bilamana kita login akun google seperti gmail, google drive, google photo dan sebagainya melalui hp android, biasanya akun google kita akan ter “set” di hp tersebut.

Orang lain yang meminjam hp kita mungkin dengan mudah boleh mengakses ke dalam akun google kita. Kecurian data mungkin boleh berlaku, data-data peribadi kita boleh dilihat oleh orang lain dengan hanya “one click” sahaja.

Walaubagaimanapun, anda boleh menghapus akun google yang di “set” di android dengan hanya beberapa langkah sahaja.

Jom kita pelajari langkah menghapus akun google di android !

Pergi ke akaun gmail android anda seperti dalam gambar berikut:

Kemudian, klik bahagian sudut atas sebelah kiri hp anda seperti yang dibulatkan dengan warna hitam dalam gambar dibawah:

Sila klik pada bahagian yang dibulatkan dengan warna hitam seperti dalam gambar:

Kemudian, paparan seperti gambar dibawah akan muncul. langsung sahaja klik “Manage accounts”.

Seterusnya, anda akan dibawa ke paparan seperti dalam gambar dibawah:

Terus sahaja klik pada akun google yang anda ingin hapuskan.

Kemudian, paparan seperti dalam gambar dibawah akan muncul.

Jangan ragu-ragu lagi, langsung sahaja klik butang “Remove account”.

Paparan seterusnya akan muncul seperti dalam gambar dibawah.

klik “OK”

Sekarang, akun google di HP android anda telah berjaya dihapuskan. Biasanya, paparan seperti dalam gambar berikut akan muncul

Akun google di hp android anda kini selamat. Orang lain tidak boleh mengakses akun google anda jika anda sentiasa mengikuti panduan yang diberikan setiap kali ada rakan anda ingin meminjam atau menggunakan hp android anda.

Sila kongsi artikel ini jika ianya bermanfaat untuk anda.

Terima kasih !