10 Alat Potong Mozek Terbaik & Terlaris Di Malaysia 2021

Alat potong mozek merupakan alat yang sangat berguna terutamanya dalam bidang pembinaan bangunan-bangunan konkrit, tidak kira kira rumah, pusat membeli belah, bangunan pencakar langit dan sebagainya.

Dalam artikel ini kami akan kongsikan maklumat dan penerangan terperinci mengenai alat pemotong mozek yang juga dikenali sebagai “tile cutter”.

Apa itu Pemotong Mozek?

Pemotong mozek ataupun tile cutter merupakan alat mudah yang digunakan untuk memotong kepingan seramik, porcelain, jubin atau mozek dalam garis lurus.

Pemotong ini digunakan sebelum pemasangan jubin terutamanya di bahagian sudut yang perlukan pemotongan lurus.

Manual Cutter

Berikut merupakan komponen yang terdapat dalam tile cutter manual

  • Pemegang
  • Carriage
  • Tapak
  • Slide Rails
  • Scoring wheel
  • Breaker
  • Pembaris/Penunjuk
  • Stop
  • Sayap Penyokong

Electric Cutter

Pemotong mozek elektrik garis lurus pula terdiri daripada:

  • Tapak letak mozek
  • Pemegang
  • Suis trigger
  • Dan mata pemotong

Pemotong elektrik ini juga boleh digunakan untuk memotong permukaan marmar.

Pemotong jenis grinder pula menggunakan mesin grinder yang dipasangkan dengan mata pemotong khas mozek.

Jenis-jenis Tiles Cutter

Ada beberapa alat dan cara yang biasa digunakan untuk memotong mozek.

Berikut merupakan pemotong mozek yang banyak digunakan serta banyak didapati di pasaran.

Jenis Manual

Pemotong mozek ini merupakan alat yang terbaik untuk memotong garis lurus dan sudut tertentu.

Alat ini merupakan alat yang paling banyak digunakan kerana kemampuannya memotong garis lurus yang tepat dan cepat.

Hanya perlukan takik, atau garisan dalam sebagai pemanduan untuk mematahkan mozek dalam garis lurus.

Walaubagaimanapun, anda perlu pastikan scoring wheel dalam keadaan baik, tajam serta takik yang dibina cukup dalam untuk hasil pemotongan mozek terbaik.

Perlunya kepakaran dan sedikit latihan dalam mengendalikan alat ini.

Jenis Elektrik

Ada beberapa jenis pemotong mozek elektrik yang digunakan untuk memotong dalam garis lurus dan lengkung.

Grinder dengan mata pemotong mozek digunakan untuk garis lengkung.

Pemotong jenis elektrik lebih juga bagus bagi memastikan tiada kerosakan seperti mozek pecah ataupun rosak.

Bagaimana pemotong jubin digunakan?

Berikut merupakan langkah-langkah pemotongan mozek.

Manual Cutter

  • Ukur dan tandakan lebar mozek yang hendak digunakan.
  • Letakkan tiles atau mozek pada tapak pemotong mozek
  • Pegang “handle”, tekan dan sorong “scoring wheel” ke depan di sepanjang permukaan mozek yang telah ditandakan dengan garis lurus
  • Angkat pemegang mozek, sorong ke tengah sedikit.
  • Berikan tekanan kepada tiles agar ianya terbelah dalam garis lurus.

Electric Cutter

Berikut merupakan gambar contoh cara memotong mozek ataupun marble dengan menggunakan pemotong jenis elektrik.

Langkah kerja:

  • Anda perlu mengukur bahagian yang ingin dipotong terlebih dahulu.
  • Tandakan garis lurus sebagai panduan mata mesin pemotong.
  • Potong mozek seperti dalam gambar.

Pastikkan bahagian belakang mozek atau marble kosong agar tidak menganggu mata pemotong elektrik semasa proses pemotongan sedang dijalankan.

Grinder Circular Cutting

Berikut merupakan gambaran jelas bagaimana kaedah memotong garis lengkung dengan menggunakan grinder dengan mata pemotong marble atau tiles.

Langkah kerja ringkas:

  • Tandakan garisan lengkung terlebih dahulu.
  • Pasangkan mata khas untuk pemotong mozek pada grinder.
  • selaraskan sudut pemotongan mata grinder ke 40 hingga 45 darjah.
  • Potong dengan berhati-hati mengikut garisan yang telah ditandakan.

Kebaikan Dan Keburukan Alat Potong Mozek @ Tiles

Berikut merupakan antara kebaikan serta keburukan alat pemotong mozek yang dibahagian kepada 2 katogeri mengikut jenis alat pemotong.

Alat Potong Mozek Elektrik

Kebaikan dan keburukan alat pemotong tiles jenis elektrik adalah seperti berikut:

Kebaikan

  • Pemotong tiles, marble jenis elektrik sangat mudah digunakan
  • Cepat dalam memotong kepingan mozek
  • Pemotongan lebih cantik dan rapi
  • Jenis grinder boleh memotong garis lengkung
  • Boleh membuat lubang pada permukaan mozek

Keburukan

  • Mengeluarkan bunyi bising
  • Perlukan penutup telinga
  • Penyelengaraan tinggi untuk menukar mata pemotong
  • Menggunakan tenaga elektrik untuk berfungsi
  • Perlu berhati-hati semasa digunakan agar tidak tercedera

Manual Tiles Cutter

Kebaikan adan keburukan alat potong tiles jenis manual adalah seperti dibawah:

Kebaikan

  • Tidak memerlukan penggunaan tenaga elektrik
  • Cepat dalam memotong kepingan mozek
  • Penyelengaraan yang minima
  • Boleh digunakan di mana-mana walaupun tanpa bekalan elekrtik.
  • Lebih selamat kerana anda tidak terdedah kepada mata pemotong seperti jenis elektrik.

Keburukan

  • Memerlukan sedikit tenaga dalam membuat garisan takik atau torehan lurus.
  • Kadangkala mozek yang dibelah pecah atau tidak menepati spesifikasi.
  • Perlukan sedikit kepakaran dan pengalaman agar dapat hasilkan pemotongan yang bagus.
  • Tidak boleh memotong dalam bentuk lubang atau garis lengkung.

Senarai Alat Potong Mozek Terbaik Di Malaysia 2021

Sebelum membeli alat pemotong mozek, ada lebih baik jika anda mengetahui serba sedikit bagaimana alat ini berfungsi serta kebaikannya terlebih dahulu.

Pengalaman pembacaan ini sangatlah penting agar anda dapat membuat pembelian yang betul dan sesuai dengan keperluan anda.

Berikut merupakan alat potong mozek atau tiles cutter yang kami sarankan untuk dijadikan salah satu koleksi barangan pertukangan terbaik anda.

1. JTC 1000mm

JTC Merupakan alat pemotong mozek manual berkualiti tinggi yang boleh memotong mozek sehingga saiz maksima 1000mm

Kelebihan dan spesifikasi:

  • Ketepatan tinggi dan pemotongan tepi yang tajam
  • Tahan lama dan sesuai untuk penggunaan tugas berat
  • Kekuatan tekanan membelah jubin yang sangat baik
  • Base yang kukuh untuk mengelakkan mozek tergelincir atau bergerak semasa dipotong
  • Rolling Cutter Blade dengan bearing dalaman
  • Skala panduan yang tepat untuk pemotongan halus
  • Tapak aluminium yang stabil untuk pemotongan yang tepat
  • Boleh memotong tiles sehingga saiz 1000mm

Beli/Lihat JTC 1000mm:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

2. FINDER 640mm

Finder ialah alat pemotong manual gred premium yang boleh sehingga 640mm saiz mozek.

Spesifikasi dan kelebihan:

  • Ukuran pemotongan: 640mm / 25.2 “
  • Double track / rel jubin pemotong gred profesional
  • Struktur teras solid untuk pemotongan yang tepat
  • Tungsten Carbide Cutting Wheel untuk scoring yang lancar
  • Kekuatan membelah jubin yang sangat baik
  • Breaker aloi aluminium
  • Tapak apmaian tiles kukuh untuk mengelakkan tergelincir semasa memotong
  • Bilah pemotong rolling galas dalaman
  • Pemotong roda karbida boleh laras untuk jubin tebal atau nipis
  • Berat: 7KG

Beli/Lihat FINDER 640mm:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

3. VolineMaxx

Merupakan alat pemotong tiles yang menjadi pilihan kebanyakan kontraktor binaan.

Terdiri daripada 2 pilihan alat pemotong:

  • Memotong mozek sehingga saiz 650mm
  • Memotong mozek sehingga saiz 850mm

Kelebihan dan spesifikasi:

  • Tahan lasak
  • Kualiti pemotongan terbaik
  • Rel Tahan Lama
  • Ukuran pemotongan (saiz tiles) 650mm / 850mm
  • Jubin pemotong kelas profesional rel tunggal
  • Struktur tapak yang solid dan pejal untuk pemotongan yang tepat
  • Kekuatan pecah jubin yang sangat baik
  • Dasar yang kukuh dan direka khas agar mozek tidak tergelincir semasa dipotong
  • Garis kapur laser merah menegak untuk pemotongan tepat yang mudah

Beli/Lihat VolineMaxx:

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

4. Boda

Pemotong mozek jenama boda ini diperbuat daripada besi dengan badan yang kukuh.

Terdapat 2 pilihan pemotong tiles manual iaitu:

  • Tiles cutter 800mm
  • Tiles cutter 1200mm

Anda boleh pilih mengikut kesesuaian dengan keperluan anda.

Kelebihan dan spesifikasi:

  • Memotong mozek dengan julat ketebalan 6-15MM
  • Mempunyai roda agar mudah digerakkan tanpa diangkat
  • Memggunakan cahaya laser untuk panduan pemotongan lurus
  • Bandan diperbuat daripada besi
  • Penggunaan lasak dan tahan lama
  • 2 pilihan saiz tiles cutter: 800mm dan 1200mm

Beli/Lihat Boda: 

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

5. Bosch GDC 140

 

Alat potong mozek jenama Bosch berkuasa 1400 watt terbukti memotong tiles dengan pantas

Mempunyai ketepatan tinggi dalam memotong mozek, marmar dan kayu.

Luaran dan dalaman yang tahan lama.

Motor serta bearing yang telah diuji dan mantap walaupun digunakan dalam waktu beberapa jam tanpa henti.

Kelebihan dan spesifikasi:

  • Pemotongan berkuasa dan pantas
  • Pemotongan tepat dan jitu
  • Tahan lama
  • Jenama dikenali ramai dan berkualiti
  • Sesuai untuk kontraktor, juruelektrik dan binaan bangunan
  • Multifungsi: kayu, marmar besi dan tiles.

Beli/Lihat Bosch GDC 140: 

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

6. Makita M0400G

Makita merupakan jenama baru yang melonjak naik disebabkan oleh kualitinya.

Tiles cutter ini boleh memotong mozek dengan maksimum ketebalan 32mm.

Kelebihan dan spesifikasi:

  • Mesin compact dan ringan, tidak meletihkan apabila mengendalikannya
  • Kuasa 1200w untuk 13,800 putaran per minit
  • Panjang kabel ke bekalan kuasa, 2.0 meter
  • Tapak dengan permukaan beralur untuk kerja pertukangan selesa

Beli/Lihat Makita M0400G: 

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

7. Stanley STSP125

Jenama yang sememangnya popular sejak dahulu lagi.

Stanley juga antara pengeluar barangan pertukangan terbaik dan terkenal.

Anda boleh lihat pelbagai barangan pertukangan yang laris dengan harga murah di pautan ini:

Rekabentuk kompak dan egronomik untuk pengalaman penggunaan yang selesa.

Tork motor dalaman berkecekapan dan tujahan tinggi.

Kelebihan dan spesifikasi:

  • Sesuai untuk penggunaan tugas berat
  • Kuasa 1320 watt
  • Lebih tahan lama
  • Set gear berkapasiti tinggi untuk getaran yang lebih rendah, kebisingan yang lebih rendah & jangka hayat yang lebih lama
  • Tapak boleh laras membolehkan pengguna memotong pada pelbagai kedalaman
  • Pegangan pemegang lembut untuk penggunaan yang mudah dan selesa.
  • Suis kunci untuk keselamatan
  • Butang kunci untuk berjalan berterusan tanpa keletihan
  • Memotong mozek sehingga 34mm kedalaman @ ketebalan

Beli/Lihat Stanley STSP125: 

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

8. Simju

Simju merupakan jenama alatan peralatan pertukangan dan binaan yang agak murah namun mendapat permintaan yang tinggi.

Anda boleh lihat pelbagai peralatan dengan tawaran harga terbaik di pautan simju shopee ini.

Kelebihan dan spesifikasi:

  • Gegelung kuprum dengan suhu rintangan yang tinggi
  • Nilai voltan 220v
  • Frekuensi 50 / 60HZ
  • Diameter roda 100-110mm
  • Kedalaman potong maksimum 35mm dan Bevel Cut 45 darjah Boleh Laras.
  • Multi fungsi (memotong marble, tiles, kayu, seramik, granite dan bata)
  • Butang kunci untuk mesin terus bekerja
  • Kedalaman potongan boleh laras
  • Input kuasa 1300W
  • Panjang Kabel: 2 Meter
  • Berat: 2.45kg
  • Warranti: 3 bulan

Beli/Lihat Simju: 

LIHAT DI SHOPEE

9. Mikaso

Grinder digunakan untuk memotong tiles, mozek dan marmar dalam garisan lengkung dan sfera.

Grinder dengan mata pemotong diamond paling sesuai digunakan kerana mudah dikendalikan untuk pemotongan mozek garisan bengkok dan lengkung.

Mikaso merupakan salah satu grinder mampu milik dan agak murah di pasaran online.

Anda boleh lihat pelbagai peralatan pertukangan dan binaan jenama Mikaso di sini:

Kelebihan dan spesifikasi:

  • Kuasa 850 watt
  • Menggunakan 100% gegelung motor jenis kuprum
  • Tahan lama dan panas
  • Menggunakan pemotong dengan diameter 4 inci
  • Multifungsi: digunakan untuk memotong besi, mengasah dan banyak lagi.

Beli/Lihat Mikaso: 

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

10. Dewalt DW810B-XD

Selain grinder jenama Bosch, Dewalt adalah salah satu alat pertukangan tangan elektrik yang mempunyai kualiti terbaik.

Anda boleh lihat pelbagai barangan pertukangan Dewalt di pautan ini:

Spesifikasi dan kelebihan:

  • Menggunakan 680 watt kuasa, agak menjimatkan tenaga elektrik
  • Diameter pemotong 4 inci dengan putaran 11000 per minit
  • Multifungsi: memotong tiles, mozek, besi dan banyak lagi.
  • Memotong sehingga kedalaman 100mm
  • Spindle lock untuk penggantian mata pemotong mudah
  • Fungsi kipas penyejuk agar motor tahan lama
  • Waranti sehingga 3 tahun penggunaan.

Beli/Lihat Dewalt: 

LIHAT DI LAZADA

LIHAT DI SHOPEE

Leave a Reply