13 Tempat Mandi Menarik & Popular Di Johor 2023

Senarai terkini tempat mandi di Johor berupa taman tema, sungai dan air terjun!

Mencari tempat mandi di Johor ?

Kami ingin berkongsi beberapa tempat mandi di Johor yang menarik dan sesuai untuk bajet tinggi dan rendah.

Bagaimana jika anda mengambil masa beberapa minit untuk mendapatkan info mengenai tempat mandi menarik ini ?

Berikut merupakan beberapa tempat mandi yang menarik terdapat di Negeri Johor.

1. Legoland Malaysia Water Park

Penting:

LEGOLAND Waterpark Malaysia Resort adalah LEGOLAND Resort pertama di Asia! Terletak di Medini, Nusajaya, Johor, Malaysia. Tempat ini menyediakan taman tema air yang besar dan sememangnya diimpikan oleh setiap kanak-kanak untuk berada di sini.

Pihak infosantai menyarankan agar pengunjung membeli tiket secara dalam talian bagi mendapatkan harga diskaun, disamping mendapatkan tiket lebih awal disebabkan tempat yang terhad.

Tiket boleh ditempah melalui laman web rasmi Legoland Malaysia.

2. Austin Heights Water & Theme Park

Penting: 

Beralamat di no.121 & 123 Level 1, Jalan Austin Heights 3, Taman Mount Austin
Johor Bahru, merupakan tempat rekreasi taman tema air yang tidak asing lagi di Johor.

Pelbagai tarikan dan kemudahan yang disediakan di tempat ini seperti, Multi-Surf, Racer Space Boat Ride, Black Hole, Flying Boats Slide, Wave Pool, Wading Pool, Tree-house Splash Pool, Rapid River with Tunnel Attractions, Cool Pool c/w Pavilions and Cabanas, Open Picnic Hub, Food Outlets and Dining Restaurant, Games Arcades dan Souvenir Stores.

3. Desaru Coast Adventure Waterpark

Penting:

Terletak di tengah-tengah perkampungan nelayan tradisional Malaysia, Desaru Coast Adventure Waterpark merupakan tempat pilihan untuk bermandi manda di Malaysia selain Legoland Malaysia Waterpark.

Dibuka seawal pukul 10.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Untuk tempahan secara dalam talian, sila pergi ke pautan ini.

4. La Stella Water Theme Park at Starhill Golf and Country Club

Penting:

Merupakan satu lagi taman air yang sesuai untuk bermandi manda di Johor. Tempat ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai bajet rendah.

Harga tiket adalah seperti berikut:

  • Selasa hingga Jumaat (Dewasa ketinggian 130cm keatas), harga tiket ialah RM11 manakala kanak-kanak (tinggi 110-129cm), harga tiket ialah RM9.00
  • Sabtu,Ahad dan Musim Cuti Sekolah, (Dewasa ketinggian 130cm keatas), harga tiket ialah RM20.00 manakala kanak-kanak (tinggi 110-129cm), harga tiket ialah RM11.
  • Waktu Cuti Umum, (Dewasa ketinggian 130cm keatas), harga tiket ialah RM25.00 manakala kanak-kanak (tinggi 110-129cm), harga tiket ialah RM12.
  • Percuma bagi kanak-kanak berketinggian 109cm dan kebawah.

Waktu operasi tempat ini adalah seperti berikut:

  • Selasa & Khamis, Operasi bermula seawal 11am-5:30pm.
  • Rabu, Jumaat, Sabtu dan Ahad, operasi bermula seawal 9am-5:30pm.
  • Taman tema air ini ditutup pada hari Isnin.

5. Water Park Gunung Lambak Kluang Johor

Penting:

Taman Air Gunung Lambak terletak di Kluang, Johor. Merupakan taman tema air yang sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa.

Sangat sesuai bagi anda yang mempunyai bajet rendah dimana tiket masuk adalah serendah RM3.00 bagi kanak-kanak, RM5 bagi dewasa dan percuma bagi warga emas serta OKU.

Tempat mandi menarik ini beroperasi seawal pukul 9.00 pagi hingga 7.00 petang.

6. Lata Seri Pulai

Penting:

Satu lagi tempat mandi beralamat di No 4, Jalan Rizab 1, Kampung Melayu Raya, Pontian, Johor. Selain tempat untuk bermandi-manda, tempat ini juga sesuai untuk family gathering dan sebagainya.

Jika anda mempunyai bajet sederhana, maka inilah tempat mandi-manda yang sesuai. Harga tiket untuk dewasa adalah RM10 dan RM 5 untuk kanak-kanak.

7. Rawa Island Resort

Penting:

Pulau Rawa adalah sebuah pulau karang di Daerah Mersing, Johor, Malaysia. Pulau Rawa adalah salah satu tempat paling indah di Malaysia. Ia adalah pulau yang belum tercemar, meliputi pantai berpasir putih yang bersih dan air jernih.

Pulau Rawa benar-benar destinasi yang menenangkan yang ingin menenangkan hati mereka, sangat sesuai untuk bersantai, bermandi-manda, berenang dan melihat mentari senja.

8. Pantai Desaru

Penting:

Pantai Desaru merupakan pantai terbaik di Johor. Pantai yang indah ini dibarisi dengan pepohon ru sepanjang 25 kilometer mencantikkan lagi sekeliling pantai tersebut.

Di sini, pengunjung boleh menikmati aktiviti seperti bermandi manda, memancing, berperahu, kembara denai dan aktiviti luar lain yang menyeronokkan.

Masih ada lagi taman air atau tempat mandi di sekitar Johor yang tidak disenaraikan? Kongsikan tempat tersebut di ruangan komen, pihak infosantai akan mengemaskini artikel ini secepat mungkin.

9. Air Terjun Gunung Ledang, Sagil

Penting:

Air Terjun terletak di Gunung Ledang Resort.

Terletak di kawasan Sagil dalam negeri Johor dan pekan yang terdekat ialah Tangkak.

Antara aktiviti menarik?

Berkhemah, jungle trekking, melihat burung, kem motivasi, team building dan pastinya mandi manda di sungai ini!

Bagaimana dengan aktiviti lasak?

Mendaki Gunung Ledang berketinggian 1200 meter!

10. Air Terjun Pelepah Kiri

  • Lokasi: Air Terjun Pelepah Kiri
  • Alamat: Gunung Panti Recreational Forest, 81900 Kota Tinggi, Johor
  • Hubungi: 019-603 3909

Tempat mandi yang agak mencabar! Mengapa?

Anda perlu “memerah keringat” sebelum sampai di lokasi.

Bagi mereka yang meminati aktiviti lasak, loksi air terjun ini sangat sesuai untuk anda.

Anda perlu mendaki lereng batu yang agak licin dan curam. Jangan risau, tali untuk tempat berpaut disediakan!

Admin nasihatkan agar anda menggunakan kasut getah. Disebabkan laluan yang sentiasa basah dan berair!

Aktiviti yang sangat sesuai secara berkumpulan!

11. Hutan Lipur Gunung Lambak

Penting:

Terletak kira-kira 5km dari Bandar Kluang, Hutan Rekreasi Gunung Lambak menjadi destinasi yang cukup menarik bagi pengunjung yang dambakan suasana alam semulajadi!

Di kaki Gunung Lambak, terdapat sebuah hutan rekreasi yang cukup menarik dan indah.

Selain itu, pengunjung akan berpeluang untuk berenang di kolam. Tempat yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga!

Bagi kanak-kanak, taman permainan ada disediakan. Kemudahan penginapan juga ada disediakan.

Aktiviti lain? mendaki gunung dan hiking!

12. Taman Eko Rimba Sungai Bantang

Penting:

Air terjun dan sungai yang jernih ini terletak di Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok, Segamat.

Merupakan destinasi riadah dan santai pilihan ramai terutama cuti hujung minggu dan cuti umum.

Bertemakan “Destinasi Rekreasi Luar Anda”, berjaya memikat hati penduduk setempat yang inginkan suasana hujung minggu bersama keluarga yang terbaik!

Hutan lipur ini terletak kira-kira lapan kilometer dari pekan Bekok dan 64 kilometer dari Bandar Segamat.

13. Air Terjun Tengkil

Penting: 

Tempat sesuai untuk anda lari dari kesibukan kotaraya

Bermandi manda sambil menikmati keindahan flora fauna

Air bukit yang sejuk dan segar!

Lokasi berkhemah yang strategik bersama rakan taulan!

2 thoughts on “13 Tempat Mandi Menarik & Popular Di Johor 2023”

Leave a Reply