Adakah anda mengenali burung dalam gambar diatas ? Tahukah anda akan keistimewaan burung ini ? Burung yang dianggap pengotor serta membawa malapetaka ini sebenarnya mempunyai keupayaan yang unik. Burung gagak ini mampu mengenal wajah orang yang menjadi ancaman kepada mereka. Lebih teruk lagi, ia berkeupayaan untuk memanggil burung gagak yang lain untuk membantu dalam membalas dendam terhadap penyerang.
Keupayaan burung ini telah terbukti dimana kajian terdahulu telah dibuat di University of Washington. Untuk eksperimen ini, saintis telah menangkap beberapaekor burung gagak. Sambil mengenakan topeng, mereka kemudiannya menyarungkan gelang ke kaki burung gagak tersebut dan membebaskan mereka. Kemudian, mereka memerhatikan reaksi burung gagak tersebut. Apabila burung gagak melihat topeng tersebut, mereka menjadi agresif dan marah, mengepakkan sayapnya dan datang mendekati dengan cara yang menakutkan.
Semasa berada di bandar lain, para pengkaji mengenakan topeng tadi. Burung gagak yang lain juga dapat mengecam topeng yang ‘berbahaya’ itu. Perkara ini membuktikan bahawa, burung gagak bukan hanya dapat mengingati kejadian buruk yang terjadi kepada mereka malah mampu ‘berkomunikasi’ dengan rakan spesis mereka yang lain akan bahayanya topeng tadi.