Tips & Teknik: 21+ Cara Guna WhatsApp Lengkap [ Updated 2020 ]

Seribu satu soalan berkenaan dengan cara menggunakan aplikasi WhatsApp!

Lebih 1 bilion orang menggunakan WhatsApp di seluruh dunia. Jika ada smartphone pasti ada WhatsApp.

Sudah berapa lamakah anda menjadi pengguna WhatsApp?

Adakah anda sudah benar-benar arif dengan segala macam teknik menggunakan WhatsApp?

Tahukah anda terdapat setting tersembunyi dalam WhatsApp?

Berikut kami senaraikan teknik dan tips WhatsApp untuk rujukan anda.

Mungkin ada dalam senarai ini yang boleh menjawab persoalan anda berkenaan dengan WhatsApp.

(Klik untuk pergi ke topik pilihan)

1 Tanda ‘tick’ dalam WhatsApp

Tanda ‘tick’ dalam WhatsApp membawa maksud tertentu:

  • 1 tick kelabu – Mesej belum diterima / tidak sampai pada penerima
  • 2 tick kelabu – Mesej diterima tetapi belum dibaca
  • 2 tick biru – Mesej diterima dan telah dibaca

Bagaimana cara nak buat WhatsApp sentiasa 1 tick?

Caranya adalah dengan mematikan fungsi ‘read receipts‘ pada bahagian setting:

Setting > Account > Privacy > Read recipts

hilangkan tanda tik biru

2 Hal berkenaan ‘status WhatsApp’

Anda boleh share text, foto, video dan juga gif (gambar bergerak) dalam status. Status akan hilang dalam tempoh 24jam selepas anda publish.

Jika cerita pasal status WhatsApp antara soalan yang popular adalah:

  • Cara nak hide status WhatsApp
  • Cara nak tahu orang hide Status WhatsApp
  • Kenapa tak boleh tengok status WhatsApp
  • Cara nak tahu orang tengok status WhatsApp kita

Dalam setting WhatsApp terdapat bahagian yang dikenali sebagai ‘Privasi‘ untuk status.

Setting > Account > Privacy > Status

set privasi status whatsapp

Setting asal adalah, setiap orang yang anda ada save nombornya boleh lihat status anda.

Dengat syarat dia juga ada menyimpan nombor anda.

Selain itu anda boleh tentukan dengan siapa anda nak share status dalam senarai contact list anda.

So, untuk nak hide status senang sahaja.

Tetapkan setting atau delete nombor yang berkenaan.

Maka tahulah anda kenapa anda tak dapat lihat status seseorang.

(Mungkin anda kena senarai hitam…)

Bagaimana pula nak tahu siapa yang tengok status WhatsApp kita?

Buka bahagian status, kemudian sentuh pada menu (3 dot) dekat status anda.

Seterusnya pilih pada simbol mata (view) untuk melihat siapa yang view status kita.

3 Shortcut untuk chat

Anda mungkin mahu membuat shortcut button untuk orang-orang penting seperti ibubapa, isteri, suami, abang, adik dan sebagainya.

Shortcut untuk chat tersebut akan muncul di homescreen handphone anda.

Shortcut Chat

Caranya:

  1. Buka WhatsApp anda dan pilih tabs chats.
  2. Pilih chat yang anda mahu.
  3. tekan dan tahan sehingga keluar pilihan.
  4. Pilih ‘add chat shortcut’.

4 Tips lokasi sebenar & palsu

Tahukah bahawa anda boleh menghantar lokasi palsu melalui WhatsApp?

Pernahkah anda terfikir sama ada lokasi kedudukan yang dihantar oleh kawan/girlfriend/boyfriend anda benar atau tidak?

Berikut merupakan perbezaan antara lokasi palsu dan lokasi sebenar jika anda ‘share location’ menggunakan WhatsApp.

Cara mengetahui kedudukan palsu dan sebenar melalui whatsapp

Perhatikan gambar diatas.

Jikalau anda menghantar kedudukan sebenar anda melalui google map, google map tidak akan memberi apa-apa penerangan pada map.

Jikalau anda memasukan (atau memalsukan) kedudukan anda dalam google map secara manual, penerangan akan muncul pada bahagian tepi atau bawah map tersebut.

Jika si dia memberitahu lokasinya melalui WhatsApp, periksa dahulu mapnya..

Kongsi Lokasi dalam WhatsApp

Nota : Kedudukan anda (google map) boleh dikongsikan dengan rakan anda dengan menekan butang ‘attachment‘ pada bahagian atas chat dan pilih ‘location’.

5 Fungsi ‘Broadcast dalam WhatsApp

‘Broadcast’ membolehkan anda menghantar mesej kepada ramai orang pada masa yang sama.

Kelebihan ‘Broadcast’ adalah si penerima tidak tahu bahawa mesej yang sama juga dihantar kepada orang lain. Ia akan muncul dalam WhatsApp seperti chat antara anda dan si penerima sahaja.

Mungkin anda terfikir – Kenapa tidak ‘copy’ atau ‘forward’ sahaja?

Bagaimana jika anda ingin menghantar mesej tersebut kepada 50 orang?

‘copy’ atau ‘forward’ sebanyak 50 kali?

‘Broadcast’ amat berguna jika anda ingin menjemput kawan-kawan anda untuk menghadiri majlis yang anda anjurkan tanpa membuat group chat.

Orang yang menerima msg anda akan berasa ‘special’ kerana anda menghantar mesej jemputan khas kepadanya.

(walaupun sebenarnya pada masa yang sama orang lain menerima msj yang sama).

Cara hantar msg whatsapp guna broadcast

Cara (Android) : Dalam ruangan chats tekan simbol more pada bahagian atas kanan WhatsApp anda dan pilihan baru akan keluar. Pilih ‘New broadcast’ dan masukkan senarai rakan yang ingin anda hubungi.

6 Notifikasi khas untuk setiap chat

Anda boleh mengubah bunyi notifikasi untuk setiap chat anda.

Fungsi ini amat berguna untuk anda mengetahui sama ada msg WhatsApp yang masuk penting atau tidak, perlu dibaca atau tidak tanpa perlu menyentuh handphone anda – hanya dengan mengdengar bunyi Whatsapp anda.

Notifikasi Khas untuk setiap chat

Berikut merupakan cara untuk setting notifikasi khas.

  1. Pilih chat yang anda kategorikan sebagai penting, sentuh pada nama (orang atau group), ini akan memaparkan infomasi rakan atau group yang anda pilih.
  2. Pergi ke bahagian Notifications > Custom notifications.
  3. Ubah notifikasi bunyi untuk msg masuk. Selepas itu anda hanya perlu mengingat bunyi tersebut untuk membezakan msg yang masuk tanpa perlu membuka WhatsApp anda.

Anda boleh merakam suara sebagai notifikasi khas. Contohnya: “mesej dari Ali…”

7 Tandakan msg penting dengan ‘star’

Tanda star @ bintang pada setiap mesej penting.

Ia akan memudahkan anda mencari semula mesej tersebut. Tak perlu buang masa terskrol-skrol mencari.

Cara menanda msg penting dalam whatsapp

Caranya:

  1. Tekan dan tahan pada msg yang dipilih sehingga keluar ‘highlight’ berwarna biru.
  2. Pada bahagian atas WhatsApp anda akan ada tanda bintang (star). Tekan tanda tersebut.

Untuk cari semula:

  1. Pada bahagian chat, tekan tanda 3 titik bertindih (more) pada bahagian atas kiri atas.
  2. Pilihan baru akan keluar, pilih pilihan ‘Starred messages’ dan msg yang anda telah tanda akan keluar.

8 Cara guna WhatsApp di laptop @ pc

Anda boleh guna WhatsApp dalam laptop ataupun pc anda dengan aplikasi WhatsApp Web.

Amat berguna jika anda mahu berwhatsapp di tempat kerja.

Atau ketika sedang berkerja menggunakan komputer.

Tak perlu pegang hp. Boss pun senang hati nampak.

Cara Whatsapp guna komputer

Cara menggunakan WhatsApp Web:

  1. Memerlukan komputer atau laptop yang menpunyai sambungan internet.
  2. Buka Browser internet anda (contoh: Firefox, Google Chrome) dan pergi ke alamat ini web.whatsapp.com.
  3. Satu QR code akan keluar.
  4. Buka WhatsApp anda, pada bahagian chats, tekan 3 titik bertindih (more) pada bahagian atas sebelah kiri, pilihan baru akan keluar.
  5. Pilih pilihan ‘WhatsApp Web’. Pengimbas QR code akan keluar. Imbas QR code yang dipaparkan pada komputer atau laptop anda tadi
  6. Anda sedia menggunakan WhatsApp melalui komputer atau Laptop anda.

Terdapat juga alternatif lain iaitu install WhatsApp dalam komputer anda.

Anda boleh download aplikasi ini daripada laman rasmi WhatsApp: Download WhatsApp PC.

Cara menggunakannya? Install, buka, scan code dan siap.

9 Cara balas WhatsApp dengan pantas

Bila WhatsApp masuk tak perlu buka dan masuk ke dalam WhatsApp untuk balas.

Anda boleh buat setting seperti berikut:

  1. Pergi ke Settings > Notifications > Popup notification. Beberapa pilihan akan keluar.
  2. Pilih pilihan ‘Always show popup’ dan anda akan dapat membalas setiap msg baru yang masuk dengan lebih cepat.

Cara balas msg whatsapp dengan pantas

Tekan notifikasi mesej WhatsApp dan boleh terus balas.

10 Back-up WhatsApp

Mungkin bukan benda baru untuk semua tetapi penulis ingin senaraikan juga untuk rujukan bersama.

Back-up sangat penting. Sediakan payung sebelum hujan.

Anda boleh simpan backup secara online (google drive) atau dalam hp anda.

Saya cadangkan simpan online untuk jimat ruang hp.

cara backup whatsapp chat

Caranya:

  1. Dalam WhatsApp, pergi ke Setting > Chats and calls > Chat backup dan tekan butang hijau (back-up).
  2. Untuk back-up ke google drive, ubah setting pada ‘Back up to Google drive‘ daripada ‘never‘ ke ‘ Only when I tap back-up‘.

Nota : Back-up ke google drive amat berguna jika anda kehilangan handphone anda.

11 Tulisan tebal, mereng & bergaris

Juga dipanggil tulisan Bold, Italic dan Strikethrough.

WhatsApp Bold Italic Strikethrough

Formatnya adalah seperti berikut:

  • Untuk Bold : *Perkataan*
  • Untuk Italic : ~Perkataan~
  • Untuk Strikethrough : _Perkataan_

Gantikan ‘perkataan’ dengan ayat anda.

12 Tulisan berwarna

WhatsApp tidak mempunyai fungsi untuk mewarnakan tulisan.

Bagaimanapun anda boleh guna cara alternatif ini.

Pertama download aplikasi WhatsBlueText.

WhatsApp Blue Text

Untuk cara-cara mengunakannya anda boleh lihat manual lengkap cara guna WhatsBlueText ini.

13 Padam mesej yang telah dihantar

WhatsApp membenarkan kita untuk memadam @ delete mesej yang sudah dihantar, diterima dan dibaca.

Dengan syarat, anda mesti padam mesej tersebut dalam masa sejam selepas dihantar.

Caranya adalah seperti berikut:

  • Sentuh mesej yang hendak dipadamkan sehingga ikon delete (tong sampah) keluar
  • Sentuh ikon delete tersebut
  • Pilih ‘DELETE FOR EVERYONE’

Bagaimana jika dah lebih sejam?

Masih boleh padam, tapi prosedurnya agak panjang sedikit.

Anda boleh rujuk post ini: Cara Delete WhatsApp yang telah Lama Dihantar.

14 Hide last seen, profile foto & about

Anda boleh tetapkan setting untuk sembunyikan last seen, gambar profile dan juga about anda.

Caranya, pergi ke:

Settings > Account > Privacy

sembunyikan last seen profile foto dan about

Buat setting sini dan siap.

Dengan ini orang tak akan tahu anda online ke tidak.

15 Arkib chat

Terdapat fungsi yang dikenali sebagai arkib dalam whatsapp.

Ia membolehkan anda membersihkan ruangan chat tanpa perlu memadam chat-chat tersebut.

Jangan bimbang, chat tersebut akan automatiknya keluar dari kawasan arkib jika terdapat sebarang mesej baru.

So anda tak perlu risau tak terbaca mesej.

Caranya, pilih perbualan / chat yang, tekan hingga menu keluar. Menu arkib berbentuk kotak segi empat.

16 Kunci whatsapp anda

Jika anda jenis yang murah hati nak bagi pinjam @ pegang hp pada kawan-kawan adalah baiknya jika anda kunci WhatsApp anda.

Supaya orang lain tak curi-curi tengok WhatsApp anda.

Manalah tahu ada perkara yang sensitif.

Untuk mengunci WhatsApp, anda boleh guna aplikasi ini: AppLock Android atau iAppLock iOS.

17 Cara ubah jenis tulisan

Bagaimana cara nak edit tulisan di whatsapp?

Nak bagi style sedikit…

Anda boleh ubah tulisan whatsapp dari yang biasa ke jenis ‘monospace.

Caranya seperti gambar berikut:

18 Hantar WhatsApp tanpa menaip

Ada tak cara nak whatsapp tanpa perlu taip masuk perkataan?

Ya, memang ada.

Anda hanya perlu bersuara dan secara automatiknya ia akan ditukarkan dalam bentuk tulisan.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh rujuk post lengkap ini:

Teknik WhatsApp: Cara Menulis Mesej Tanpa Perlu Menaip

19 Kegunaan tag ‘@’ dalam WhatsApp

Adakah anda tahu anda boleh menggunakan symbol ‘@’ untuk menarik perhatian seseorang dalam group chat

Apabila ahli dalam group terlalu banyak atau mesej terlalu banyak, kebiasaanya anda akan ‘scroll’ sahaja…mesej yang anda berikan tidak sampai ke orang yang sepatutnya.

Disinilah gunanya tag atau ‘@’ ini.

Tag akan membuatkan notifikasi muncul pada orang yang ditagkan tadi walaupun orang tersebut mengaktifkan fungsi ‘mute’.

cara menggunakan tag, ‘@’ :

  1. Dalam group WhatsApp, taip symbol @.
  2. Nama-nama ahli akan keluar. Pilih orang yang ada mahu tag kan.
  3. Taip mesej seperti biasa dan hantar.

20 Hantar fail ke pc guna WhatsApp

Ada kalanya anda perlukan teknik ini untuk pindahkan gambar atau fail dari hp ke komputer.

Tanpa perlu usb, tak perlu otg, tak perlu install shareit…

Caranya adalah seperti berikut.

  1. Simpan nombor anda sendiri dalam handphone anda.
  2. Anda akan melihat nama anda muncul dalam WhatsApp.
  3. Buka WhatsApp web seperti yang telah dijelaskan dalam teknik ke 8 dalam artikel ini
  4. Dalam handphone anda, pilih fail yang hendak dipindahkan dan hantar ke nombor anda sendiri.
  5. Buka WhatsApp web tadi dan fail tersebut akan muncul.
  6. Muat turun fail tersebut ke komputer anda.

Nota: cara yang sama juga boleh digunakan untuk memindahkan fail dari pc ke handphone anda.

Bagaimana cara nak buat link WhatsApp?

Mungkin anda pernah jumpa link yang mana bila ditekan terus masuk ke WhatsApp.

Untuk buat link WhatsApp anda boleh guna aplikasi web ringkas ini: Cara Buat Link WhatsApp [Direct Link] / Link Generator.

Link WhatsApp seperti ini sangat berguna untuk mereka yang berbisnes.

Bagaimana pula cara jika nak buat link untuk group WhatsApp?

Anda boleh rujuk post lengkap ini: Cara Mudah Buat Link Group WhatsApp.

22 Cara block WhatsApp

Terdapat 2 cara jika anda nak block seseorang dalam WhatsApp.

Cara pertama:

  • Masuk ke Settings > Account > Privacy > Blocked contacts
  • Pilih ‘Add orang’
  • Cari dan pilih orang yang anda nak block.

Cara kedua:

  • Pilih chat dengan orang yang anda nak block
  • Tekan dan tahan hingga menu pilihan keluar
  • Pilih ‘More > Block > BLOCK’

Untuk nak unblock ornag yang telah diblock, akses semula bahagian berikut:

Settings > Account > Privacy > Blocked contacts

23 Delete / Padam akaun WhatsApp

Jika anda dah bosan guna WhatsApp dan dan mahu beralih sepenuhnya ke Telegram anda boleh delete akaun anda dengan cara berikut:

Settings > Account > Delete my account

Dalam paparan yang diberikan klik pada butang ‘Delete my account‘.

Segala chat, history dan backup akan dipadam.

Jika suatu masa nanti anda terbuka hati nak guna WhatsApp semula, masih boleh guna…

Install sahaja seperti biasa.

20 thoughts on “Tips & Teknik: 21+ Cara Guna WhatsApp Lengkap [ Updated 2020 ]”

  1. Saya da faham… Saya nak tahu…
    Kenapa talipon pasangan saya online berpanjangan.
    Tapi bila saya hantar msj dia tak buka pun

  2. Bagaimana untuk paparkan lokasi kedai apa bila ingin menghantar lokasi? Maksudnya nama lokasi tempat sendiri tidak timbul.

    1. Untuk menghantar lokasi tertentu, lokasi tersebut hendaklah sudah di senaraikan didalam google map. Terdapat 2 cara untuk menghantar lokasi kedai yang belum tersenarai di dalam google map iaitu:

      1. Saudara kena berdiri dikawasan kedai tersebut, dan “send our current location”..ataupun
      2. Jadi Google Local Guide dan senaraikan tempat tersebut.
  3. hi, saya nak tanya la , kalau kita hantar gambar, dokumen melalui wassup dekat no hp orang tu adakah gambar @dokumen itu boleh update status wassup orang tersebut?

    list contact orang tersebut boleh nampak ke gambar@dokumen yang saya hantar?

    atau yang boleh nampak hanya saya dengan dia sbb saya hantar gambar/dokumen itu kepada wasssup dia sahaja. bukannya wassup group?

    sebab org tu cakap saya dah update status wasup dia??? saya tak faham

    1. hello, untuk pengetahuan saudara hanya pemilik handphone tersebut yang boleh mengubah status whatsappnya. Kemungkinan besar orang tersebut telah tersilap tekan dan terpilih gambar yang saudara hantar tadi menjadi status whatsappnya..

  4. Bolehkah gambar yg tersalah hntr dpadam semula walau c penerima sda membuka n mlihat gmbr tersebut..n sekiranya boleh adakah gmbr tersebut jg boleh dpadam skli dari galeri cpenerima tdi?

  5. Saya nak tahu sekiranya saya ingin memadam mesej yg telah dihantar,dan penerima tercatat satu tick…sela masa sudah melebihi 1 jam. Adakah masih boleh menarik balik mesej tersebut?

  6. sy nk tanya…sekiranya kita pernah bukak whtsapp web dekat pc atau laptop org lain then kita x logout…selepas tu kita x guna dh laptop atau pc tu sebab kita sudah paergi tempat lain…

    jadi sy nk tau mcm mana kah caranya utk kita logout dari jauh mnggunakan phone kita utk memastikan perbualan whtsapp kita di phone tidak tidak dibaca oleh org lain atau owner laptop atau pc tersebut.???

    Mohon bantuan sangat2 admin dapat selesaikan masalah ini…huhu

    1. Masuk kedalam whatsapp, Klik pada menu (3 titik bertindih) kemudian pilih ‘WhatsApp web’. Sekiranya connection tersebut masih aktif ia akan dinyatakan disini. Dari sini tuan boleh logout.

Leave a Reply