Info Santai: Siapa Sangka Lelaki Yang Tidak Mempunyai Rumah Ini Sangat Berbakat!

Pasti majoriti masyarakat memandang rendah terhadap peminta sedekah, orang yang tidak mempunyai tempat tinggal dan berpakaian compang-camping. Begitulah yang berlaku terhadap lelaki separuh umur ini. Siapa sangka lelaki ini sebenarnya mempunyai kelebihan serta bakat terpendam.

Ted William merupakan seorang penyanyi jalanan yang tidak mempunyai rumah. Sebagai menghargai masyarakat yang sudi bersedekah kepadanya, beliau menyanyikan lagu dengan suara yang indah. Lelaki dari Ohio, U.S. ini mendapat perhatian daripada masyarakat selepas akhbar tempatan membuat liputan mengenai beliau.

Ted William sebenarnya mempunyai bakat yang unik dari segi suara dimana beliau mungkin boleh menjadi jutawan jika mempunyai peluang. Dia selalu bercita-cita untuk menjadi pengacara atau juruhebah radio, tetapi disebabkan beliau tersilap langkah dalam mengatur kehidupan beliau, maka cita-cita tersebut terkubur begitu sahaja. Kehidupan awal beliau dipenuhi dengan ketagihan alkohol dan dadah. Selepas itu, beliau berubah dan menjauhi arak serta dadah dalam masa 2 tahun serta berusaha mencari kerja, malangnya, tidak ada majikan yang sanggupmengambil beliau bekerja.

“Semasa saya berumur 14 tahun, saya berjumpa dengan juruhebah radio dan saya sangat terkejut apabila mendapati keindahan suara beliau tidaklah melambangkan wajah beliau. Saya sedar, saya amat berminat dengan kerjaya seperti beliau. Tetapi kemudiannya saya hanyut dengan alkohol dan dadah. Sekarang saya bersih dari benda tersebut. Saya harap ada sesiapa yang sudi mengambil saya bekerja sebagai juruhebah radio atau pengacara televisyen”, kata William.

Selepas ceritanya tersebar, beliau mendapat perhatian melalui YouTube, dan seterusnya beliau mula mendapat banyak tawaran bekerja. Berikut merupakan video pendek mengenai beliau.

 

 

 

Leave a Reply