Apabila terfikirkan hotel, dalam minda kita akan terbayang akan hotel bertaraf lima bintang atau paling kurang pun mempunyai imej yang cantik dan juga menarik serta lengkap dengan kemudahan asas. Kecantikan atau imej dan persekitaran sesuatu hotel yang dibina itu sangat perlu bagi menarik minat orang ramai atau pelawat untuk datang menginap di hotel tersebut.
Hotel yang dibina di Madrid ini sangat bertentangan dengan keinginan semula jadi manusia dimana hotel yang dinamakan Wall of Beach Garbage ini dilitupi oleh sampah sarap yang diperolehi daripada sepanjang Pantai European dan juga pasar serta tanah runtuh. Hotel yang mempunyai 5 bilik ini diasaskan oleh artis konseptual Jerman bernama Ha Sult bertempat ditengah-tengah Madrid Square Plasa Kalao. Tujuan utama hotel seperti ini dibina adalah untuk memberikan kesedaran serta perhatian daripada orang ramai tentang tahap jumlah sampah yang dihasilkan oleh masyarakat dalam sektor perlancongan di Eropah.
Selain itu, ianya juga bertujuan untuk menyedarkan kepada orang ramai akan efek sampingan yang berlaku dalam perkembangan industri pelancongan dan kenapa perlunya orang ramai atau pelawat membersihkan kawasan tempat rehat mereka selepas beriadah atau beristirehat di tepi pantai.
Dinding hotel ini dilitupi oleh bahan buangan seperti tayar, akhbar lama, plastik, tin, surat cinta, kamera lama dan juga sarung kaki.