InfoSantai: Proses Kelahiran Kanggaru yang Unik

Tahukah anda bahawa anak kanggaru berada di kantung ibunya selama 9 bulan? Proses kelahiran kanggaru adalah sangat unik sehingga tidak terfikir pula oleh infosantai. Berikut adalah secara ringkasnya tentang kelahiran bagi seekor kanggaru.

Semasa proses kehamilan, anak embrio kanggaru berkembang seperti biasa. Kemudiannya proses kehamilan tersebut berhenti atau ‘terbantut’ sebelum berkembang sekali lagi. Apabila anak kanggaru dilahirkan beratnya hanyalah 2 gram. Anak yang baru lahir tadi akan mendaki dan memasuki kantung ibunya bagi melindungi dirinya dan tinggal di dalam kantung selama lebih kurang 9 bulan.

Ibu kanggaru tidak dapat menyentuh anaknya, oleh itu dia menjilat bulunya bagi membina arah dan membolehkan anaknya yang mempunyai berat 2 gram tadi untuk bergerak masuk ke dalam kantungnya.

Lebih unik lagi, Seekor Kanggaru betina yang sedang hamil boleh memperlambatkan atau menangguhkan kandungannya jika keadaan cuaca tidak mengizinkan seperti cuaca kemarau!.

 

Leave a Reply