Mungkin ada dikalangan kita terkejut dan tidak percaya akan kewujudan ikan ini. Ikan yang berwarna merah jambu ini dikenali sebagai “Pink Handfish” dan merupakan sebahagian daripada keluarga “Handfish”. Ikan ini kali terakhir dilihat pada tahun 1999. Spesis ikan ini adalah yang terbaru daripada 9 spesis ikan bertangan yang dijumpai sebelumnya.
Ikan ini tidak berenang seperti ikan biasa yang lain. Ia menggunakan tangannya untuk menyokong badannya dan juga untuk bergerak mencari makan atau bergerak ke tempat yang lain. Oleh sebab itulah ikan ini hanya tinggal di dasar laut dan tidak pernah bergerak ke permukaan air. Ikan spesis bertangan ini dan 9 spesis bertangan yang lain dijumpai di kepulauan Australia yang dinamakan Tasmania. Ikan ini hanyalah bersaiz 4 inci atau 10 cm. Sifat-sifat ikan ini tidak begitu jelas kerana tidak ada penyelidikan lanjut dilakukan. Ikan ini dikatakan antara ikan yang hodoh yang pernah dijumpai.