Tidak dapat dinafikan bahawa beras merupakan makanan ruji dan juga sumber karbohidrat bagi kebanyakan masyarakat di Asia sejak dulu lagi. Permintaan yang tinggi terhadap sumber makanan utama ini menyebabkan wujudnya beras sintesis ataupun dengan erti kata lain, beras yang mengandungi unsur plastik.
Oleh itu, adalah penting bagi kita untuk mengenalpasti jenis beras yang berpotensi mengandungi plastik bagi menjaga kesihatan diri kita. Beras berplastik boleh diketahui melalui beberapa ujian berikut.
-
Ciri Fizikal Beras
Biasanya beras plastik mempunyai tekstur yang cantik, lembut dan juga licin. Warnanya juga jelas putih pada semua bahagian butir beras. Berbeza pula dengan beras asli dimana mempunyai tekstur yang lebih kasar serta mempunyai warna putih tidak seragam, pudar dan kadang-kadang coklat muda.
-
Semasa Proses Memasak
Bagi beras plastik, jika dimasak atau ditanak ianya akan menjadi lembik tetapi bila nasi menjadi sejuk ianya akan mengeras kembali.
- Aroma atau Bau
Bau atau aroma beras berplastik juga sangat berbeza dengan asli. Ianya berbau bahan kimia apabila dihidu berbeza dengan beras asli yang wangi serta menyelerakan.
- Ujian
Beras plastik juga lebih mudah terbakar apabila dibakar. Beras asli pula ambil masa untuk dibakar dan mempunyai bau khas (bau hangit beras) apabila terbakar.
-
Jika Dijadikan Bubur
Jika beras mengandungi plastik dijadikan bubur, air sukar untuk menyerap dengan beras. Dengan erti kata lain, amat sukar untuk membuat bubur dengan beras plastik. Semakin lama beras dimasak, semakin besar beras tadi dan akhirnya pecah. Ianya juga mengambil masa yang lama untuk membuat bubur dengan beras plastik.
Bagi mengetahui atau memahami dengan lebih jelas lagi akan cara mengenali beras berplastik anda boleh menonton video berikut yang dikongsikan oleh Good Life Tube.
kredit: Good Life Tube
Jika informasi ini bermanfaat bagi anda, sila tekan butang kongsi bagi menyebarkan perkara ini kepada keluarga dan rakan anda.