7 Tips Kekalkan Hubungan Cinta Hingga Ke Ambang Perkahwinan!

Cara kekalkan hubungan: “Cinta akan menjadi indah jika kita mencintai seseorang dengan hati yang ikhlas”

Apakah maksud cinta dalam hidup anda?

Cinta merupakan perasaan yang terukir oleh pasangan kekasih antara lelaki dan perempuan apabila mereka saling mencintai, sayang menyayangi dan mempercayai antara satu sama lain sehinggalah dibawa ke alam perkahwinan.

Cinta ini bukan sesuatu perkara untuk memaksa seseorang untuk bersama dalam hidup kita.

Bak kata orang, cinta ini bukan paksaan.

Cinta ini mestilah terbuka dengan hati yang ikhlas untuk menerima seseorang yang hadir dalam hidup kita.

Malahan, cinta juga merupakan tanggungjawab pasangan kekasih untuk menjaga perasaan antara satu sama lain agar tidak melukai perasaan pasangan kekasih masing-masing.

Persoalannya, apakah tips-tips untuk menjaga perasaan kekasih anda dan mengekalkan hubungan ini sehingga dibawa ke alam perkahwinan?

Adakah anda bersiap sedia untuk bersama si ‘dia’?

Jom, saya kongsikan tips-tips yang mudah untuk anda semua bagi yang mempunyai pasangan kekasih.

1. Kenali si “dia” dengan lebih mendalam

Kepada anda yang mempunyai pasangan kekasih, ambillah masa anda untuk mengenali si “dia”dengan lebih mendalam .

Ini kerana anda boleh tahu apa kelebihan dan kekurangan si “dia”.

Dalam dunia ini, tiada seorang pun yang dilahir sempurna. Setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Jadi, gunakanlah masa anda ini dengan mengenali si “dia” dengan mendalam lagi.

Anda akan tahu apa kekurangan dan kelebihan si “dia” dan bersiap sedialah untuk menerima kelebihan dan kekurangan si ‘dia’.

Jika si ‘dia’ pernah bercinta dulu dengan orang lain dan tiada mempunyai apa-apa hubungan lagi hingga anda dan si ‘dia’ bercinta, anda seharusnya menerima kisah silamnya dan jangan pernah diungkit kisah silam si ‘dia’.

Bukalah lembaran baru dalam kehidupan anda bersama si ‘dia’.

2. Jadilah penasihat dan teladan yang baik kepadanya

Setelah kita mengenali si “dia” dengan lebih mendalam lagi, tiada salahnya jika kita menjadi penasihat untuk menasihati pasangan kita jika si ‘dia’ mempunyai masalah peribadi.

Bersiap sedialah membantunya, menjadi penasihat dan pendengar yang baik kepada si ‘dia’ saat si ‘dia’ memerlukan orang untuk tempat si ‘dia’mengadu masalah peribadinya.

Berikan galakkan dan sokongan membina agar sedikit sebanyak dapat memberi semangat kepada kekasih anda.

3. Menggunakan bahasa yang sopan ketika berbicara dengannya

Menggunakan bahasa yang sopan amatlah penting dalam kehidupan harian kita apabila kita berbicara dengan orang lain mahupun pasangan kekasih anda.

Ini mencerminkan watak peribadi anda juga.

Jika anda menggunakan bahasa lucah atau bahasa yang kurang sopan, ini agak sukar untuk si ‘dia’ meneruskan hubungan dia dengan anda dan membuatkan si ‘ dia’ berasa kurang selesa ketika bersama anda.

Jika anda mempunyai masalah dalam hubungan anda, ajaklah si ‘dia’ berbincang bersama untuk menyelesaikan masalah.

Setiap masalah mempunyai jalan penyelesaian.

Berbincanglah dengan si ‘dia’ baik-baik dan elakkan pergaduhan yang tidak diingini.

4. Berikan ruang dan jangan “bersangka buruk” terhadapnya

Setiap orang mempunyai hobi dan masa lapang masing-masing.

Jadi, setiap orang juga perlu mempunyai ruang atau dikenali sebagai space untuk mengisi masa lapang mereka.

Kepada anda yang mempunyai pasangan kekasih, berikanlah peluang dan ruang kepada kekasih anda agar dapat berehat atau melakukan hobi kesukaannya seperti memancing, berkebun, bermain badminton dan sebagainya.

Sekiranya si ‘dia’ mengatakan dia keluar bersama kawannya lelaki mahupun perempuan, janganlah kita “bersangka buruk” (terutama lelaki atau perempuan) bahawa si ‘dia’ menjalinkan hubungan sulit atau dikenali sebagai “scandal”.

Berfikiran terbukalah kepada pasangan anda dan anda harus mempercayainya agar ini dapat mengelakkan timbul salah faham terhadap si ‘dia’.

Sebaliknya, kita seharusnya memberikan galakkan kepada si ‘dia’ contohnya “have fun, have a nice day with friend atau enjoy your hobby”.

Ini akan membuatkan si ‘dia’ berasa lega bahawa kita telah menunjukkan sikap kesefahaman kepada si ‘dia’.

5. Percaya antara satu sama lain

Seperti yang dinyatakan di no.4, kita seharusnya saling mempercayai antara satu sama lain dan ini dapat mengelakkan perselisihan faham terhadap pasangan kekasih kita.

Dalam hubungan cinta ini, kepercayaan terhadap pasangan kekasih dapat mengukuhkan lagi hubungan cinta ini.

Tanpa kepercayaan ini ketika menjalinkan hubungan cinta ini,ianya agak sukar untuk kita mengukuhkan hubungan cinta ini dengan baik.

Apa gunanya jika kita mencintai si ‘dia’ tetapi kita tidak mempercayainya?

Demi menjaga perasaan pasangan kekasih kita, kepercayaan dalam hubungan cinta ini harus diamalkan oleh pasangan kekasih tidak kira sama ada lelaki atau perempuan.

6. Mendekati diri dengan Tuhan

Buat pasangan kekasih yang bercinta ini, jangan lupa libatkan diri anda dengan Tuhan tidak kira apa-apa pun agama atau kepercayaan.

Luangkan masa anda bersama Tuhan.

Bagi yang beragama Kristian, bawalah pasangan anda ke gereja pada setiap hari Ahad atau anda boleh mengambil masa dengan si ‘dia’untuk melayani Firman Tuhan.

Ambillah masa anda juga bersama dengan si ‘dia’ untuk berdoa bersama-sama. Ini boleh mengeratkan lagi hubungan anda bersama si ‘dia’ dan anda telah menunjukkan bahawa anda telah memberi teladan yang baik untuk si ‘dia’.

Bagi agama yang lain pula, anda boleh melakukan perkara yang sama mengikut cara agama masing-masing.

7. Hormati orang tua

Menghormati atau dikenali sebagai respect sangat penting untuk anda dan si ‘dia’ juga.

Buat pasangan kekasih yang mula bercinta ini, sudah pasti anda ingin memperkenalkan teman lelaki atau perempuan kepada ibu bapa anda.

Jadi, bagi yang buat pertama kali berjumpa dengan ibu bapa teman lelaki atau perempuan, mulakanlah senyuman anda kepada mereka dan mulalah bertanya khabar mereka.

Ini akan menunjukkan anda telah mengambil berat terhadap orang tua si ‘dia’. Yang penting, anda juga mestilah menghormati orang tua anda juga.

Ingat, tanpa ibu bapa kita di dunia ini, kita tidak akan dilahirkan di dunia ini. Mintalah restu dan doa daripada orang tua anda dan si ‘dia’ juga.

Tanpa restu daripada orang tua kita, hubungan ini agak sukar dijalinkan dengan baik apatah lagi jika kita ingin mendirikan rumah tangga.

Kesimpulannya, jodoh terletak di tangan Tuhan dan cinta ini bukanlah sebuah permainan di mana anda mempermainkan perasaan kekasih anda masing-masing bak kata orang cinta monyet.

Bagi yang bercinta ini, anda perlu memandang serius terhadap hubungan anda agar ianya tidak membuat anda berasa sedih, kecewa dan sakit hati di kemudian hari.

Dan sebaliknya, membuat anda berasa bahagia bahawa si ‘dia’ telah hadir dan menyinari hidup anda.

Tidak kira susah atau senang, sihat atau sakit, kaya atau miskin anda bersama si ‘dia’ bersama-sama menghadapi masalah ini.

Semoga tips untuk kekalkan hubungan yang saya kongsikan ini anda dapat amalkan sepanjang anda bersama kekasih anda!

Juga dapat membantu anda!

Selamat maju jaya dan selamat mencuba.

 

Artikel dihantar oleh:

  • Wendy Woon
  • Facebook: Wendy Woon
  • Kuching, Sarawak

 

1 thought on “7 Tips Kekalkan Hubungan Cinta Hingga Ke Ambang Perkahwinan!”

  1. Cinta sejati itu memandang kelemahan
    Lalu dijadikan kelebihan untuk saling mencintai. Cinta itu seperti angin, kau tidak bisa melihatnya lalu Kita bisa merasakan..itulah cinta …

Leave a Reply