Info Santai: Wajah Wanita Cantik Ini Berubah Menjadi Tua Pada Keesokan Harinya
Memang sukar untuk diterima akal fikiran waras manusia, tetapi perkara ini benar-benar berlaku di Negara Vietnam, Wanita yang dikenali sebagai Nguyen Thi Phuong, 26 tahun mengalami keadaan yang teramat sukar dalam hidupnya kerana wajahnya yang cantik berubah menjadi tua dan hodoh dalam semalaman sahaja. Wanita yangmempunyai wajah cantik ini berubah menjadi wanita berumur 50 tahun pada keesokan harinya dan pada hari ini wajahnya menyerupai nenek tua berumur 50 tahun!.
Kejadian ini amat mengejutkan doktor yang merawatnya. Walaubagaimanapun, suami wanita ini tetap mnyanyangi isterinya meskipun mempunyai wajah seorang nenek tua. Wanita ini percaya punca utama wajahnya berubah menjadi tua adalah disebabkan alahan kepada makanan laut yang menimpanya sekitar tahun 2008. Bagi mengubati alahan tersebut, wanita ini mendapatkan ubat di farmasi berdekatan. Mereka pada asasnya ingin berjumpa doktor tetapi tidak mempunyai kemampuan dari segi kewangan.
Selepass menggunakan produk itu dalam sebulan, rasa gatal di mukanya semakin berkurangan. Walaubagaimanapun wajahnya pula mula menjadi kelihatan tua. Wanita ini menjadi risau serta takut dan lantas mendapatkan ubat tradisional pula. Namun begitu keadaannya semakin teruk.
Doktor berkata, dia mengalami penyakit kulit disebabkan rawatan yang tidak betul dan juga kemungkinan mengidap penyakit yang jarang berlaku dimana disebabkan oleh kemerosotan tisu dibawah kulit. Dr. Hoang Van Minh daripada Universiti Perubatan Dan Farmasi HCMC percaya wanita ini mungkin mengalami masalah yang dipanggil Mastocytosis iaitu keadaan dimana kehadiran sel-sel mast yang berlebihan.
Leave a Reply