Infosantai: Rumah Terapung Yang Canggih Ini Boleh Menempatkan 4 Buah Helikopter

Rumah terapung ini dibina oleh Syarikat British yang dikenali sebagai BMT Nigel Gee. Kenapa rumah ini dibuna di lautan sedangkan masih banyak daratan yang boleh untuk menempatkan rumah ? Menurut syarikat tersebut, mereka mengambil kira apa yang berlaku pada masa akan datang kerana mungkin pada suatu hari nanti penduduk semakin sesak dan daratan untuk membina rumah semakin kurang, alternatifnya adalah membina ruma di lautan!.

Projek bangunan terapung yang canggih dan menarik ini dinamakan Utophia. Bandar terapung yang canggih ini diasaskan oleh James Roy ini dilengkapi dengan kemudahan asas yang lengkap dan mempunyai 11 dek serta boleh menempatkan 4 buah helikopter.

Rumah terapung ini sebenarnya terapung pada empat platform. Setiap flatform mempunyai mekanisme yang tetap dan juga stabil, meskipun dalam cuaca melampau di laut. Ianya juga mampu bergerak pada kelajuan rendah. Bangunan ataupun ‘bandar terapung’ ini berketinggian 65 meter. Rumah terapung ini juga dilengkapi dengan bar, kolam renang, tempat penginapan, kedai dan juga restoran.

 

Leave a Reply