Info Santai: Ayam Jantan Ini Hidup Setahun Setengah Tanpa Kepala!

“Pantang mati sebelum ajal”, inilah yang terjadi terhadap seekor ayam jantan yang dipanggil Mike. Pada 10 September 1945, ayam jantan yang berusia lima setengah bulan ini dirancang untuk disembelih oleh tuannya. Lloyd Olsen, seorang petani bercadang untuk menyembelih ayam jantan berwarna putih ini untuk makan malam mereka.
Untuk menyembelih Mike, petani tersebut menggunakan sebilah kapak tajam. Dengan sekali hentakan sahaja, kepala ayam tersebut putus dari badannya. Menajubkan, ayam tersebut seperti tidak mempedulikan kesakitan yang berlaku keatasnya, bingkas bangun dan berjalan ke persekitaran untuk mematuk makanan walaupun tidak mempunyai kepala. Separuh separuh daripada otak dan salah satu telinga Mike masih kekal berada di badanya. Llyoid merasakan bahawa ayam tersebut akan mati kemudiannya.
ayam hidup tanpa kepala
Keesokan harinya, Lloyd amat terkejut melihat ayam tersebut sedang tidur sambil melindungi kepalanya yang telah tiada dibawah kepaknya. Merasakan bahawa ayam jantan itu mampu hidup, beliau memberi makanan dan minuman melalui lubang di kepalanya. Beliau menggunakan penitis untuk memasukkan air ke dalam “kerongkong” ayam tersebut.
Ayam jantan ini memenangi tempat dalam buku Guinness rekod, dihargai dan memperolehi diinsuran bernilai $ 10,000 dan telah dibawa untuk lawatan dan dipamerkan ke New York, LA dan Atlantic City. Mike kemudiannya terus hidup selama lapan belas bulan.
(Visited 17 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>